Ada beberapa persoalan apabila Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) akan memanggil Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah behubung
kenyataan liwatnya di Parlimen, dua minggu lalu.
Pertama, apakah kes ini akan membawa kepada episod ‘kes liwat Ketua
Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ketiga’?
Kedua, beranikah Ahmad Husni membawa saksi, iaitu ‘anak
saudaranya’ jika dipangil oleh JAWI; dan
Ketiga, kenapa yang membuat laporan rasmi kepada JAWI
hanya ‘orang AMANAH’ dan tiada daripada PKR?
Rabu minggu lalu, ketika berhujah pada sidang Dewan
Rakyat, Ahmad Husni mengkritik bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas
Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan memberitahu punca beliau tidak
lagi mengikuti perjuangan Anwar.
"Anda kenal siapa Dr Mahathir? Saya tahu. Saya
Menteri Kewangan II. Saya tahu apa yang berlaku masa beli Pos Malaysia, di
Perwaja. Saya tahu. Anda tahu siapa Muhyiddin. Anda tidak tahu, tetapi saya
tahu. Anda tahu siapa Anwar Ibrahim? Saya orang Anwar Ibrahim, saya tinggalkan
dia.
"Selepas dia berhenti jadi timbalan perdana menteri,
saya bantu dia, pergi ke Bukit Damansara. Bila dia terlibat dengan liwat. Dia
terlibat dengan anak buah saya. Kami semua menangis, saya pergi ke
Jordan," kata Ahmad Husni.
Kenyataan ini membawa kepada suatu situasi baru di mana
‘ada orang yang kali ketiga sudah kena liwat oleh Anwar’.
Sedangkan ketika ini Anwar sedang menjalani hukuman
penjara di Penjara Sungai Buloh selama lima tahun, sejak 2015 selepas mahkamah
mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful
Bukhari Azlan.
Ini adalah kes kedua selepas kes pertama yang membawa
kepada pemecatan Anwar dan dipenjarakan kali pertama kerana kesalahan kes lain.
Namun ramai orang beranggapan Anwar disabitkan dengan kes
‘liwat’ pada hukuman penjaranya kali pertama.
Berikutan kenyataan Ahmad Husni itu, pemimpin Pakatan
Harapan menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), menyiasat
dakwaan bekas Menteri Kewangan Kedua itu berhubung tuduhan liwatnya membabitkan
Anwar.
Ramai berpendapat tuduhan Ahli Parlimen Tambun itu
merupakan satu tuduhan berat yang perlu kepada siasatan terperinci.
Ramai juga berpendapat tuduhan itu dibuat untuk
‘mencemarkan imej Anwar’ yang dilihat kini sudah bersatu dengan Tun Dr Mahathir
Mohamad dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Pemimpin BN dikatakan sangat bimbang dengan pakatan
Anwar-Dr Mahathir dan sanggup mengambil apa sahaja langkah termasuk mengitar
semula kes lama dengan menggunakan Ahmad Husni.
Isunya juga apakah Ahmad Husni sanggup ‘mengorbankan anak
saudara dan keluarganya’ demi karier politiknya sendiri dan mempertahankan
Najib Razak serta kerajaan BN?
Ini kerana menurut Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa
Maidin, pegawai penyiasat JAWI memaklumkan kepadanya bahawa selain menyiasat laporan
qazaf terhadap Ahmad Husni, mereka juga mengatakan, jika perlu anak saudara
Ahmad Husni pun akan dipanggil.
Sebelum ini PH mengesahkan 'mangsa' liwat oleh Anwar itu
adalah kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tidakkah ini akan menjejaskan maruah ‘anak saudara dan
keluarganya’ serta tempat beliau bertugas yang sebelum ini tidak diketahui langsung ‘turut terbabit dalam
kes liwat Ketiga Anwar’ ini.
Sanggupkah anak saudara Ahmad Husni dan keluarganya
menerima aib dan malu seperti dialami oleh individu dan keluarga mereka yang
dituduh diliwat oleh Anwar dua kali sebelum ini?
Persoalan ketiga ialah di manakah pemimpin PKR sehingga
membiarkan dua pemimpin AMANAH – Mohamed Hanipa dan Datuk Raja Kamarul Bahrin
Raja Ahmad – ‘memperjuangkan’ laporan qazaf terhadap Ahmad Husni gara-gara kenyataan liwat tanpa bukti dan saksi
terhadap Anwar?
Dua pemimpin berkenaan mengambil usaha itu dengan
pendapat bahawa ‘orang yang dituduh itu di dalam penjara dan tidak boleh
membela diri’.
Diakui perkara ini memang bukan ringan dan harus diambil
tindakan sewajarnya.
Namun, apa pendirian keluarga dan rakan Anwar dalam isu
ini?
Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul sudah mencabar
Ahmad Husni mengulangi dakwaan beliau di luar Dewan Rakyat mengenai anak
buahnya diliwat Anwar namun Ahli Parlimen Tambun itu masih membisu.
Kenapa Ahmad Husni berdiam diri sedangkan bekas Menteri
itu perlu berbuat demikian bagi memperlihatkan bahawa beliau tidak berselindung
di sebalik imuniti Parlimen.
Atau apakah pemimpin PKR dan keluarga Anwar memberikan
hak memperjuangkan isu ‘liwat kali Ketiga Anwar’ ini kepada dua pemimpin AMANAH
berkenaan?
Atau apakah dua orang paling rapat dengan Anwar –
isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah sudah diberikan
nasihat oleh Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang juga merupakan peguam Anwar supaya
‘berdiam diri’ dan membiarkan kepada dua pemimpin AMANAH itu untuk mengambil
tindakan sewajarnya?
Ini kerana Sivarasa sebelum ini pernah mengatakan beliau akan
menasihati Anwar dan mungkin turut membabitkan ahli keluarga pemimpin PKR itu mengenai
tindakan undang-undang yang akan diambil
selepas ini.
Yang nyata Anwar yang dipenjarakan terpaksa berdepan
dengan satu lagi tuduhan liwat gara-gara berjuang dengan bekas musuhnya, Dr
Mahathir yang kini sangat ditakuti oleh Najib dan sekutunya.
Apapun persoalannya, apakah ‘kes Liwat Ketiga Anwar’ ini
berjaya membendung pengaruh pembangkang atau lebih memberi tekanan kepada Najib
dan BN, apa lagi Ahmad Husni sendiri?
Terang lagi bersuluh bahawa ‘liwat’ dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Kata Majlis Peguam, “apa yang jelas merupakan hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa”.
Selain itu Majlis Peguam mendakwa: “Anwar melakukannya atas dasar kerelaan mangsa.”
Nak kata apa lagi?
Selain Majlis Peguam, Karpal Singh turut mengakui perbuatan terkutuk itu.
Karpal Singh cuma mempertikaikan kenapa Saiful tidak lari…
Dengan bukti sebegini, apakah orang Islam, khususnya dalam PAS masih tetap mengatakan ‘liwat’ tidak berlaku?
Banyak pihak menunjukkan simpati kepada Anwar seolah-olah boleh melupakan perbuatan terkutuk itu demi politik, menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta menjayakan hasrat untuk merebut Putrajaya.
Apakah orang sebegini layak untuk menjadi Perdana Menteri? Tun Dr Mahathir Mohamad sampai sekarang istiqamah dengan kenyataannya bahawa ‘orang sebegini tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri’.
Ada bekas pemimpin UMNO mengatakan cara menghukum Anwar akan memberikan kesan kepada politik dan pentadbiran negara yang akan menjadikan Barisan Nasional (BN) ditolak oleh rakyat.
Persoalannya, apakah sistem perundangan di negara kita ‘teruk sangat’ sehingga menjatuhkan hukuman sesuka hati?
Apakah pemimpin berkenaan merasakan mahkamah di Malaysia berpihak kepada UMNO dan BN, sedangkan banyak kes membabitkan saman oleh pembangkang dimenangi oleh mereka.
Apa yang tidak kena dengan bekas pemimpin UMNO ini?
Apakah dia yakin Anwar tidak bersalah?
Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, ketika kejadian berumur 23 tahun, di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas mendapati beliau bersalah.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dan memerintahkan Anwar membayar ikat jamin RM10,000.
Hakim Balia memutuskan hakim perbicaraan terkhilaf dalam penghakimannya bahawa integriti sampel DNA telah tercemar.
Walau Anwar mungkin melakukan ‘liwat’ secara sukarela (seperti didakwa Majlis Peguam dan Karpal) atau secara paksa seperti diputuskan oleh mahkamah yang didakwa oleh Saiful, liwat sudah dilakukan oleh Anwar.
Saya menyebut ini berdasarkan fakta yang disebut oleh Majlis Peguam dan Karpal.
Menurut Karpal, “Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat untuk menyelamatkan diri.” Karpal menyifatkan Saiful seperti seekor kambing yang menurut sahaja semua arahan daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat."
