Kes ini meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia dan Indonesia.
Ia ada pengajaran, kesedihan, geram dan gembira. Ia pengajaran kepada majikan, isteri, pembantu rumah, suami dan sebagainya yang ada kaitan dalam perhubungan antara majikan dan pembantu rumah.
Pembantu rumah juga manusia. Mereka bekerja mencari makan serta menyara keluarga dan tidak wajar diperlakukan di luar batasan kemanusiaan.
Pembantu rumah, Nirmala Bonat, yang sebelum ini cuba digambarkan sebagai ‘tidak siuman’, empat tahun lalu dicederakan oleh majikannya – isteri - dengan menggunakan seterika dan air panas.
Nirmala dikatakan pernah dimasukkan ke Hospital Puekesmas di Kupang, Jawa Timur bagi rawatan sakit mental pada usia mudanya. Perkara itu didedahkan oleh Fermina Anunut, sepupu Nirmala melalui rakaman percakapannya bertarikh 24 Mei 2004 yang dibacakan oleh pegawai perakam pada ketika itu, Pemangku Asisten Supritendan Ranjit Singh di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, 1 Julai lalu.
Dalam percakapan itu, Fermina mengaku turut mengunjungi Nirmala semasa dia dirawat di hospital tersebut selain mendakwa gadis itu telah lama mengidap sakit mental dan mempunyai surat doktor yang mengesahkannya.
Berita pembantu rumah Indonesia itu menggembarkan seluruh Nusantara, gara-gara perbuatan oleh seorang suri rumah Malaysia terhadap pembantu rumah berkenaan.
Hukuman penjara 18 tahun yang dikenakan ke atas suri rumah, Yim Pek Ha semalam (27 November 2008) bagi kesalahan menyebabkan cedera parah terhadap pembantu rumahnya, Nirmala Bonat diharap akan menjadi pengajaran kepada majikan lain.
Setiausaha Ketiga Kedutaan Indonesia di Malaysia, Shanti Utami berkata, pihaknya menghormati hukuman yang dianggap setimpal serta mengambil kira kepentingan awam itu. Nirmala telah cukup menderita akibat penderaan itu dan masanya telah tiba untuk dia melupakan perkara yang berlaku.
Nirmala yang berada di kedutaan telah pulang ke Indonesia Julai lalu. Kami dimaklumkan dia telah bekerja di sana dan rasanya ia jalan terbaik untuk dia melupakan kisah silam.
Beliau turut menafikan Nirmala memperoleh sebarang pampasan daripada mana-mana pihak. Sebaliknya, jelas beliau, wang tersebut diperoleh daripada derma orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan yang ditanggung Nirmala.
Majikan, Pek Ha, bekas pramugari, menghadapi tiga tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Nirmala dengan menggunakan seterika dan air panas di rumahnya di Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini pada Januari, Mac dan April 2004.
Terdahulu, Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap Pek Ha. setelah mendapati bahawa kecederaan yang dialami Nirmala bukan kecederaan yang dilakukan sendiri seperti yang didakwa oleh Pek Ha.
“Walaupun, Nirmala didakwa menghidapi epilepsi atau gila kambing seperti yang didakwa saksi ketika prosiding pembelaan. Ibu mangsa sendiri menafikan bahawa anaknya mengalami seperti yang didakwa. Selain itu, tertuduh, suaminya mahupun orang yang berada di rumah itu sendiri tidak pernah melihat Nirmala diserang sakit berkenaan,” katanya.
Hakim itu kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun berkuatkuasa hari ini (semalam) bagi ketiga-tiga pertuduhan setelah memerintahkan setiap hukuman dijalankan secara serentak.
“Sebenarnya, kamu boleh dikenakan hukuman 18 tahun untuk tiga pertuduhan itu secara berasingan, kerana masa kesalahan itu dilakukan berbeza-beza. Tetapi mahkamah mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa telah sembuh sepenuhnya. Namun, mahkamah tidak dapat pastikan gangguan mental ekoran perkara ini yang dialaminya sama ada telah sembuh atau tidak,” kata Akhtar kepada Pek Hwa.
Mendengar keputusan itu Pek Hwa terus maraung, “Kenapa semuanya begini. Saya tidak boleh mempercayainya. Kenapa, kenapa, kenapa?” raung suri rumah, Yim Pek Ha di ribaan suaminya, Hii Iik Tiing, sambil ditenangkan kakaknya, sejurus mahkamah ditangguhkan kira-kira jam 10.40 pagi selama setengah jam sebelum rayuan.
Sinar Harian melaporkan, ibu kepada empat cahaya mata itu, dilihat mulai sebak apabila Hakim Mahkamah Sesyen, Akhtar Tahir mensabitkan dirinya bersalah atas tiga tuduhan dengan sengaja mencederakan bekas pembantu rumahnya, Nirmala Bonat, empat tahun lalu dengan menggunakan seterika dan air panas.
