Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Friday, March 10, 2017

SPR SUKARKAN PEMBANGKANG, AKAN MENANGKAN BN DI TERENGGANU...

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada satu majlis di Kuala Terengganu kelmarin (8 Mac 2017).

"...kebimbangan PAS bahawa ia akan terjejas teruk di Terengganu kini semakin menjadi kenyataan apabila parti itu dijangka akan kehilangan banyak kerusi termasuk di DUN dalam kawasan Parlimen Marang diwakili Datuk Seri Abdul Hadi Awang."
Akhirnya Badan Perhubungan UMNO Terengganu juga yang boleh menarik nafas lega apabila mendapat habuan daripada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Bendera Barisan Nasional (BN) akan berkibar megah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana SPR membantu mereka.

Semua pihak boleh menyemak pelan bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri selain  boleh disemak mulai kelmarin (8 Mac 2017)  hingga 7 April ini di Pejabat Daerah/Pihak Berkuasa Tempatan/Pejabat SPR/Pejabat Tanah dan Jajahan serta dewan serbaguna atau pejabat kerajaan yang disahkan.

Memanglah SPR memberikan ruang untuk sebarang representasi kepada syor-syor yang dicadangkan olehnya dikemukakan kepada SPR dalam masa satu bulan selepas notis ini dipamerkan mulai semalam. 

Namun apakah bantahan akan berjaya?

Kelak, segala bantahan pembangkang TETAP TIDAK AKAN menjadi penghalang untuk SPR ‘memenangkan Barisan Nasional (BN) Terengganu’ pada pilihan raya umum akan datang.

UMNO yang ketika ini tiada kuasa majority  2/3 di DUN dan amat tahu akan kalah pada PRU14 nanti, akan berusaha berusaha bersunguh-sungguh bagi menggunakan kuasa SPR bagi mengubah sempadan DUN-DUN yang dimenangi oleh pembangkang, khususnya PAS dengan sebegitu rupa.

SPR memaklumkan sebelum ini, cadangan persempadanan semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

Memanglah BN khususnya UMNO Terengganu turut membuat bantahan terhadap cadangan persempadanan semula membabitkan beberapa kawasan sebagai Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu di negeri ini.

Namun ia hanya wayang semata-mata dan pastinya Pengerusi BN yang juga Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman kini tersenyum panjang apabila SPR tidak melayan bantahan pembangkang.

Penolakan UMNO negeri mengenai  cadangan penamaan semula kawasan pilihan raya seperti Telemong kepada Sekayu dan Teluk Pasu kepada Buluh Gading bukan isu besar.

Walaupun Ahmad Razif mengatakan bantahan BN itu sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak terutama pembangkang bahawa cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPRM akan untungkan BN, yang pasti Menteri Besar Terengganulah yang memiliki ‘the last laugh’.

"Di Terengganu banyak juga kawasan yang terbabit dengan cadangan persempadanan semula dan kita akan buat bantahan antaranya termasuk penukaran nama dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Telemong dan Teluk Pasu.

Sedangkan kebimbangan PAS bahawa ia akan terjejas teruk di Terengganu kini semakin menjadi kenyataan apabila parti itu dijangka akan kehilangan banyak kerusi termasuk di DUN dalam kawasan Parlimen Marang diwakili Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Contohnya bagi DUN Alor Limbat dalam Parlimen Marang yang diwakili Hadi, melalui persempadanan baru peti undi Gelugor di Alor Limbat yang sebelum ini dimenangi PAS dipindahkan ke DUN Wakaf Krai yang memang PAS sudah memang besar.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata Oktober lalu, Langkah itu dipercayai akan menyebabkan PAS hanya memenangi satu sahaja kerusi di salah satu kawasan berkenaan, dan tidak seperti sebelumnya pada pilihan raya 2013 di mana PAS mendapat majoriti besar di kedua-dua kawasan itu.


Apakah kesan nyata yang akan berlaku keadaan ini wujud akibat persempadanan baru oleh SPR ini?

1.      DUN Alor Limbat (Parlimen Marang)  -  UPU Gelugur sebelum ini berada dalam DUN Alur Limbat, telah dialihkan ke DUN Wakaf Mempelam (Parlimen Kuala Terengganu). UPU Gelugur yang mempunyai lebih 5,000 orang pengundi, diketahui sebagai kubu PAS, dialihkan kerana BN/UMNO mahu merampas Alur Limbat.

Dengan menambah undi PAS di Wakaf Mempelam, ia tidak membawa apa-apa makna kerana sememangnya Wakaf Mempelam adalah turun temurun kepunyaaan PAS dengan ribuan majoriti.