Ulasan menarik mengenai isu Saiful tidak lari ini bukan baru malah sudah disebut Karpal berkali-kali. Analisis menarik mengenai perkara ini dibuat melalui blog anwaraidc yang saya petik sebahagian daripadanya:
Isu ini diperkatakan oleh AIDC pada 07 Januari 2012yang memetik dua penulis pro Pakatan Rakyat menyalahkan Karpal Singh kerana menggunakan hujah ‘suka sama suka’ sebagai perisai utama untuk mempertahankan Anwar.
Menurut AIDC:
"...shalehudin.blogspot.com, blog pro PAS keliru kenapakah Karpal akhirnya menumpukan terhadap hujah-hujah yang mengesahkan kepada kejadian liwat itu benar-benar berlaku dengan menekankan aspek elemen suka sama suka.
“Sebagai seorang peguam kanan yang berpengalaman, penulis tidak rasa YB Karpal Singh mempunyai masalah untuk menggulung kes fitnah yang membabitkan Datuk Seri Anwar tanpa dalam masa yang sama, menimbulkan persoalan-persoalan yang boleh merosakkan dan menghancurkan karier politik Anwar di masa hadapan.
“Justeru, penulis tidak faham kenapa dalam penggulungan kesnya semalam (sebelum Timbalan Pendakwaraya mengambil tempat), Karpal lebih banyak menimbulkan hujah-hujah yang menjurus kepada kejadian liwat itu benar-benar berlaku tapi atas kapasiti suka sama suka, bukan secara paksa seperti yang didakwa Saiful.
Sementara itu, Azman Ariffin dari laman suarapakatanrakyat.com mengakui penggulungan kes liwat II tidak begitu baik. “Komen-komen Karpal kepada media bila ditanya mengenai kes ini juga menunjukkan yang dia sudah putus asa. Sikap ini dapat dilihat dari tindakan Karpal menyerahkan penggulungan kepada dua peguam junior iaitu Sankara Nair dan Ram Karpal secara bergilir dan tidak melakukannya sendiri sehingga akhir sepertimana sepatutnya.
“Akibatnya, hujah penggulungan dilihat tidak konsisten dalam menyatakan pembelaan. Malah, kita juga amat terkejut apabila Karpal seolah-olah cuba menggambarkan yang kejadian liwat itu berlaku secara suka sama suka“, katanya.
Selain itu, kenyataan Karpal sendiri turut mengukuhkan kejadian liwat itu berlaku apabila tidak mempertikaikan tentang kewujudan bahan pelincir KY Jelly dan mengesahkan keterangan ‘makan karipap’ dan ‘minum kopi’.
Antara hujah yang digunakan ialah Saiful punya banyak peluang untuk keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan dan beliau memilih untuk tidak berbuat demikian. Karpal langsung tidak mempertikaikan tarikh, masa dan tempat kejadian iaitu di unit 1151 walaupun cuba menimbulkan keraguan terhadap unit tersebut sebelumnya.
Karpal juga tidak mempertikaikan dakwaan mengenai kewujudan KY Jelly dan bahawa Saiful makan karipap serta minum kopi selepas kejadian.
Hujah-hujah yang disediakan Karpal juga, tidak terdapat satu pun yang menerangkan bagaimana konspirasi dilakukan sehingga membolehkan DNA Anwar dijumpai di dalam dubur Saiful. Malah, nasihat Karpal untuk membiarkan bela diri dilakukan dari kandang tertuduh yang tidak boleh disoal-balas juga jelas adalah satu nasihat yang salah.
AIDCNews 5 Januari (2012) mendedahkan ‘strategi mengunakan hujah suka sama suka’ telah dimulakan Anwar sejak 7 Ogos 2008, ketika kes ini mula-mula disebut di mahkamah seksyen, Jalan Duta Kuala Lumpur. Strategi Anwar itu turut disokong oleh orang kanannya, Azmin Ali.
Ketika Anwar membangkitkan ‘hujah suka sama suka’ itu, Karpal Singh masih belum menjadi peguam Anwar, sebaliknya Ketua Peguam Bela Anwar diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Apabila Sulaiman Abdullah meletak jawatan sebagai Ketua Peguam Bela Anwar pada 14 Julai 2009, Karpal Singh dilantik Anwar untuk menjadi Ketua Peguam Belanya yang baru.”
Dengan pendedahan oleh Majlis Peguam dan Karpal sendiri, kita memang sukar untuk menolak bahawa Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.
Selebihnya terserah kepada Allah yang mengetahui segala-galanya untuk menghukum atau membebaskan Anwar. Yang pasti Saiful sudah mengaku dan memohon keampunan Allah di depan Kaabah.
Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, jalan terbaik untuk Anwar bukan ‘menegakkan benang yang basah’ di mahkamah.
Namun Anwar tetap dengan caranya.
Kali ini tanpa berlengah, bukan seperti perbuatannya sebelum ini 'melengah-lengahkan perbiaraan', semalam Anwar dilaporkan membayar wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Anwar, bersama-sama penjaminnya, ketua staf di ibu pejabat PKR Ibrahim Yaacob menemui Darmafikri di biliknya dan urusan itu selesai pada 12.45 tengah hari semalam. Turut hadir abang Anwar, Rosli Ibrahim.
Sementara itu, peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Anwar berkata pihak pembelaan mempunyai 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan sebaik menerima alasan penghakiman daripada Mahkamah Rayuan.
Walau apa jua keputusan terhadap rayuannya, Anwar yang sudah terpalit dengan ‘dosa liwat’ ini tidak boleh mengubah kesilapan dan kekhilafannya.
Jika menang pun di mahkamah pada rayuannya, dia sudah dibuktikan oleh Majlis Peguam dan Karpal bahawa memang berlaku liwat antara Anwar dan Saiful.
Soal paksa atau sukarela hanyalah akademik, selebihnya perbuatan terkutuk itu sudah berlaku dan Anwar sewajarnya mengakui dan memohon keampunan secara yang diredhai Allah.
Sewajarnya pemimpin PAS terutamanya Presiden Haji Abdul Hadi Awang tidak mengambil keputusan mahkamah untuk memberikan sokongan kepada Anwar secara berterusan.
Kenyataan Majlis Peguam dan Karpal (kalaupun bukan Islam) sewajarnya dijadikan panduan untuk merenung dan menilai di mana dan siapa Anwar sebenarnya.
Dengan menyatakan kesal dan kecewa dengan keputusan bolehkan dijadikan ‘simpati politik’, namun yang perlu dan sewajarnya dilakukan ialah merujuk kembali kepada Dewan Ulamak PAS serta ‘Tok Guru’ yang ada dalam PAS mengenai tingkah laku Anwar ini.
Jika berterusan menyokong membuta tuli terhadap Anwar yang 'disahkan melakukan liwat' oleh Majlis Peguam dan Karpal, pemimpin PAS tidak akan dihormati.
Kelak PAS akan dilihat sebagai parti yang turut menyokong liberalisme dan perbuatan ‘liwat’ oleh pemimpin parti sekutunya.
Sudah pasti dengan sikap dan pendirian sedemikian, PAS akan menerima bala kekalahan demi kekalahan kerana bersekutu dengan pihak-pihak yang ‘memboleh dan menghalalkan’ seks bebas serta liwat tanpa batas!
Apakah akan ada helah baru Datuk Seri Anwar Ibrahim serta rakan-rakan yang menyokongnya selepas Pejabat Peguam Negara semalam memfailkan notis rayuan Mohd. Saiful Bukhari terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan beliau 12 hari lalu?
Sehari selepas keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya, Ketua Pembangkang, itu menyatakan beliau tidak risau sama ada pihak pendakwa membuat rayuan atau tidak berhubung pembebasannya daripada pertuduhan liwat. Sambil menegaskan bahawa rayuan itu bukan urusannya, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau tahu bahawa ia diperuntukkan dalam undang-undang dan perlembagaan.
Beliau berharap tidak akan ada campurtangan jika Peguam Negara membuat rayuan. Campur tangan siapa agaknya yang dimaksudkan Anwar.
Apakah isu campurtangan ini akan menjadi senjata Anwar mempertahankan dirinya selepas ini setalah pada perbicaraan sebelum ini beliau meminta tangguh dan melakukan ‘pelbagai alasan’ untuk melengah-lengahkan perbicaraan?
Pada 9 Januari lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan untuk melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan yang dihadapinya selepas mendapati tiada bukti kukuh Saiful bagi menyokong keterangan.
Mohamad Zabidin berpendapat bahawa adalah tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).
Selepas meneliti bahan bukti, Mohamad Zabidin berpendapat mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada saksi pendakwa pertama, Saiful tidak terjejas.
Di peringkat pembelaan bagi kesalahan seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan kepada keterangan Mohd. Saiful Bukhari tanpa bukti sokongan lain.
