Wednesday, April 4, 2012

TUGAS KERAJAAN BN BUKAN SEKADAR JAMIN HARGA MINYAK RENDAH...


Pastinya kenaikan harga minyak sebanyak 10 sen bagi Ron97 mulai tengah malam semalam akan menjadi perbincangan seketika.

Perbincangan itu mungkin ditumpukan kepada kesan kepada pengguna dan sebagainya. Namun di sebalik isu harga minyak dan subsidi kerajaan, Malaysia kini menjadi hab nombor satu di Asia yang dilihat mampu bina sektor petroleum dan tenaga.
   
Malah negara kini mencapai kemajuan besar dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi sektor minyak, gas dan tenaga tahun lalu. Kejayaan ini memudahkan empat teras strategik NKEA dicapai termasuk mengekalkan pengeluaran minyak dan gas, meningkatkan pertumbuhan hiliran, menjadikan Malaysia hab nombor satu di Asia dan membina sektor tenaga di atas platform mampan. 

Apa pun pencapaian negara dalam NKEA, kenaikan harga petrol premium RON97 sebanyak 10 sen kepada RM2.90 itu pastinya akan menghala kepada cakap-cakap dan spekulasi menyebabkan kenaikan harga barang. 

Kenaikan harga adalah disebabkan harga minyak global yang melambung tinggi yang mencecah USD120 setong. Harga RON97 naik dan turun disebabkan kerajaan telah menarik balik subsidi petrol ini.

Harga baru ini sepadan dengan harga rekod yang ditetapkan pada Mei tahun lepas. Bagaimanapun, harganya turun RM0.10 seliter pada bulan berikutnya.

Rakyat akan cuba dipengaruhi dengan kempen-kempen memperkecilkan peranan kerajaan tetapi tidak pula memperkatakan  usaha lain yang lebih besar dilakukan oleh kerajaan.

Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 per walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini. Harga diesel kekal pada RM1.80 seliter.

Harga itu mampu dikekalkan kerana kerajaan meningkatkan subsidi petrol RON95 gred - yang paling banyak digunakan di Malaysia - sebanyak 10 sen. Ia penting untuk mengekalkan harga RON95 bagi menghindari tekanan inflasi.

Menurut laporan, usaha lain yang dilakukan kerajaan mengenai minyak dan gas ialah pelaburan besar sudah dibuat peserta utama industri seperti Shell, ExxonMobil, PETRONAS, Dialog Group dan Royal Vopak sejajar empat teras strategik NKEA itu. Tahun lalu (2011) pelaksanaan 12 projek permulaan (EPP) di bawah NKEA mencatatkan peningkatan memberangsangkan dengan melepasi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebanyak 109 peratus.

Tahun lalu juga menyaksikan penubuhan Petroleum Resources Corporation (MPRC) bagi menyelaraskan kerjasama kerajaan dan swasta. Apakah bidang projek EPP yang dilaksanakan?

1. Mencergaskan semula telaga sedia ada menerusi perolehan minyak tertingkat (OER) menunjukkan perkembangan ketara dengan ExxonMobil melabur lebih RM10 bilion bagi penggunaan teknik OER. Shell Malaysia dan PETRONAS juga menandatangani dua kontrak PSC untuk meningkatkan OER di luar pesisir pantai Sarawak dan Sabah membabitkan pelaburan lebih AS$12 bilion. Di samping itu, Shell Malaysia melabur RM5.1 bilion untuk meningkatkan, meluaskan dan membina kemudahannya di huluan, pertengahan dan hiliran industri berkenaan di seluruh Malaysia.

2. Dalam membangunkan telaga kecil melalui penyelesaian berinovasi bagi minyak, gas dan tenaga, PETRONAS dan pihak terbabit telah menyemak semula terma PSC dan memperkenalkan perjanjian petroleum baru bagi memastikan pengendali telaga kecil menerima insentif ekonomi mencukupi bagi meningkatkan pulangan pelaburan mereka. Kerja ketara juga dilakukan bagi menarik minat syarikat penerokaan dan pengeluaran (E&P) yang mahir beroperasi di negara ini serta memudahkan kerjasama antara syarikat bagi membenarkan perkongsian kemudahan dan langkah sinergistik lain bagi meningkatkan ekonomi pembangunan telaga kecil. PETRONAS akan mengambil langkah seterusnya dengan mengeluarkan lesen tambahan untuk membangunkan telaga kecil tahun ini bagi meningkatkan pengeluaran minyak mentah dan gas serta mengekalkan pengeluaran pada tahap 650,000 tong sehari.

