Wednesday, March 7, 2012

KENAPA TIMBULKAN PERSOALAN ABDUL RAZAK ADA MOTIF BUNUH ALTANTUYA?


 Jangan terlepas pandang!

Sebagai seorang yang tidak tahu dan tidak mahir mengenai proses perbicaraan dan penghakiman di mahkamah, saya mahu meminta tolong kepada yang pakar mengenai laporan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakiman bertulisnya yang setebal 70 mukasurat berkaitan kes Altantuya Shaariibuu.

Hairan kenapa Malaysiakini mainkan keputusan penghakiman Altantuya dengan tajuk “Penghakiman Altantuya: Motif bunuh tak penting” hari ini.

Ada Makna Ni… Kenapakah keputusan penghakiman ini diulang semula oleh Malaysiakini?

Hairan bin Ajaib apabila Malaysiakini menerbitkan semula keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin (gambar kanan) dalam penghakiman bertulisnya yang setebal 70 mukasurat itu.

Jika diperhalusi dan read between the lines apa yang ditimbulkan oleh Malaysiakini, akhirnya kita tertanya-tanya "kenapa Razak Baginda lepas, yang dua lagi dihukum"?

Apakah ini usaha menimbulkan keraguan kepada keputusan mahkamah oleh Mohd Zaki?

Mahu kenakan Abdul Razak Baginda?

Menurut berita yang ditulis ‘Hafiz Yatim’ dalam entri Malaysiakini hari ini (Mac 7, 201210:36am) menyebut : “Hakim dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu dalam penghakiman penuh beliau selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.

"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," Mohd Zaki .

Beliau bagaimanapun menyatakan seorang dari tiga tertuduh itu, iaitu penganalisis politk Abdul Razak Baginda mungkin mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana wanita tersebut pernah mengugut beliau tetapi ini tidak boleh jadi asas kepada mahkamah memanggil tertuduh berkenaan untuk membela diri.

Abdul Razak, adalah rakan rapat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika itu. Abdul Razak kemudiannya dilepas dan dibebaskan tanpa diminta membela dirinya.

Bagaimanapun, dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh.

Ini penting. Maksudnya Malaysiakini berusaha untuk menimbulkan balik kes ini dengan merujuk Abdul Razak sebagai “mungkin mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana wanita tersebut pernah mengugut beliau”.

Malah, Malaysiakini turut menyebut “Persoalan yang berlegar untuk saya putuskan ketika ini adalah siapa yang mempunyai kaitan untuk menyebabkan kematian itu," kata Hakim Mohd Zaki.

 “Saya bermula dengan bertanya kenapa tertuduh pertama (Azilah) dan tertuduh kedua (Sirul Azhar) berada di Hotel Malaya (di mana Altantuya serta sepupu dan rakannya menginap) pada 18 Okt, 2006. (Rakaman litar tertutup menunjukkan) mereka berada di tingkat 8, iaitu tingkat yang sama di mana si mati menginap."

Hakim itu juga mempersoalkan arahan yang diberikan oleh Azilah kepada Sirul Azhar apabila Altantuya dipindahkan dari kereta Proton Wira yang dimiliki oleh L/Cpl Rohaniza Roslan (teman wanita Azilah) ke kenderaan Suzuki Vitara milik Sirul Azhar, sementara tertuduh kedua menuju ke Bukit Aman, dan mengapa Azilah tiba-tiba senyap apabila Rohaniza bertanyakan mengenai Altantuya hari berikutnya.

Hakim Mahkamah Tinggi itu juga menyatakan keadaan si mati yang dibunuh itu adalah tragis, dan "mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini di mana mangsa diletupkan adalah bertujuan untuk menghapuskan bukti".

Menghapuskan bukti...bukti apa?

Kes ini adalah antara pembunuhan paling kejam dalam sejarah negara yang menarik perhatian tempatan dan juga antarabangsa.

BANYAK PERSOALAN TINDAKAN HILMI LARI KE INDONESIA

Polis semalam mulai mempersoalkan kenapa mesti Hilmi Hazimin Malek, yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel Eli Wong ke Indonesia.

Cara Hilmi melarikan diri dan kemampuannya tinggal di Indonesia begitu lama menimbulkan pertanyaan berat – Kayakah Helmi? Kalau dibiayai, SIAPA BIAYAI BELIAU? 

Polis kena siasat betul-betul apakah beliau yang lari atau dipaksa lari atau dilarikan.

Polis bertanya: "Kalau dia (Hilmi) tidak bersalah, mengapa dia patut takut dan lari ke luar negara, kalau dia berada di pihak yang benar, maka beliau perlu menjelaskan segala-galanya," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Aziz Zakaria.

Kita pun mempunyai soalan yang sama, bukan sahaja kepada Hilmi tetapi kerajaan Eli dan kerajaan Selangor.
Maksudnya di sini:

1. Jika Hilmi yang lari secara sukarela, beliau mesti mempunyai sebab tersendiri. Menyelamatkan ‘nyawa politik’ kekasihnya, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong?

 2. Jika beliau dipaksa lari, siapa paksa beliau. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim? Datuk Seri Anwar Ibrahim? Gangster tajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor?

3. Jika beliau dilarikan pula, apakah ia kumpulan yang mahu menyelamatkan karier politik PKR dan pemimpinya di Selangor?

Kehadiran berterusan Hilmi di Selangor selepas penyebaran gambar bogel Eli akan menyebabkan kesusahan jika kerajaan Selangor atau Exconya disiasat.

Namun, Hilmi tidak bernasib baik atau beliau sengaja membiarkan dirinya ditahan pihak berkuasa Indonesia di Pulau Batam kerana memiliki dokumen perjalanan palsu.

Bagi polis sudah pasti keterangan Hilmi Hazimin akan membantu siasatan terperinci polis berhubung rakaman dan penyebaran gambar Wong.

 "Kita telah merakam kenyataan ibu bapa dia (Hilmi) dan kita percaya kes ini dapat diselesaikan dengan segera," Aziz.

Kita akan tunggu apa keputusan kes ini dan SIAPA BERTANGGUNGJAWAB MENYOROKKAN HILMI DI INDONESIA.