Saturday, November 17, 2012

HUDUD UMPAMA DEMAM PANAS BAGI PAS


Tidak konsisten dan sikap tidak serius pemimpin PAS yang ditambah kebimbangan akan hilang sokongan pemimpin bukan Islam dalam pakatan rakyat, khususnya DAP, bagaikan ‘demam panas’.

Hudud hanya diperkatakan oleh PAS apabila tiba pilihan raya – sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil – dan Muktamar PAS, untuk menunjukkan kepada penyokong PAS bahawa parti itu tetap serius melaksanakan Hudud.

Namun hakikatnya, PAS tidak bersungguh-sungguh melaksanakan Hudud berbanding Negara Berkebajikan kerana mereka sendiri tahu, ia bukanlah sesuatu yang mendesak dari segi pelaksanaan, walaupun untuk tujuan politik, ia antara perkara paling ditekankan oleh PAS.


Mungkin kerana ini pemimpin PAS sendiri merasakan bahawa polemik isu Hudud PAS umpama demam panas yang tidak berkesudahan. "Hudud umpama demam panas.

Sekejap panas, sekejap sejuk. Malah ia turut dipolemikkan oleh ilmuan Islam," demikian kata Perwakilan PAS Wilayah Persekutuan, Zahari Arip ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Kota Bharu hari ini.

Dilaporkan oleh mStar bahawa pimpinan PAS dibidas mengenai perlaksanaan hukum hudud.kerana dilihat seolah-olah terpengaruh dengan kebimbangan dan polemik yang dicetuskan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.

Bagi Zahari, kepimpinan PAS sepatutnya tidak membelakangkan dasar parti itu terutama mengenai perlasanaan undang-undang Islam berkenaan semata-mata takut hilang sokongan masyarakat bukan Islam.

"Isu hudud dipolemikkan oleh rakan kita...DAP yang dikhususkan kepada Karpal Singh. Bahkan di sana ada yang berkata, bagaimana perlaksanaan hudud mahu dilaksanakan di Malaysia kerana tidak sesuai dan tidak kondusif.

Tapi malangnya kenyataan-kenyataan ini ditatang sedikit sebanyak oleh kepimpinan PAS," katanya Media hari ini melaporkan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata polemik isu hudud yang diperjuangkan PAS sudah diselesaikan dalam pakatan pembangkang.

Menurutnya, komponen pakatan pembangakang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat mengambil pendirian 'bersetuju untuk tidak bersetuju' terhadap isu berkenaan.

Semalam, Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan ia tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini. Malah, kedudukan parti itu mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi.

Malah, menentang Hudud adalah dasar kepada kewujudan parti itu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib kelmarin bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selePAS pilihan raya umum ke-13.

"Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran," kata Karpal dalam satu kenyataan.

Beliau membidas Harun yang berkata PAS telah menjelaskan pandangannya dengan DAP beberapa kali apabila kedua-dua parti duduk bertukar pendapat.

"Sudah tentu saya sentiasa tidak bersetuju dan telah memberi sebab secara terbuka dengan berkata demikian berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan interpretasi peruntukan-peruntukan tersebut oleh mahkamah tertinggi di negara ini," katanya.

Zahari turut menarik perhatian perwakilan PAS dengan memberi amaran kepada pemimpin parti itu yang dilihat cenderung untuk meremehkan isu perlaksanaan hukum hudud.

Tegasnya, pemimpin berkenaan boleh diambil tindakan kerana membelakangkan dasar parti itu.

Pendedahan Zahari ini membayangkan bahawa di kalangan pemimpin PAS sendiri ada yang melihat Hudud ini sesuatu yang bukan penting sebaliknya isu-isu seperti perjuangan ke Putrajaya sebagai sesuatu wajar didahulukan.

Soalnya apakah PAS berani mengenakann tindakan terhadap mereka?