Monday, November 1, 2010

RASUAH – PAS HALALKAN JIKA IA HANYA SEBAGAI MEDIUM

Nak heran apa Tok Pa Oiii...Rasuah dalam PAS dan PAS rasuah sudah lama.

Bagi PAS, rasuah itu hanya berlaku jika pemberi itu parti atau orang PAS. Kalau orang tengah, penaja atau NGO yang berikan bagi pihak PAS, itu tidak rasuah. Kerana apa? PAS hanya jadi medium atau perantara.

Hebat dan tabik kepada cara dan fatwa PAS ini!

Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed – Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan) semacam terpinga-pinga mengetahui PAS secara terang-terangan cuba membeli undi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas agar pulang mengundi pada 4 November ini .

Pas tawar habuan sehingga RM250 kepada 1,557 pengundi luar yang berdaftar dan kembali mengundi di Galas Khamis ini.


"Ini adalah terang-terangngan satu rasuah untuk mendapat undi, kalau dulunya mereka menghentam kita bermacam-macam (tuduhan), tapi sekarang mereka yang mengamalkannya.

"Mereka sudah banyak berubah, mereka adalah sebuah parti yang tidak konsisten, jadi rakyat Kelantan amat mengenali PAS," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Kampung Baru Hulu di Gua Musang semalam.

Tok Pa bekata, PAS merupakan parti yang tidak konsisten dalam perjuangannya kerana kini parti itu secara terang-terangan mengamalkan rasuah.

PAS bukan mengamalkan rasuah dalam bentuk wang sahaja. Ia juga menawarkan syurga kepada orang tua.

PAS tidak akan boleh diubah. Lihatlah, walaupun menerima kecaman pelbagai pihak, PAS tetap mahu menawarkan habuan sehingga RM250 kepada 1,557 pengundi luar agar pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas Khamis ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menegaskan PAS hanya menjadi 'orang tengah' bagi menguruskan pemberian habuan berkenaan.

Jelasnya, peruntukan sumber kewangan yang akan diberikan itu adalah hasil sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)sebagai insentif galakkan supaya pengundi luar pulang mengundi.

"Bukan PAS yang bagi wang itu sebaliknya disumbangkan NGO tertentu yang tak boleh saya nyatakan. Kita akan bagi juga kerana pemberian habuan berkenaan tidak menggunakan wang tabung atau dana parti PAS secara langsung...PAS hanya jadi medium untuk salurkan wang itu sahaja," katanya ketika
dihubungi mStar Online malam semalam.

Selain itu Abdul Halim berkata, pemberian wang berkenaan hanya akan dilakukan selepas pengundi-pengundi berkenaan selesai membuang undi.

"Kita hanya bayar selepas mereka selesai mengundi, tindakan itu bukan bermakna kita beli undi kerana kita sendiri pun tak tahu parti mana yang mereka pangkah (undi).

Mungkin kalau kita beri wang itu sebelum mengundi boleh disifatkan sebagai kesalahan, tapi apa yang akan kita lakukan adalah sebaliknya...lagipun wang itu hanya pembayaran kepada servis kenderaan mereka," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata habuan itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

Bagi Tok Pa, beliau menyerahkan kepada pihak bekuasa termasuk Suruhanjaya Pecegahan Rasuan Malaysia (SPRM) untuk bertindak. Ini kerana di pihak BN kata Mustapa: "Saya tak tahu (ada tawaran), tak ada tawaran apa-apa."

Itu hal duit. Bagaimana pula taktik taktik kotor diadakan semula oleh PAS yang cuba mempengaruhi pengundi warga emas di sesetengah kawasan dengan mendakwa undi PAS masuk syurga.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman kelmarin ketika pihaknya mengadakan kempen rumah ke rumah di beberapa buah kampung sejak lima hari lalu.

Ekoran itu beliau berkata, Wanita UMNO terpaksa memberi penjelasan kepada kumpulan pengundi terbabit bahawa penentuan syurga atau neraka merupakan hak Allah dan bukannya PAS.

''Saya tidak sangka yang PAS masih lagi memainkan isu pangkah Pas masuk syurga terutama di kalangan pengundi-pengundi warga emas. Kami terpaksa memberi penjelasan supaya mereka sedar kempen yang dijalankan oleh jentera Pas itu tidak benar.

Akhirnya mereka faham penentuan syurga dan neraka adalah hak Allah. Apa yang kami lakukan ini bukan setakat berkempen malah turut memberi kesedaran kepada penduduk setempat mengenai perbezaan antara Islam dan PAS."

Bagi saya kedua-dua perkara ini tidak mengejutkan kalau sebut PAS. Ini kerana dalam apa juga pilihan raya, PAS akan menghalalkan apa saja cara – yang penting seperti saya ulang banyak kali – PAS hanya mahu menang pilihan raya!

DOAKAN NAJIB CEPAT SEMBUH

Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah agar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak cepat sembuh daripada sebarang penyakit yang dihadapinya.

Menurut laporan Bernama, Perdana Menteri dinasihatkan agar berehat di kediaman berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Beliau merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik dn doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman.

Berikutan itu Najib dinasihatkan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.