3. Menumpukan kepada usaha memperhebatkan aktiviti cari gali, PETRONAS dan kontraktor perkongsian pengeluaran yang lain dijangka menggerudi lebih 50 telaga penerokaan di luar pesisir pantai Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang. 4. Beberapa syarikat besar dan konsortium membina dan meluaskan terminal pusat penyimpanan petroleum mereka, termasuk Dialog Group yang mengetuai konsortium membangunkan Projek Terminal Bebas Petroleum Laut Dalam di Pengerang Johor dengan kapasiti penyimpanan petroleum kira-kira lima juta meter padu. 5. PETRONAS memacu pembinaan Terminal Penggasan Semula pertama di negara ini di Melaka dengan kapasiti maksimum 3.8 juta tan gas cecair asli (LNG) setahun.

6. Menarik syarikat multinasional (MNC) membawa sebahagian besar operasi global ke Malaysia . MPRC dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) mengumumkan program Insentif Global Untuk Perdagangan (GIFT). Setakat ini, lima syarikat iaitu PETRONAS, Dialog Group, YTL Power International Bhd, BB Tenaga yang berpangkalan di United Kingdom dan Vitol Trading, sebuah kumpulan syarikat dari Rotterdam mendaftar untuk program itu dan masing-masing diberikan lesen perdagangan. MPRC menyasarkan mendapatkan sekurang-kurangnya empat lagi syarikat menjelang akhir tahun ini di bawah program GIFT.

7. Menggabungkan pembuat fabrikasi domestik juga mencatatkan kemajuan dengan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MMHE) membuat tawaran mengambilalih limbungan fabrikasi Sime Darby di Pasir Gudang, Johor yang membabitkan urus niaga bernilai kira-kira RM393.5 juta dan dijangka selesai pada suku pertama tahun ini.

8. Membangunkan kemampuan dan keupayaan melalui perkongsian strategik dan usaha sama menyaksikan Bureau Veritas, peneraju bidang penilaian ketetapan dan perkhidmatan pensijilan global mengambilalih Scientige Sdn Bhd, iaitu syarikat Malaysia yang mempunyai pengkhususan dalam perkhidmatan pengurusan integriti aset. Pada 2011 juga menyaksikan SapuraCrest Petroleum Bhd dan Kencana Petroleum Bhd bergabung bagi membentuk syarikat pembekal perkhidmatan bersepadu minyak dan gas yang terbesar di Malaysia.

9. Menumpukan kepada usaha meningkatkan kecekapan tenaga menyaksikan program Mencapai Kelestarian Melalui Kecekapan Tenaga (SAVE) dilancarkan pada Julai 2011 untuk memperbaiki kecekapan tenaga di Malaysia melalui lima inisiatif.

10. Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Diperbaharui dan Rang Undang-Undang SEDA diluluskan Dewan Negara pada 28 April 2011 dan permohonan bagi Tarif Galakan dibuka pada 1 Disember 2011.

Selain itu kejayaan penting NKEA turut menyumbang kepada kelulusan Pindaan Rang Undang-Undang Akta Cukai Pendapatan Petroleum (PITA) yang memberi insentif kepada penerokaan telaga minyak dan gas pinggiran di negara ini.

Melihat kepada kejayaan NKEA ini amat jelas bahawa selain kerajaan berusaha memberikan kelegaan dan keselesaan melalui subsidi harga minyak, kerajaan turut bertanggungjawab kepada usaha lebih penting iaitu membangun dan menjamin sektor minyak dan tenaga negara mencapai tahap memuaskan. 

Berikutan itu rakyat jangan hanya melihat kepada usaha menstabilkan harga minyak, diesel dan gas semata-mata tetapi hendaklah buka mata bahawa tugas kerajaan Barisan Nasional lebih jauh daripada itu.

Jadi apabila menuntut dan mendesak sebagai rakyat dan pengguna khususnya mengenai harga minyak dan bahan bakar, kita hendaklah bertindak dengan bijak kerana tugas kerajaan adalah lebih besar daripada soal subsidi harga semata-mata.