Sebaik hakim meninggalkan sidang mahkamah, keadaan bilik perbicaraan itu bertukar pilu apabila Pek Ha meluru keluar dari kandang tertuduh mendapatkan suaminya di galeri awam dan menyembamkan wajahnya atas ribaan Iik Tiing sambil meraung dengan esak tangis berpanjangan.
Suaminya yang dilihat seolah-olah ‘habis ikhtiar’ itu hanya mendiamkan diri sambil membelai rambut isterinya yang sedang kesedihan sebelum dilihat turut mengalirkan air mata.
Pada jam kira-kira 10.58 pagi, Pek Ha dan suami bersama beberapa ahli keluarga yang hadir memberi sokongan kepadanya dilihat bergerak masuk ke lokap mahkamah setelah mendapat kebenaran polis bagi mengelak dari menjadi perhatian pihak media.
Terdahulu, Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan itu setelah mendapati bahawa kecederaan yang dialami Nirmala bukan kecederaan yang dilakukan sendiri seperti yang didakwa oleh Pek Ha.
Tepat jam 11.30 pagi, peguam Jagjit Singh, dibantu peguam Akhbardin Abdul Kader dalam rayuannya memohon anak guam mereka diberikan hukuman ringan atas alasan ia kesalahan pertama selain mempunyai empat anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian seorang ibu.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Taja Toran dibantu Timbalan Pendakwa Raya Farhan Read, membantah hukuman ringan diberikan dengan alasan, Nirmala terpaksa menderita ekoran kecederaan yang dialami selain terpaksa mengingati detik hitam itu seumur hidup.
Akhtar kemudian berkata, mahkamah menerima keterangan dan bukti yang mengata perbuatan tertuduh didorong oleh kesilapan Nirmala dalam melakukan tugas sebagai pembantu rumah.
“Namun, ia bukanlah satu sebab dan alasan untuk tertuduh menjadi begitu kejam. Jika perbuatannya dilakukan sekali masih boleh dipertimbangkan, tetapi ia dilakukan berulang kali. Oleh itu, pada saya ia adalah satu perbuatan yang sangat kejam dan tidak boleh diterima dalam masyarakat kita pada hari ini.
“Mahkamah juga menerima keterangan suami tertuduh dalam prosiding pembelaan. Mahkamah mendapati saksi memberi keterangan yang benar. Bagaimanapun, dia selalu sibuk dengan tugasnya dan jarang berada di rumah setiap masa. Dia tidak sedar dengan apa sebenarnya yang berlaku di rumah setiap hari. Dia hanya mengetahui hal yang berlaku di dalam rumah berdasarkan kepada aduan dan cerita yang disampaikan oleh tertuduh iaitu isterinya. “ kata hakim berkenaan.
Masyallah.
ReplyDeleteApa agaknya sifat dan sikap isteri majikan tersebut? Sehingga tergamak berbuat kejam sedemikian rupa. Saya pun boleh jadi faubia
membaca dan mendengarnya dalam TV semalam. Masih terdapat dikalangan rakyat kita yang bertindak di luar batasan.
Aku pun tidak terkata-kata..
Sorry.
Patutnya hukuman tu berjalan berasingan. Masa buat tak ingat...
ReplyDeleteJika anda berada ditempat mangsa dera, bagaimana anda nak hadapi hidup dalam trauma?
Jangan anggap manusia bawahan sebagai binatang bila kita menjadi kaya raya!
ReplyDeleteInilah majikan yang tak tahu beza binatang dan manusia.18 years is to short, why don't double up the sentence?
ReplyDeleteYim Pek Ha mula belajar jadi manusia. Satu kos pengajian yang panjang.
ReplyDeleteInilah akan berlaku kepada orang melayu jika kaum cina memerintah negara malaysia. Dah dera cukup-cukup lepas tu tuduh yang pembantunya yang dera diri sendiri. Kepada melayu yang dok suka sangat nak jadi malaysia malaysian ha ni lah dia malaysian cina. Walaupun saya faham , nirmala tu orang indon, tapi spesis cina ni, kalau dia jadi "tuan" inilah realitinya dilakukan keatas "hamba". contoh mudah "tuan" dan "hamba" dalam bisnes.
ReplyDeletePlease see this YIP KUM FOOK cheated amounting to RM20,000.00, it belongs to VEN. U NANDIYA. Fundraising donation by Myanmar Devotees to buy large Buddhist marble for SAMNAK SAMBODHI in 2000 that Buddha Marble from Myanmar
ReplyDeleteInformation and signature in blogspot.com by YIP KUM FOOK and please be aware of the issue as all contributions to Buddhist teachings:
https://committeesamnaksambodhi1.blogspot.com/2019/01/
SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE at Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) is president, Secretary (YAP LEONG LAN) and Treasurer (NG GOOT MEE)