"Daripada
gambar-gambar seperti Nurul Izzah memegang poster bersama musuh negara, ianya
bukan satu kebetulan sebaliknya perjumpaan itu telah dirancang dan kita perlu
tahu apa yang telah mereka bincangkan."
- Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
Bukan
sekadar sekeping gambar tetapi ‘a picture is worth a thousand words’.
Di sebalik
gambar, apakah tidak ada perbincangan? Dan jika ada, perkara apa?
Sekadar
mengenai perjuangan bersama membebaskan ‘orang dalam penjara’? Tidak setakat itu, mungkin!
Wira Negara kerana pencerobohan di Sabah. |
Ada
pendapat pemimpin muda DAP yang membandingkan gambar Naib Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bersama 'Puteri' Sulu, Jacel Kiram
dengan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York yang tersebar.
DAP cuba mempertikaikan sikap orang ramai dan kerajaan
terhadap Nurul Izzah yang dilihat 'double standard'.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan,
Zairil Khir Johari mengemukakan pertanyaan: “Saya nampak seperti biasa, ia satu
tindakan yang 'double standard' di mana saya rasa ada juga gambar Datuk Seri
Najib dengan orang-orang tertentu tapi kenapa YB Izzah kena, Datuk Seri Najib
tidak?," katanya kepada Sinar Online.
Gambar Nurul Izzah dan Jacel itu mencetuskan
kontroversi berikutan status Jacel sebagai anak kepada Jamalul Kiram III.
Allahyarham Jamalul Kiram III sebelum ini pernah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, dalang di sebalik insiden pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013.
Nurul Izzah sewajarnya dikenakan tindakan tegas kerana anak sulung bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
itu ke luar negara untuk berjumpa dengan anak pengganas yang tidak diiktiraf.
Ia jelas
dan nyata merupakan perbuatan salah.
Masih
jelas dalam ingatan, iaitu pada Februari 2013, kumpulan penceroboh dari selatan
Filipina memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara
berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Insiden itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala 12 penceroboh bersenjata terbunuh.
Enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota tentera turut terbunuh bertempur dan kemalangan dalam operasi di Lahad Datu.
Perbuatan Nurul Izzah ini kalau di negara lain, merupakan isu besar yang boleh mencetuskan provokasi dan mengundang kontroversi.
Insiden itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala 12 penceroboh bersenjata terbunuh.
Enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota tentera turut terbunuh bertempur dan kemalangan dalam operasi di Lahad Datu.
Perbuatan Nurul Izzah ini kalau di negara lain, merupakan isu besar yang boleh mencetuskan provokasi dan mengundang kontroversi.
Ini kerana semua maklum, setiap ahli Parlimen
baik parti kerajaan mahupun pembangkang, mereka terikat dengan sumpah taat dan
setia serta menghormati Perlembagaan.
Lazimnya mereka ini mengangkat sumpah di
hadapan Yang di-Pertuan Agong selepas memenangi kerusi pada pilihan raya.
Jika
demikian, apakah perbuatan itu bukan sahaja salah tetapi ‘menderhaka’?
Persoalan
lain ialah, tidak sensitifkah Nurul Izzah mengenai kejadian pencerogohan dan
kesannya selain kejadian susulan selepas itu yang menjadikan sebahagian Sabah
kini tidak lagi seperti sebelum serangan dan pecerobohan di Lahad Datu pada
2013?
Jika mahu
dikaitkan dengan gambar Najib dan Netanyahu, ibarat langit dengan bumi. Gambar Najib-Nentanyahu bukan kerana pertemuan. Ia langsung tidak dirancang. Ia secara kebetulan – terserempak.
Namun
gambar Nurul Izzah ini siap dirancang dan pegang poster dan dengan satu tujuan
bersama pula.
Isunya ialah
apakah pemimpin pembangkang kita ‘main rembat’ sesiapa sahaja asalkan menyokong
perjuangan mereka.
