Monday, April 23, 2012
KANAK-KANAK MINAT JUMPA NAJIB, TIDAK MINAT NIK AZIZ - KENAPA?
Patut tanya kanak-kanak yang akan menjalankan pembedahan hujung tahun ini KENAPA dia tidak minat jumpa 'Tok Guru' Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?
Patutnya jumpa Nik Aziz boleh minta air penawar atau minta Tok Guru berdoa untuknya...
Juga kenapa tidak minat Datuk Husam Musa yang kononnya dikagumi orang muda Kelantan?
Kenapa pula dia mahu t jumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang 'begitu jauh' sedangkan Nik Aziz atau Husam Musa mudah dijumpai...
Seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung berlubang dilaporkan berhasrat bertemu Wan Haifa Afriena Wan Halim, 7, dikatakan menjadikan Perdana Menteri sebagai idolanya setelah melihat perwatakan pemimpin negara itu di televisyen dan akhbar.
Ibunya, Akinaini Afizul Abdul Rahman, 32, berkata, setelah pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian mengesahkan Wan Haifa perlu menjalani pembedahan, anaknya itu sering kali menyatakan hasrat mahu bertemu Perdana Menteri.
“Minggu lalu, dia sangat teruja melihat gambar Najib di dalam buku sekolahnya dan memotong keratan akhbar yang ada wajah Perdana Menteri serta menampalnya di dalam satu buku khas,” katanya ketika hadir ke pejabat Sinar Harian, di Kota Bharu semalam.
Kata Akinaini, anak ketiga daripada tujuh beradik itu disahkan menghidap penyakit jantung berlubang sejak berusia empat tahun setelah mengalami demam panas berpanjangan.
Menurutnya, setelah diperiksa di klinik kesihatan berdekatan, Wan Haifa merupakan murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Bukit Marak, Bachok kemudian dirujuk ke Hospital HUSM sebelum disahkan menghidap jantung berlubang.
kijang-jantan
Sunday, April 22, 2012
PRU13 - ZAHIDA PERLU TUTUP MULUT, JANGAN SAMPAI TERDEDAH SEGALA-GALANYA...
"Zahida bukan sahaja dikatakan menerima wang RM1.5 juta daripada 'Menteri' tetapi dilaporkan turut hilang wang sebanyak RM200,000, ada PEMANDU PERIBADI serta pernah shopping sakan di London dengan sugar daddy selain gosip mengatakan beliau mengahwini 'Menteri' di Kota London. "
Perkara di atas itu mungkin hanya gosip! Sebenarnya saya tidak minat dengan cerita gossip artis.
Malah apabila meletakkan posting bertajuk 'Siapa Menteri Yang Kaya Dan Menghadiahkan Artis Seksi RM1.5 Juta' melalui blog ini kelmarin, ada seorang pengomen mengatakan saya adalah ahli parti Pakatan Rakyat dan jangan terus melatah apabila membaca blog ini!
Tidak apalah kerana saya tahulah saya ahli parti apa dan mengundi apa!
Tetapi masalahnya semakin Zahida Rafik,37, bercakap, akan semakin terserlah beberapa perkara yang kelak akan menyukarkan ‘orang yang dilaporkan memberikannya wang RM1.5 juta’ selain mungkin menghadiahkan benda-benda lain kepadanya.
Kita juga mungkin tidak mahu tahu "hubungan intim" Zahida dengan seseorang yang dikatakan Menteri. Itu hak peribadinya dan juga hak peribadi Menteri berkenaan, jika benar!
Namun yang pasti Zahida memang berduit dalam konteks ukuran orang biasa. Malah persoalan yang ditujukan terhadapnya ialah dari mana beliau begitu banyak duit. Perniagaannya?
Zahida pastinya memiliki 'kereta besar' kerana ada PEMANDUNYA sendiri! Malah beliau dikatakan pernah bershopping sakan di London!