2.      Di Teluk Pasu (kini Buluh Gading – Parlimen Kuala Nerus) - PAS menang dengan majoriti 109 undi. SPR telah menukar nama daripada Teluk Pasu kepada Buluh Gading kerana telah menolak UPU Teluk Pasu yang majoriti menyokong PAS, masuk ke Manir.

Maka, hampir pasti BN akan menang Dun Buluh Gading kerana UPU Teluk Pasu tidak dapat membantu. BN kekalkan Manir kepada PAS dan cuba rampas Buluh Gading (sekarang Teluk Pasu).

3.      DUN  Tepoh (Parlimen Kuala Nerus) – DUN ini dicadangkan oleh SPR dipecahkan di mana sebahagiannya masuk ke Batu Rakit, dan sebahagian daripada UPU Batu Rakit sebelum ini seperti UPU Bukit Wan iaitu UPU deposit Umno, ditolak masuk ke Dun Tepoh.

Dengan sendirinya Tepoh yang PAS  menang sengan majority  229 undi juga dalam bahaya.

Hanya Bukit Tunggal yang agak sukar bagi mereka merampasnya, mungkin kerana tiada UPU kuat UMNO di sekelilingnya, maka BN/UMNO  tidak mampu berbuat apa-apa.

Kesan ini juga akan dirasakan bagi pengundian untuk kerusi Parlimen Kuala Nerus yang PAS menang hanya 641 undi sahaja.

4.      DUN Jabi (Parlimen Setiu)  - Antara DUN harapan pembangkang untuk menang, telah ditambah UPU Gong Batu yang memang milik UMNO.

PAS yang hanya kalah 782 undi, tetapi dengan kemasukan Gong Batu ini, maka hampir pasti Jabi akan dimiliki terus oleh BN.

5.      DUN Kuala Berang (Parlimen Hulu Terengganu) yang mana UMNO hanya menang 449 undi.

PAS dilihat berpotensi untuk menang dan  SPR telah melebarkan kawasan DUN itu sehingga ke Kuala Telemong yang sememangnya sudah diketahui sebagai kubu kuat UMNO.

Atas sebab Kuala Telemong telah diambil Kuala Berang, maka DUN Telemong telah diubah kepada DUN Sekayu.

6.      DUN Chukai (Parlimen Kemaman) - Chukai yang berada di tengah Bandar Kemaman, telah dihadiahkan UPU Bandar Baru Cheneh yang kedudukannya hampir dengan Jabor di hujung daerah Kemaman. Ia mempunyai pengundi yang majoritinya UMNO seramai 2,822 orang.

7.      Di DUN Ladang (Parlimen Kuala Terengganu) - UPU Bukit Depu yang majoriti pengundinya PAS, telah dilonggokkan ke dalam DUN Batu Burok yang sememangnya kerusi tradisi PAS.

Kerana itu, UMNO dilihat berpotensi menang di Ladang yang PAS mempunyai majoriti hanya 924 undi.

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata sebelum ini menganggap usaha SPR ini sebagai satu konspirasi yang sengaja dilakukan.

“Kita merasakan ada tangan-tangan ghaib dibelakang, yang sengaja mahu DUN-DUN yang dimenangi PAS kalah,” tegasnya.

Yang nyata tangan ghaib itu sangat berkuasa dan persempadanan semula itu sudah diluluskan.

Apakah daya PAS untuk melawannya?

Jalan yang ada ialah mempertahankan kerusi yang tidak terbabit dengan usaha SPR memenangkan BN ini melalui undi rakyat yang menentang ‘penipuan’.

Sedarkan rakyat bahawa BN/UMNO akan melakukan apa sahaja, termasuk menggunakan SPR yang sepatutnya bertindak BEBAS dan TIDAK MENGIKUT ARAHAN BN/UMNO.

Namun, itulah hakikat dan Terengganu yang didiami ramai rakyat Melayu dan Islam turut dimanipulasikan oleh BN/UMNO yang rakus mempertahankan kuasa.

Thursday, May 15, 2014

U-TURN TIDAK SALAH, IA TINDAKAN MULIA '3 STOOGES' YANG WAJAR DIHARGAI…


"Hargailah keputusan mereka dan jangan diungkit-ungkit lagi perkara yang sudah! U-Turn yang dilakukan oleh tiga ADUN itu adalah tindakan untuk menyelamat...kesan daripada U-Turn mereka kelmarin dan semalam mahal harganya."

U-Turn tidak salah, asalkan melakukannya di tempat yang dibenarkan dan selamat.

Yang menjadi masalah kepada U-Turn ialah melakukannya tergesa-gesa, tempat yang dilarang dan membahayakan diri dan orang lain.