Apa yang dapat dilihat sejauh ini, peguam utama kepada Anwar, Karpal Singh dan Majlis Peguam sudah menggesa Peguam Negara agar tidak memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu.
Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata sebagai peguambela beliau juga berhak, berdasarkan keterangan, menggesa AG agar tidak membuat rayuan.
Sekalipun rayuan dibuat bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim supaya AG mengemukakan rayuan, Karpal Singh berkata sebagai peguambela beliau juga mempunyai hak menggesa AG supaya tidak berbuat demikian.
"Cukup malang perkara berkenaan telah berlarutan hingga ke peringkat ini buat Saiful, tetapi sebaiknya negara dan semua terlibat menghentikan penghinaan terhadap Anwar dan keluarganya dan terus bergerak menangani isu-isu politik yang lebih penting yang menyentuh setiap orang," katanya.
"Perbicaraan ini dipanggil ibu segala perbicaraan di Malaysia dan saya kira tiga tahun (perbicaraan) adalah cukup lama dan ia perlu dihentikan demi kebaikan semua," katanya di rumahnya semasa pesta Pongal di George Town baru-baru ini.
Ternyata apa yang cuba disekat dan dihalang bagi membolehkan Saiful merayu tidak berjaya dan di sebalik keputusan pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang, Jabatan Peguam Negara semalam tetap memfailkan notis rayuan Saiful berdasarkan keterangan dan undang-undang, malah tidak mengikut emosi atau pengaruh mana-mana pihak.
"Keputusan memfailkan notis rayuan ini membolehkan jabatan ini memperolehi penghakiman bertulis Yang Arif Hakim dan rekod prosiding perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi. Ini seterusnya mengetahui dengan jelas alasan-alasan penuh keputusan yang Arif Hakim," kata jabatan itu.
Saiful sudah pasti menyambut baik tindakan Peguam Negara itu dan berharap laporan pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat mahkamah tertinggi menurut undang-undang akan terlaksana.
"Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Notis Rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat Mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana," katanya melalui laman blog yang disiarkan pada pukul 5.54 petang semalam.
Kepada Mohd Saiful dan keluarganya, masih ramai rakyat Malaysia yang berharap beliau akan mendapat pembelaan sewajarnya.
Dan proses pembelaan itu sudah bermula mulai semalam, Jumaat 20 Januari 2012.
Kita berdoa Allah akan menunjukkan siapa benar dan siapa berbohong dalam kes liwat Anwar terhadap Saiful ini.
Ada beberapa perkara menarik yang dilontarkan Datuk Zulkifli Nordin tidak sukar untuk mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim ialah pelakon, dayus dan pembohong. Dia membuat helah untuk menunjukkan dirinya pejuang yang benar dan tidak melakukan liwat.
Kerana itu, Zulkifli mencabar pengikut taqsub Anwarinas mengadakan solat hajat perdana secara besar-besaran.
“Panggil lah Tok Guru Nik Aziz atau Haji Hadi Awang menjadi imam. Mintalah doa hajat kepada ALLAH, tunjukkan, dan buktikan siapakah pembohong sebenarnya, Anwar atau Saiful! Kalau Saiful bohong, berdoalah kepada ALLAH supaya turunkan laknat kepada Saiful serta merta! Tetapi kalau Anwar berbohong, dan memang dia telah meliwat Saiful, mohonlah doa dan hajat kepada ALLAH supaya melaknat Anwar, dan menurunkan bala kepada para pengikut Anwarinas yang masih taqsub dengan Anwar!”
Menurut Zulkifli, pokok pangkalnya, kalau Anwar, bini dan kawan-kawan dia sendiri tidak membela Anwar dalam Mahkamah, mengapa orang ramai merela dan meredho diperlembu dan dikaldaikan untuk membela Anwar Ibrahim di Mahkamah jalanan!
Kerana itu, Zulkifli memberikan 10 sebab mengapa tidak wajar rakyat membela Anwar dijalanraya!
Malah Mahkamah Rakyat wajib memakukan paku terakhir keatas keranda politik Anwar Bin Ibrahim!
1. Mengapa Anwar tidak membela diri dia sendiri dalam Mahkamah. Semasa diberi peluang membela diri, Anwar memilih tidak mahu memberi keterangan bersumpah. Dalam kes tahun 1998, Anwar berani angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Memberi butiran apa yang dia dakwa konspirasi. Soalan Hakim dijawab, soalbalas Pendakwaraya dipatahkan!
Tapi kali ini, Anwar langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah! Anwar langsung tidak memberi keterangan bersumpah! Peluang terbuka luas depan Anwar untuk membela diri dia. Tapi tidak mengambil peluang tersebut!
Tapi teman faham, sebagai peguam teman tahu Anwar tersepit. Berlainan dengan kes 1998 bilamana polis kurang bukti. Setakat sebutir tilam untuk buktikan liwat. Kes liwat Saiful kali ini ada videoklip CCTV Anwar berada di kondominium tersebut, ada catatan saksi nampak Anwar ditempat kejadian, ada kesan airmani dalam dubur Saiful, malah DNA Anwar dikesan dalam dubur Saiful, bukan atas tilam macam kes liwat Azizan!
Dalam keadaan itu, Anwar mengambil jalan selamat dengan langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Dengan cara itu, Hakim tidak boleh tanya soalan, Pendakwaraya tidak boleh soal-balas. Anwar selamat daripada disoal-siat, Anwar selamat daripada dilondehkan dalam kandang saksi!
Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
2. Mengapa Wan Azizah, Presiden PKR yang juga bini Anwar tidak datang membela Anwar dalam Mahkamah. Sedangkan nama Wan Azizah disenaraikan sebagai saksi pembelaan Anwar? Adakah Wan Azizah tidak yakin dengan "kesucian" Anwar?
Bukankah Wan Azizah yang isytihar Anwar sebagai manusia anugerah tuhan? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong Anwar hendak ditembak mati sebab itu Anwar perlu lari ke Turki tidak lama selepas Saiful membuat lapuran polis mengadu diliwat Anwar?
Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong jam Omega ada pada dia untuk melindungi kegiatan pelacuran Anwar dengan China-DOLL yang didedahkan oleh Datuk Eskay kawan baik Anwar sendiri?
Mengapa tiba-tiba dalam kes meliwat Saiful, Wan Azizah tidak menggunakan peluang membela Anwar dalam Mahkamah? Mengapa Karpal Singh tidak panggil Wan Azizah sebagai saksi memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah!
Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Wan Azizah, Presiden PKR dan bini Anawr sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
3. Mengapa Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar tidak membela Anwar dalam Mahkamah!
Dalam kes liwat 1998, Azmin Ali sanggup beri keterangan bersumpah dalam Mahkamah. Malah Azmin sanggup dikenakan pertuduhan menipu dan berbohong kerana memberi keterangan palsu dalam Mahkamah dalam kes liwat 1998!
Malahan Azmin buat kenyataan sanggup pecahkan tembok penjara demi membebaskan insan tersayang!
Mengapa Azmin tidak menjadi saksi membela Anwar dalam perbicaraan meliwat Saiful?
Kenapa Karpal Singh sebagai peguam Anwar tidak panggil Azmin sebagai saksi untuk membela Anwar? Sedangkan sebagai orang yang rapat dengan Anwar, sebagai orang kanan yang kata pepatah "tidur sebantal baring sekatil" dengan Anwar, sudah tentu Azmin patut tahu pelbagai perkara tentang Anwar termasuk karakter Anwar. Kenapa tidak pergi ke Mahkamah dan yakinkan Mahkamah mengenai karekter & akhlak Anwar!
Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang kanan Anwar saperti Azmin sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
4. Mengapa Anwar menggunakan khidmat Karpal Singh untuk membela dia dalam kes liwat di Mahkamah ini?
Sedangkan pada 22 Okt 1997, Karpal Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dia ada bukti Anwar seorang peliwat! Dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu, Karpal Singh menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat! Ucapan dan pendedahan Karpal itu menyebabkan ada pemimpin PAS memanggil Anwar dengan gelarana "Sheikh Anwar Al-Juburi"!
Bukan itu sahaja, Karpal Singh sebenarnya adalah peguam mangsa liwat kes 1998 Azizan Abu Bakar & pendedah kes itu iaitu Umi Hafilda!
Mengapa tiba-tiba Anwar mengambil Karpal Singh menjadi peguam dia bagi kes liwat Saiful tahun 2008? Mana pergi Raja Aziz Addruse, Haji Sulaiman Abdullah, Pawancheek Marican, Zainur Zakaria dan lain-lain?
Adakah kerana itu ada cadangan di Mahkamah kes liwat Anwar dengan Saiful ialah atas dasar suka sama suka, bukan dipaksa? Kot mane pun, liwat tetap berlaku, walaupun suka sama suka?
Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri mengambil Karpal Singh yang menuduh dia meliwat tahun 1997 untuk menjadi loyer dia bagi kes 2008 mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
5. Mengapa Anwar tidak membela diri dia dalam mahkamah dengan membuktikan alibi dia, kononnya dia tidak ada ditempat kejadian meliwat Saiful itu? Kenapa saksi alibi tidak dipanggil memberi keterangan?
Kenapa Haji Hasanudin, tuanpunya kondominium yang juga kawan Anwar tidak dipanggil?
Kenapa Mokhtar, pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar dia tidak dipanggil?
Kenapa Mohd. Sani, pemandu Anwar yang sudah berbelas tahun berkhidmat dengan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Wan Azizah isteri Anwar sendiri tidak dipanggil? Sedangkan mereka semua adalah saksi yang disenaraikan sebagai saksi alibi? Mengapa mereka tidak datang memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah, sedangkan mereka ini semua rapat dengan Anwar?
Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang-orang yang rapat dengan Anwar sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
6. Mengapa Anwar dan Karpal Singh tidak panggil Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri membela Anwar dalam Mahkamah!
Sedangkan Rahimi yang memperkenalkan Saiful kepada Anwar dan membawa Saiful bekerja sebagai pembantu pejabat Anwar.
Rahimi dikatakan telah membuat Surat Akuan Sumpah kononnya mengaitkan Dato' Sri Najib dengan kes liwat Saiful. Malahan Surat Akuan Sumpah Rahimi itu diperakui oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju!
Malang bagi Anwar, apabila Rahimi pegawai khas dia sendiri bertukar haluan dan membuat lapuran polis yang dia disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk cuba mengaitkan Dato' Sri Najib. Malah YB Wee Choo Keong sendiri mengesahkan perkara itu! Tidak cukup dengan itu, YB Wee Choo Keong memilih keluar daripada PKR, dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas!
Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau pegawai khas Anwar sendiri, bukan sahaja tidak membela Anwar dalam Mahkamah, malah membuat repot polis dipaksa buat Surat Akuan Sumpah Palsu, dan YB Wee Choo Keong yang mengesahkan Surat Akuan Sumpah palsu itu pun sampai keluar parti, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
7. Mengapa Anwar tidak mengambil kesempatan membela diri dia dengan memberikan sampel darah untuk menafikan DNA air mani yang ditemui didalam dubur Saiful.
Kes kali ini berbeza dengan kes liwat Azizan tahun 1998, kerana tahun itu DNA Anwar ditemui atas tilam bertompok yang berusia lebih 6 tahun!
Kali ini DNA airmani Anwar ditemui dalam dubur Saiful yang berusia 2 hari. Saiful diliwat 26 Jun 2008, dan membuat repot polis dan diperiksa doktor pada 28 Jun 2008! Tidak sampai 48 jam! Dan DNA airmani Anwar ini disahkan oleh ramai saksi: pakar forensik, perubatan, doktor dan lain-lain! Tak saperti kes tahun 1998 bila ianya hanya disahkan oleh seorang ahli kimia Lim Kong Boon!
Kalau benar dakwaan pembelaan Anwar bukan airmani dia didalam dubur Saiful, mengapa Anwar tidak berani memberikan sampel darah dia untuk diperiksa sebagai perbandingan DNA! Bukankah kalau ujian darah itu membuktikan DNA airmani dalam dubur Saiful itu bukan DNA Anwar, itu adalah pembelaan yang bukan sahaja hebat, malah boleh membebaskan Anwar serta merta. Silap-silap Kerajaan pun boleh tumbang!
Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang mengemukakan sampel darah DNA dia untuk membela diri sendiri dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
8. Anwar mendakwa kononnya pertuduhan dia meliwat staf dia Saiful adalah konspirasi Dato' Sri Najib. Konon ceritanya Saiful berjumpa dengan YAB PM!
Malah Anwar sampai nak sapina YAB PM untuk memberi keterangan. Yang peliknya dia sendiri tak mau beri keterangan bersumpah untuk membela diri. Tau-tau dia nak paksa YAB PM beri keterangan untuk pembelaan dia!
Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak mahu memberi keterangan bersumpah membela diri dia dalam Mahkamah, sebaliknya memaksa YAB PM pulak memberi keterangan untuk pembelaan dia; mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
9. Kalau alasan Anwar membela diri dengan memanggil YAB sebagai saksi kononnya kerana Saiful berjumpa dengan YAB Dato' Sri Najib, mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Senator Ezam Mohd Nor yang juga ditemui Saiful!
Malahan YB Senator Ezam telah membuat kenyataan terbuka menyatakan Saiful ada datang bertemu dengan dia. Dan Ezam menyatakan dia bersedia dipanggil sebagai saksi untuk pembelaan kes Anwar!
Persoalannya, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang itu untuk pembelaannya! Mengapa YB Senator Ezam, antara orang yang paling rapat dengan Anwar langsung tidak dipanggil sebagai saksi?
Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang memanggil YB Senator Ezam sebagai saksi untuk membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
10. Anwar menyatakan bahawa dia membela diri dengan mahukan Mahkamah Rakyat menentukan kesalahan dia!
Persoalannya, kenapa Anwar tidak serahkan pembelaan dirinya kepada Mahkamah ALLAH! Iaitu dengan bersumpah laknat! Sebagaimana yang dibuat oleh Saiful sendiri.
Saiful telah bersumpah dengan menyatakan "bahawa saya Saiful telah diliwat oleh Anwar Ibrahim yang memasukkan zakarnya kedalam dubur saya, jika palsu dakwaan saya maka laknat ALLAH atas diri dan keluarga saya"!
Begitu berani Saiful menyerahkan pembelaan dia kepada ALLAH Rabbul Jalil. Dan ramai pengikut taksub Anwar berharap Saiful akan dilaknat. Malah ada yang bawa cerita konon Saiful dah kena sopak, kena angin ahmar, mulut berbuih, lumpuh seluruh badan dan macam-macam lagi.
Tau-tau keluar gambar-gambar Saiful berdahi hitam sedang bertawaf di Masjidil Haram. Muncul gambar Saiful berdoa diatas Jabal Nur di Gua Hira' mengadap Ka'bah! Pengikut taqsub Anwar semuanya terkedu bisu dan terkentut!
Sebaliknya Anwar masih dengan keingkaran dan keengganan dia untuk membela diri dengan bersumpah laknat! Apa yang Anwar takut sangat? Tak percaya kepada ALLAH? Atau takut laknat ALLAH diturunkan?
Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak berani membela diri dia dihadapan Mahkamah ALLAH dengan bersumpah laknat saperti Saiful, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!
Inilah sepuluh perkara yang perlu direnungkan oleh umat Islam dan rakyat Malaysia semua dan seluruh dunia! Sebelum mike semua membuat kesilapan untuk membela Anwar di Mahkamah jalanraya, tanya diri mike dulu, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk membela diri dia sendiri dalam Mahkamah?
Mengapa Anwar tidak mahu menyerahkan pembelaan dia kehadapan Mahkamah ALLAH?
Nak tunjukkan kononnya ada konspirasi? Soal penting ialah “U liwat Saiful atau tidak?”
Ini persoalan asas. Tidak payahlah wujudkan teori konspirasi dalam kes ini.
Dulu pun sama. Tun Dr Mahathir Mohamad juga diberitahu mengenai ‘perbuatan liwat’ lebih awal, sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa di mahkamah.
Pada peringkat awal, Dr Mahathir berang dengan semua orang kalau mengatakan Anwar ‘melakukan liwat’.
Saya sendiri pernah bertengkar hebat dengan Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Menteri Pendidikan di pejabatnya di Damansara.
Saya dipanggil oleh Najib ke pejabatanya kerana sebuah ulasan yang saya tulis dalam akhbar Harian Watan, yang mempersoalkan siapa mempertahankan Najib, Aziz Shamsuddin dan Megat Junid Megat Ayob pada ketika Dr Mahathir mempertahankan Anwar dalam kes tuduhan liwat ini.
Najib merasakan saya cuba mengaitkan namanya kononnya wujud konspirasi untuk menjatuhkan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO ketika itu.
Namun akhirnya bekas Perdana Menteri sendiri mengakui Anwar meliwat.
Dengan gambar mata lebam dan kononnya wujud konspirasi oleh Dr Mahathir, pilihan raya umum 1999 menyaksikan pembangkang mendapat untung daripada penangkapan Anwar.
Kini giliran Datuk Seri Mohd Najib Razak pula menjadi mangsa tuduhan Anwar.
Skripnya lebih kurang sama. Kononnya wujud konspirasi kali kedua.