Kita perlu sedar bahawa kerajaan juga perlu menjamin pengekalan pengeluaran minyak dan gas, meningkatkan pertumbuhan hiliran, membina sektor tenaga di atas platform mampan dan yang penting menjadikan Malaysia hab terpenting untuk sektor ini.

Sumber – Akhbar Utama 

Tuesday, April 3, 2012

GEGAK GUMPITA - 'UMNO AKAN TUMBANG DI TEMPAT KELAHIRNNYA, BATU PAHAT'...

Ada kalangan pemimpin PAS begitu angkuh mengatakan kehadiran Naib Presidennya Salahuddin Ayub akan bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sangat membimbangkan pemimpin UMNO Negeri khususnya Ahli Parlimen Batu Pahat.

Malah Pesiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang begitu pasti Barisan Nasional dan juga Umno akan tumbang di kawasan kelahiran mereka di Batu Pahat.

Saya pasti pihak Barisan Nasional (BN) sudah mula takut dengan bayang-bayang mereka sendiri kerana mereka sebelum ini sering kali mengatakan Johor kubu kuat mereka kerana di negeri ini lahirnya Umno yang menjadi teras kepada BN,” tegas Hadi.

Benarkah kehadiran Salahuddin itu untuk menguatkan Johor yang selama ini kubu UMNO atau mengeluarkan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu kerana gagal memenuhi tanggungjawabnya kepada pengundi?

Kubang Kerian bukan sukar untuk dijaga kerana ia bagaikan kerusi Shah Alam Selangor apabila segala-galanya sudah ada di situ. Kubang Kerian yang berhampiran dengan Kota Baru mempunyai banyak kemudahan asas dan pejabat serta institusi penting ada di situ, termasuk kampus perubatan Universiti Sains Malaysia dan Hospital Kubang Kerian.

Perkara asas ialah kenapa Salahuddin keluar dari Kelantan. Kenapa dia tidak mempertahankan kerusi di Kelantan?

 Kehadiran Salahuddin ke Johor ditabuh dengan gendang yang gegak gumpita seolah-olah PAS akan menakluki Johor pada pilihan raya akan datang.

Namun di sebalik keriuhan itu, Hadi sendiri mengesahkan Pas masih belum lagi memutuskan kerusi yang akan ditandingi Salahuddin, dan ianya akan ditentukan dalam masa terdekat ini.

Dikatakan bahawa barisan kepimpinan pakatan pembangkang telah mengadakan satu perbincangan serius dengan Salahuddin untuk bertanding di negerinya – Johor – namun halangan besar kepada Pas ialah KEKURANGAN CALON BERWIBAWA UNTUK MENANG dan MENGISI JAWATAN MENTERI BESAR.


Hadi jelas tidak mahu terikat dengan cadangan itu apabila mengatakan terpulang kepada Johor untuk memikirkan kawasan dan yang muktamad nanti pihak kami akan tentukan apabila tiba hari penamaan calon kelak. Apakah Hadi tidak mahu tanggung beban atau tanggungjawab akan dipersalahkan jika Salahuddin kalah dan PAS gagal tawan Johor? 

Dilaporkan hasrat Salahuddin untuk bertanding kerusi Parlimen membabit beberapa kawasan khususnya di Batu Pahat, Pontian, Pulai atau Tanjong Piai. Malah, Salahuddin juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen secara serentak.

Hadi berkata, secara umumnya, sebanyak 80 sehingga 90 peratus proses pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat (PR) di Johor sudah selesai dan akan diumumkan apabila tiba masanya. Sokongan terhadap Pas semakin positif di Johor terutamanya dalam kalangan pengundi muda di pedalaman dan kaum bukan Melayu.

Namun hakikatnya UMNO Johor tidak pun bimbang kehadiran Salahuddin yang dijangka akan terlepas jawatannya dalam parti sekiranya beliau kalah dalam pilihan raya nanti.

Semalam Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim menyatakan sedia berhadapan dengan Naib Presiden Pas itu dan beliau sama sekali tidak gentar untuk berhadapan dengan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Sejauh ini kerusi Parlimen Muar untuk pembangkang adalah dikatakan dikhususkan untuk PKR. Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, tiada halangan untuk Salahuddin bertanding di mana-mana, asalkan beliau mahu berkhidmat untuk rakyat bukannya mahu mendapatkan kuasa.

