Penggunaan
satu logo – PKR – oleh Pakatan Harapan (PH)
bukan sahaja bersejarah. Ia tidak seperti ketika Pakatan Rakyat sebelum ini di mana parti-parti
yang bertanding seperti ‘enau alam belukar, melonjakkan pucuk masing-masing’.
Kali
ini semua pihak perlu melonjakkan satu nama sahaja – PKR – sama ada dalam
konteks logo, bendera atau parti yang diwakili mereka berdepan dalam pilihan
raya.
Biarpun
PH melalui PKR akan melalui beberapa penyesuaian termasuk dalam konteks
pentadbiran, watikah untuk calon, logistik dan sebagainya, namun tempoh yang
ada dipercayai mampu untuk membolehkah PKR mengorak langkah sewajarnya.
Persetan
dengan pandangan mengatakan akan wujud banyak masalah dalaman PH berikutan penggunaan
logo PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
nanti.
Kata-kata
itu dibuat berasaskan kononnya wujud
perbezaan ideologi dan sikap menegakkan kepentingan masing-masing yang ada pada
pemimpin dan penyokong parti, yang diramalkan memang sukar untuk menerima satu
logo.
Ada
juga pandangan, keputusan menerima satu logo itu akan mengelirukan ahli.
Malah
ada meramalkan akan wujud perbalahan sesama penyokong.
Namun
sejauh ini logo PKR diterima baik oleh semua pihak. yang penting semua pihak
berkorban demi menentang Barisan Nasional (BN) dan menumbangkan kerajaan
pimpinan Najib Razak.
Malah,
dalam persetujuan dan penetapan penggunaan satu logo ini - biarlah rakyat menilai.
Dalam
meraikan kejayaan dan persetujuan menggunakan logo PKR ini, rasanya tidak lengkap
jika tidak direnung kembali bagaimana semua peristiwa berlaku sebelum ini
mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Hakikatnya
adalah suatu ‘blessing in disguise’ kepada semua pertelingkahan
yang berlaku dan usaha kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
(RoS) yang cuba melenyapkan Parti Pribumii Bersatu Malaysia (PPBM) dan PH sebaliknya
perkara lain yang memeranjatkan pemimpin BN/UMNO dan Najib Razak pula yang
berlaku.
Kejayaan
RoS bagi menggagalkan pendaftaran PH, selain pertelingkahan dalaman PH mengenai
penggunaan logo di negeri-negeri tertentu sebenarnya adalah suatu rahmat besar
bagi mereka yang menentang kerajaan pimpinan Najib.
Secara
logik akal, ramai tertanya-tanya bagaimana boleh keadaan di mana pada suatu
ketika, logo PBM yang dicadangkan digunakan untuk beberapa negeri tetapi kini semuanya
berubah kepada logo PKR?
Pertikaian
mengenai penggunaan logo PPBM di negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu
agak hangat.
Maka
terkeluarlah suara-suara supaya di sesetengah negeri logo AMANAH sewajarnya
digunakan. Bukan sahaja di Kelantan dan Terengganu logo AMANAH dikatakan wajar
digunakan, tetapi juga di Kedah.
Keadaan
menjadi semakin hangat apabila semuanya tidak menjadi bagi PPBM apabila RoS mengancam
akan menggagalkan pendaftaran parti PPBM.
Akibatnya,
harapan penyokong AMANAH semakin tinggi
khususnya di Kelantan dan Terengganu bahawa logo mereka pasti akan digunakan.
Sesetengahnya
menjadikan isu logo AMANAH ini sebagai
tular utama di Kumpulan WhatsApp.
Sebelum
itu isu logo PH turut menjadi kemelut
penting dalam pakatan itu selepas semua parti bersetuju untuk menggunakannya.
Maka
gegak gempitalah seluruh Malaysia kononnya logo PH akan menjadi simbol
perjuangan mereka dalam menentang BN dan rejim kleptokrasi.
Ia
bagaimanapun tidak diluluskan.
RoS
bagi pihak kerajaan BN menolak kelulusan PH itu dan seterusnya secara automatik
logo mereka turut tidak diluluskan.