Status Zahida itu calang-calang dimiliki artis wanita lain yang sama ada memandu sendiri atau ditemani suami atau sesiapa sahajalah!
Artis ini memang berduit apabila mengatakan dalam satu blog mikro: "Kesian bekas pemandu saya, tak ada cara lain nak buat duit, jadi dia buatlah fitnah macam ni. Moga Allah memberi rahmat kepada dia."
Fitnah yang dimaksudkan itu ada kaitan dengan laporan polis oleh pemandunya, Noor Azman Azemi,38 yang mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu yang menjalankan perniagaan milik keluarganya di Ampang turut ke rumah suspek untuk mencarinya, tetapi tidak berhasil apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi.
Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, pada petang hari sama.
Pelakon ini sebelum ini turut dilanda kontroversi kononnya berkahwin di London dan pernah dikatakan ‘bershopping’ meriah dengan seorang Sugar Daddy di Selfridge, Kota London.
Malah kemewahan Zahida banyak didedahkan sejak tahun 2010 lagi!
Zahida yang kini dikaitkan dengan seseorang bertaraf Menteri – Menteri UMNO pulak tu - difahamkan mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap pemandunya atau mungkin pihak yang menuduhnya menerima wang sebanyak RM1.5 juta daripada seseorang.
"Saya tidak lakukan apa-apa berkenaan perkara itu. Peguam saya sedang menyelesaikan perkara itu sekarang! Jadi biarkan mereka (lakukannya), OK! "Tunggu saja berita baik,OK!" katanya dalam laman blog mikro berkenaan.
PKR kelmarin mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.
Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwanya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.
Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.
Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah
Banyak pihak kini menunggu jawapan, siapalah orang yang 'menaja' Zahida ini dan kenapalah cerita ini meleutup ketika Pilihan Raya Umum ke 13 sudah semakin menghampiri?
Kenapa tidak ada gosip kononnya seorang 'Menteri' pernah berulang alik ke rumah Zahida menggunakan kereta KANCIL mengelak diketahui rakyat umum dan penduduk di Ampang?
Tidakkahsemua perkara ini - kalaupun gosip liar - akan MEMAKAN DIRI 'Menteri' berkenaan dan parti UMNO yang beliau wakili?
Friday, April 20, 2012
PTPTN - KENAPA BUKAN MELAYU MEMBISU SERIBU BAHASA?
Orang bukan Melayu sedang memerhatikan gelagat orang Melayu dan Islam bercanggah sesama sendiri, khususnya mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Dan yang banyak bercakap mengenai isu ini akhir-akhir ini ialah pemimpin dan penyokong PAS.
Yang tunjuk perasaan dan membantah rata-ratanya ‘mahasiswa’ Islam dan dibuktikan dengan wanitanya bertudung tetapi tidak pula berani mendedahkan wajah mereka.
Jika benar isu PTPTN adalah isu nasional, mana pemimpin bukan Melayu dari PKR dan DAP bercakap mengenai isu ini?
Malah, terbukti sudah, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memang menyokong kuat rang undang-undang penubuhan PTPTN berdasarkan hansard pada 14 Mei 1997, bilangan 27, jilid III.Ketika rang undang-undang ini dibentangkan pada 1997 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran, pembangkang turut menyokong penubuhan tabung itu.
Malah, Kit Siang sebagaimana dipetik daripada hansard Parlimen berkata: "Tuan Yang Dipertua, saya mengalu-alukan Rang Undang-Undang PTPTN untuk memperuntukkan satu tabung bagi membenarkan anak-anak kita berpeluang melanjutkan pendidikan tinggi.
"Dalam masa negara kita menuju kepada satu masyarakat berilmu, institusi pengajian tinggi tentulah memainkan satu peranan yang penting dan kita perlu memupuk satu budaya cemerlang dalam semua bidang di universiti."
