Tuesday, November 2, 2010

RON97 - PASARAN, BUKAN KERAJAAN TENTUKAN KENAIKAN HARGA

Kerajaan tidak betanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka. Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar kiri) berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak.

"Turun naik harga minyak petrol RON97 dikawal sepenuhnya oleh pasaran kerana ia merupakan barangan yang diapungkan di pasaran terbuka. Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kenaikan harga RON97.

"Kami hanya memantau kenaikan harga minyak petrol bersubsidi, RON95 dan diesel sahaja,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga petrol RON97 sebanyak 5 sen mulai hari ini.

Harga bahan mentah tersebut kini RM2.15 seliter. Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah. Tidak seperti sebelumnya, tidak ada pengumuman dibuat mengenai kenaikan tersebut.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, orang ramai tidak perlu risau mengenaikan kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana ia hanya digunakan oleh pelancong asing dari Singapura dan Thailand serta pengguna kereta mewah seperti Mercedez dan Ferrari.

"Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat," katanya.

Ditanya mengapa kenaikan harga bahan mentah tersebut tidak diumumkan oleh kerajaan, Ismail Sabri berkata: "Keputusan menaikan harga RON97 ditentukan oleh pasaran dengan persetujuan syarikat pengeluar minyak. Kerajaan tidak campurtangan dalam soal penentuan harga."

Mengenai tindakan mewajibkan papan tanda bagi memaparkan harga semasa petrol di semua stesen minyak di negara ini, beliau berkata tindakan tersebut terpulang kepada pengusaha stesen minyak dan kerajaan belum mempunyai cadangan untuk mewajibkannya ketika ini.

"Perkara itu terpulang kepada pengusaha stesen minyak. Setakat ini kita lihat belum ada keperluan untuk kerajaan mewajibkan papan tanda harga dipaparkan di setiap stesen minyak," katanya.

Khabar angin mengenai kenaikan harga RON 97 itu tersebar sejak tengahari Isnin dan kenyataan tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe ketika dihubungi oleh beberapa akhbar semalam.

Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.

DR ASRI - RENTAK TARI POLITIK ANWAR SUDAH TIDAK 'SEIMBANG'

Benarkah apa yang dikatakan Zulkifli Nordin bahawa Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menasihatkan Anwar supaya berundur dari dunia politik?

Rasanya tidak salah lagi kerana dalam blognya, Dr Asri menulis: “Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkan DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama.

Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mengujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.”

Berkaitan dengan nasihat Dr Asri ini, Zulkifli turut meminta Anwar supaya menerima nasihat daripada Dr. Asri dengan hati terbuka dan berlapang dada.

Kata Zulkifli, “Mungkin sudah taqdir ALLAH jawatan Perdana Menteri bukan milik Anwar. Dan menjadi Perdana Menteri bukanlah segala-galanya dimuka bumi ini. Fikirkan dan renungkanlah nasihat beliau itu.”

Menurut Zulkifli, beliau sendiri sudah beberapa kali menasihatkan Anwar supaya bermuhasabah diri dan menyelesaikan masalah peribadi yang sedang dia hadapi.

Setelah melihat sendiri bagaimana Anwar sanggup menggadai agama dengan mengheret saya kehadapan Lembaga Disiplin kafir untuk membicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH, dan melihat depan mata saya bagaimana Anwar sanggup mengenepikan persahabatan dia dengan Dato' Seri Zahrain selama 30 tahun hanya untuk membodek Kit Siang dan anak lelakinya, saya melihat Anwar bukan lagi Anwar yang kita kenal. Atau apakah ALLAH sekadar mahu umat Islam melihat warna sebenar Anwar, wallahua'lam, saya pun tak tahu, " katanya.

Zulkifli berharap kepimpinan PAS khususnya dapat melihat bahawa mereka sedang mempercaturkan nasib umat Islam dan agamanya bila berterusan bersekongkol dengan Anwar.

