Parlimen
Malaysia sudah menjadi permainan ‘wayang kulit’ dalam isu penyelewengan dana
syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Yang
menaja permainan adalah Putrajaya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Yang
menjadi Tok Dalang ialah kumupulan yang berkuasa di Parlimen – menteri, Speaker
serta kakitangannya - dan yang menjadi ‘watak
wayang kulit’ adalah menteri dan semua pentadbir 1MDB yang cuba menjayakan
jalan cerita oleh penajanya.
Ahli
Parlimen pula ada yang ‘bisu dan langsung kelu’. Sementara yang cuba bersuara pula disekat melalui Tok Dalang
dan watak-watak tertentu yang ditonjolkan dengan sifat mereka yang n ‘taat
membabi buta’ mereka.
Bukit
1MDB semakin membesar dengan beban hutang, rampasan-rampasanserta dakwaan di
luar negara serta risiko yang membimbangkan.
Pertanyaan
terbaru di sebalik plot ‘wayang kulit 1MDB’ ini ialah kenapa Putrajaya dan Perdana Menteri serta
konconya begitu berusaha melindungi jutawan kontroversi yang masih bebas - Low Taek Jho atau Jho Low?
Apa
istimewanya individu ini?
Kenapa
penyokong Najib – termasuk Menteri dan konco-konconya - melenting tidak tentu pasal apabila usaha
menangkap dan merampas harta 1MDB yang diselewengkan oleh Jho Low mahu dilakukan?
Apakah
kerana ia ada kaitan dengan kerajaan, Putrajaya dan Najib sendiri?
Kalaupun
dikhabarkan Jho Low ada kaitan dengan anak tiri Najib – Reza Aziz – biarkanlah
pihak berkuasa bertindak untuk membersihkan nama individu-individu berkenaan.
Malah,
adalah suatu tragedi politik dan
pentadbiran Malaysia apabila Parlimen – tepat paling mulia dan teratas bagi
pembuatan dasar – menolak untuk membahaskan isu berkenaan.
Kenapa
kerajaan bimbang dan takut dengan
perbahasan jika mempunyai 1001 alasan untuk mengatakan 1MDB dan Jho Low tiada
kaitan langsung dengan Putrajaya, Najib dan kaum keluarganya?
Rakyat
pastinya mahu tahu apa penyudahnya dengan isu ini yang berlanjutan beberapa
tahun dan semakin ‘popular dan mengharumkan nama Malaysia’ di luar negara
dengan panggilan negara kleptokrat?
Rakyat
juga mahu tahu apakah benar Najib seorang pemimpin yang mengamalkan
kleptokrasi?
Kita
sebagai rakyat Malaysia bangga digelarkan sedemikian?
Yang
paling tidak faham dan membingungkan kerana Putrajaya dan Najib tidak gunakan
Dewan Rakyat atau Dewan Negara untuk bersihkan nama mereka.
Semakin
wayang kulit dimainkan dan disekat ahli Parlimen bersuara, semakin bertambah
ragu rakyat jelata dan pastinya akan semakin bertimbunlah tuduhan terhadap
Putrajaya dan pemimpin utama UMNO.
Menolak
usul Ahli Parlimen pembangkang berkaitan
1MDB akan mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa banyak perkara salah sudah,
sedang dan akan berlaku mengenai 1MDB.
Jika
tidak ada angin, masakan pokok bergoyang.
Memperkuatkan
dakwaan Ahli Parlimen yang bukan ‘bisu dan pekak’ ialah mengenai tindakan
beberapa negara, termasuk Amerika Syarkat melalui Jabatan Kehakiman (DOJ)
–merampas kapal mewah Equanimity di Teluk Benoa, Bali.
Tindakan
polis Indonesia pada 28 Februari lalu yang
bekerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyita kapal mewah itu menjadi
perhatian sebahagian Ahli Parlimen Malaysia.
Bagaimanapun
usul segera mendesak Perdana Menteri menjelaskan kenyataan Peguam Negara, Tan
Sri Apandi Ali bahawa kerajaan tidak akan menuntut kapal layar mewah ahli
perniagaan Jho Low itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin
Mulia.
Sebelum
itu, akhbar Tages Anzeige yang berpangkalan di Zurich, Selasa lalu melaporkan kerajaan Switzerland dibenarkan untuk menuntut keuntungan yang dijana secara haram.sebanyak CHF95 juta (RM400
juta) - wang dana berkaitan 1MDB yang dirampas daripada beberapa bank.
Akhbar itu juga memetik Menteri Kewangan, Ueli Maurer
sebagai berkata, bahawa dana berkenaan telah disalurkan ke perbendaharaan
persekutuan memandangkan tidak ada pihak yang menuntutnya.
