Tuesday, July 17, 2012

PEKONG BERNANAH PKR MELETUP...ANWAR, AZMIN TIDAK MAMPU KAWAL LAGI

Gelak selagi boleh gelak Tan Sri...lepas PRU ke-13 nanti Tan Sri pula kena gelak.
Kami menyatakaan rasa kecewa ke atas kerajaan negeri yang mengambil tindakan sendiri dalam isu ini tanpa rundingan dengan pimpinan parti Selangor...kami ingin menasihat kerajaan negeri Selangor supaya lebih terbuka dengan kritikan terutama (berhubung) kerahsiaan dalam hal ini."
 - Zuraida Kamaruddin, Timbalan Pengerusi PKR Selangor

Mungkin benar dan mungkin tidak benar!

Itu masalah lain. Ia boleh diperkatakan dengan panjang lebar mengenai ketidakpuasan hati pemimpin PKR dengan Menteri Besar Selangor.

Namun, perletakan jawatan Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR Latheefa Koya sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam  memenyerlahkan lagi pertelingkahan yang wujud dalam pentadbiran Selangor khususnya peranan Menteri Besar dan hubungannya dengan parti yang melantiknya.

Pertelingkahan yang bertali-arus dan kelemahan-kelemahan yang terbongkar satu persatu bukanlah sesuatu yang disebabkan oleh UMNO atau Barisan Nasional tetapi kelemahan PKR dan kerajaan negeri sendiri.

Latheefa yang meletak jawatan berkuat kuasa serta merta bukan kerana kerelaannya dan jauh daripada keikhlasan untuk menumpukan kerja parti atau sebagainya.

Latheefa meletakkan jawatan serta merta sebelum Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecatnya.

Laporan menyebut beliau akan disingkir daripada jawatan itu. Apakah berita ini sebagai berita karut, spin dan sengaja diada-adakan?

Kenyataan-kenyataan dari Latheefa, Khalid atau juga pemimpin PKR lain diputarbelitkan?

Baca kenyataan Latheefa berikut:

Saya faham bahawa kamu dan exco mempertimbang untuk menyingkirkan saya sebagai ahli majlis dalam MBPJ. Ini sudah menjadi pengetahuan umum dan bahan spekulasi. Dengan keadaan ini, kedudukan saya sebagai ahli majlis MBPJ tidak dapat lagi dipertahankan,"

MalahFree Malaysia Today sebelum ini dengan memetik sumber melaporkan, Khalid sendiri mengusulkan cadangan untuk membuangnya.

Jadi apa cerita? Ceritanya ialah ini baru satu negeri diperintah oleh PKR sudah membuktikan ada pertelingkahan dalaman yang berbagai.

Bayangkan kalau banyak negeri dan semakin lama PKR memerintah.Hancur lebur jawabnya!

Khalid menganggap tindakan Latheefa meletak jawatan sebagai anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam adalah keputusannya sendiri dan bukan keputusan kerajaan negeri.

Beliau berkata, pihaknya juga masih belum menerima surat rasmi daripada Latheefa berhubung peletakan jawatannya itu.

Khalid enggan mengulas lanjut sama ada punca peletakan jawatan Latheefa disebabkan desakan daripada parti sendiri, beliau berkata perkara itu juga akan dibincangkan pada mesyuarat Exco esok.

Yang pasti, kejadian ini menimbulkan banyak pertanyaan, termasuk daripada Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin yang mendakwa kerajaan negeri tidak membuat rundingan dengan pimpinan parti itu berhubung peletakan jawatan Latheefa itu.

Kami menyatakaan rasa kecewa ke atas kerajaan negeri yang mengambil tindakan sendiri dalam isu ini tanpa rundingan dengan pimpinan parti Selangor," katanya yang mahu Latheefa menimbang semula peletakan jawatan itu.

Latheefa dianggap memainkan peranan penting dalam "memacu budaya politik baru di dalam parti dan juga di dalam PBT (pihak berkuasa tempatan).

"Berhubung perkara sama, kami ingin menasihat kerajaan negeri Selangor supaya lebih terbuka dengan kritikan terutama (berhubung) kerahsiaan dalam hal ini," kata Zuraida.

Bercakaran berterusan nampaknya kepimpinan PKR Selangor…entahlah sampai bila dan ternyata Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sukar untuk memperbetulkannya.

Rakyat muak dengan perkara seperti ini dan kerana tidak dapat ditutup lagi, ia meletup dan membuak.

Kalaulah dapat ditutup, ia akan ditutup rapat-rapat agar rakyat tidak mengetahui pergolakan di dalam.

Namun pekong semakin bernanah dan tidak boleh diselindungi lagi…

'JAHAT' PAPAGOMO TU...JADIKAN ANWAR GELABAH, RESAH & MARAH


Jika laporan papagomo tidak betul, saman biar berjuta-juta.