Monday, April 2, 2012

JANGAN BENARKAN 'AWANG HITAM' TUNJUK BELANG MEREKA DI NEGARA INI

 

Kita bukan rasis. Cuma mahu mengatakan risau yang teramat…

Ini kerana jika tidak disebabkan kehadiran ‘Awang Hitam’ dan perbuatan melampau mereka, tidak mungkin tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di Kajang dikenakan tahanan reman.

Lebih buruk tujuh anggota Rela yang ditahan reman itu jika didapati bersalah tujuh anggota Rela itu berdepan hukuman berat – mungkin hukuman mati kerana kes kematian lelaki warga Nigeria di Kondominium Venice Hills, Hulu Langat pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Superitendan Ab Rashid Ab Wahab berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Ketika ini polis menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian lelaki warga Nigeria itu.

Menurut laporan seorang lelaki warga Nigeria, Onochie Martins Nwankwo, 35, mati pada Sabtu setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan di kondominium itu dan  akibat kejadian tersebut kira-kira 200 lelaki Afrika yang tinggal di situ merusuh dengan merosakkan fasiliti harta awam seperti pondok pengawal dan bilik gerakan Rela.

Apakah ini yang kita mahukan apabila membenarkan mereka memasuki negara ini?

Jika mereka mahu tunjuk samseng atau perangai hodoh mereka, pulanglah ke negara asal. Mana-mana yang ‘tidak berkenaan’ segerakan penghantaran atau usir sahaja mereka ini! Jangan kerana kita mahu bersimpati kerana mereka susah di negara mereka, kita mahu memberikan ‘kehidupan baru' dan mereka pula yang tidak sedar diri merempat di negara orang buat perangani macam negara sendiri!

Warga Nigeria, Sudan, Somalia dan beberapa negara lain memang mereka hidup dalam keadaan yang ‘sukar dan buas’.

Tetapi wajarkah kita bersimpati dengan mereka yang sebegini?

Kehadiran ‘Awang Hitam’ yang begitu ramai khususnya di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor memang menjadi tanda tanya.

Benarkah kehadiran mereka untuk belajar atau mencari ‘syurga baru di negara ini’? Saya maksudkan syurga kerana kehadiran ‘Awag Hitam’ banyak mendatangkan masalah kepada penduduk setempat dan negara kita amnya.

Berapa ramaikah daripada mereka sebenarnya menggunakan pas pelajar untuk memasuki IPTS kita dan berapa ramai pula yang mendatangkan masalah?.

Diperturunkan masalah yang diakibatkan ‘Awang Hitam’ ini seperti yang dilaporkan media. Yang tidak dilaporkan kita tidak tahu.

Ini hanya beberapa contoh pada Februari dan Mac 2012:

28 Februari - Melakukan hubungan seks di dalam kereta di tepi sebuah surau di Seksyen 6, Jota Damansara. Penduduk di kawasan berkenaan berang. 

23 Mac - Seorang guru wanita berusia 48 tahun, menjadi mangsa sindiket melalui laman web Asian Dating.com yang menyamar sebagai jejaka berasal dari Switzerland akhirnya berendam air mata apabila menyedari kekasih dipuja rupa-rupanya hanya kasanova 'Awang Hitam' yang menyamar. 

29 Mac - Lima sindiket dadah antarabangsa didalangi warga Afrika adalah antara enam sindiket yang tumpas dalam beberapa siri serbuan polis di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.Dalam serbuan itu, polis merampas sejumlah 51.2 kilogram syabu dan 7,728 biji pil ekstasi bernilai RM10.3 juta. Sindiket pengedaran dadah didalangi warga Afrika itu dikesan menyeludup masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kebanyakan mereka menggunakan pas pelajar.

Sabtu (hari terakhir Mac)  – ‘Awang Hitam’ berusia 35 tahun yang juga seorang pelajar sebuah kolej di Kajang  didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang tukang cuci wanita tempatan berusia 43 tahun. 

Lelaki berkenaan didakwa bertindak memeluk, mencium serta mencabul mangsa terbabit ketika wanita melakukan kerja mencuci di tingkat 15 blok Tower 3 kondominium tersebut pada pukul 11.30 pagi. Beliau dikatakan dibelasah dan meninggal dunia.