Nurul
Izzah pasti tahu siapa bapa Jacel. Apakah dia tidak sensitif dengan kejadian di
Sabah dan kematian rakyat Malaysia akibat daripadanya?
Jadi wajar sangat jika rakyat dan pemimpin
mengecam tindakan Nurul Izzah itu.
Nurul mengatakan tidak ada apa yang hendak beliau
sembunyikan dan lebih daripada bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa
mengenai lawatan itu.
"Saya memahami keluarga wira negara yang
terkorban di Lahad Datu ketika pencerobohan, ahli keluarga Sabah yang terkesan
termasuk rakyat Malaysia secara umumnya terkilan dengan gambar saya bersama
Jacel Kiram dan untuk itu saya amat kesal," katanya.
Sekadar menyatakan kesal dan tidak merancang
untuk mengadakan sebarang pertemuan dengan Jacel - tidak cukup untuk
menghilangkan kemarahan rakyat.
Seperti kata Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad, tindakan
memohon maaf itu sebagai tidak ikhlas.
Ini kerana Nurul Izzah tidak menyesali perbuatannya mengadakan pertemuan dengan
anak ketua pengganas itu.
“Sebaliknya, apa yang
diperhatikan, dia hanya memohon maaf atas tindakannya yang tersilap langkah
dengan memuat naik gambar bersama Jacel Kiram sehingga menggores hati pihak
tertentu. Tetapi sekiranya gambar tidak diambil bermakna dia tidak kesal,”
katanya.
Menurut Shahrir, pihaknya akan membawa isu pertemuan Ahli Parlimen
Lembah Pantai, itu dengan anak perempuan bekas ketua pengganas Jamalul Kiram
III Jacel Kiram, kepada Jawatankuasa Hak
dan Kebebasan Parlimen, hari ini (23 November).
Pihaknya akan membangkitkan perkara tersebut
supaya jawatankuasa berkenaan dapat melakukan soal siasat untuk mendisiplinkan
Naib Presiden PKR itu kerana tindakan beliau bertentangan dengan sumpah taat
setia yang dilafazkan sebagai ahli Parlimen.
Bukan sahaja Nurul Izzah perlu disiasat tetapi
juga yang sama berkunjung ke Filipina pada 9 November lalu iaitu Ahli Parlimen
Batu, Tian Chua, yang pernah dikaitkan dengan pencerobohan di Sabah, patut sama
disiasat.
Malah kita
mahu pihak berkuasa menyiasat perkara ini secara seadil-adilnya dalam konteks
keselamatan negara dan jika tindakan tegas perlu diambil, ‘just do it’.
Jangan
biarkan perbuatan Nurul Izzah ini menjadi precedent dan ikutan yang akhirnya bertemu pihak
musuh negara pun ia sebagai suatu ‘kebiasaan’.
Rakyat
yang waras dan pentingkan keselamatan dan kestabilan akan menyokong tindakan
pihak berkuasa itu.
Semalam,
polis mengatakan Naib Presiden PKR itu boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan
berhubung tindakannya bertemu anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata
Sulu, Jamalul Kiram III.
Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Nurul Izzah yang juga anggota
Parlimen Lembah Pantai akan dipanggil untuk memberi kenyataan minggu depan
berikutan tindakannnya yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara.
Walaupun Nurul Izzah telah memohon maaf, perbuatannya tetap dianggap serius apabila anggota Parlimen Malaysia bertemu dengan musuh negara yang telah menyerang sebahagian negara kita, kata Khalid.
Berikutan itu polis juga akan menyiasat sekiranya terdapat kemungkinan serangan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 didalangi oleh pihak tertentu dari dalam negara berikutan pertemuan Nurul Izzah itu.
"Daripada gambar-gambar seperti Nurul Izzah memegang poster bersama musuh negara, ianya bukan satu kebetulan sebaliknya perjumpaan itu telah dirancang dan kita perlu tahu apa yang telah mereka bincangkan," katanya.
No comments:
Post a Comment