Maka
banyak pihak mempersendakan bahawa DAP akan memainkan peranan utama dalam PH apa lagi Tun Dr Mahathir Mohamad secara
sinis mengatakan akan mengguakan logo DAP.
Riuh
rendahlah para penyokong BN mempersendakan Dr Mahathir dan PH kononnya DAP
sudah mengetuai PH untuk pilihan raya. Seterusnya DAP juga dikatakan akan
menguasai Putrajaya dan memerintah
Malaysia.
Di
sebalik kedudukan ini, AMANAH berusaha menonjolkan logo mereka sekali lagi selepas
RoS kelihatan cuba menyusahkan PPBM untuk tujuan pendaftaran parti dan
penggunaan logonya.
Di
sebalik kepayahan ini, ada pemimpin PPBM begitu marah apabila ada pihak
menyarankan agar dibuat strategi supaya bersiap sedia dengan langkah seterusnya
sekiranya ‘Logo Bunga’ tidak diluluskan.
Sehingga
ke hari terakhir ‘hayat PPBM’, pemimpin
PPBM tetap berharap logo mereka dapat digunakan. Di sebalik itu, AMANAH pula
semakin menionjolkan dirinya agar logo mereka digunakan sekurang-kurangnnya di
dua negeri.
Sementara
PKR pula kelihatan tenang setenangnya.
Sesuai
dengan kedudukannya sebagai antara parti pembangkang tertua bersama-sama DAP – PKR
‘cool’ dalam kerenah perebutan pengunaan logo antara PPBM dan AMANAH.
Akhirnya,
selepas PPBM ‘dibubarkan sementara’ oleh RoS, Majlis Presiden mmbayangkan akan
membuat keputusan mengenai penggunaan satu logo.
Rahmat
Allah swt yang datang itu tidak ada siapa menjangkakan apabila logo PKR diberitakan
akan dipersetujui untuk digunakan pada ketika ada serangan daripada penyokong AMANAH di
Terengganu untuk menolak usaha itu.
Caci
dan maki hamun kepada pemimpin PKR dilemparkan selepas ada berita bahawa Dr
Mahathir, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersetuju agar
logo PKR digunakan.
Apabila
pengumuman logo PKR digunakan, jelas sekali semua pihak menerimanya kecuali
beberapa kerat yang tetap mahukan logo parti mereka tetap digunakan.
Kini,
yang penting selepas pemimpin tertinggi PH sudah mengumum dan menerima logo
PKR, semua pihak wajar menerimanya
dengan hati terbuka.
Tuduhan
bahawa penggunaan logo PKR sebagai cara untuk menutup ‘agenda DAP dalam PH” hanya
kata-kata pihak yang terlalu bimbang dengan solidariti yang begitu terserlah di
kalangan rakyat yang menyokong pembangkang.
Penggunaan
logo PKR yang tidak pernah difikir atau terfikir sebelum ini sebenarnya sangat
simbolik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih dipenjara.
Menariknya,
yang mengetuai barisan menegakkan logo
dan bendera PKR ini pula ialah Dr
Mahathir – pernah bermusuh dengan Anwar sebelum ini.
Jelas
sekali persahabatan mereka membawa satu
rahmat yang besar - perpaduan dalam PH kini tidak boleh dikhuatiri dan
dipertikaikan lagi.
PH
kini adalah suatu pakaran yang begiru padu.
Untuk
kali pertamanya dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, pakatan pembangkang
akan bertanding di bawah satu logo.
Ia
akan berdepan dengan BN yang semakin gogah dengan krisis dalaman khususnya
pererbutan kerusi antara komponenannya.
Rakyat
turut mengasak kerajaan BN dengan isu-isu besar seperti rasuah, penyalahgunaan
kuasa, isu moral pemimpinnya, kleptoktasi dan kerajaan yang tidak memahami
kehendak dan naluri rakyat.
Ternyata,
sebagai masyarakat beragama di Malaysia, kita kena ingat, apa sahaja helah dan
usaha BN untuk melemahkan lawan mereka – PH - tidak akan berlaku jika tidak
diizinkan Tuhan.
Manusia
merancang, namun Tuhan menentukan segala-galanya!