Berikutan itu, kira-kira 200 'Awang Hitam' yang tinggal di Kondominium Venice Hill, Batu 9 merusuh setelah mereka tidak berpuas hati dengan tindakan tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang didakwa memukul seorang pelajar warga Nigeria di pekarangan kondominium itu .

Rusuhan pada pukul 12 tengah hari itu menyebabkan sebuah pondok pengawal di pintu masuk utama dan salah satu pejabat pengurusan di blok Tower 3 kondominium tersebut rosak dipecahkan kumpulan tersebut. Warga Nigeria terbabit bertindak berkumpul di tepi jalan dengan membawa parang dan batang besi kerana tidak berpuas hati rakan mereka dipukul.

Dan pastinya kejadian seperti ini akan berulang sekiranya mereka berada dalam kumpulan ramai. Kerana itu jangan sekali-kali benarkan wujudnya kawasan atau tumpuan komuniti ‘Awang Hitam’ di mana-mana juga di negara ini.

Paling penting, hentikan segera kebenaran ‘Awang Hitam’ memasuki negara ini! Jika mahu dibenarkan pun, periksa dengan teliti ifentiti mereka.

Di samping kita mengharapkan agensi penguatkuasa mempertingkatkan kawalan dan pemantauan ke atas golongan ini, masyarakat sebenarnya boleh membantu.

Banyak caranya masyarakat boleh bantu.

1. Lapor dan kepada pihak berkuasa mengenai 'port' atau tumpuan Awang Hitam. Ini supaya komuniti mereka tidak bertapak.

2. Pemilik rumah atau apartmen – jangan sewakan kepada Awang Hitam. Cara ini menyekat mereka menubuhkan koloni di sesuatu kawasan.

3. IPTS perlu memastikan mereka yang masuk atas tiket visa pelajar tidak menyalahgunakan visa itu.

4. Bertindak tegas ke atas pihak yang tidak mengemaskinikan data pelajar khususnya di kalangan ‘Awang Hitam’ dengan Jabatan Imigresen.

5. Wanita-wanita yang mudah 'cair' dengan ayat-ayat 'power' dan bisikan cinta Awang Hitam berfikir dengan waras – helah berlagak kaya, berkereta mewah atau baik hati jangan sampai memerangkap diri.

Kepada pihak berkuasa, bertindaklah jangan sampai keadaan lebih buruk.

Juga bertindaklah agar ia tidak dijadikan isu politik yang akan menyulitkan kerajaan Barisan Nasional!

Pada 20 Disember 2011, PAS meminta kerajaan mengkaji faktor yang mempengaruhi peningkatan kes jenayah membabitkan penuntut antarabangsa, khususnya dari Afrika yang belajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) di negara ini.

Sunday, April 1, 2012

DENDAM? DENDAM APA? SIAPA SEBENARNYA PENDENDAM!!!


Kenapa tiba-tiba Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap mengenai dendam?

Siapa pula berdendam dengan Anwar tetapi hakikatnya Anwar yang bagaikan menyimpan dendam berterusan seperti juga Musyridul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kerana dendam, Nik Aziz tidak mahu bersatu dengan UMNO dan sering mengulangi kes PAS dipecat daripada Barisan Nasional (BN).

Anwar pula bagaikan berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan UMNO walaupun mengatakan dia tidak mempunyai perasaan sedemikian.

Sedangkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ‘mengangkat beliau’ dari sebuah pertubuhan NGO – ABIM – walaupun sebelum ini diserang dengan pelbagai gelaran seperti MAHAZALIM dan MAHAFIRAUN yang bertanggungjawab menjadikannya seorang pemimpin terkenal.

Begitu juga dengan UMNO – kalau tidak kerana UMNO, Anwar tidak akan ke mana-mana jika menjadi Presiden ABIM dan mungkin kalau ketika ini masih dalam ABIM, beliau pun sudah bersara!

UMNO menjadikan Anwar seorang Timbalan Menteri dan kemudian Menteri dan akhirnya ke tahap Timbalan Perdana Menteri selain pernah memangku jawatan Perdana Menteri pun.

Dalam parti UMNO pula Anwar ialah Ketua Pemuda UMNO, Naib Presiden UMNO dan akhirnya Timbalan Presiden UMNO!

Jadi siapa dendam siapa? Tun Dr Mahathir Mohamad?


