Sunday, February 19, 2012

'AIDS FOR SALE' AMOY CHINA MENAKUT & MEMBIMBANGKAN

 Berlawanan dengan sifat kita orang Melayu dan Islam, jika tahu kita akan menghadapi maut, selalunya akan berlaku perubahan mendadak dalam diri sebagai persediaaan menemui Allah s.w.t.

Namun lain dengan amoy cantik, muda dan seksi dari China. Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembawa virus HIV.

Namun lain pula caranya mereka menghabiskan sisa-sisa kehidupan. Bagi mereka persiapan menemui kematian itu penting. Mereka memerlukan perbelanjaan besar sebelum dan selepas mati.

Kerana itu, selagi ada nyawa dan kudrat, mereka mengumpul wang sebanyak mungkin walaupun tindakan itu menyebarkan virus maut kepada orang lain.

Di sebalik kecantikan dan kegairahan mereka, sebahagian wanita pekerja seks dari China yang ‘berkhidmat’ di negara ini tidak mempedulikan sama ada mereka menjadi penyebar penyakit atau boleh menyebabkan orang lain mati sama.

Berperawakan kulit putih gebu, montok dan tinggi lampai ada yang mampu memperoleh lebih RM30,000 sebulan dengan hanya ‘bekerja’ 20 hari walaupun mengaku menghidap Aids/HIV. Fenomena menakutkan itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berdasarkan operasi dan serbuan polis sebelum ini.

Lebih bahaya, wanita terbabit sebenarnya dikategorikan sebagai gred C iaitu sudah lama ‘berkhidmat’ sebelum beralih angin ke Malaysia, manakala wanita gred A dan B lazimnya menawarkan khidmat di negara sendiri atau negara maju yang mempunyai kuasa beli lebih tinggi.
  Golongan gred C paling ramai membawa musibah, terutama jika tahap kesihatan mereka tidak diperiksa. Bayangkan ada antara mereka melayan sehingga 10 lelaki sehari sekali gus kemungkinan menyebarkan penyakit berjangkit itu kepada pelanggannya.

 Tepuk dada tanya selera!

ANALOGI 'BENGONG' MENGENAI PUNCA KEMISKINAN DI KELANTAN...

Mudah analogi seorang pensyarah Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah bahawa punca kemiskinan perlu diletakkan di atas batu kepala Perdana Menteri.

Memalukan kerana beliau adalah pensyarah pengajian media dan berapa ramai pula murid yang ‘disesatkan’ oleh teori dan dan faktanya itu.

Beliau menolak dakwaan Datuk Sri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini dan kerana itu Profesor berkenaan mengatakan Perdana Menteri “hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.”

Pensyarah UM itu berkata, jika benar dakwaan itu, “ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

Profesor UM ini layak dinaikkan ke jawatan professor penuh kerana pendapatnya ini memang ‘bijak dan tepat’ apalagi kemiskinan di Kelantan itu maknanya disebabkan oleh Kerajaan Pusat.

Profesor UM itu juga berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri. Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau.

Dalam konteks ini apa peranan Kerajaan PAS yang dipilih oleh rakyat Kelantan jika tugas itu terletak atas batu jemala Perdana Menteri?

Beberapa soalan mudah saya kemukakan kepada Profesor UM itu:

1. Kenapa Kerajaan PAS Kelantan tidak berminat untuk menyertai Program Transformasi Ekonomi (ETP) ? Walaupun ternyata usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan ekonomi negeri dan pelaburan begitu lembam, ia enggan bekerjasama sedangkan selagi Kelantan tidak menjadi sebahagian ETP ini selama itulah rakyat terus dibelenggu kemiskinan;

2. Apakah Kerajaan PAS Kelantan sebagai kerajaan ‘Islam yang menjaga kebajikan’ melakukan usaha membantu rakyat seperti dilakukan Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)? Sejauh ini Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan sudah menyampaikan bantuan kepada lebih 300,000 keluarga. Hakikatnya 19 peratus penduduk di Kelantan berhak menerima bantuan itu. Sejauh ini sejumlah RM159 juta sudah diagihkan. Bukan itu sahaja, kerajaan pusat menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kebajikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia bernilai RM200 dan RM100 untuk setiap murid sekolah;

3. Siapa beri belanja kos membina tebatan di Sungai Kelantan dan Sungai Golok yang sejak lima tahun lalu sekitar RM2 bilion itu? Harapkan kerajaan PAS Kelantan?

4. Kerajaan Pusat juga meluluskan sebanyak RM2.4 bilion dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk melaksanakan 346 projek di negeri Kelantan. Berapa juta projek negeri dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan dilaksanakan untuk rakyat Kelantan?

5. Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM3.8 bilion setahun atau kira-kira RM300 juta sebulan untuk perbelanjaan mengurus 74,800 kakitangan awam di Kelantan. Siapa mereka ini? Mereka adalah penjawat awam bagi memastikan perkhidmatan cemerlang seterusnya membantu meningkatkan pembangunan di negeri ini.

