Sunday, July 11, 2010

BELANDA MENANG....

Saya sokong Belanda pada perlawanan akhir Piala Dunia pagi nanti. Satu lagi pasukan pilihan saya, Argentina sudah kecundang. Biarpun ramai yang meminati Sepanyol, saya tetap memilih Belanda yang akan menang 2-1.

Empat tahun lagi kita ke Brazil pula...

SUARA KEADILAN TANPA PERMIT DITERBIT DAN DIEDAR

Tak heran! Suara Keadilan tanpa permit diterbitkan juga.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak takut dan tidak hairan dengan Kementerian Dalam Negeri atau polis!

Tak percaya? Bukan sekadar terbitkan akhbar rasminya Suara Keadilan, PKR terus mencabar undang-undang apabila mengedarkannya.

Terang-terangan, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali semacam angkuh berkata "Tak apalah... kita tunggu dulu apa mereka nak buat, tahulah kami nanti."

Hari ini media elektronik melaporkan PKR menerbit dan mengedarkan edisi terbaru Suara Keadilan ke seluruh negara sejak semalam walaupun permitnya sudah tamat tempoh.

Malah Syed Husin berkata, pihaknya mahu melihat tindakan yang bakal diambil oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung perkara berkenaan.

"Sejak petang semalam lagi Suara Keadilan sudah keluar (terbit), malah kita dah edar ke seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.

"Kita tunggu saja nanti apa KDN boleh buat," katanya ketika dihubungi mStar Online di Kuala Lumpur hari ini.

KDN sebelum ini memutuskan permit penerbitan akhbar Suara Keadilan yang tamat 30 Jun lalu tidak diperbaharui mengikut Seksyen 5(1) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Suara Keadilan pada keluaran bertarikh 22 hingga 26 Jun lalu telah menyiarkan berita utama muka depan bertajuk Felda Bangkrap dan empat lagi artikel dalam keluaran sama.

Ekoran itu, kerajaan telah memutuskan untuk menyaman Suara Keadilan sebanyak RM200 juta.

Ditanya sama ada PKR sedia menghadapi tindakan undang-undang berhubung tindakan menerbitkan akhbar tanpa permit, Syed Husin berkata: "Tak apalah... kita tunggu dulu apa mereka nak buat, tahulah kami nanti."