Melakukan U-Turn tidak wajar dipersoalkan, apalagi jika pemandunya merasakan terlajak kerana pemanduan bukan seperti mengayuh perahu apabila ‘ia boleh diundur’.

Tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO mengisytihar keluar parti dan menyertai Bebas dan kembali semua kepada UMNO tidak wajar dipersoalkan, khususnya kesetiaan mereka.

Lagipun tindakan itu tidak sampai 48 jam. Hargailah keputusan mereka dan jangan diungkit-ungkit lagi perkara yang sudah! U-Turn yang dilakukan oleh tiga ADUN itu adalah tindakan untuk menyelamat dan tidak kiralah ia dilakukan di tempat dibenarkan atau ‘pakai langgar’.

Jika sebelum ini mereka keluar UMNO ‘pakai langgar’ tetapi kesan daripada U-Turn mereka kelmarin dan semalam mahal harganya. Saya ulangi, `mahal harganya’.

UMNO ada pengalaman apabila pemimpin penting serta pengikut keluar parti itu beramai-ramai menyertai Parti Semangat 46 (sebelum itu dikenali dengan Parti Melayu Semangat 46).

Kesemua mereka menjadi pembangkang bertahun-tahun dan menjadi penyebab kepada kejatuhan Kelantan kepada PAS sehingga hari ini.

Inilah dosa paling besar parti berkenaan. Namun kini parti berkenaan sudah berkubur apabila kembalinya pemimpin dan ahli parti berkenaan kepada UMNO namun Kelantan tetap tidak dapat ditawan.

Dosa lain parti berkenaan ialah mereka yang kecewa dengan UMNO dan Parti Semangat 46 ramai yang kemudian menyertai PAS.

Namun tindakan tiga ADUN UMNO dari Kijal, Bukit Besi dan Ajil ‘keluar sekejab’ dan masuk kembali adalah ‘ribut dalam secawan kopi’. Mereka tidak menyebabkan BN runtuh seperti 'tindakan lompat anggota PAS' kepada Perikatan pada 1961.


Tindakan 'Three Stooges' itu  bukan seperti ADUN PAS, Ahmad Azam Napiah serta 2 ADUN PAS yang melompat masuk UMNO serta '3 Tooges' Parti Negara iaitu Wan Daud Mohamad (Ladang), Mohamad Abd Rahman (Bukit Besar) dan Haji Mutalib Salleh (Batu Buruk).yang melompat selepas bertemu Allahyarham Tun Razak di Kuala Lumpur.

Untuk yang tidak mengetahui cerita ini, pada pilihan raya umum Tanah Melayu 1959, DUN Terengganu dimenangi oleh PAS dengan majoriti kecil apabila ia mendapat 13 kerusi, UMNO 7 kerusi dan Parti Negara (PN) 4 kerusi.

PAS berjaya memujuk Adun PN Langkap (Ismail Abbas) menyokong mereka. UMNO pula berusaha mendapat sokongan 3 lagi Adun PN.

Pada 24 Julai 1961 satu undi tidak percaya terhadap kerajaan PAS dibawa oleh seorang Adun PN Bukit Besar, Mohamad Abd Rahman. Undi tersebut gagal kerana PAS mendapat (12 undi) UMNO + PN (11 undi).  Seorang wakil PAS berkecuali iaitu Ahmad Azam Napiah. Ahmad Azam kecewa kerana tidak diberi jawatan Menteri Besar Terengganu atau pun Speaker (kerana berasal dari Perak bukan anak jati Terengganu. Beliau kemudiannya mengisytihar sebagai Adun Bebas.

Kegawatan DUN Terengganu berlarutan apabila UMNO  berjaya menarik dua Adun PAS - Mohamad Ismail dan Husin Jusoh. Kemudian, Umno juga dapat memujuk 3 Adun PN apabila mereka bertemu Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur.

Adun PN yang terbabit adalah Wan Daud Mohamad (Ladang), Mohamad Abd Rahman (Bukit Besar) dan Haji Mutalib Salleh (Batu Buruk). Keadaan tersebut membawa kepada undi tidak percaya kali kedua dibawa dan akhirnya kerajaan PAS tewas.

Sebaliknya tiga ADUN UMNO yang mengisytiharkan bebas tetap menyokong kerajaan BN sebelum mereka kembali ke pangkuan UMNO.

Namun tindakan itu membawa makna dan pengajaran paling penting bagi pihak-pihak yang terlibat atau menyebabkan peristiwa itu berlaku.


