Thursday, February 2, 2012

ISU KUIN - AZIZAN BELASAH ANWAR TERANG-TERANG

Isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menunjukkan dengan jelas bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya bukan pemimpin yang disegani di kalangan pemimpin pembangkang sendiri, khususnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Apabila Menteri Besar Kedah itu mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat untuk tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri itu, bermakna Anwar ditempelak kerana cadangannya itu.

Terang-terang Azizan belasah Anwar apabila mengatakan kritikan Anwar tidak berpijak di bumi nyata!

Apa yang beliau (Anwar) campur tangan dalam perkara ini, mengapa saya yang perlu berunding? Bukan saya yang berunding dengan mahasiswa itu tapi KUIN. Lagipun (kalau berunding) nak cakap pasal apa lagi, perkara ini dah lama...empat daripada mereka sudah masuk semula (sambung pengajian), selain itu nak berunding apa lagi sebab perkara ini dah dibawa ke mahkamah,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Azizan menyifatkan cadangan Anwar agar mengambil pendekatan berunding dengan lima mahasiswa KUIN yang digantung pengajian mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai pandangan peribadi.

Azizan turut menegaskan cadangan itu sepatutnya ditujukan kepada rektor KUIN dan bukan beliau yang hanya bertindak selaku pengerusi lembaga pengarah pusat pengajian tinggi itu.

Selain itu, ternyata dalam isu AUKU ini Azizan tidak melihatnya sebagai menyokong BN sebaliknya beliau mahu pertahankan kerajaan negeri Kedah, dan kerana beliau tidak campur tangan urusan KUIN. Beliau mahu KUIN selesaikan.

Azizan mendapat kecaman daripada kumpulan mahasiswa serta turut dikritik pemimpin Pakatan Rakyat kerana masih melaksanakan AUKU walaupun parti pembangkang mahu memansuhkannya seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.

Bekas pensyarah UIA, Dr Abdul Aziz Bari mencadangkan agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan.

Dengan nada tegas Azizan mengingatkan Pakatan Rakyat fokusnya adalah untuk mempertahankan Kedah dan menentang Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti itu dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk Azizan turut menegaskan tidak mahu terlibat dalam pentadbiran KUIN dan menyerahkan urusan itu rektor.

Pelajar berkenaan membantaj terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu. Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

“Saya sudah cakap saya tidak campur tangan dalam urusan KUIN, saya hanya pengerusi lembaga pengarah...saya bukan rektor, saya serahkan kepada KUIN,” tegas Azizan.

Baca dari sumber