Tidak sekali-kali dan mereka berdua tidak layak untuk dibandingkan! Mungkin kalau ada yang mempunyai perasaan TERHIRIS adalah individu berikut:

1. Tun Ghafar Baba yang sehingga matinya tidak memaafkan Anwar selepas beliau ‘digulingkan oleh Anwar’ daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri;

2. Rafidah Aziz yang dikalahkan sekali sebagai Ketua Wanita UMNO apabila kroni Anwar – Zaharah Sulaiman – menumpakan Rafidah; 

3. Ketua Pengarang akhbar-akhbar arus perdana yang ‘dilontarkan jauh’ oleh Anwar (mungkin insan seperti Zainuddin Midin dan beberapa yang lain); Insan seperti Datuk A Kadir Jasih, Datuk Johan Jaafar, Datuk A Nazri Abdullah dan beberapa yang lain tidak mungkin berdendam kerana mereka adalah ‘orang Anwar’;

4. Pemimpin yang pernah bersekutu dengan Anwar dalam Team Wawasan umpamanya Tan Sri Rahim Tamby Chik;

5. Pemimpin Bahagian UMNO yang ‘dijatuhi oleh kumpulan Anwar’; 

6. Usahawan dan peniaga yang ‘disenjah jatuh’oleh kumpulan Anwar;

7. Pengarah Urusan, CEO syarikat tertentu yang digantikan dengan orang Anwar;

8. Bekas pegawai Kementerian Pelajaran (dulu Pendidikan) yang digantikan oleh suku sakat Anwar ketika Anwar berkuasa;

9. Penjawat awam yang disekat oleh Anwar untuk menduduki jawatan penting yang diisi dengan ‘orang Anwar’;

10. Tokoh-tokoh agama di kementerian, jabatan dan organisasi serta NGO tertentu yang ‘tidak sehaluan’ dengan Anwar;

11. Pemimpin dalam GLC yang ‘diminta berhenti’ atau ‘tidak dinaikkan pangkat’ yang tempat mereka digantikan oleh ‘kroni Anwar’; dan 

12. Banyak lagilah…hanya Anwar dan ‘kroni Anwar’ sahaja yang tahu!!!

Jadi apabila Anwar semalam memberi jaminan beliau tidak akan membalas dendam terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) sekiranya berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) nanti, ia adalah suatu janji yang boleh didengar tetapi belum pasti boleh dipercayai.

Malah Anwar berkata, beliau sedia memaafkan pemimpin yang melakukan pelbagai kezaliman kepada dirinya juga berharap rakyat mengambil sikap sama terhadap kesalahan pemimpin BN yang menyalahgunakan harta negara.

Kalau jadi Perdana Menteri, Anwar berkata :“Saya sama sekali tidak akan dera atau mengambil sikap untuk membalas dendam biar pun pelbagai perkara dan ancaman dihadapkan kepada saya dan rakan sekarang. Saya pernah melalui keadaan paling teruk dalam kehidupan, tetapi itu tidak menjadi dendam. Sama seperti saya lakukan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh pelbagai benda, namun selepas keluar saya tidak mengambil sikap membalas dendam terhadap perbuatannya,”

Oh mulianya hatimu wahai Anwar. Tetapi bagaimana dengan sekutumu...PAS dan DAP yang kuat pendendam itu?

Berucap depan 10,000 penyokong di Padang Perdana di Kota Bharu, malam kelmarin, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh jelas ‘marah’ dengan pendekatan pihak lawan yang sentiasa melakukan tindakan kontroversi, termasuk menuduhnya melakukan perkara yang tidak senonoh tidak sesekali akan melunturkan semangatnya untuk menukar Putrajaya.

Apakah Anwar boleh maafkan begitu sahaja? Tidak mengheret mereka yang melakukan  'menyulitkan karier politik beliau' serta yang melakukan penyeleweangan dan pembaziran (ikut kaca mata Anwar)?

Jika tidak mengambil tindakan dan memaafkan sahaja, Anwar tidak akan kekal lama di Putrajaya (jika berjaya) dan beliau pasti akan dihumbankan sama ada melalui tunjuk perasaan, pemberontakan atau juga paling mudah, pilihan raya.

Jadi jangan percaya dengan kata-kata manis dan pujukan Anwar. Jika ketika berkuasa dia mementingkan 'kroninya' dan kalau berkuasa sekali lagi, 'kroninya' akan menentukan arah kempimpinan dan matlamat politik Anwar.

Renungkan....