1. Elakkan perbuatan yang menggambarkan wujudnya ‘cabaran kepada pemimpin’ atau kepada ahli; 

2. Berfikir secara matang dan tidak melakukan perbuatan tergesa-gesa kerana sedikit sebanyak akan mendapat ‘malu’ kelak; 

3. Tindakan sedikit sebanyak mencemarkan imej kedua-dua pihak akan wujud syak-wasangka yang ‘tidak perlukan’ di kalangan pengikut;

4. Bebaik sangka dan merundingkan ketegangan dan salah faham dengan segara adalah jalan paling selamat dan ubat mujarab mengatasi krisis;

5. Pemimpin berani menolak ‘nasihat’ yang membawa kepada perpecahan dan ketegangan kerana ada pengikut yang suka melihat kepada perpecahan dan krisis; serta

6.Berpeganglah kepada ajaran Islam bahawa tiada masalah tidak boleh diselesaikan dan selesaikan ia dengan ciri-ciri yang disebut sebagai ‘tali Allah’. 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”

Berbalik kepada isu U-Turn ini, ia tidak menyebabkan runtuhnya kerajaan BN walaupun seketika berada dalam keadaan terumbang-ambing.

Jadi semua pihak perlu merenung kembali kesilapan dan kelemahan masing-masing dan dengan kesemua mereka dapat menerima kepimpinan baharu, wajarlah semua pihak kembali bertenang dan merapatkan barisan untuk menjamin kemenangan UMNO dan BN pada pilihan raya umum akan datang.





Usah dilayan apa kata pemimpin PAS atau pihak-pihak dalam UMNO yang masih menyuarakan kesalahan tiga ADUN UMNO ini. Perkara yang berlaku sudah berlaku dan perkembangan terbaru mendatangkan kedudukan positif kepada parti dan pentadbiran Terengganu.


Jadi, ambillah kejadian baru-baru ini sebagai rujukan dan renungan. Jangan ulangi kejadian serupa dan elakkan ketegagan kerana orang Melayu sudah meluat dengan pertelingkahan dan permusuhan sesama pemimpin dan pengikut.

UMNO perlu belajar daripada kes di Kelantan (1990), Kedah (2008), Perak (2008), Selangor (2008) dan Terengganu sendiri pada (1999).

Persefahaman, menghormati orang bawahan, perundingan dan pemimpin yang tidak mementingkan kepentingan diri dan UMNO yang meletakkan kepentingan ahli melebihi ketua atau pemimpin akan pasti kekal lama.

Jika wujud cara menerajui parti mengikut selera sendiri, ia akan menjahanamkan UMNO dan payung orang Melayu akan tertutup dengan sendirinya apabila tiba ketikanya nanti.

Friday, January 18, 2013

PASUKAN MEDIA SOSIAL BN KELANTAN, TERENGGANU AKTIF SERANG PEMBANGKANG

 

Tahniah Barisan Nasional (BN) Kelantan. Biar lambat asalkan jangan tiada langsung (Better late than never).

Kenyataan bahawa BN Kelantan akan menggunakan sepenuhnya media sosial untuk memperjelas dan menjawab fitnah dan isu yang dibangkitkan pembangkang adalah langkah tepat. Jangan hanya menjawab tetapi juga menyerang.


Beberapa blog di Kelantan sudah memainkan peranan ini dengan baik. Hakikatnya kini ternyata media sosial adalah paling penting berbading media lain kerana ia berkesan dalam konteks sampai kepada sasaran ‘walaupun dalam apa juga keadaan - rain or shine”.

Cara lama melalui ceramah kini ‘ketinggalan zaman’ kerana beberapa sebab.

Pertamanya untuk menganjurkan ceramah perlu banyak persediaan dengan penceramahnya, audien, peralatan, makan minum yang ‘mahal’.

Isu pula kalau asyik mecerita Amanah Hadi, kafir-mengkafir, perpecahan umat Islam dan pelbagai ‘isu lapok’, menjemukan.


Perhatikan, berapa ramai orang muda datang ceramah. Sedangkan mereka inilah pengundi penting dan penentu.

Asyik-ayik yang datang orang sama termasuk ‘yang dikerah’. Lebih buruk ada kalangan penceramah menjadikan ia sebagai tempat cari makan kerana dibayar untuk umpamnya RM200, kalau 10 kali sebulan sudah RM2,000.

Lebih buruk lagi kalau yang berceramah itu pegawai kerajaan. Mereka pergi menggunakan kereta kerajaan dengan pemandu lagi dan sebagainya yang merupakan kos walaupun niat mempertahankan kerajaan yang ada.

Lebih buruk lagi (lagi) penceramah berkenaan PULA tidak tahu pun menggunakan  IT dan tidak MAMPU AKSES dan punya satu pun laman sendiri sama ada blog atau FB, twitter dan sebagainya. Isi ceramahnya layak didengar audien 1980-an dan pertengahan 1990-an.