Ada
Ahli Parlimen Malaysia mempersoalkan Najib, apa tindakan kerajaan mengenai
perkara ini? Berdiam diri sahaja?
Wang
sebanyak RM400 juta itu banyak dan boleh dibelanjakan untuk faedah rakyat!
Kini
rakyat bukan sekadar bingung dengan isu derma Tok Arab sebanyak RM2.6 bilion
tetapi menuntut Najib berikan jawapan sejauh mana RM42 bilion tidak hilang, sebaliknya ia memang
hutang syarikat berkenaan.
Persoalannya,
jika RM42 bilion itu hutang 1MDB, pasti ada aset yang boleh ditunjuk atau diperjelas
kepada rakyat. Tempat paling baik menjelaskan perkara itu ialah di Dewan
Rakyat.
Dan
jika menunjukkan aset apakah nilainya bersamaan dengan hutang RM42 bilion itu?
Pertanyaan
Ahli Parlimen apakah benar RM10 bilion
hingga RM20 bilion wang 1MDB telah dibelanjakan? Jika ya, mana aset dan rekod
perbelanjaannya?
Juga,
benarkah daripada jumlah RM42 bilion ini, dakwaan DOJ bahawa pelbagai aset
mewah dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB berjumlah AS$540 juta (RM2.3
bilion)?
Banyak
lagi persoalan – sama ada yang benar atau ‘karut-marut’ perlu dijawab dan
kerajaan BN/UMNO serta Najib perlu bertanggungjawab keepada institusi Parlimen
untuk menegakkan keadilan untuk semua – pemerintah dan rakyat.
Isu
tersalah bayar oleh 1MDB kepada syarikat yang tidak pernah wujud, jumlah yang
perlu lagi dibayar kepada syarikat Abu Dhabi, apa jadi dengan laporan kewangan
dan audit 1MDB serta Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang masih
diklasifikasikan sebagai rahsia kerajaan akan tetap menjadi persoalan yang
memerlukan jawapan.
Dan
di manakah jawapan keada semua itu dibuat? Sudah pastinya di Parlimen.
Kini
sedikit terlambat untuk menghapuskan pendapat
bahawa Jho Low sangat rapat dengan Najib selain individu paling laba daripada
wang 1MDB yang dilarikan.
Najib
dan kerajaan hanya dapat mensucikan diri melalui penafian di Dewan Rakyat dan
masa masih ada untuk berbuat demikian sebelum Parlimen dibubarkan.
Jika
Najib, kerajaan BN dan UMNO yakin dengan institusi Parlimen, lakukan segera
sesuatu yang mampu menghapuskan persepsi rakyat dalam keadaan keburukan 1MDB sudah tidak boleh lagi dilindungi.
Bangkai
gajah sudah tidak boleh lagi ditutup lagi dengan daun pokok kurma kerana 1MDB
adalah bahan berita dunia, bukan sahaja di dunia Arab tetapi dari negara Timur –
Hong Kong dan China sehinggalah ke selatan (New Zealand), utara (Switzerlanf)
dan barat (Amerika Syarikat).
Di
Singapura pula ia seolah-olah berita berkaitan rakyat dan bank negara
berkenaan. Begitulah keadaan cerita dalam wayang kulit ini.
Sudah
pasti Ahli Parlimen pembangkang tidak akan berpuas hati apabila Dewan Rakyat
menolak hampir kesemua soalan yang diusulkan berhubung isu 1MDB pada
persidangan yang bermula kelmarin.
Tindakan
terus mengelak daripada menjawab isu
skandal 1MDB akan hanya menimbulan lebih banyak perspsi buruk kepada kerajaan
dan BN/UMNO serta Najib.
Untuk
menyelamatkan diri dan bimbang rakyat menolak pemerintah melalui PRU14, jangan pula menuduh pembangkang membuat
fitnah.
Menggendalikan
fitnah bukan dengan berdiam diri, lari atau mengelak menjawab soalan. Sebaliknya
jawab persoalan di tempat yang paling sesuai, iaitu Parlimen.
Ingat,
penguatkuasa undang-undang antarabangsa sudah semakin hampir ke Malaysia.
Selepas
tindakan terhadap individu dan penutupan beberapa bank di Singapura dan
rampasan kapal mewah di perairan Indonesia, hanya masa akan menentukan bila
pula tindakan terhadap mereka yang terbabit dengan skandal ini di
Malaysia.
Tunggulah
aka nada mereka yang ‘bebas ketika ini’ akan menerima padahnya!