Monday, March 5, 2012

AZIZAN CATAT SEJARAH - 'MB WAYANG KULIT' PAS PERTAMA


PAS akan mencipta sejarah baru dalam pentadbiran dan politik Malaysia.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak mentadbir negeri dengan dipantau Jawatankuasa Pemandu PAS?

Berat nih…Azizan tidak bebas dan dia bakal jadi ‘MB Wayang Kulit’ sahaja.


Kalau sudah fikir Azizan tidak layak atau tidak mahu lagi kepada beliau, jangan buat Menteri Besar yang disayangi rakyat Kedah, khususnya penyokong PAS seperti itu.

Hanya kerana menang-menang, PAS Pusat mahu mengorbankan Azizan dan menggembalikan kedua-dua exco yang sebelum ini menolak untuk dilantik semula dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah. Apakah ini cara pentadbiran yang baik?

Mungkin baik bagi PAS Pusat tetapi apakah PAS Pusat melakukan perkara ini kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat?

Rasanya kalau PAS Pusat buat di Kelantan, akan terangkat kopiah atau sarban Nik Aziz.

Apakah PAS Pusat akan melakukan demikian selepas ini?


Ini kerana PAS Pusat mengatakan di Kedah, ia akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk bersama bertanggungjawab memantau serta memberi pandangan kepada pentadbiran negeri di bawah PAS.

Malah, jawatankuasa itu turut terlibat dengan negeri-negeri yang mana PAS juga turut terlibat dalam pentadbiran. Berani PAS nak nasihat Tan Sri Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng? Kenapa terjadi dengan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali?

Bukankah kerana Dr Hasan cuba memainkan peranan sebagai wakil orang Islam dan kerajaan Selangor pimpinan PKR tidak setuju dengan cara itu?

Dan sejauh ini apakah nasihat PAS didengar?

Bagaimana dengan masalah judi di Selangor dan di Pulau Pinang? Setiausaha Agung PAS hari ini mengatakan parti itu menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku di Kedah berhubung dengan pelantikan dua exco yang masih tertangguh.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan telah dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat berhubung dengan perbincangan di Alor Setar sebelum ini. Melalui mesyuarat malam kelmarin, PAS Pusat memutuskan bahawa Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

Selain itu, kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah. ," jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, pagi ini.

Pertemuan malam kelmarin adalah antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah dengan dipengerusikan sendiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ia berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dan dilihat tidak selari dengan Menteri Besar.

Mustafa juga berkata, PAS Pusat akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk bersama bertanggungjawab memantau serta memberi pandangan kepada pentadbiran negeri di bawah PAS, malah termasuk juga negeri-negeri yang mana PAS juga turut terlibat dalam pentadbiran.

Jika inilah keputusannya, hakikatnya cara ‘menang-memang’ ini tidak akan membawa PAS ke mana-mana.

Apakah Azizan yang dikenali tegas dan berterus terang itu sanggup diletakkan statusnya hanya “MB Wayang Kulit’?

ASET PERTAHANAN - APAKAH ADA AGEN LUAR DI KALANGAN PEMBANGKANG?

 Kementerian Pertahanan menyerahkan kapal selam SMD Quessant Agosta 70 kepada kerajaan negeri Melaka semalam. Kapal tersebut diletakkan di Muzium Kapal Selam, Kompleks Pelancongan Kelebang di Melaka Tengah.

Yang dok sibuk pasal kelengkapan pertahanan negara itu apakah mereka agen kepada pihak luar?

Kenapa mereka bersungguh-sungguh kononnya mendedahkan penyelewengan tetapi pada ketika yang sama sebenarnya memaksa kerajan ‘memberitahu’ kedudukan aset pertahanan kita.

Perlukah kita berpolitik sampai mendedahkan perkara-perkara yang membabitkan keselamatan negara?

Malah, berpolitik berlebihan dengan mempolitikkan berbagai perkara membabitkan angkatan tentera, termasuk asetnya boleh mengundang bala kepada keselamatan negara.

Soalnya apabila pendedahan dibuat oleh pembangkang, apakah ia benar dan menguntungkan rakyat dan negara?

Apakah pendedahan itu ikhlas atau seolah-olah menjadi agen kepada pihak tertentu untuk mengetahui kekuatan dan aset pertahanan kita?

Benar kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa ahli politik perlu tahu membezakan soal pertahanan negara dengan politik yang mempunyai garis pemisah antara kedua-duanya. Jelas sekali ada kalangan ahli politik khususnya daripada parti pembangkang menjadikan beberapa aset pertahanan negara sebagai modal politik yang akhirnya terbukti tidak berasas.

Siapakah yang untung daripada perbuatan ini?

Sewajarnya mereka tidak lagi mempolitikkan angkatan tentera, termasuk asetnya sehingga boleh memudaratkan pertahanan negara.

"Dulu apabila kapal terbang tidak ada enjin mereka menyindir saya, jelas bukan Menteri Pertahanan atau Panglima Angkatan Tentera Udara ataupun pegawai (yang terlibat) tetapi ia dicuri seorang sahaja dan kita telah melakukan pendakwaan. "Apabila kapal selam didakwa tidak boleh menyelam, kita bawa dia (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng) menyelam," kata Ahmad Zahid.

Menteri itu berkata pembangkang sepatutnya mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada Kementerian Pertahanan berhubung sesuatu perkara agar ia dapat ditangani dengan baik.

"Dapatkan penjelasan dulu daripada kami (Kementerian Pertahanan), jangan jadikan ini (aset pertahanan) bahan ceramah yang boleh mengelirukan rakyat... saya fikir tidak satu negara pun yang mendedahkan apa saja aset negara atau strategi pertahanan negara, tetapi mereka (pembangkang) nak tahu semua sekali. "Saya takut mereka menjadi ejen (pihak luar negara), kita tidak mahu jadi kurang pandai dalam menangani soal pertahanan," katanya.
 
Beliau berkata kesilapan sesuatu fakta bukan sahaja boleh mengelirukan rakyat malah boleh mengguris perasaan anggota profesional dalam angkatan tentera yang tidak terlibat dalam soal politik.