Sedangkan melalui media sosial, dengan kos lebih murah, iaitu kira-kira RM2,000, mereka sudah boleh menyebarkan pandangan, ulasan, kritikan, spin dan sebagainya ke seluruh dunia – bukan sekitar Manek Urai atau mungkin Manir semata-mata.

Kerana itu kita menyokong pendirian Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin penggunaan media sosial dapat menarik pengundi terutama golongan muda dan terpelajar untuk memahami kedudukan sebenar politik semasa negara.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata beliau menyedari jentera pilihan raya BN di negeri itu agak ketinggalan dari segi penggunaan media sosial berbanding pembangkang yang turut menyebabkan BN tidak dapat menawan Kelantan pada pilihan raya umum 2008.

"Hasil kajian juga mendapati lebih banyak penulis blog, Facebook dan Twitter terdiri daripada penyokong pembangkang berbanding kerajaan. Oleh itu mulai sekarang kita akan menggembleng tenaga untuk menggunakan sepenuhnya media sosial termasuk Facebook dan Twitter," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus simulasi pilihan raya dan pelancaran jentera siber Pemuda BN Kelantan di Kota Bharu, malam semalam.

Lagi pun seperti kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pendekatan yang diambil itu selaras dengan saranan Presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyedari pentingnya peranan media sosial sebagai platform baharu dalam dunia politik semasa.

Mustapa menyatakan gembiranya dengan langkah Unit Siber Pemuda BN yang memilih Kelantan sebagai negeri pertama untuk diadakan kursus media sosial selepas pelancaran Kelab Media Baru dua tahun lalu. Kelab tersebut diwujudkan sempena pilihan raya kecil kawaswan Dewan Undangan Negeri Guchil pada 2010 dan diikuti penubuhan kelab sosial beliau sendiri iatu Kelab Tok Pa dua bulan lepas.

Sudah pastilah kita juga mengharapkan Kelab Media Sosial Pemuda BN akan merintis jalan dan menjadi platform penting sebagai senjata untuk mempertahan serangan pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-13.

Jika Kelantan memberikan ruang untuk media sosial bergerak aktif, BN Terengganu juga memerlukan ‘perjuangan secara team’ dan tidak boleh mengharapkan jentera siber UMNO semata-mata.

Pertengahan Disember lalu, UMNO Terengganu menyatakan ia menggerakkan pasukan media barunya secara lebih agresif bagi menjawab dan menangkis isu, tohmahan serta fitnah dilemparkan pembangkang.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata pasukan itu yang digerakkan sejak dua tahun lalu, kini lebih agresif seiring dengan sikap golongan muda yang lebih gemar menjadikan media baru sumber rujukan utama.

Pasukan ini dikatakan memainkan peranan menjawab segala hal berkaitan politik, tohmahan dan fitnah pembangkang.

Pasukan ini akan ditempatkan di semua Parlimen, malah ada ahlinya mengupas isu berkaitan politik secara penuh dan separuh masa di bawah Biro Penerangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri.

Ia kini digerakkan secara lebih agresif sebagai menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu dan dengan blogger dan pengguna Facebook menangkis segala bentuk tohmahan serta fitnah pembangkang dalam usaha menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, kita yakin seperti disebut Ahmad Razif, pasukan media baharu itu dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan memfokuskan kepada para pengundi muda supaya mereka memperoleh maklumat tepat mengenai pelbagai isu.

Friday, December 14, 2012

ISU BLOK PM307 BERTAM - KERAJAAN TERENGGANU TUNGGU PENJELASAN KERAJAAN PUSAT


"Kerajaan Pusat menunaikan janjinya kepada kerajaan Terengganu apabila membayar  RM2 bilion daripada Petronas tahun ini manakala pada tahun lepas, Petronas membayar RM1.6 bilion...kerajaan negeri dijangka menerima lima peratus atau lebih RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran minyak, apabila penerokaan minyak di Blok PM307 bermula pada suku ketiga 2014."

Daripada www.teganuku.b;ogspot.com



Pada posting di Facebook, saya ada menyebut bahawa isu Medan Minyak Bertam PM307 perlu diselesaikan bagaikan menarik rambut dalam tepung.

Kalau ia hak Terengganu maka perlu diserahkan Terengganu.

Kalau PAS tidak desak pun, Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mendapatkan jawapan jelas daripada kerajaan Pusat berkenaan kedudukan Medan Minyak Bertam PM307 yang dikatakan berada dalam wilayah Terengganu.

PAS tidak perlu mendabik dada mengatakan kerana desakannya kerajaan Terengganu bertindak sedemikian. Malah PAS juga tidak wajar mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kedudukan sebenar kawasan telaga minyak PM307-Bertam sama ada ia berada dalam perairan Pahang atau Terengganu.

