Pertama, kenapa mereka berminat kerja di Singapura;

Ketiga, berapa lama lagi universiti di Malaysia, khususnya UKM akan menjadi ‘kilang’ kepada Singapura; dan,
Keempat, apa langkah kerajaan bagi ‘menyekat’ pengaliran keluar doktor kita ke negara jiran?
Saya tertarik dengan sebuah entri dalam blog melayukini dengan tajuk “Isu Ramai Doktor Muda Hijrah ke Luar Negara” yang melaporkan seperti berikut:
“Isteri aku merupakan seorang doktor. Sekarang ni dia tengah bekerja di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebagai seorang doktor pelatih. Isteri aku ni mendapat ijazah kedoktoran dari salah sebuah universiti di Ireland. Aku kahwin dengan dia selepas dia berjaya menamatkan pengajian dia. Dia sudah dapat tempat pun untuk bekerja di Ireland tapi aku kata baik balik Malaysia. Boleh berkhidmat dengan kerajaan. Pastu aku cerita la, kerja kat Malaysia dah tak macam dahulu. Akhirnya dia pun akur pulang ke Malaysia dan bekerja di Malaysia. Lepas tu, barulah aku sedar yang aku telah berlaku zalim kepada isteri aku. Sebabnya? Pekerjaan dia sebagai doktor pelatih di Malaysia tak ubah seperti HAMBA ABDI!”
Penulis melalui blog ini menyebut: “Alangkah baiknya, kalau dia bekerja di Ireland, gaji aku dan

Berkaitan ini, semalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendedahkan semakin ramai siswazah perubatannya ditawarkan kerajaan Singapura untuk berkhidmat di hospital negara itu.

UKM melaporkan, tahun ini sahaja seramai 20 orang telah berbuat demikian.
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, dijangkakan seramai 80 lagi akan mengikuti jejak kumpulan itu.
Tidakkah kedudukan ini akan merugikan negara yang mengeluarkan peruntukan besar membiayai universiti awam.
Selain itu wang rakyat untuk membiayai pelajar berkenaan dan universiti yang sepatutnya dimanfaatkan oleh negara akan ‘membazir’ begitu sahaja?
Naib Canselor UKM meminta siswazah perubatan UKM mengutamakan semangat nasionalis dengan berbakti kepada rakyat negara ini dan bukannya mengejar tawaran gaji lumayan di negara asing.
Semangat nasionalis? Tidakkah di mana ada gula di situ ada semut? Kenapa pekerja buruh Malaysia lebih gemar bekerja di Singapura berbanding Malaysia?
Tepuk kepala tanyalah otak!
“Setakat ini 20 daripada 209 siswazah perubatan UKM yang tamat pengajian pada 26 Mac lalu telah menerima tawaran dari kerajaan Singapura dan menjangkakan seramai 80 lagi akan turut berkhidmat di negara itu.
“Sebagai doktor pelatih di Singapura, mereka ditawarkan gaji pokok $2,690 dolar Singapura (RM6,187) manakala doktor pelatih di negara ini dibayar gaji RM3,665 dengan purata elaun antara RM500 dengan RM1,000 sebulan.
“Walaupun ganjaran agak rendah berbanding Singapura, mereka perlu bangga berkhidmat di negara sendiri,” katanya.
Sebelum ini Berita Harian Online pada 30 April lalu melaporkan, pakar perubatan Prof Datuk Dr Lokman Saim meminta kerajaan menghalang graduan perubatan baru, terutama penerima biasiswa, daripada bekerja di luar negara dan ‘melepaskan diri’ daripada melaksanakan khidmat wajib doktor pelatih atau pegawai perubatan selama tiga tahun di Malaysia.
Dr Lokman, yang juga Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata jumlah graduan perubatan berhasrat bekerja di Singapura tahun ini semakin ramai dan ia berlaku sejak lima tahun lepas apabila Majlis Perubatan Singapura mengiktiraf ijazah perubatan UKM dan Universiti Malaya.
“Kerajaan patut hanya membenarkan doktor-doktor yang dilatih di fakulti perubatan kerajaan, bekerja di luar negara setelah berkhidmat tiga tahun yang diwajibkan di Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya seramai 20 daripada 209 graduan perubatan UKM yang lulus pada 26 Mac lalu telah menerima tawaran sebagai doktor pelatih di Singapura dan ramai lagi graduan Fakulti Perubatan UM sedang mencari rezeki di republik itu. Dijangkakan seramai 80 graduan akan meninggalkan negara ini untuk bekerja di hospital-hospital Singapura, kata Dr Lokman.
Beliau berkata para doktor muda itu sepatutnya membalas jasa di atas peluang yang diberikan kepada mereka untuk dilatih menjadi doktor berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan bukannya menjadikan “UKM dan UM seolah-olah tempat latihan untuk Kementerian Kesihatan Singapura”.
“Adalah perlu bagi kerajaan menyekat doktor-doktor baru dilatih daripada lari melaksanakan kewajiban terhadap negara,” kata Dr Lokman.
Doktor pelatih di Singapura ditawarkan gaji bulanan S$2,690 (RM6,187) manakala di Malaysia, mereka menerima RM3,665 dengan purata elaun “on-call” antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.
“Nampaknya mereka walaupun dilatih untuk menjadi seorang doktor yang berhati mulia dengan berkhidmat kepada pesakit dan masyarakat seperti yang diajar di dalam kurikulum perubatan kita, perbezaan RM1,000 hingga RM2,000 boleh menyebabkan profesional muda meninggalkan tanggungjawab mereka kepada negara untuk berkhidmat di negara jiran,” kata Dr Lokman.