Bagaimanapun kali ini orang yang mendakwa diliwat atau lebih tepat pengadu tampil dengan beraninya dan berjumpa Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis. Berbeza dengan kes pertama apabila ‘yang kena liwat’ adalah mereka yang rapat dengan Anwar. Tiada laporan polis dan hanya siasatan dan dakwaan polis mengatakan ‘mereka diliwat’ oleh Anwar. Semalam, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata. Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis. Amat jelas bahawa peguambela Anwar berusaha untuk mengaitkan perdana menteri dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dengan tuduhan meliwat seorang bekas pembantu lelakinya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengakui bertemu pembantu ketua umum PKR itu - Saiful Bukhari Azlan, selepas dia berkata diliwat oleh Anwar tetapi sebelum satu aduan polis dibuat pada Jun 2008.
Apa salahnya Saiful menemui Najib? Saiful menemui seseorang yang beliau yakin dapat membantu selain menjamin orang yang ‘meliwatnya’ dihadapkan ke muka pengadilan.
Najib sendiri menafikan campurtangan dalam kes tersebut.
Jadi apa masalahnya? Pertemuan itu mahu dijadikan bukti konspirasi?
Saiful memberitahu mahkamah semalam bahawa dia bertemu Najib pada 24 Jun - dua hari sebelum kenyataannya bahawa Anwar telah meliwatnya - satu jenayah di negara Islam - dan empat hari sebelum dia berjumpa polis.
Saiful telah menceritakan kepada Najib masalah yang dihadapinya. Dia bagaimanapun tidak menjelaskan apakah masalah yang dihadapinya ketika itu.
"Perdana menteri terbabit. Terdapat konspirasi politik untuk menyingkirkan Anwar," kata peguam Karpal Singh di mahkamah semalam.
Karpal juga mencabar dakwaan Saiful yang dia diliwat, dengan menegaskan bahawa ia tidak disokong oleh satu laporan perubatan.
Perbicaraan kes liwat terhadap Anwar dijadual berterusan hingga Ogos depan.
Saiful memberitahu demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar perbicaraan tuduhan liwat terhadap Anwar.
Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.
Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum 20 tahun penjara - hukuman yang sekaligus akan menamatkan karier politik ketua pembangkang berkenaan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terpaksa menjalani perbicaraan. Ia perlu diteruskan di sebalik bukti daripada tiga doktor bahawa tiada tanda-tanda berlaku kemasukan di dubur Saiful.
Panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan semalam sebulat suara menolak permohonan Ketua Pembangkang itu untuk mengetepikan dakwaan liwat kedua yang dikenakan ke atasnya dalam tempoh sepuluh tahun.
Anwar, 62, didakwa melakukan kesalahan itu di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.
Panel terdiri daripada Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri James Foong Cheng Yuen, dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suriyadi Halim Omar.
Ini bermakna tidak ada lagi peluang bagi merayu dan kerana sebelum ini mahkamah telah dua kali menolak permohonananya.
Tiga panel hakim itu tidak menerima pendapat pihak pembelaan bahawa tuduhan dan pendakwaan terhadap Anwar perlu diketepikan berdasarkan laporan perubatan bahawa tiada sebarang tanda penetrasi atau tembusan ke dubur atau rektum Mohd Saiful.
Dalam keputusan sebulat suara, Arifin berkata laporan perubatan oleh tiga doktor mesti dibaca secara keseluruhan.
"Dengan berbuat demikian, ia tidak menyokong dakwaan perayu agar tuduhan itu dibatalkan pada peringkat ini," katanya.
Pada 1 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan dakwaan berkenaan.
Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah memutuskan bahawa perkara itu perlu melalui perbicaraan bagi menentukan sama ada tembusan berlaku.
Mahkamah Rayuan pula pada 17 Februari lalu juga menolak permohonan Anwar bagi mengetepikan dakwaan berkenaan. Laporan klinikal bersama itu dibuat oleh Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Seng - yang memeriksa Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dia mendakwa diliwat. Pemeriksaan mereka juga mendapati tiada kesan kecederaan mempertahankan diri di tubuh Saiful.
Anwar diwakili oleh peguam Karpal Singh, manakala Peguamcara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwa.
Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar, perbicaraan akan diteruskan pada Isnin ini dengan soal balas ke atas pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Letakkanlah kepentingan negara mengatasi kepentingan suami untuk mencapai cita-cita peribadinya. Kasihanlah kepada penyokong dan rakyat yang tidak tahu apa-apa, fikirkanlah maruah anak-anak dan hidup mereka di dunia dan akhirat.
“Kita bukan nak hidup di dunia sahaja, saya tahu Wan Azizah mengetahui hal sebenar dan saya kecewa demi kepentingan politik suami dan dirinya (sanggup) dia berbohong kepada rakyat.”
Demikian kata-kata bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak.
Beliau merujuk kenyataan itu kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sambil memintanya supaya menginsafi kesilapan.
Katanya, masih belum terlambat untuknya kembali ke pangkal jalan.
Menurutnya, semua yang mengaku beragama Islam perlu ingat bahawa kehidupan manusia tidak hanya berakhir di dunia sahaja tetapi akan berterusan hingga ke akhirat.
Menurutnya, beliau yang juga seorang wanita, isteri dan mempunyai anak-anak mengakui amat memahami situasi yang dihadapi oleh Wan Azizah iaitu keperluan untuk menjaga maruah suami.
“Tetapi kita sebagai isteri juga mempunyai tanggungjawab kepada negara. Sekiranya, suami sudah merosakkan negara kita mesti minta dia berhenti dan tidak (lagi) menyokong tindakannya.
Beliau mengulas kenyataan Datuk S. Nallakaruppan yang menyatakan bahawa Wan Azizah selayaknya diberi anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan ‘lakonannya’ ketika berhadapan dengan rakyat.
Nallakaruppan yang juga bekas rakan karib, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis bersedia mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim untuk dipertimbangkan.
Pada Rabu (24 Februari 2010), berkata anugerah itu kelak akan mampu menaikkan lagi reputasi Wan Azizah bagi membolehkannya menerima tawaran lumayan dari Hollywood.
"Saya amat yakin kelak Wan Azizah mampu meraih 'Anugerah Academy' di Hollywood," katanya kepada Utusan Malaysia .
Nallakarupan mengulas kenyataan Wan Azizah dalam sebuah akhbar Australia sehari sebelum itu menyifatkan perbicaraan kes liwat suaminya merupakan sebahagian daripada usaha untuk menamatkan karier politik Ketua Pembangkang itu.
Dakwa beliau, Wan Azizah seorang wanita yang hebat kerana boleh melalui kes dakwaan berkaitan moral suaminya. Presiden PKR itu juga berada pada satu tahap melebihi wanita lain di Malaysia kerana boleh melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan kerjaya suaminya.
"Wan Azizah kena tahu bahawa bukan semua isteri seperti beliau yang boleh menerima keadaan sedemikian. Ramai kalangan wanita di Malaysia tidak boleh terima dengan senang hati. Mereka juga tidak akan berpura-pura hanya sebab kepentingan kerjaya suami mereka. Hanya Wan Azizah sahaja yang sanggup buat semua ini," katanya.
Nallakaruppan percaya kesanggupan Wan Azizah itu berpunca daripada keyakinannya untuk mencapai cita-citanya satu hari kelak. "Saya kasihan dengan mereka yang masih percaya dengan lakonan dan sandiwara Wan Azizah," katanya.
Mengulasnya Rais berkata Presiden Parti Keadilan Rakyat perlu melepasi dahulu perbicaraan kes liwat yang dihadapi suaminya, sebelum layak ‘dianugerahkan’ oscar atau ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010'.
Rais berkata, isteri Anwar itu sepatutnya mencari peguam-peguam terhebat dan bukti-bukti untuk menangkis hujah semasa perbicaraan kes liwat suaminya.
‘‘Sama ada Wan Azizah layak dianugerahkan ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' atau mampu terima oscar atau tidak bergantung kepada penilaian yang dibuat oleh rakyat sendiri.
‘‘Namun bagi saya perbuatan beliau memandang hina sistem kehakiman negara dengan membuat telahan bahawa perbicaraan kes liwat suaminya sebagai usaha untuk membunuh karier politik Anwar adalah satu skrip lakonan yang sangat murah harganya dengan jawatan Ketua Pembangkang yang selama ini mempunyai kedudukan yang tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Rais berkata, sepatutnya Wan Azizah tidak terlalu cepat membuat kenyataan itu kerana ia perbicaraan kes liwat suaminya merupakan soal jenayah di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.
Tegasnya, ia sama dengan status pendakwaan dan perbicaraan kes rasuah, penipuan dan pembunuhan.
‘‘Dulupun ramai pemimpin dalam kerajaan sendiri menghadapi perbicaraan di bawah undang-undang negara, tanpa helah dan politiking. Antaranya pada 1982 apabila Datuk Mokhtar Hashim dihadapkan ke mahkamah, Datuk Muslim iaitu Exco Kedah serta Tan Sri Kasitah Gaddam begitu juga dan pada era 80-an melibatkan Ketua Menteri Melaka.
‘‘Jadi, kenapa perlu Anwar ‘diistimewakan’. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kesamarataan di sisi undang-undang,” katanya.