Memang benar Najib pada Oktober lalu ada mengumumkan bahawa penemuan medan Bertam sebagai hak Pahang. Namun, ia bukan sesuatu yang muktamad. Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasarkan perkembangan pada sidang DUN Terengganu maklumat baru timbul menyatakan bahawa telaga minyak tersebut dijumpai di perairan Terengganu dan bukannya Pahang.

Ini kerana Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata syarikat cari gali minyak di kawasan berkenaan iaitu Lundin Oil mengesahkan tentang penemuan itu dan menyatakan ia berada di kawasan negeri ini (Terengganu).

"Kita tidak mahu Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat... kerana ini tidak sepatutnya berlaku dan memalukan negara," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, Perdana Menteri bukan sahaja mengumumkan penemuan kawasan telaga baru tersebut, bahkan turut menyatakan dengan penuh komitmen bahawa Pahang akan diberi wang ihsan sebanyak RM100 juta setahun.

"Pengumuman ini dilihat satu perkembangan baru yang menarik, untuk usaha penerokaan kawasan minyak di Pahang yang turut disahkan mempunyai kawasan minyak dan gas.

"Pas Pahang berharap Perdana Menteri tidak bermain politik dalam hal ini. Penegasan dari beliau akan meredakan ketegangan antara dua negeri yang turut menuntut medan Bertam sebagai hak negeri mereka," katanya lagi.

Tuan Ibrahim berkata, Kerajaan Pahang seharusnya turut menjalankan kajian bagi pengesahan kawasan penemuan minyak tersebut, dan sekiranya benar ia berada di perairan Pahang, wajar menuntut pembayaran dari Petronas dan Kerajaan Pusat mengikut Perjanjian Petroleum 1974 sebagai royalti.

Bagi kita isu kedudukan kawasan itu perlu diselesaikan dengan baik antara kerajaan negeri dan kerajaan Pusat, malah diyakini tidak akan timbul pertelingkahan kerana Petronas Carigali dan syarikat terbabit iaitu Lundin Oil tahu keadaan sebenar.

PAS tidak perlu cari milage dalam isu ini kerana Kerajaan Pusat tidak pernah membelakangkan atau cuba menipu hasil kerajaan negeri, sebaliknya banyak membantu Kerajaan Negeri dalam pemberian bantuan dan peruntukan.

Bukti cukup jelas apabila Menteri Besar mengesahkan keseluruhan bayaran dana khas royalti daripada Petronas akan diterima Kerajaan Negeri pada Mac 2013, sebagaimana persetujuan yang dicapai antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. “Cuma biasanya berlaku Petronas akan bayar pada minggu pertama bulan Mac dan September dan Kerajaan Pusat akan membayar pada minggu keempat pada Kerajaan Negeri. Kesemuanya akan diterima sepenuhnya pada tahun hadapan (2013).

“Berasaskan kepada persetujuan itu, kerajaan negeri bersetuju menarik balik saman itu kerana apa yang penting, kita mendapat keseluruhan daripada Petronas dan telah pun dipersetujui bersama,” ujarnya.

Bagi Menteri Besar dan Kerajaan Terengganu, nama (royalti) itu tidak penting kerana apa yang penting adalah Terengganu mendapat hak bayaran dari hasil minyak dan gas tersebut dan Kerajaan Pusat tidak cuai menunaikannya.

PAS tidak perlu memberitahu kerajaan negeri bahawa penemuan medan minyak tersebut melibatkan hak royalti serta maruah rakyat dan kedaulatan negeri Terengganu.

Ini kerana Kerajaan Pusat menunaikan janjinya kepada kerajaan Terengganu apabila membayar  RM2 bilion daripada Petronas tahun ini manakala pada tahun lepas, Petronas membayar RM1.6 bilion.

Malah kerajaan negeri dijangka menerima lima peratus atau lebih RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran minyak, apabila penerokaan minyak di Blok PM307 bermula pada suku ketiga 2014.

Dalam jawapan Menteri Besar kepada soalan Syed Azman dengan jelas Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan kepada Sidang DUN kelmarin (10 Disember 2012) bahawa kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Petronas bagi pengesahan lanjut tentang penemuan rizab minyak tambahan yang terletak di kawasan medan PM307-Bertam itu.

Malah, syarikat cari gali minyak di kawasan berkenaan iaitu Lundin Oil turut mengesahkan tentang penemuan itu dan menyatakan ia berada di kawasan negeri ini.

 Ahmad Said berkata, sekiranya ia disahkan berada di kawasan Terengganu, negeri ini dijangka akan memperoleh royalti tambahan sebanyak RM100 juta setahun atau pertambahan sebanyak lima peratus.