“Takkan mereka tidak dapat melihat lagi sandiwara Anwar? Kalau Konspirasi 16 Sept pun Anwar boleh bohong mereka bulat-bulat, apa lagi bukti yang mereka mahu? Kalau sudah dibuktikan PAS hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh Anwar, pun masih lagi terkial-kial nak menari ikut rentak Anwar, saya tidak tahu apa lagi yang kepimpinan PAS mahu buktikan?” tanya Zulkifli.

Kata Zulkifli, di Pulau Pinang dimana Anwar langsung tidak menghormati PAS. “Satu-satunya ADUN PAS, YB Ustadz Salleh Man pun tidak diberi muka, hanya kerana mahu menjaga Kit Siang & anak lelakinya.

Beliau mendakwa ramai yang tahu Anwar cukup tidak selesa dengan Datuk Seri Abdul Haji Hadi Awang kerana keterampilan "talibannya" ‘Tok Guru’ berkenaan.

Nasihat Zulkifli kepada PAS : “Tepuk dada tanyalah iman. PAS sebuah parti yang besar, keahlian ramai, jentera mantap dan petugas yang sangat komited. PAS boleh berdiri sendiri tanpa Anwar apatah lagi Kit Siang & anak lelakinya!”

Percayalah, selagi kita memenuhi syarat mendapat nasrullah, pasti ALLAH akan membantu kita, Zulkifli menutup bicara dalam entri pada blognya.

Saya rasa ramai yang akan marah kepada Dr Asri seperti marahnya mereka kepada Zulkifli kerana menyuruh Anwar berundur pada ketika masing-masing bercita-cita untuk ke Putrajaya dengan menjadikan Anwar sebagai "kuda" yang akan mereka tunggangi.

Bagi Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Husam Musa serta Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mereka pastinya akan memberitahu Anwar bahawa seruan Dr Asri dan Zulkifli ini sebagai 'suara anak kecil' sahaja.

Ini kerana bagi mereka, tanpa Anwar - biarpun Anwar tidak mampu melakukannya pada 16 September - usaha mereka untuk ke Putrajaya akan terbantut!

BETULKAH RON97 NAIK 5 SEN MENJADI RM2.15 SELITER?


Membaca sebuah portal berita yang memetik agensi berita luar negara, Reuters mengatakan harga minyak petrol RON97 akan dinaikkan sebanyak 5 sen atau 2.4% menjadikan harganya RM2.15 seliter?

Hashim Othman, Presiden Persatuan Pengedar-Pengedar Petrol Malaysia, berkata kenaikan berlaku kerana kerajaan tidak memberikan subsidi kepada petrol jenis itu selaras dengan Bajet 2011 yang di bentangkan di Dewan Rakyat.

Oleh kerana harga minyak dunia telah meningkat, harga petrol juga perlu diselaraskan.

Persoalannya apakah benar berita oleh Reuters ini?

Sehingga jam 3.35 pagi ini, kerajaan belum membuat sebarang kenyataan mengenai kenaikan itu.

Peningkatan harga tersebut tidak akan berlaku kepada RON 95.

Marilah kita sama-sama tunggu pengumuman oleh kerajaan mengenai perkara ini.

Monday, November 1, 2010

RASUAH – PAS HALALKAN JIKA IA HANYA SEBAGAI MEDIUM

Nak heran apa Tok Pa Oiii...Rasuah dalam PAS dan PAS rasuah sudah lama.

Bagi PAS, rasuah itu hanya berlaku jika pemberi itu parti atau orang PAS. Kalau orang tengah, penaja atau NGO yang berikan bagi pihak PAS, itu tidak rasuah. Kerana apa? PAS hanya jadi medium atau perantara.

Hebat dan tabik kepada cara dan fatwa PAS ini!

Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed – Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan) semacam terpinga-pinga mengetahui PAS secara terang-terangan cuba membeli undi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas agar pulang mengundi pada 4 November ini .

Pas tawar habuan sehingga RM250 kepada 1,557 pengundi luar yang berdaftar dan kembali mengundi di Galas Khamis ini.