Tegas Rais: ‘‘Sebaik-baiknya kes liwat Anwar tidak didebatkan di luar mahkamah. Anwar sendiripun telah lepas dari cengkaman mahkamah pada 2004, apa nak ditakutkan menghadapi perbicaraan, takut kerana salah, berani kerana benar.”
Mahkamah Rayuan mendapati pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lengkap, tidak berniat jahat dan bukan penyalahgunaan proses mahkamah.
Ini bermakna Ketua umum PKR itu gagal dalam rayuannya semalam di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.
Hari ini, di Mahkamah Tinggi , Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menegaskan beliau tidak akan mengundurkan diri kerana tiada bukti yang menunjukkan beliau menipu seperti yang didakwa oleh pihak peguam bela.
"Tiada sebab bagi saya melucutkan diri kerana dengan berbuat demikian akan dilihat sebagai melarikan diri daripada tanggung jawab dan amanah saya sebagai hakim," katanya. Mohamad Zabidin berkata untuk membolehkan beliau menarik diri, pihak pembelaan perlu menunjukkan bahawa hakim yang mendengar kes bertindak berat sebelah ataupun mungkin bertindak berat sebelah.
"Pemohon juga perlu menunjukkan kepada mahkamah bahawa hakim mungkin membuat keputusan bukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah tetapi berdasarkan perkara-perkara lain," katanya.
Dengan keputusan tidak mengundurkan dirinya, perbicaran kes liwat yang membabitkan mantan timbalan perdana menteri itu akan bersambung dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat disoal siasat oleh peguambela Anwar.
Anwar membuat permohonan penangguhan Rabu lalu setelah mendakwa hakim berkenaan berat sebelah dan menipu kerana gagal bertindak ke atas akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan perbicaraannya.
Peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar, membuat permohonan itu setelah Mohamad Zabidin menolak permohonan pihak pembelaan berhubung dua artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut menangguhkan perbicaraan kes liwat terhadap Anwar 25 Mac depan.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu sementara menunggu rayuan Anwar untuk mencabar keputusan beliau tidak mengundurkan diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat ketua umum PKR itu.
Di Mahkamah Rayuan semalam, Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin menjelaskan semalam bahawa tiada kes untuk mahkamah itu membenarkan rayuan tersebut.
Beliau juga memutuskan bahawa laporan perubatan hanyalah untuk menyokong kerana ia juga perlu disokong oleh keterangan lisan, forensik dan bukannya semata-mata laporan itu sahaja.
Hakim Abu Samah juga berkata, mahkamah berpendapat Anwar gagal membuktikan bahawa pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu menyalahgunaan proses mahkamah.
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah sendiri yang bersidang bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma’ah.
Berikutan tuduhan liwat itu adalah lengkap, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk membatalkan pertuduhan itu semalam.
Mahkamah Rayuan menerima hujahan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden bahawa laporan perubatan di mana Anwar bergantung untuk menyokong permohonan membatalkan pertuduhan terhadapnya itu tidak meyakinkan.
Anwar, 63, telah memohon tuduhan liwat terhadapnya dibatalkan atas dasar penemuan dalam laporan perubatan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, yang menyatakan tiada hasil klinikal yang tepat menunjukkan berlakunya penetrasi.
"Laporan perubatan bukan satu-satunya bukti terhadap Anwar. Ia hanya keterangan sokongan mengenai apa yang hendak disampaikan oleh doktor,” kata Abu Samah dalam penghakimannya.
Katanya, afidavit pendakwaan telah menyatakan bahawa mereka akan bergantung kepada keterangan secara lisan dan keterangan forensik bagi membuktikan kes terhadap Anwar.
Anwar, Penasihat PKR, sedang dibicarakan terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.
Sementara itu, Ketua Pembangkang berkenaan melantik pakar forensik dan DNA luar negara untuk pasukan pembelaan menolak dakwaan pihak pendakwaan mengenai analisis DNA untuk perbicaraan kes liwatnya.
Peguam belanya, Sankara Nair berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah mendapatkan perkhidmatan pakar DNA Dr. Brian Leslie McDonald dari Sydney, Australia; dan dua pakar forensik, Prof. Dr. C. Damodaran dari Chennai, India dan Prof. Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, Australia.
Dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada media semalam, Nair berkata, beliau akan membawa pakar berkenaan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pukul 9 pagi hari ini.
Kehadiran tiga pakar DNA dan forensik dari pihak pembelaan yang dipanggil untuk memberi keterangan. Mereka tiba sewal 8.40 pagi turut menarik perhatian orang ramai.
Mereka ialah Dr Brian McDonald, seorang pakar DNA expert dari Sydney, Australia, dan pakar forensik India, Dr C Damodaran, dari Chennai serta Dr David Wells dari Melbourne, Australia.
Anwar tiba pada jam 9.40 pagi dengan ditemani oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bekas setiausaha agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar, supremo DAP Lim Kit Siang dan menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful (kiri), 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Mahkamah Rayuan mendapati pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lengkap, tidak berniat jahat dan bukan penyalahgunaan proses mahkamah.
Ini bermakna Ketua umum PKR itu gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.
Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin berkata tiada kes untuk mahkamah itu membenarkan rayuan tersebut.
Beliau juga memutuskan bahawa laporan perubatan hanyalah untuk menyokong kerana ia juga perlu disokong oleh keterangan lisan, forensik dan bukannya semata-mata laporan itu sahaja.
Hakim Abu Samah juga berkata, mahkamah berpendapat Anwar gagal membuktikan bahawa pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu menyalahgunaan proses mahkamah.
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah sendiri yang bersidang bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma’ah.
Berikutan tuduhan liwat itu adalah lengkap, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk membatalkan pertuduhan itu semalam.
Kuorom itu menafikan permohonan lisan Anwar untuk penangguhan perbicaraan sementara menunggu penyelesaian rayuan keputusan semalam di Mahkamah Persekutuan.
Peguam Anwar, Karpal Singh, berkata, notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dan permohonan penangguhan rasmi akan difailkan hari ini.
Mahkamah Rayuan menerima hujahan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden bahawa laporan perubatan di mana Anwar bergantung untuk menyokong permohonan membatalkan pertuduhan terhadapnya itu tidak meyakinkan.
Dalam kedudukan kesnya sering tertangguh dan menerima pula ugutan bunuh, pengadu dalam kes pertuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan menyatakan kesediaannya untuk disoal balas oleh pihak pembelaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Katanya, dia akan terus berdoa, istiqamah serta bersabar dalam proses memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur nanti.
''Bagaimanapun, perbicaraan ditangguhkan buat sementara waktu ke 18 Februari ini untuk mahkamah membuat keputusan terhadap permohonan peguam tertuduh supaya hakim yang mendengar kes ini menarik diri daripada perbicaraan,'' katanya.
Mohd. Saiful Bukhari berkata demikian melalui entri di blognya bertajuk Trial, Delay, Facebook Cross-Examination & Happy Chinese New Year hari ini.
Pada Selasa 9 Februari 2919 lalu Mohd Saiful membuat laporan polis kerana mendakwa menerima ancaman bunuh menerusi laman peminat facebook bekas majikannya.
Beliau mendakwa mengetahuinya selepas menerima e-mel berhubung ancaman itu daripada individu tidak dikenali kira-kira jam 11 pagi, sehari sebelum itu. Dalam laporannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Mohd Saiful mendakwa tulisan berbentuk pernyataan atau pengumuman itu ditulis seseorang yang berdaftar dengan facebook menggunakan nama Anaz Zahari.
Pernyataan itu tertulis: “Kepada rakan-rakan sekalian... sape2 (sesiapa) yg mengenali ataupun berjumpa dgn (dengan) Saiful Bukhari Azlan di mana-mana saja, anda diwajibkan membunuh beliau dgn apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat.”
Mohd Saiful, 24, membuat laporan pada jam 12.25 tengah hari, selepas prosiding kesnya di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan kepada hari ini. Turut mengiringi beliau ialah peguamnya, Zamri Idrus dan bapanya, Azlan Mohd Lazim.
Mohd Saiful berkata, tulisan dalam facebook itu satu ancaman bunuh yang serius dan menyebabkan beliau bimbang terhadap keselamatan diri serta keluarga. Beliau juga mendakwa selain ancaman bunuh, ada gangguan di rumahnya.
Sejak perbicaraan kes minggu lalu, beliau menerima kira-kira 50 khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur provokasi daripada pihak tidak dikenali pada 29 hingga 31 Januari lalu dan sudah membuat laporan di Balai Polis Damansara Utama pada 1 Februari lalu. Pemeriksaan di facebook menerusi laman peminat Anwar mendapati tulisan berbaur ugutan itu sudah dipadamkan dan nama Anaz Zahari juga tidak ditemui, dipercayai tidak lagi aktif.