“Setakat ini, jawapan rasmi kita masih belum perolehi tetapi kita menerima surat daripada syarikat yang melaksanakan kerja-kerja carigali iaitu Lundin Oil bahawa penemuan di luar pantai Semenanjung Malaysia antara Terengganu dan Pahang itu kepunyaan Terengganu.

“Mungkin ada sedikit kekeliruan sebab ia berada di kawasan sempadan iaitu di Geliga, Kemaman tetapi kita masih belum tahu lokasi sebenarnya,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Dun Terengganu Ke-12.

Menurut laporan laman web PAS Terengganu, PAS mendesak kerajaan negeri Terengganu mempertahankan hak milikan medan minyak yang baru ditemui, Bertam PM307, sebagai satu hak kedaulatan rakyat dan kerajaan negeri Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata kerajaan negeri Terengganu perlu mengambil tuntutan agar pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan mengembalikan hak Terengganu.

Katanya, hak milikan kawasan tersebut wajar dikembalikan sebagaimana Perjanjian Akta Petroleum 1974 atas nama ‘royalti’ dan bukan dana khas atau wang ehsan.

“Kita (PAS) minta Menteri Besar (Ahmad Said) dengan tegas pertahankan hak untuk dapat hak milik (medan minyak Bertam) itu kepada negeri Terengganu.


“Kita (Terengganu) perlu ambil tuntutan itu dari Petronas dan Kerajaan Pusat (Persekutuan) ikut sebagaimana Perjanjian Petroleum 1974 sebagai royalti,” tegasnya kelmarin

Berdasarkan kepada jawapan Ahmad Said itu jelas PAS cuba mendapatkan milage daripada sidang DUN kali ini selepas gagal mengemukakan kesangsian terhadap persoalan kenapa  Kerajaan Negeri membatalkan saman terhadap Petronas.

Selain itu PAS juga cuba mengeruhkan hubungan antara kerajaan negeri  dan Pusat dalam isu penemuan medan baru minyak, namun ia ditepis dengan jelas dan bersopan oleh Menteri Besar.

Ahmad Said melakukan yang terbaik dengan 'menarik rambut dalam tepung, tepung tak tumpah dan rambut tidak putus'!

Wednesday, June 27, 2012

AZREE MAHU PERMUDAHKAN MATEMATIK, GABUNGKAN UNSUR TEMPATAN...

Azree mahu menjadikan matematik mudah difahami, digemari rakyat Terengganu.
Felo Penyelidik Matematik Gunaan di University Cambridge, Azree Shahrel Ahmad Nazri, berkata kepakarannya dalam bidang matematik diharap boleh membantu menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia dan Terengganu meminati bidang itu.

Beliau berharap rakyat Terengganu khususnya, bukan sahaja akan menggemari matematik tetapi paling penting ia menjadi sesuatu yang mudah difahami.

Menurut beliau, sebenarnya elemen matematik sudah hadir dalam kehidupan masyarakat di Pantai Timur dengan memberikan contoh bagaimana di Pasar Payang, Kuala Terengganu,  ada peniaga menggunakan unit iaitu 3 amah bagi RM1.50.

Ini membuktikan elemen matematik sudah meresap di dalam budaya setempat, tegasnya.

“Saya harap suatu hari nanti dapat saya memudahkan matematik ke tahap yang dapat difahami oleh rakyat Terengganu dengan menggabungkan unsur-unsur tempatan,” katanya menjawab soalan saya melalui e-mail.

Blog teganuku, yang memetik laporan Berita Harian 19 Jun lalu menyebut Azree Shahrel, Tutor Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai felo penyelidik bidang matematik gunaan di Universiti Cambridge, United Kingdom.


Pelantikan di Trinity College itu adalah hasil pencapaian beliau yang menakjubkan sepanjang sesi pengajian doktor falsafah (PhD) dalam bidang matematik di universiti terkemuka dunia berkenaan sejak 2008.

Anak muda kelahiran Terengganu berusia 32 tahun itu adalah tutor Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM.

Azree yang berasal dari Batu Rakit Terengganu berkata impian beliau adalah membantu anak-anak yatim di Malaysia untuk membuat 'social mobility'.

“Saya mungkin tidak dapat memberi sumbangan dari segi kewangan tetapi dari segi ilmu. Bagi saya hanya ilmu dapat membuat anjakan sosial kepada anak-anak yatim ini…” katanya.

Ditanya mengenai pengkhususnya, felo penyelidikan berusia mengatakan matematik adalah bidang universal. “Tanpa matematik mungkin banyak teknologi terkini tidak dapat dijumpai.

