"Sepanjang tempoh berkenaan, kerajaan membayar RM13.3 juta bagi sewa, RM23 juta untuk operasi, penyelenggaraan dan pengurusan manakala RM4.5 juta lagi bagi penerbangan...Jika angka-angka ini tidak betul, saya mengalu-alukan kerajaan untuk memberi angka sebenar. "
- Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli
Benarkah Perdana Menteri enggan mendedahkan butiran perjalanan - ke mana dan tujuan apa serta kos setiap
perjalanan- menggunakan pesawat Airbus Corporate Jetliner (ACJ320)?
Juga
benarkah dengan kengganan itu membuktikan Datuk Seri Najib Razak tahu maklumat berkenaan tetapi bimbang jika
didedahkan akan menimbulkan kemarahan rakyat.
Bagi Ahli
Parlimen Pandan Rafizi Ramli, ‘kebisuan itu’ mudah untuk beliau terjemahkan.
Dakwanya: “Kerajaan enggan
mendedahkan maklumat kepentingan awam kerana melibatkan dana rakyat. Ini
menggambarkan Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa perbelanjaan itu tidak
berhemah sehingga ia perlu disembunyikan daripada rakyat.”
Ini bukan kali
pertama soalan mengenai perbelanjaan melibatkan jet peribadi pimpinan kerajaan
dibawa ke Parlimen.
Sebelum
ini kerajaan memberi jawapan mengenai kos yang ditanggung apabila ditanya oleh
Nga Kor Ming dalam sidang Oktober 2013.
Malah Rafizi
pernah menyebut pada Mac 2015 lalu bahawa bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana
Menteri.
Menurutnya, rakyat terpaksa menanggung cukai baharu yang sebahagiannya akan digunakan yang bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan sikap tidak peduli beliau terhadap kesempitan hidup rakyat.
"Penggunaan jet peribadi ACJ319 sahaja sudah melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyelenggaraan. Tindakan membeli jet peribadi baharu ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST," dakwanya pada sidang media di lobi Parlimen pada 16 Mac lalu.
Beliau turut mendedahkan salinan bukti pembelian jet peribadi tersebut.
Sehubungan itu, Rafizi mendesak Perdana Menteri membatalkan pembelian jet tersebut dan memohon maaf kepada rakyat.
Sebelum
ini ada pihak mendakwa pembelian jet ini tidak sesuai dengan masa dan
bermacam-macam lagi.
Selepas mengatakan pesawa peribadi itu digunakan Perdana Menteri, hari ini Rafizi timbulkan soal kos setiap perjalanan.
Menurut Rafizi:
"Apabila kerajaan enggan mendedahkan maklumat kepentingan awam kerana
melibatkan dana rakyat, ia menggambarkan perdana menteri sendiri mengakui bahawa
perbelanjaan itu tidak berhemah sehingga ia perlu disembunyikan daripada rakyat.”
Beliaumenyatakan perkara itu di lobi Parlimen di Kuala Lumpur pagi ini dengan mendakwa
perbelanjaan melibatkan pesawat kerajaan iaitu Airbus Corporate Jetliner
(ACJ320) yang digunakan oleh Perdana Menteri itu dalam tempoh enam bulan dianggarkan berjumlah
RM40.8 juta.
Rafizi
yang juga Setiausaha Agung PKR mendakwa kerajaan cuba menyembunyikan jumlah itu
apabila pertanyaan berkenaan perbelanjaan tersebut tidak dijawab secara khusus
di persidangan Dewan Rakyat.
Rafizi
mendakwa jet ACJ320 milik kerajaan itu membuat 42 penerbangan di antara bulan
April dan 2015 September.
Beliau
menganggarkan sepanjang tempoh berkenaan, kerajaan membayar RM13.3 juta bagi
sewa, RM23 juta untuk operasi, penyelenggaraan dan pengurusan manakala RM4.5
juta lagi bagi penerbangan.
"Jika
angka-angka ini tidak betul, saya mengalu-alukan kerajaan untuk memberi angka
sebenar. Jika tidak, kami akan mengandaikan bahawa angka-angka ini adalah
betul," katanya.
Rafizi
memberikan anggaran jumlah RM40.8 juta selepas mendakwa kerajaan enggan
mendedahkan jumlah yang dibelanjakan untuk pesawat Najib sepanjang enam bulan
itu.
Dalam
jawapan bertulisnya di Parlimen, Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pesawat itu
membuat 42 penerbangan membawa Yang di-Pertuan Agong, Najib dan timbalannya ke
majlis rasmi.
Menurut
Rafizi, satu-satunya maklumat yang diberikan Azalina ialah jet digunakan
sebanyak 42 kali sejak memulakan perkhidmatan pada April 2015.
"Sejak
mula beroperasi pada April 2015, saya menjangkakan kos OMM berjumlah RM23 juta.
"Oleh
itu, anggaran saya bahawa kos sewaan, operasi dan perjalanan melibatkan jet
ACJ320 sejak mula beroperasi sehingga September 2015 adalah RM13.3 juta,
kos OMM RM23 juta dan kos perjalanan luar negara berdasarkan purata tahunan
adalah RM4.5 juta.
"Jumlah
perbelanjaan melibatkan jet ACJ320 yang cuba disembunyikan perdana menteri
dianggarkan RM40.8 juta bagi tempoh enam bulan dari April 2015 hingga September
2015," katanya.
Dakwanya, berdasarkan
kontrak penyelenggaraan, operasi dan pengurusan (OMM) ia telah ditetapkan pada
RM46 juta setahun.
Namun bagi
kerajaan, seperti dijelaskan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 16 Mac lalu, pesawat eksekutif itu )
dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16
tahun.
Kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun dan pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.
Pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.
"Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan. Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," demikian pernjelasan kerajaan.
Selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001.
Diharapkan
kerajaan dapat menjelaskan isu ini sebaik-baiknya dan jika Rafizi membuat
tuduhan melulu dan memalukan kerajaan, ambil tindakan sewajarnya.
Tuduhan
terhadap Perdana Menteri ini berat.
Mungkin
sengaja ditimbulkan untuk ‘memperlecehkan’ Bajet 2016 yang sarat dengan
peruntukan dan program demi kesejahteraan rakyat.
Lagi lama
dipendamkan jawapan akan timbulkan pelbagai spekulasi.
Jangan
biarkan isu seperti ini menjadi modal kepada pembangkang untuk ‘mencalarkan
lagi imej’ Perdana Menteri.