Dalam perkembangan sama, dia memberitahu, akaun FanPage 'Justice 4 Saiful Bukhari' (Keadilan untuk Saiful Bukhari) di laman web sosial FaceBook telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Perbicaraan yang disifatkan sebagai berprofil tinggi yang mana Saiful adalah saksi utama ditangguhkan sementara mahkamah membuat keputusan tentang permohonan pihak pembelaan Anwar agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.
Lusa, Mahkamah Rayuan akan memutuskan sama ada mengekal atau menggugurkan tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah menangguh keputusan sama ada membenarkan rayuan Anwar itu kerana memerlukan masa untuk mempertimbangkan hujahan yang dikemukakan oleh peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
Ketua Pembangkang itu memohon mahkamah supaya membenarkan rayuannya mengubah keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mengetepikan dan membatalkan tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar, 63, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Ketua umum PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Perbicaraan tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada Khamis depan sama ada beliau akan menarik diri daripada terus mendengar kes liwat itu.
Pada prosiding selama dua jam Selasa lalu, Karpal mengemukakan bahawa tuduhan meliwat itu harus dibatalkan berdasarkan laporan perubatan oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur Saiful.
Katanya bukti penetrasi merupakan elemen penting untuk pihak pendakwaan membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah dan namum tidak ada bukti kukuh.
"Laporan perubatan itu merupakan bukti. Eksibit dalam afidavit juga merupakan bukti. Ianya laporan penuh. Ia merupakan kesimpulan yang dibuat oleh tiga doktor bahawa tidada penetrasi. Mahkamah ini harus membenarkan rayuan ini," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Yusof berhujah permohonan Anwar itu tidak boleh dipertahankan kerana laporan perubatan tidak boleh dijadikan satu-satunya bahan untuk dijadikan pegangan.
"Laporan perubatan tidak lengkap sehingga doktor dan ahli kimia memberi keterangan dalam perbicaraan. Laporan perubatan bukan keterangan substantif. Ia hanya sokongan kepada doktor untuk menjelaskan di mahkamah," katanya.
Yang baiknya, Mohd Saiful dilihat tetap menghormati institusi mahkamah dengan enggan mengulas mengenai pandangannya terhadap perbicaraan tersebut.
''Maaf, saya tidak boleh memberi apa-apa komen tentang keterangan saya kerana kes ini masih di peringkat perbicaraan dan kerana saya belum selesai memberi keterangan di mahkamah,'' katanya.
Anwar dan kebenaran (Mingguan Malaysia 14 Feb 2010)
Awang bersyukur kebenaran akhirnya terjelma. Tuduhan liar dan kata-kata cerca Anwar Ibrahim terhadap Utusan Malaysia berkaitan laporan perbicaraan kes liwat terhadap pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, ternyata tidak berasas.
Dalam ruangan ini, minggu lalu (baca artikel di bawah bertajuk Utusan sasaran Anwar), Awang mengulas tentang dakwaan Anwar dan barisan peguamnya terutama Karpal Singh bahawa tajuk utama laporan hari pertama perbicaraan, adalah salah dan berniat jahat.
Gambar katil yang disiarkan oleh Utusan selain beberapa akhbar lain, turut dipersalahkan. Anwar telah meminta akhbar berkenaan disabitkan atas kesalahan menghina mahkamah. Cubaan itu ditolak oleh hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah kerana tiada asas.
Menerusi portal pro pembangkang seperti Malaysiakini, Anwar melabelkan Utusan sebagai biadab, kotor dan jijik.
Nampaknya Utusan menjadi kambing hitam bagi menjayakan strategi Anwar melengah-lengahkan perbicaraan yang makin panas dengan fakta-fakta, yang beliau amat tidak selesa.
Usaha Anwar memohon hakim ditukarkan kononnya kerana bias sudah dijangka. Ketegasan Mohamad Zabidin menyebabkan Anwar merasa goyah.
Rabu lalu dalam perbicaraan yang sama, mahkamah diberitahu oleh Peguam Cara Negara II, Mohd. Yusof Zainal Abiden bahawa laporan Utusan adalah benar berdasarkan nota prosiding. Malah beliau menyatakan bahawa Anwar dan barisan peguamnya perlu memohon maaf kepada Utusan.
Pertanyaan Awang, apakah wajar Anwar menuduh Utusan yang melaporkan kebenaran sebagai biadab, kotor dan jijik? Pun begitu, Awang tidak akan tergamak mengucapkan kata-kata itu terhadap beliau dalam kaitan apa sekalipun.
Awang juga tidak akan teruja mengharapkan Anwar memohon maaf. Cukuplah sekadar ia menjadi pengajaran kepada Anwar. Janganlah terbawa-bawa dengan sentimen liar, yang hanya memburukkan lagi reputasi beliau.
Di luar mahkamah, banyak petunjuk menampakkan Anwar makin terdesak. Lebih-lebih lagi selepas gagal dalam usaha untuk mengheret rakyat menyokong beliau sebagaimana kes liwat pertama 10 tahun lalu.
Rakyat malah ramai penyokong pembangkang tidak mahu terjebak dalam isu moralnya. Kerana menyedari tiada sokongan, Anwar mendapatkan bantuan negara luar.
Kenapa sampai begitu sekali? Tidakkah kita belajar daripada sejarah lampau betapa padah yang bakal menimpa jika ada pembesar dan pemimpin mengundang campur tangan asing? Sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, berapakah harga yang perlu dibayar untuk semua itu? Awang pasti terlalu besar nilai balasannya yang kedaulatan negara menjadi pertaruhan.
Sebab itu, Awang bengang apabila 50 ahli Parlimen Australia menuntut agar pertuduhan terhadap Anwar ditarik balik. Ia adalah tindakan angkuh dan bermotif jahat. Janganlah jadi anjing yang suka menyalak. Tetapi tidak adil menyalahkan kumpulan ahli parlimen itu, semata-mata.
Anwar juga perlu dipertanggungjawabkan. Gerakan beliau sejak tahun lalu bagi melobi mendapatkan simpati dan bantuan asing berhubung kes mahkamahnya, bukan rahsia lagi. Tidak cukup setakat itu, kini digerakkan pula kempen Selamatkan Malaysia di dalam negara, yang turut memaparkan gambar beliau pada pemidang dan papan iklan.
Ceramah yang menyentuh kes liwat itu turut diatur oleh PKR sedangkan perbicaraan sebenar masih berjalan. Ia ternyata menghina mahkamah. Pertanyaan Awang apakah itu semua dilakukan untuk menyelamatkan Malaysia atau sebenarnya menyelamatkan Anwar?
Utusan sasaran Anwar (Mingguan Malaysia 07 Feb 2010)
Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap pembantunya, Saiful Bukhari Azlan menjadi topik perbualan paling panas rakyat Malaysia sepanjang minggu ini. Siapa sangka sejarah berulang lagi. Anwar yang pernah dihadapkan ke mahkamah atas kes liwat lebih 10 tahun lalu, sekali lagi menghadapi tuduhan yang sama.
Awang tidak berminat menyentuh apa yang terkandung dalam perbicaraan kes tersebut, ia urusan mahkamah. Tetapi apa yang berlaku di luar mahkamah juga tidak kurang menarik perhatian.
Seperti biasa, Anwar dan PKR menjadikan akhbar Utusan Malaysia sebagai sasarannya. Laporan polis telah dibuat berhubung tajuk berita muka depan Utusan yang didakwanya sebagai penipuan dan berniat jahat.
Begitu juga gambar Bernama yang memaparkan Saiful menunjukkan katil, turut mengundang aduan polis. Cubaan Anwar semasa perbicaraan untuk mensabitkan Utusan menghina mahkamah ditolak oleh hakim kerana tiada asas tetapi PKR tidak berdiam.
Anwar menerusi portal berita pro pembangkang melabelkan Utusan sebagai biadap, kotor dan jijik. Mengapa Anwar begitu sensitif kepada Utusan? Laporan akhbar Cina hampir sama dengan Utusan termasuk penyiaran gambar katil tetapi yang tetap menjadi sasaran adalah Utusan.
Awang tidak terkejut kerana Anwar sememangnya sejak dahulu lagi menyerang institusi Melayu seperti Utusan. Sebab itu, apa sahaja kata nista Anwar terhadap Utusan, Awang tidak ambil pusing. Malah Awang tidak akan menggunakan istilah kotor dan jijik terhadap apa sahaja perbuatan beliau termasuk gerakannya bersama DAP memboikot dan melemparkan banyak tuduhan liar terhadap Utusan selama ini.
Anwar turut mendakwa Utusan sengaja mensensasikan kes beliau. Sebenarnya, semua akhbar memberikan liputan besar, bukan sahaja Utusan. Berita tetap berita. Lagi tinggi kedudukan dan jawatan seseorang yang disabitkan dengan kes mahkamah apatah lagi kes liwat, lagi tinggi nilai berita. Anwar tentu tahu hakikat itu tetapi beliau ada muslihat mahu mengalih perhatian daripada keterangan penting pada perbicaraan itu.
