Sebaik menjejakkan sahaja kaki di Malaysia selepas lawatan ke
Washington selepas 12 September 2017 nanti, Najib Razak akan memberitahu akhbar
Malaysia bahawa ‘lawatannya berjaya dan hubungan Malaysia-AS semakin kukuh’.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan memberitahu wartawan di Malaysia bahawa
lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) memberikan keyakinan kepada Washington
bahawa Malaysia sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai.
Dalam
bidang apa? Ia pastinya membabitkan hubungan dua hala, pelbagai hala
perdagangan, pelaburan dan hal ehwal keselamatan.
Malah,
yang paling penting, Najib mahu meyakinkan rakyat Malaysia, terutamanya
pengundi, beliau ialah pemimpin bersih
dan bebas rasuah serta bukan Perdana Menteri negara Kleptokrasi.
Maknanya
di sini, jika beliau cuba memberitahu - jika benar membuat kesalahan, sudah pati beliau hanya dapat pergi dan
tidak mungkin kembali ke tanah air.
Najib
mahu kemenangan moral untuk dirinya dan Barisan Nasional, apa lagi dengan kedudukan ‘bebasnya’
beliau di AS, menggambarkan dirinya
bebas dan 'seputih kapas'.
Hakikat
yang rakyat umum sudah ketahui ialah Najib memang bebas daripada siasatan
Jabatan Kehakiman (DOJ) AS sejauh ini, namun bagaimana dengan ahli keluarga dan
kroninya?
Najib
dijadual terbang ke AS pada 12 September depan atas undangan Presiden AS, Donal Trump sempena 60 tahun hubungan dua
hala Malaysia-AS.
Walaupun diserang teruk oleh media asing kerana dasar
kerasnya terhadap pembangkang, kepada pemberi maklumat mengenai 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) serta beberapa pihak lain, Najib pastinya akan
berbangga-bangga mengatakan hubungan
Malaysia dan AS semakin baik.
Beliau akan menegaskan sedemikian sebagai salah satu
langkah kempen politiknya untuk menambat hati rakyat agar menyokongnya dalam
pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan pada bila-bila masa.
Malah Pejabat Oval akan dijadikan ‘senjata’ oleh Najib
kononnya Trump merestui beliau dalam hubungan dengan isu memerangi keganasan
selain kerjasama ekonomi di rantau sebelah Timur.
Malah Malaysia juga akan dikatakan oleh Najib membantu AS
dalam banyak perkara.
Semestinya antara perkara ialah usaha Malaysia menyertai
AS memerangi keganasan dan ancaman tentera pelampau Islam sama ada di rantau
sebelah sini atau juga di Asia Barat.
Segalanya perlu ditunjukkan baik, mesra dan menyebelahi Najib,
namun hakikatnya jika menurut The Wall Street Journal (WSJ), Najib
sudah ‘tercemar’:
1
1. Tiga akhbar utama AS, WSJ, The Washington Post dan New York Times sedang menunggu kedatangan Najib untuk membuka lebih banyak ‘rahsia’ kerakusan dan perbuatan salah laku Najib;
2. Najib dikatakan akan mencemarkan Pejabat Oval yang masih dilihat bersih oleh rakyat AS dan masyarakat dunia kerana disitulah Presiden AS membuat kenyataan penting memerangi rasuah dunia, pengubahan wang haram, memerangi keganasan, memerangi senjata nuclear, termasuk menentang kleptokrasi;
3. Seperti Presiden AS sebelumnya, Barrack Obama, Trump dilihat melakukan kesilapan besar kerana melayan Najib yang ternyata terbabit dalam beberapa perkara, termasuk demokrasi, hak asasi manusia dan yang menyebabkan berlakunya perkara buruk kepada institusi kewangan AS sendiri dan beberapa bank-bank bertaraf dunia;
4. Trump dilihat tidak mempedulikan seruan dan permintaan jangan melayan Najib kerana tingkah laku Najib yang jelas ‘tidak memainkan peranan menyekat syarikat Korea Utara dalam isu senjata dari Korea Utara’ serta menggunakan ‘buruh paksa dari Korea Utara di Sarawak’; dan
5. Najib turut berhadapan dengan serangan media AS di negara itu dan seluruh dunia yang sudahpun menggelarnya sebagai “Perdana Menteri Malaysia yang terpalit skandal” (WSJ), “pemimpin Malaysia yang terlibat skandal berbilion dolar” (The New York Times) dan “PM Najib, antara pemimpin Asia paling kontroversi” (The Washington Post).

Akhbar seperti WSJ yang sebelum ini ternyata mencetuskan keberangan Najib dan penyokong BN berhubung laporannya mengenai 1MDB, kini tidak akan berdiam diri dan akan menjadikan lawatan pemimpin negara itu ke White House dan perjumpaan dengan Presiden AS itu sebagai sasarannya.
