Thursday, June 2, 2011

PAS PUN TIDAK BEBAS DARIPADA ‘KERJA JAHAT’ DAN JATUH MENJATUH

PAS yang mendakwa ia parti Islam sering menuduh UMNO sebagai tidak telus, tidak demokrasi , kronisme ‘buat kerja jahat’ dan sebagainya.

Tetapi PAS sendiri, apakah pemimpinnya, khsusnya golongan muda dalam PAS bebas daripada ‘buat kerja jahat’ dan jatuh menjatuhkan pemimpin mereka sendiri?

Baca komen berikut oleh seseorang yang menamakan dirinya Akhi Fairuz Al-Jengkari:

Hurmm.. Sebagai pemerhati yang hadir melihat suasana Muktamar secara LIVE dari Auditorium MBSA, sudah pasti saya mengiayakan laporan wartawan yang ini. Memang benar, nampak jelas sekali tayangan video klip berbau kempen. Saya tertanya2 adakah selepas Ucapan berapi oleh Ustaz Tuan, akan munculnya ucapan dari Ustaz Nasha, namun tdk ada. terus kpd ucpn TG Presiden. Kesian Ustaz Nasha. Sudahlah ada di pentas, menoleh senget ke arah skrin di kiri kanan nak melihat montaj itu. Akhirnya tdk ada paparan tentangnya. Sepetutnya, pengarah muktamar (perasmian), Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil dan KP Pas Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi cakna akan perkara ni. Sbb mmg akan jd isu pun. Jdkan pengajaran utk muktamar ke 53 akan dtg. utk perwakilan, selamat mengundi!

Komen ini dibuat berdasarkan laporan Malaysiakini “Perasmian Muktamad Pemuda Berbau Kempen?’ hari ini yang menyebut tayangan video pendek berhubung program Pemuda PAS dalam mukhttp://www.blogger.com/img/blank.giftamarnya pada Selasa malam menimbulkan cakap-cakap sama ada ia berbau kempen.

Ini kerana video kira-kira 10 minit itu dilihat hanya memaparkan sedutan rakaman acara melibatkan beberapa pemimpinnya sahaja.

Selepas ketua dewan itu Nasrudin Hassan menyampaikan ucapan dasar, muktamar dipertontonkan dengan tayangan mengenai program yang dianjurkan mereka, termasuk penyertaan dalam demonstrasi di ibu negara.

Antara dipaparkan dalam itu, sedutan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin sendiri yang memberi ucapan penuh semangat.

Mereka dipaparkan dalam satu sedutan video yang berasingan. Susulan penayangannya, timbul cakap-cakap, termasuk di kalangan wartawan yang mempersoalkan sama ada suatu kempen kepada Tuan Ibrahim.

Dalam perebutan kerusi nombor dua PAS, Tuan Ibrahim menghadapi persaingan tiga penjuru dengan penyandang Nasharudin Mat Isa dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.

Amat jelas Nasruddin dan Pemuda PAS berusaha memenangkan Tuan Ibrahim dan tidak memberikan ruang untuk Nasharuddin kembali ke kedudukan berkenaan, selain Mat Sabu langsung tidak ada dalam ‘senarai Pemuda’.

Apakah ini menggembakan kehendak kepimpinan PAS ketika ini?

APABILA 60 PERATUS MENGATAKAN WAJAH MIRIP ANWAR IBRAHIM!

Blog ini tidak menawarkan hadiah lumayan untuk penjenguk mengambil bahagian dalam mengecam siapa dalam gambar yang tertera di atas.

Blog ini tidak menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.

Apa yang cuba dilakukan oleh blog ini tidaklah setaraf peraduan oleh parti KITA menganjurkan peraduan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diumumkan minggu lalu.

Parti KITA mengumumkan hadiah lumayan dan diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah, Zamil Ibrahim.

Apapun, selepas undi diadakan selama kira-kira dua minggu dan berakhir 31 Mei lalu.

melalui blog ini, daripada 171 yang mengundi, 106 atau 61 peratus mengatakan ‘YA”.
Hanya 49 mengatakan ‘TIDAK’ sementara 6 (3 peratus) mengatakan ‘MUNGKIN’ dan 10 (5 peratus) mengatakan ‘ TIDAK TAHU’.

Daripada apa yang diundi penjenguk membuktikan bahawa ramai yang mempercayai gambar berkenaan adalah Ketua Pembangkang.