Pada Awang, jika kes tersebut dilihat begitu sensasi, ia juga antara lain berpunca daripada tindakan beliau. Sebelum mahkamah bersidang, ketua pembangkang itu telah lama mengadakan perbicaraan di luar mahkamah dengan mengadakan road show untuk memberikan versi beliau bagi mempertahankan diri.
Kali ini, usaha Anwar mengheret rakyat dalam isu moralnya dengan membakar sentimen awam, tidak berhasil. Hanya puluhan sahaja penyokongnya hadir. Malah cubaan untuk mengadakan demonstrasi selepas sembahyang Jumaat, juga gagal kerana orang ramai tidak mahu terjebak. Ekoran itu, khabarnya, PKR terpaksa memanggil mesyuarat bagi mencari jalan menghimpunkan jumlah penyokong yang besar, selepas ini.
Awang juga berharap kumpulan sorak PKR di mahkamah tidak bertindak keterlaluan. Perbuatan penyokong dan seorang anggota keluarga tertuduh menjerit terhadap Saiful memintanya bertaubat dan penghinaan yang lain, adalah tidak wajar.
Bagaimana pula jika kumpulan atau individu yang bersimpati dengan Saiful membalas bahawa Anwar yang sepatutnya bertaubat dan apa pula perasaan beliau? Maka serahkan sahaja kepada proses mahkamah. Demi mencari keadilan, lapangkan hati dan tenteramkan jiwa.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ‘bohong’ atau Karpal Singh sengaja menjadikan’ perkataan sekali lagi’ sebagai cara menangguhkan perbicaraan?
Gara-gara bantahan Karpal Singh yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, perbicaraan kes liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa ditangguhkan lagi.
Anwar, 63, sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Perbicaraan masuk hari keenam semalam tetapi ditangguhkan bagi mendengar permohonan oleh pihak pembelaan itu.
Terdahulu, Karpal menyatakan Hakim Mohamad Zabidin 'bersalah' kerana tidak memberitahu perkara yang benar dan menunjukkan bahawa beliau tidak layak untuk duduk di kerusi hakim serta meneruskan perbicaraan.
Mohd. Yusof berhujah terhadap kenyataan Karpal: ''Bagaimana Yang Arif boleh membuat kesimpulan bahawa Utusan Malaysia tidak mempunyai niat jahat. Niat itu datang dari Utusan Malaysia, bukan dari mahkamah ini.
''Yang Arif perlu menebus kekhilafan diri. Seorang hakim tidak boleh menipu atau memperkatakan sesuatu yang tidak benar.”
Juga gara-gara Karpal, kini timbul keadaan – sama ada Hakim Mohamad Zabidin akan menarik diri atau terus mendengar perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Keputusannya hanya akan diketahui Khamis depan. Lambat tu! Tarikh berkenaan ditetapkan oleh hakim tersebut yang memerlukan masa untuk meneliti hujah-hujah yang dikemukakan oleh peguam bela utama tertuduh, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan.
Karpal dan Mohd. Yusof semalam berhujah berhubung permohonan Anwar yang difailkan Isnin lalu agar Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan tersebut atas dakwaan berat sebelah kerana enggan mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia.
Ekoran permohonan itu juga, perbicaraan yang sepatutnya disambung dengan soal balas pihak pembelaan terhadap pengadu, Mohd. Saiful , Isnin lalu terbantut. Ini merupakan penangguhan kali kedua sejak perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar dan Mohd. Saiful bermula pada 3 Februari lepas.
Pada tarikh tersebut, bekas pembantu peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mula dipanggil memberi keterangan dalam pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan dan berakhir pada 5 Februari lalu.
Selain itu juga timbul perkara baru sama ada Anwar patut minta maaf kepada Utusan Malaysia atau sebaliknya.
Namun bagi Mohd. Yusof, Zainal Abiden Anwar dan pasukan pembelaannya sewajarnya meminta maaf kepada Utusan Malaysia.
Beliau berhujah terhadap Anwar dan pasukan pembelaannya yang mendakwa Utusan Malaysia membuat laporan tidak tepat pada perbicaraan kes liwat beliau.
Menurut Mohd. Yusof, berdasarkan rakaman audio dan nota prosiding mahkamah, Mohd. Saiful Bukhari Azlan semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes itu memang ada menyebut perkataan 'lagi' dan ia bukan disebut sekali sahaja tetapi dua kali.
Jelas Mohd. Yusof, ketika disoal olehnya apa sebab dia (Mohd. Saiful Bukhari) berhenti kerja dengan Anwar, saksi itu menyatakan ''Sebab sebenar saya tidak rela lagi..." dan bagi soalan ''Apa respons kamu?'', pemuda itu menyatakan ''Saya tidak sanggup melakukannya lagi...".
''Karpal Singh dengan mudah lupa segala tuduhan yang serius terhadap Utusan Malaysia. Ini adalah serius. Dalam afidavit saya ada menyatakan 'saya rasa saya dengar dia (Mohd. Saiful Bukhari) menyebutnya'. Sekarang ia menunjukkan memang ada perkataan itu disebut. Asas kepada aduan Karpal telah terhapus sama sekali,''
Mohd. Yusof menyatakan demikian ketika berhujah bagi membantah permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes itu kerana didakwa berat sebelah.
Anwar mengemukakan permohonan itu setelah hakim tersebut menolak permohonannya agar Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung artikel dan tajuk 'Tak rela diliwat lagi' pada keluaran 4 Februari lalu.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga tidak berpuas hati dengan tindakan mahkamah yang menolak permohonannya supaya Utusan Malaysia diberi peringatan berhubung penyiaran kapsyen gambar di muka hadapan akhbar itu pada 5 Februari lalu.
Mengenai aduan terhadap gambar tersebut, Mohd. Yusof berkata, keterangan gambar berkenaan adalah 'kabur' kerana perkataan 'tempat' dalam kapsyen itu tidak menyatakan secara spesifik ia adalah katil atau bilik.
Menurutnya, beliau tidak melihat sebarang masalah berhubung kapsyen tersebut kerana Utusan Malaysia tidak menyatakan ''katil di atas di mana kesalahan itu dilakukan''.
''Perkataan merujuk kepada katil atau bilik? Jika ia bermaksud bilik, maka ia adalah betul. Bilik dan katil ada disebut di mahkamah terbuka. Jadi, Yang Arif adalah betul,'' katanya.
Dalam keterangan Mohd. Saiful Bukhari, katanya, saksi itu ada menyatakan ''Beliau (Anwar) arahkan saya ke bilik tidur utama..." dan ''Anwar berada di hujung penjuru katil''.
Sementara itu, Mohd Yusof turut sempat menegur tindakan Karpal yang menggunakan perkataan 'berbohong' terhadap hakim tersebut yang disifatkan terlalu kasar.
''Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar. Walaupun kita boleh berhujah sebaik manapun untuk anak guam kita, tetapi menggunakan perkataan kasar adalah tidak wajar.
Kita boleh berbuat demikian dengan sopan dan beretika,'' katanya.
Karpal ketika berhujah telah menyatakan Hakim Mohamad Zabidin 'telah menipu dan telah terbukti menipu.'
Disebabkan 'penipuan' itu, hakim tersebut, ujar Karpal, tidak mempunyai alternatif lain selain menarik diri daripada perbicaraan.
Mohd. Yusof seterusnya menyatakan, dalam membuat laporan tentang kes tersebut, pemberita mungkin tersilap dengar, tetapi tidak berniat jahat.
''Hari ini, terbukti bahawa apa yang dilaporkan adalah betul berdasarkan nota prosiding. Oleh itu, kamu (barisan peguam dan Anwar) perlu memohon maaf kepada Utusan Malaysia,'' tegasnya. Menurutnya lagi, para hakim telah dilatih agar membataskan diri mereka kepada keterangan yang ada di mahkamah dan bukannya kepada laporan akhbar.
''Mahkamah yang adil dan tidak berat sebelah akan membuat keputusan berdasarkan bukti. Adalah terlalu awal untuk menyatakan Yang Arif bersikap berat sebelah,'' katanya.
Ujar beliau lagi, mahkamah tidak sepatutnya mengetepikan isu sebenar yang ada di hadapannya dan dalam kes ini, apa jua dilaporkan oleh akhbar adalah sesuatu yang berasal dari luar.
Maka, katanya, adalah terlalu awal untuk menyatakan Hakim Mohamad Zabidin berat sebelah kerana faktor keadilan dan tidak berat sebelah sesebuah mahkamah akan ditentukan berdasarkan kepada bukti di mahkamah.
Mohd. Yusof turut menekankan bahawa seseorang hakim tidak perlu menarik diri melainkan jika ada perkara atau sebab semasa perbicaraan bahawa hakim itu bertindak berat sebelah.