"Menjadi sejarah bagaimana dalam soal ‘kos kehidupan rakyat’ pun orang politik boleh mempermainkan nasib rakyat. Apakah rakyat boleh tahan dengan sikap dan gelagat wakil rakyat seperti ini?"
Kekalahan
apa itu?
Ia
membabitkan isu kos sara hidup yang dibincangkan di Dewan Rakyat semalam.
Kesimpulan di atas
dibuat oleh wakil rakyat PAS Datuk Mahfuz Omar mengenai keputusan usul Pakatan
Harapan (PH) yang membuat pengundian blok (belah bahagian) menolak Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2018
untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Pada
pengundian dalam suasana kecoh di Dewan Rakyat semalam, usul PH yang turut disokong oleh
beberapa wakil rakyat (MP) PAS tewas tipis satu undi - 51-52.
Lalu
timbul persoalan, apakah kos sara hidup tidak sepenting cadangan meminda Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) atau Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui
(Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2017 (Akta 164) bagi pemimpin PAS?
Atau
apakah isu mempertahankan tuduhan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang menerima RM90 juta ‘segala-galanya’ berbanding isu kos sara hidup yang
sedang menghimpit kebanyakan rakyat sekarang?
Dan
untuk dua orang wakil rakyat yang berkecuali itu, ucaplah tahniah kepada mereka
kerana menyelamatkan kerajaan ddaripada dimalukan.
Apakah
akan ada ‘habuan menarik’ untuk penyelamat ini?
Enam
Ahli Parlimen (MP) PAS yang mengundi menolak Bajet 2018 ialah Mahfuz (Pokok
Sena), Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun), Nik Mazian
Nik Mohamad (Pasir Puteh), Izani Husin (Pengkalan Chepa) dan Ahmad Baihaki
Atiqullah (Kubang Kerian).
Mereka
mengundi menyokong usul Pakatan Harapan (HARAPAN) membuat pengundian blok
(belah bahagian) malam semalam selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyimpulkan bahagian Bajet 2018 semasa
peringkat jawatankuasa.
Mahfuz
memberitahu Malaysiakini, “mereka beritau saya ini kali undi tolak sebab
ini melibat soal kos kehidupan."
Tidak
diketahui sama ada sudah dijangka atau tanpa disangka, dua wakil rakyat PAS iaitu
MP Bukit Gantang Idris Ahmad dan Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang)
berkecuali daripada mengundi.
Perlu
diulangi, pada pengundian belah bahagian (blok) terhadap Bajet 2018 peringkat
polisi sebelum ini,11 orang MP PAS kecuali Mahfuz berkecuali daripada mengundi.
Taktik
berkecuali ini menjadi amalan PAS ketika membuat undian belanjawan persekutuan,
sejak ia berpisah dengan PKR dan DAP.
Wakil
rakyat PAS yang tidak hadir ketika pengundian semalm ialah Presiden Datuk Seri
Abdul Hadi Awang (Marang) dan pemimpin utama Datuk Takiyuddin Hassan, Nasrudin
Hassan, Nik Abduk Nik Aziz (Pasir Mas) , Mohd Khairuddin Aman Razali (Kuala
Nerus) serta ketua kelab penyokong parti Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) juga tidak hadir.
Tidak
diketahui di mana dan kenapa tetapi sikap wakil rakyat PAS - , selain enam yang
dianggp sebagai ‘cakna dengan soal kos kehidupan’ rakyat - jelas tidak jauh
bezanya dengan kumpulan sesetangah wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
Penulis
mengatakan demikian kerana BN yang menang hanya satu undi dalam undi belah
bahagi seperti diminta oleh G Manivannan (PKR-Kaparyang diadakan selepas
Menteri Datuk Seri Hamzah Zainudin selesaiu menggulung ucapan untuk
kementeriannya.
Walaupun deringan
loceng yang berbunyi selama dua minit sudah tamat, masih ada Ahli Parlimen BN
berlari masuk ke dalam Dewan Rakyat untuk mengundi.
Apa erti semua ini?
Tidakkah sikap mereka membuktikan ramai yang tidak peduli dengan ‘perkara yang
dibincang dan digulung’ di Dewan Rakyat.
Berikutan itu, Datuk
Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkora) menggesa pintu masuk Dewan Rakyat
ditutup agar tidak ada lagi wakil rakyat dapat masuk selepas deringan loceng tamat.
Antara wakil rakyat
yang didakwa pembangkang lewat masuk namun dibenarkan mengundi adalah Datuk
Raime Unggi (BN-Tenom), Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah) Datuk Seri Azalina
Othman Said (BN-Pengerang) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera).
Khalid Samad (AMANAH-Shah
Alam) dalam keadaan marah meminta BN berhenti “menipu” dan meminta pengundian
dilakukan secara jujur, sementara Mahfuz mendakwa ada “konspirasi” ketika undi
belah bahagi dilakukan.
“Kita mahu senarai nama itu disemak semula.
Kenapa ini berlaku, satu dunia melihat kejadian ini. Mereka ini hanya menang
dengan 1 undi sahaja,” kata Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).
Ronald menjawab
kritikan pembangkang berkaitan kekecohan yang berlaku hampir 15 minit itu berkata
tiada peraturan menyatakan undi wakil rakyat yang lambat masuk tidak boleh
dikira.
Tidak usah fikirlah
dengan sikap wakil rakyat BN. Ia sangat mudah difahami.
Tetapi bayangkkan
jika dua wakil rakyat PAS yang berkecuali itu
mengundi
usul PH demi ‘kos kehidupan’ rakyat., apa akan jadi?
Namun
kini ia menjadi sejarah bagaimana dalam soal ‘kos kehidupan rakyat’ pun orang
politik boleh mempermainkan nasib rakyat.
Apakah
rakyat boleh tahan dengan sikap dan gelagat wakil rakyat seperti ini?