Petikan hansard mengenai sokongan Kit Siang dan Guan Eng tersebut turut didedahkan di dalam laman blog, http://www.mole.my.
Guan Eng pula dipetik sebagai berkata: "Tuan Yang Dipertua, saya ingin mendapat jaminan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa rang undang-undang ini akan dilaksanakan dengan adil dan saksama, tidak kira kaum serta agama."Ia mesti berdasarkan latar belakang sosial pelajar tersebut, iaitu kalau kita hendak meluluskan biasiswa atau pinjaman, ia mesti berdasarkan dua kriteria yang penting iaitu merit dan keperluan."
Guan Eng ketika itu Ahli Parlimen Kota Melaka berkata, peruntukan awal RM100 juta untuk PTPTN tidak mencukupi, sebaliknya menggesa kerajaan menyediakan dana sekurang-kurangnya RM1 bilion jika benar-benar ikhlas.
Kenapa mereka berdua kini berdiam diri? Mudah sahaja, mana-mana yang mereka merasakan menguntungkan bangsa mereka, mereka tidak akan bersuara.
Sekiranya jika kerajaan membuat apa-apa keputusan pun, mereka juga akan menerima untungnya.
Lagipun, kalau dah ‘mahasiswa Melayu’ sanggup turun ke jalanan, lebih baik mahasiswa mereka belajar dan mendapatkan keputusan yang baik!
Mengenai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita tidak hairan kalau beliau turun sama ke ‘padang’. Pertama, dia memang ‘kaki demonstrasi’ dan keduanya, keputusannya ketika belajar pun bukan baik sangat.
Pelajar cemerlang? Jauh sekali!
Kita memang kecewa dengan sikap membantah secara terbuka dan bersifat politik apabila contohnya pada demonstrasi di Kuala Terengganu kelmarin, UMNO dan Menteri Besar dijadikan sasaran.
Apakah PAS dan pengikutnya sedar bahawa dengan kehadiran kira-kira 100 ‘mahasiswa’ dan beberapa ibu bapa menggambarkan persetujuan ‘mahasiswa’ lain? Mereka mencanangkan 500 akan hadir namun jumlah yang hadir itu jauh merosot,
Kenapa?
Kerana yang lain hanya ‘menggelengkan kepala’ melihat telatah anak muda yang mudah dipengaruhi kononnya wujud ‘solidariti’ di kalangan mereka.
Ternyata kenyataan mereka tidak benar kerana beberapa kenyataan perwakilan pelajar turut menyokong dan mempertahankan PTPTN.
Timbalan Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Tuan Ahmad Nazmi Safwan Tuan Mat semalam berkata, pemansuhan pinjaman PTPTN sudah tentu akan memberi kesan kepada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) kerana kos kehidupan yang tinggi pada hari ini.
“PTPTN perlu dikekalkan kerana ia adalah bantuan untuk memberi pembiayaan kepada mahasiswa. Walaupun bersifat pinjaman sekurang-kurangnya kerajaan ada usaha untuk membantu.
Bagi Tuan Ahmad Nazmi, biarlah madu yang dihisap kita pada hari ini dapat dirasai oleh adik-adik kita pada masa hadapan.
Thursday, April 19, 2012
AHMAD SAID TIDAK BERGANJAK WALAU DITUDUH KEJAM, ZALIM & KHIANAT…
Saya cabar Pas untuk membiayai pengajian sembilan penuntut terbabit kerana telah mendesak dan menghasut penuntut berkenaan untuk menyertai perhimpunan Bersih. Penuntut yang masih mentah ini tidak pernah mengundi, bagaimana mereka tahu pilihan raya yang diadakan tidak bersih," - Ahmad Said
“Kita turun untuk beri mesej jelas…tidak kompromi dengan tindakan kejam dan penindasan…Hancur kezaliman. Kami memberi amaran…akan solidariti bersama-sama 9 mahasiswa (bermaksud dengan mahasiawa Terengganu yang ditarik balik balik oleh Yayasan Terengganu)”.