"Ini adalah terang-terangngan satu rasuah untuk mendapat undi, kalau dulunya mereka menghentam kita bermacam-macam (tuduhan), tapi sekarang mereka yang mengamalkannya.

"Mereka sudah banyak berubah, mereka adalah sebuah parti yang tidak konsisten, jadi rakyat Kelantan amat mengenali PAS," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Kampung Baru Hulu di Gua Musang semalam.

Tok Pa bekata, PAS merupakan parti yang tidak konsisten dalam perjuangannya kerana kini parti itu secara terang-terangan mengamalkan rasuah.

PAS bukan mengamalkan rasuah dalam bentuk wang sahaja. Ia juga menawarkan syurga kepada orang tua.

PAS tidak akan boleh diubah. Lihatlah, walaupun menerima kecaman pelbagai pihak, PAS tetap mahu menawarkan habuan sehingga RM250 kepada 1,557 pengundi luar agar pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas Khamis ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menegaskan PAS hanya menjadi 'orang tengah' bagi menguruskan pemberian habuan berkenaan.

Jelasnya, peruntukan sumber kewangan yang akan diberikan itu adalah hasil sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)sebagai insentif galakkan supaya pengundi luar pulang mengundi.

"Bukan PAS yang bagi wang itu sebaliknya disumbangkan NGO tertentu yang tak boleh saya nyatakan. Kita akan bagi juga kerana pemberian habuan berkenaan tidak menggunakan wang tabung atau dana parti PAS secara langsung...PAS hanya jadi medium untuk salurkan wang itu sahaja," katanya ketika
dihubungi mStar Online malam semalam.

Selain itu Abdul Halim berkata, pemberian wang berkenaan hanya akan dilakukan selepas pengundi-pengundi berkenaan selesai membuang undi.

"Kita hanya bayar selepas mereka selesai mengundi, tindakan itu bukan bermakna kita beli undi kerana kita sendiri pun tak tahu parti mana yang mereka pangkah (undi).

Mungkin kalau kita beri wang itu sebelum mengundi boleh disifatkan sebagai kesalahan, tapi apa yang akan kita lakukan adalah sebaliknya...lagipun wang itu hanya pembayaran kepada servis kenderaan mereka," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata habuan itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

Bagi Tok Pa, beliau menyerahkan kepada pihak bekuasa termasuk Suruhanjaya Pecegahan Rasuan Malaysia (SPRM) untuk bertindak. Ini kerana di pihak BN kata Mustapa: "Saya tak tahu (ada tawaran), tak ada tawaran apa-apa."

Itu hal duit. Bagaimana pula taktik taktik kotor diadakan semula oleh PAS yang cuba mempengaruhi pengundi warga emas di sesetengah kawasan dengan mendakwa undi PAS masuk syurga.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman kelmarin ketika pihaknya mengadakan kempen rumah ke rumah di beberapa buah kampung sejak lima hari lalu.

Ekoran itu beliau berkata, Wanita UMNO terpaksa memberi penjelasan kepada kumpulan pengundi terbabit bahawa penentuan syurga atau neraka merupakan hak Allah dan bukannya PAS.

''Saya tidak sangka yang PAS masih lagi memainkan isu pangkah Pas masuk syurga terutama di kalangan pengundi-pengundi warga emas. Kami terpaksa memberi penjelasan supaya mereka sedar kempen yang dijalankan oleh jentera Pas itu tidak benar.

Akhirnya mereka faham penentuan syurga dan neraka adalah hak Allah. Apa yang kami lakukan ini bukan setakat berkempen malah turut memberi kesedaran kepada penduduk setempat mengenai perbezaan antara Islam dan PAS."

Bagi saya kedua-dua perkara ini tidak mengejutkan kalau sebut PAS. Ini kerana dalam apa juga pilihan raya, PAS akan menghalalkan apa saja cara – yang penting seperti saya ulang banyak kali – PAS hanya mahu menang pilihan raya!