WSJ sudah
mengingatkan pentadbiran Trump kelmarin (7 September 2017) bahawa ia berhadapan risiko jika berjumpa dengan Najib.
Apakah peringatan itu?
Trump
akan "dihina" dengan cara yang
sama seperti Presiden Barack Obama, sebelum ini apabila kes yang sama di mana
penentang kerajaan akan dihukum atau dihumbankan ke penjara.
Sejarah
tidak mudah dilupakan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumban ke dalam
penjara hanya dua bulan selepas Obama bermain golf dengan Najib di Hawaii dan
lawatan bersejarah presiden Amerika itu ke Malaysia pada April 2014.
Rumah
Putih diingatkan, pada pertemuan itu,
kelebihan mungkin akan diperolehi oleh Najib kerana pastinya Trump dilihat
menyekutukan diri mereka bersama seorang pemimpin yang sedang disiasat sendiri
oleh DOJ AS.
Media
dan pihak tertentu di AS ‘mengalu-alukan kedatangan Najib’ yang menyifatkan mereka tahu siapa dan
perbuatan Najib dan anggota keluarga serta kroninya. Mereka memberi amaran,
‘semua pakar dasar luar di negara itu tahu siapa Malaysian Official 1’.
Lawatan
Najib itu disifatkan tidak bermakna dan tidak akan membantu Najib, termasuk
dalam usaha DOJ AS menyita aset
berkaitan 1MDB yang didakwa 'dicuci' ke dalam sistem kewangan negara itu.
Sebelum
ini pada 3 September 2017, The Washington Post melalui lidah pengarangnya
menyifatkan Najib dan Trump banyak persamaan.
Dengan
menyifatkan Najib sebagai ‘nasionalis dengan kecenderungan autoritarian’, Najib
dan Trump sama-sama terlibat dalam siasatan besar Jabatan Keadilan (DOJ) AS.
Isunya ialah kedua-duanya memecat penguatkuasa kanan dalam kerajaan masing-masing untuk cuba mempengaruhi siasatan siasatan itu.
Isunya ialah kedua-duanya memecat penguatkuasa kanan dalam kerajaan masing-masing untuk cuba mempengaruhi siasatan siasatan itu.
Selain
itu menurut kolumnis The
Washington Post, Josh Rogin, kedua-dua mereka memainkan politik etnik dan menggunakan
retorik nasionalis untuk membangkitkan kemarahan terhadap golongan lain.
Di
sebalik persamaan, ada perbezaan di mana walaupun Trump mahukan musuh
politiknya dipenjarakan, di Malaysia perkara itu telah menjadi rutin.
Ketika
Trump menggunakan retorik untuk melemahkan kewibawaan media bebas, Najib
menggunakan undang-undang jenayah untuk mendiamkan mereka.
Malah,
yang tiada di AS ialah, dalam siasatan jenayah terhadap 1MDB di Malaysia, pihak
berkuasa Malaysia seperti didedahkan oleh
Penyiasat AS menghadapi masalah kerana beberapa individu yang mungkin
menjadi saksi, terlalu takut untuk bercakap.
Laporan rangkaian media AS, Bloomberg menyebut,
sesetengan di "negara-negara
asing" (termasuk Malaysia) yang telah membantu siasatan jenayah, bimbang
dengan keselamatan mereka.
Yang
lain mengatakan ia terlalu berbahaya untuk bekerjasama, kata Biro Penyiasatan
Persekutuan (FBI) dalam satu pemfailan di Mahkamah Persekutuan di Los Angeles 5
September lalu.
FBI
dikatakan meminta supaya dirahsiakan nama-nama
pemberi maklumat daripada pihak yang didakwa dalang konspirasi 1MDB itu.
Individu-individu
berkenaan berkata mereka bimbang untuk meletakkan "keselamatan diri mereka
dan keluarga mereka dalam risiko yang serius, kata FBI dalam pemfailannya itu.
Berbalik
kepada media Malaysia, sama ada yang membuat laporan dari sana atau di Malaysia
sendiri, Najib pastinya akan ‘bercakap besar’
bahawa syarikat-syarikat AS akan lihat Malaysia antara negara-negara
utama untuk pelaburan.
Namun
yang pasti, walaupun Najib dan kumpulannya berusaha membersihkan dirinya
melalui lawatan ke Washington ini, hakikat sebenar ialah, imej Najib dan
kerajaannya akan semakin buruk dan parah.
Banyak
lagi isu yang belum terdedah akan didedahkan oleh media AS.
Pasukan
media Najib akan berdepan dengan tugas menyuci dan membersihkan imej Najib yang
semakin ‘tercemar’ hasil lawatannya bertemu Triump.
Najib
bukan setakat gagal menyekat dirinya ‘dicemarkan’ oleh media dan pihak tertentu
di AS tetapi Pejabat Oval dan Rumah Putih juga ‘turut tercemar dengan lawatan
Najib’ itu.