Itu kata-kata wakil mahasiswa yang mendesak kerajaan menarik balik pembatalan pinjaman ke atas sembilan pelajar di Kuala Terengganu semalam.
Kira-kira 100 orang yang terdiri daripada Gerakan Pelajar Pantai Timur (Gempur), Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) semalam berhimpun di hadapan Wisma Darul Iman.
Siapa kejam sebenarnya?
![]() |
| Daripada blog http://mediaterengganu.blogspot.com |
“Pas dan PKR bolehlah kongsi separuh sorang tanggung mereka belajar hingga habis,” kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hanya beberapa minit sebelum demonstrasi berkenaan.
Bagi Ahmad Said, yang menjadi sasaran ‘serangan mahasiswa semalam’ pada demonstrasi semalam, mencabar Pas agar membiayai pengajian sembilan penuntut yang terlibat dengan perhimpunan Bersih di Mesir tahun lalu.“Saya cabar Pas untuk membiayai pengajian sembilan penuntut terbabit kerana telah mendesak dan menghasut penuntut berkenaan untuk menyertai perhimpunan Bersih. Penuntut yang masih mentah ini tidak pernah me-ngundi, bagaimana mereka tahu pilihan raya yang diadakan tidak bersih,” katanya.
Menurutnya, Kerajaan Negeri bukan zalim, keputusan penarikan balik pinjaman kepada penuntut dibuat kerana pihaknya menghantar penuntut terbabit ke luar negara untuk menyambung pelajaran dan bukannya melibatkan diri dengan perhimpunan haram.
Ahmad Said menyelar dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Kerajaan Negeri bertindak kejam ke atas pelajar berkenaan, sebaliknya Pas yang mengkhianati dengan melibatkan penuntut yang masih mentah untuk terbabit dalam politik.
Kerana itulah Menteri Besar menuntut pihak bertanggungjawab yang mengheret penuntut terbabit dalam kegiatan yang tidak berfaedah itu membiayai pengajian sehingga tamat.
“Kerajaan Negeri tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak berhubung penarikan balik pinjaman Yayasan Terengganu (YT) ke atas sembilan penuntut terbabit. Kita tetap dengan keputusan untuk menarik balik pinjaman penuntut yang didapati terlibat kerana kita hantar mereka (pelajar) untuk pergi belajar dan bukannya terlibat dengan kegiatan sebegini (perhimpunan haram),” katanya.
Selain isu biasiswa, wakil Mampat sifatkan Menteri Besar sebagai ‘bodoh’ kerana duit untuk biasiswa bukan hak Menteri Besar…Yayasan Terengganu jangan ikut Menteri Besar. UMNO akan tersungkur pada pilihan raya umum akan datang’.
“Maidam kena ingat, zakat bukan hak politik UMNO…jangan sampai kami kempen rakyat untuk tidak bayar zakat kepada Maidam” kata wakil berkenaan kononnya Maidam menyekat zakat untuk pelajar di Mesir.
Ugutan untuk tidak membayar zakat ini sebenarnya adalah sesuatu yang malang buat rakyat Terengganu kerana soal-soal berkaitan Islam ada kaitan dengan kuasa Sultan Terengganu.
Apakah Mampat akan berkempen kea rah ini? Yang pasti pada sidang media selepas Mesyuarat Exco yang hanya beberapa minit sebelum demonstrasi itu diadakan.
Ahmad Said sekali lagi mengingatkan pelajar di bawah pembiayaan Yayasan Terengganu agar tidak sesekali terlibat dengan demostrasi Bersih 3.0 yang dijangka 28 April ini jika tidak mahu pinjaman ditarik balik.
“Kita akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka (pelajar) yang didapati terlibat kerana waktu ini bukan masa untuk berdemostrasi, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pelajaran,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)