Ingat papagomo sengaja-sengaja main isu ini sampai ada orang Anwar menganaggapnya sebagai 'konspirasi III'?

Selepas kira-kira 10 hari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kes liwat, papagomo yag dianggap sebagai blogger pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya Anwar meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.

Menurut papagomo, laporan ini dibuat sejam sebelum tengah malam semalam.

Penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR tiba-tiba gelabah dan naik marah sambil melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Mesej mengecam laporan itu turut dibuat menerusi Twitter dan Facebook.

Laporan blog itu turut membawa gambar dua lelaki berada dalam sebuah kereta polis, salah seorang dipercayai penuntut yang membuat aduan polis.



Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menerusi mesej Twitter menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai "sampah." "Ada juga dengar-dengar tapi sampahlah bro (saudara)," kata beliau membalas mesej dua pengikutnya awal pagi semalam.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, pesaing politik Anwar menggunakan modus operadi yang sama iaitu satu laporan polis dibuat dan ia akan disusuli dengan siasatan polis sebagaimana disaksikan dalam kes-kes sebelum ini.

(Untuk peringatan, seperti biasa Sinar Harian Online dalam laporannya, berusaha mampertahankan Anwar melalui apa cara sekali pun dengan menyiar panjang kenyataan pemimpin PKR mempertahankan Anwar.)

Perkembangan terbaru ini jika benar dilihat akan mengganggu tumpuan Anwar, yang baru-baru ini berkata akan bersara jika gagal dalam misi menawan Putrajaya pada PRU13, mengemudi PR menghadapi pilihan raya umum.

"Malah, ia juga sama sebagaimana kita saksikan dalam video yang ditontonkan oleh Datuk K (kepada media awal 2011) untuk menjejaskan imej Datuk Seri Anwar.

Malah ,ia muncul beberapa hari selepas Peguam Negara membuat rayuan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah pun dibebaskan.

"Perkara (laporan) ini tidak mengejutkan kami sebab skrip adalah sama dan digunakan oleh musuh-musuh kami untuk pilihan raya umum," kata Shamsul Iskandar, yang juga seorang peguam.

Beliau menambah, ia akan membawa kesan buruk ke atas BN khususnya Umno selepas beberapa usaha mereka sebelum ini untuk memburukkan imej Anwar ternyata telah gagal.

Aktivis blogger Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan pula berkata, "adakah DSAI (Anwar) akan sekali lagi turun-naik mahkamah selama beberapa tahun?"

"Blog papagomo melaporkan seorang mahasiswa telah membuat laporan polis kononnya diliwat oleh DSAI baru-baru ini.

Apakah ini taktik terbaru Umno untuk menghadapi PRU13 dengan mengalih tumpuan terhadap susuk yang pernah dua kali didapati tidak bersalah dalam konspirasi liwat satu dan dua," katanya lagi.

Katanya, perencanaan telah disusun dengan baik demi detik terpenting menghadapi pilihan raya "hidup mati Umno-BN."

"Lebih dilihat BN akan terlingkup dalam pilihan raya akan datang, maka sesuatu perlu dirangka sebelum terlambat, menjadikan PRU13 yang dicanang sejak pertengahan tahun lepas dianjak-anjak beberapa kali," katanya lagi.

Edy Noor juga berkata, Umno-BN yang kian hari kian terdesak akan menggunakan apa jua cara sekalipun bagi mengelak daripada tewas PRU-13, kedudukan yang bukan sahaja boleh menyebabkan harta hasil rasuah dirampas dan dikembalikan kepada rakyat, malah bakal ada pemimpin Umno yang akan menjengah ke tali gantung.

"Dijangkakan juga ramai bekas menteri yang akan naik basikal berseluar senteng bersama 'briefcase' usang di tangan.

"Biarpun terpaksa menggunakan SOP sedia ada, sekali gus menggunakan pakej persepsi yang telah dibina dari tahun 1998, apa sahaja cara untuk menghalang DSAI membawa rakyat menaiki takhta harus diguna pakai.

 "Taktik 'diversion' dilihat mempunyai kesan serampang dua mata selain cubaan menjatuhkan reputasi anwar, mereka cuba merantai Anwar di pintu mahkamah," katanya sambil menambah, "sedangkan semua itu telah dilalui dengan berjaya oleh seorang Anwar didukungi semangat reformasi rakyat Malaysia."

Katanya, "maka apakah dengan kegusaran melampau ini, hadirlah slot terbaru konspirasi liwat ketiga?"

Blog Papagomo menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.

"Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin)," kata pemblog itu.

Bagaimanapun entri blog empat para itu berkata, dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya.

"Tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya, namun yang pasti semua kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu," katanya dilihat merujuk kepada perkembangan ketika kes liwat kedua pada 2008.

Anwar ketika itu mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki atas alasan keselamatannya terancam.

Papagomo sebelum ini pernah menyiarkan beberapa klip rakaman menyentuh Anwar sejak awal tahun lalu.