Malah dengan undi 60 peratus, jelas penjenguk begitu yakin bahawa ‘orang dalam video seks’ itu tidak sangsi lagi – Datuk Seri Anwar Ibrahim!

Wednesday, June 1, 2011

YANG DI-PERTUAN AGONG DIHINA, DICACI…

(Berita Awal)Menggemparkan. Siapakah manusia kurang ajar itu?

Ada tanda-tanda dia dari negara seberang dan mungkin juga rakyat Terengganu yang berselindung dengan menggunakan bahasa negara tetangga.

Sebuah laman sosial digunakan oleh seseorang memfitnah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Rabu lalu (25 Mei 2011).

Bukan sahaja gambar Tuanku Mizan Zainal Abidin diconteng malah berikut adalah kata-kata menghina dan mencaci Yang di-Pertuan Agong:

mizan bin babidin adalah raja malaysia ato nama barunya MALAINGSIA,...mizan bisa di kategorikan sebagai species gorilla yg sangat langka dan di lindungi di malaysia sehingga sampai sekarang masih di angkat sebagai raja,.........para ilmuwan telah menyepakati di dalam tubuh mizan bin babidin terdapat virus yg bisa menyebarkan penyakit MAHO alias manusia homo keseluruh umat manusia yg berada di bumi,.....oleh karena itu badan kesehatan dunia atao WHO menyetujui spesies ini harus di bunuh.

prof. michael de joung

Berikutan itu keesokannya (26 Mei 2011) pada jam jam 1.00 tengahari sebelas orang pemimpin badan bukan kerajaan telah membuat laporan polis mengenai laman berkenaan.

Mereka terdiri daripada pimpinan Kelab SS78 dan pemimpin-pemimpin kelab yang bernaung di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Selain itu, satu laman sosial yang dihantar ke facebook “Terengganu City Night Game’ sebagaimana berikut :-

Menurut kenyataan daripada seorang yang ditemui menyatakan berdasarkan kepada alamat email di laman sosial tersebut, adalah dari Terengganu

Kajian selidik seterusnya mengenai latarbelakang pemilik facebook hina Yang di-Pertuan Agong itu adalah seperti berikut,

Nama group Facebook - Bunuh mizan bin babidin

Di tubuhkan Pada 21 May 2011 jam 5.34PM, Url group: http://www.facebook.com/home.php?sk=group_157076457692424

Pemilik Facebook - Rakai Arya Santoso, Has worked at cinggarong

Studied at University Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Oleh kerana laporan polis sudah dibuat, diharapkan siasatan dilakukan segera dan manusia kurang ajar itu di bawa ke muka pengadilan.

HADIAH LAWATAN KE EROPAH JIKA TERENGGANU JUARAI PIALA FA DAN LIGA SUPER

Pemain bola sepak Terengganu dijanjikan hadiah lawatan ke Eropah jika berjaya menjadi juara berganda dalam perlawanan akhir Piala FA dan Liga Super nanti.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebagai dorongan kepada Skuad Penyu beraksi dengan baik dalam perlawanan akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun ini selain berusaha menempah tiket untuk melangkah ke peringkat akhir Liga Super.

Katanya sebagai tanda sokongan, kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu akan menghantar seberapa ramai rombongan untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA.

Beliau berkata, demikian pada majlis penyerahan bendera kontinjen Terengganu yang akan mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia ke-14 kepada Ketua Kontinjen, Datuk Wan Ahamad Wan Muda di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, di Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Sementara itu, Ahmad berkata, kerajaan negeri Terengganu akan mengekalkan ganjaran wang tunai seperti sebelum ini kepada atlet yang berjaya memenangi pingat pada Kejohanan Sukan Malaysia di Kuala Lumpur bulan depan.

Insentif bernilai RM5,000 akan diberi kepada atlet yang berjaya memperoleh pingat emas, RM3,000 perak dan RM2,OOO gangsa sekiranya kontinjen Terengganu muncul sebagai juara keseluruhan dalam kejohanan yang akan berlangsung dari 2 hingga 12 Jun itu.

"Jika sebaliknya, ganjaran RM3,000 akan diberi kepada mereka yang meraih pingat emas, RM2,OOO perak dan RM1,OOO gangsa," katanya.

Pada kejohanan kali ini, Terengganu diwakili oleh 214 atlet yang akan beraksi dalam 15 daripada 20 acara yang dipertandingkan dengan sasaran 27 pingat emas, 18 perak dan 12 gangsa.