Wednesday, November 16, 2011

KHIR BAHAROM, DR ABDULLAH PENASIHAT AGAMA PENGAMPU?

Ini satu lagi isu memening kepala orang biasa seperti saya yang 'jahil' mengenai agama.

Semalan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (gambar kanan) menyelar tindakan "penasihat agama" yang didakwanya tidak membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam urusan haji, sebaliknya "lebih kepada budaya ampu".

"Tidak bermanfaat, tidak bermanfaat," kata beliau.

Beliau tujukan 'serangan' itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan penasihat agama kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Md Zin yang dilapor mempertahankan status haji Najib setelah ditegurnya sebelum ini.

Juanda pada 9 November lalu melahirkan rasa terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Kuatkah mengampunya Jamil Khir dan Dr Abdullah Mohd Zin itu?

Kata Dr Juanda :"Yang bagi komen di Malaysia ini kononnya hendak bantu, sebenarnya bukannya membantu akibat tidak mahu faham, tetapi lebih kepada budaya ampu. Jadi rakyat makin keliru. Perkara asas ilmu haji, saya yakin semua jemaah dan bekas jemaah haji semua boleh faham."

Juanda yang juga bekas profesor pelawat di Universiti Oxford, United Kingdom mengatakan sebelum ini, paling awal jemaah haji menamatkan ibadat paling awal pada 8 November atau 12 Zulhijah selepas solat Zohor bagi yang nafar awal.


Susulan itu, Jamil Khir menjelaskan, kenyataan daripada Twitter Najib bahwa beliau selesai menunaikan haji, sedangkan masih ada rukun belum dilaksanakan, telah disalah tafsir dengan selesai wukuf.

Manakala Abdullah pula menyifatkan tuduhan bahawa Najib dan isteri gagal mengerjakan haji sebagai fitnah pihak yang terdesak, yang didakwa mengeksploitasi agama untuk mengelirukan orang ramai.

Kata Abdullah, dakwaan Najib dan isterinya Rosmah gagal mengerjakan haji merupakan fitnah oleh orang "jahil" dalam ilmu mengerjakan haji.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Juanda berkata, beliau kasihan kepada Najib yang mempunyai pegawai yang banyak tetapi "tidak dimanfaat dan tidak bermanfaat".

"Kenapa tak bawa penasihat-penasihat agama ini daripada awal dalam rombongan PM yang 20 orang itu, agar hal macam ini tak berlaku daripada awal? Berlambak mereka ini ikut buat haji. Jemaah haji biasa pun duduk dengan pembimbing haji siang malam agar dibantu dan diberi nasihat ibadat," katanya.

Juanda yang juga profesor pelawat di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) di Shah Alam berkata, komen pihak lain, yang tiada dalam rombongan itu akan merendahkan lagi imej Najib dan merumitkan lagi keadaan.

Tak taulah kita, dan kepada yang tahu jawablah.

Susah nanti Perdana Menteri kita. Bukan sekadar soal ibadah haji tidak tamat, isu Datin Seri Rosmah Mansor 'tidak bertudung' pun menjadi isu pilihan raya kelak!

1 comment:

  1. Dia ni nak ikut mentor dia si Asri tu, sudah-sudahlah tu pak mufti, Allah sedang menilai kamu jangan riak kamu bukannya Tuhan yang nak tentukan haji seseorang itu sah atau tidak.

    duit yang ko terima dari University Oxford, UK tu belum tentu dari duit halal. Mungkin dari tabung khas keuntungan hasil judi dan maksiat di UK tu. Ko makan duit tu sebab tu jadi bengap timbul rasa dengki dan mudah termakan hasutan puak liberal-wahabbi dan kafir harbi Malaysiakini. Bertaubatlah pak mufti sebelum ada orang lain termasuk skuad kuda trojan dan skuad berani mati aku mendedahkan keaiban kamu pula!!!

    Nak tanya ko ikut Zohor di Mekah ka Zohor kat Arau???

    ReplyDelete