Sudah nyata pertelingkahan antara parti dalam pakatan pembangkang mengenai pembahagian kerusi makin membesar.
Bibit-bibit pertelingkahan mengenai kerusi yang bakal ditandingi oleh pakatan pembangkang semakin kelam kabut dan ada anggota yang sudah menyatakan mahu bertanding Bebas.
Contohnya selain di Kelantan, akibat pemilihan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon pembangkang di Parlimen Indera Mahkota, salah seorang pengasas PKR di Pahang, G. Ramponusamy mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas semata-mata untuk melawan Fauzi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di kerusi tersebut sebagai tanda protes kepada kepimpinan beliau.
Bekas Timbalan Pengerusi 3 PKR negeri itu juga mendakwa, tindakannya bertanding turut didorong oleh permintaan sebahagian ahli parti yang tidak bersetuju Fauzi dinamakan sebagai calon menggantikan Azan Ismail di kerusi itu.
Ramponusamy yang juga bekas calon PKR Parlimen Bentong, pada pilihan raya lalu, berkata beliau tidak akan menawarkan diri untuk bertanding sekiranya PKR tidak menamakan Fauzi sebagai calon.
Mohd Shukri Mohd. Ramli mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas setelah namanya diketepikan oleh PKR ketika mengadakan sidang akhbar di sebuah restoran di Kuantan semalam. |
Mohd. Shukri yang juga penulis blog Cucu Mat Kilau turut mengumumkan akan bertanding calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum dalam PRU-13 ini
Pakatan pembangkang kali ini membabitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Amat jelas, kesukaran ketiga-tiga sekutu utama pembangkang itu mencapai kata sepakat turut membabitkan kerusi yang bakal ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Esok kita akan selesaikan, kita ada mesyuarat lagi," kata Anwar ringkas sebelum meninggalkan Ibu Pejabat PKR semalam.
Anwar tidak umumkan di mana beliau akan bertanding pada berceramah di Grik malam tadi. |
Laporan Utusan Malaysia Online menyebut 'pergelutan' berhubung agihan kerusi pakatan pembangkang di Perak terus menimbulkan tanda tanya apabila Anwar masih menangguhkan pengumuman calon parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri itu.
Anwar yang sebelum ini mengumumkan hasrat tidak mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk bertanding di Perak juga masih tidak berani mengumumkan kerusi yang bakal ditandinginya dalam 13 (PRU-13.
Penasihat PKR itu yang dijadual akan mengumumkan barisan calon PKR dalam satu ceramah di Grik malam tadi, tidak berbuat demikian dengan memberi alasan "masih ada perundingan perlu dilakukan".
Difahamkan, Anwar terpaksa menangguhkan pengumuman di saat-saat akhir kerana nama-nama yang sudah ditetapkan masih tidak mendapat persetujuan sebulat suara dan ada penentangan sekutu mereka Pas dan DAP.
Sebaliknya, Anwar dalam ceramah itu hanya mengumumkan calon PKR di tiga kerusi Parlimen iaitu Lumut, Pasir Salak, dan Padang Rengas.
Beliau yang disebut-sebut akan ke Parlimen Lumut hanya mengumumkan bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana (B) Imran Abdul Hamid akan bertanding di kawasan itu.
Anwar juga mengumumkan bekas Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub untuk terus bertanding di kerusi Pasir Salak manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan Perak, Meor Ahmad Isharra Ishak pula bertanding di Parlimen Padang Rengas.
"Calon yang lain akan saya umumkan di selatan Perak, itu lebih wajar," kata Anwar dalam ceramah yang turut dihadiri Pengerusi PKR negeri, Muhammad Nur Manuty.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam mengesahkan mengenai kegagalan mereka menyelesaikan isu agihan kerusi pada Khamis seperti yang dijadualkan.
Belum selesai, ada sedikit lagi. Petang esok kami ada lagi mesyuarat di sini," katanya sambil menambah bahawa beliau yakin isu agihan kerusi dapat diselesaikan segera.
Malah, petang semalam pakatan pembangkang turut membatalkan sidang media yang dijadualkan selepas mesyuarat berkenaan.
Kenapa terpaksa dibatalkan?
Bimbang aka nada banyak pertanyaan kerana perpecahan di kalangan pembangkang semakin menyerlah dan mengelakkan soalan wartawan yang semakin berani?
Anwar mengatakan masih terdapat 'satu dua' isu yang perlu diberi perhatian. "Tentang itu esok saya akan balik Permatang Pauh dan bincang lagi," katanya.
Ketika diajukan soalan sama ada beliau sedang mengintai secara serius untuk bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Timor, Anwar sekadar ketawa sebagai jawapan.
"Esok lah...tunggu esok," katanya.
Kerusi Parlimen Ipoh Timor dijangka kosong selepas veteran DAP, Lim Kiat Siang dijangka bertanding di kerusi milik PKR iaitu Parlimen Gelang Patah di Johor.