6. Berikut adalah projek-projek untuk kesejahteraan rakyat di Kelantan:

a. Pembinaan 14 masjid baru dan usaha membaik pulih masjid dan surau dengan kos lebih RM40 juta sejak 2005;

b. Pembinaan jambatan kedua Jambatan Sultan Yahya Petra sepanjang 800m berharga hampir RM150 juta menghubungkan Kota Baharu dan Pasir Pekan, Tumpat, yang dijangka siap hujung tahun ini, serta jalan bertingkat Pasir Pekan-Jalan Hamzah-Wakaf Siku, untuk atasi masalah kesesakan;

c. Jambatan Tendong yang menghubungkan Tendong di Pasir Mas dan Wakaf Che Yeh di Kota Baharu serta Jambatan Salor yang menghubungkan Salor-Pasir Mas juga merupakan sumbangan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan bagi memudahkan urusan harian mereka;

d. Menaik taraf Jalan Kubang Kerian-Sabak dengan kos RM27 juta, yang sekarang dilihat tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah;

e. Di Bandar Baru Tunjung kerajaan pusat menempatkan beberapa jabatannya yang akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di situ dan kawasan sekitarnya (Bangunan kerajaan pusat terlibat ialah Terminal Agrobisnes Negara (Teman) berharga RM85.7 juta, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan (RM20 juta), Wisma Audit Negeri Kelantan (RM18 juta) dan Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Kelantan (RM8.76 juta), Kompleks Mahkamah Syariah (RM22.1 juta) dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (RM33.1 juta); (Nota: Tunjung tidak akan ada apa-apa jika tidak ada bangunan yang diwujudkan oleh kerajaan pusat. Bandar Baru Tunjung mungkin inisiatif kerajaan negeri tetapi memenuhkan bangunan di situ, semuanya bangunan kerajaan pusat);

f. Kerajaan pusat juga membelanjakan RM40 juta untuk memanjang dan melebarkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, bagi membolehkan pesawat lebih besar mendarat dan berlepas dengan selamat;

g. Kerajaan pusat sedang memperbesar dan menambah baik kemudahan Hospital Universiti Saind Kubang Kerian dengan kos RM127 juta, begitu juga di Hospital Raja Perempuan Zainab II, yang melibatkan kos RM182.17 juta; h. Kerajaan juga sedang membina dewan bedah baru berharga RM9 juta di Hospital Kuala Krai untuk kemudahan penduduk daerah tersebut.

Kerana itu, amat wajar sekali jika Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Kerajaan Pusat akan memperincikan setiap peruntukan yang diperuntukkan kepada kerajaan Kelantan sejak beberapa tahun lepas agar rakyat negeri itu mengetahui sejelas-jelasnya mengenai perkara itu.

Ini kerana mengikut kajian yang dilakukan, rakyat Kelantan masih belummendapat gambaran jelas apa sumbangan kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeripimpinan PAS itu dalam membangunkan negeri tersebut selama ini.

"Rakyat Kelantan masih tidak mengetahui secara terperinci peruntukan kerajaan Pusat kepada Kelantan selama ini. Ini perkara utama yang kita akan perjelaskan dalam tempoh terdekat. Untuk pengetahuan setiap tahun lebih 30 peratus peruntukan itu digunakan bagi tujuan perbelanjaan tadbir urus kerajaan negeri dan 70 peratus lagi bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri dan ini perlu rakyat tahu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan negeri Kelantan di Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kota Bharu, baru-baru ini.

Amat jelas pendapat Profesor UM yang meletakkan tanggungjawab kepada Perdana Menteri seperti mengiakan pendapat orang PAS bahawa tugas Menteri Besar dan Exco yang dilantik di negeri itu hanya menjaga hal ehwal politik negeri itu agar terus berada dalam cengkaman ‘kepimpinan Islam’ semata-mata.

Sebaliknya apa tugas dan amanah yang perlu dilakukan oleh Menteri Besar dan ‘pembesar politik’ Kelantan,wahai Profesor UM?

Berceramah, melepaskan tugas kepada orang lain, memerhati dan ‘makan gaji buta’?

Ternyata analogi Profesor UM ini termasuk dalam kalangan ‘bengong’ dan tidak wajar dikeluarkan oleh seseorang yang taraf akademiknya tinggi tetapi bercakap macam orang PAS Kelantan yang asyik menyalahkan orang tanpa melihat ‘ke dalam diri’ sendiri!

Padanlah Tengku Razaleigh Hamzah pernah mengesyorkan agar pemimpin PAS Kelantan, termasuk Menteri Besarnya digelar ‘Make Gaji Buto’.

Ada juga yang menyalahkan Kerajaan Pusat kerana kononnya Kerajaan Pusat telah “merompak hasil royalti Kelantan sejak sekian lama sebanyak RM300 juta setahun.

Lebih teruk dengan belanja yang begitu besar diberikan kepada Kelantan, Ahli Parlimen Rantau Panjang yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof mengatakan Kerajaan Pusat dianaktirikan sejak hampir 22 tahun lalu dengan menyekat pelaburan dan jalanraya juga tidak dimajukan.

Kepada rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia amnya, apakah Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri tidak membantu rakyat Kelantan?

Selebihnya terpulanglah kepada Menteri Besar dan Exco Kerajaan PAS merancang dan melaksananya.