Bidang ini boleh membawa saya ke mana sahaja di mana memerlukan kepakaran kuantitatif,” katanya.

Pensyarah kanan Universiti Cambridge Universiti Cambridge, Dr Pietro Lio’ dalam surat sokongannya kepada UPM menyifatkan Azree sebagai pelajar berbakat.

Kebolehan Azree yang menjalani latihan berkembar di makmal biologi dan molekular serta sistem biologi statistik sebagai jarang berlaku di Universiti Cambridge, kata beliau.

“Seingat saya tiada pelajar Cambridge berbuat demikian. Saya amat terkejut dengan kebolehannya yang boleh menggabungkan ilmu statistik dengan bioinformatik untuk menyelesaikan persoalan biologikal yang rumit,” katanya.

Beliau juga berkata, jawatan itu hanya ditawarkan kepada penyelidik yang berkebolehan serta bijak dan sebagai penyelidik, Azree boleh menumpukan penyelidikan dalam bidang matematik gunaan tanpa beban mengajar, seterusnya memulakan kariernya ke peringkat lebih tinggi.

Ditanya apakah yang akan beliau beliau lakukan selepas ini, Azree mrngatakan beliau akan terus menumpukan kepada penyelidikan.

Azree turut menasihati rakan pelajar agar sentiasa menghargai kehidupan dan kewarasan. Menurutnya hidup hanya sekali dan sewajarnya tidak dipersiakan kehidupan yang dianugerah Allah.

“Sering ditanya kenapa bukan beragama Islam selalu berjaya berbanding orang Islam itu sendiri. Sebenarnya Allah itu Maha Adil.

 “ Orang bukan Islam suka berusaha bersungguh sungguh. Oleh itu Allah membalas usaha mereka didunia dengan kejayaan, “ katanya. Beliau turut menasihati orang muda, khususnya pelajar agar menghormati orang tua dan guru. Paling penting menurutnya, sentiasa merendah diri kepada sesiapa sahaja.

“Manusia ini dinamik. Jika kita menyombong hanya kepada seorang manusia, kita mungkin tidak mengetahui suatu hari nanti orang tersebut akan menjadi orang yang lebih berjaya daripada kita,” tegasnya.


 Bersambung esok

Monday, June 4, 2012

TERENGGANU TEGAS...TARIK BALIK TAJAAN PELAJAR SERTAI BERSIH 3.0

 "Pihak penaja mengenakan syarat penajaan yang ketat bagi memastikan keputusan menaja pelajar adalah betul dan tepat di samping pelajar menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang." Sekiranya tiada tindakan diambil, pihak penaja tidak dapat mencapai objektif penajaan dan ia juga tidak adil bagi pelajar yang tidak mendapat penajaan tersebut...” - Mohamed Khaled Nordin

Apa masalahnya? Menganiaya pelajar?

Tidak profesional?

Siapa menganianya siapa? Berapa ramai lagi menunggu untuk mendapat peluang yang sama…

Berkali-kal sudah diberikan amaran. Pelajar dan ibu bapa pun sudah diberitahu bahawa mereka 'menggali lubang kubur sendiri kalau sertai perhimpunan Bersih 3.0'.

Yang pasti dan tidak boleh dipertikaikan lagi ialah mana-mana pelajar yang mendapat pinjaman dan tajaan pendidikan adalah tertakluk kepada perjanjian pinjaman dan tajaan itu.

Malah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan semalam bahawa sekiranya pelajar melanggar perjanjian itu, tindakan boleh diambil seperti menarik balik pinjaman dan tajaan yang diberikan.

Beliau mengulas mengenai nasib dua pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang dikenal pasti terlibat dengan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara April lepas.

Tindakan yang bakal diambil ke atas pelajar yang masing-masing berasal dari Durian Burung, Kuala Terengganu dan Rhu Renggeh, Marang bakal diketahui selepas mesyuarat lembaga pengarah yayasan itu berlangsung dalam masa terdekat.

Semalam, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dilaporkan berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan kedua-dua pelajar degil itu berikutan rakaman yang diperoleh serta dimuat naik sendiri dalam laman sosial kepunyaan kedua-dua pelajar itu.

Ahmad Said kesal kerana masih ada pelajar yang tidak mengambil iktibar dan pengajaran terhadap tindakan menarik balik serta merta pinjaman sembilan pelajar sebelum ini kerana kesalahan menyertai demostrasi haram di luar negara.





Berikutan itu, Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dan mengarahkan Yayasan Terengganu (YT) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelajar yang didapati bersalah kerana terlibat dengan Perhimpunan Bersih di Dataran Merdeka April lalu.


Sehubungan itu siasatan terperinci perlu dilakukan agar tiada pelajar terlepas daripada tindakan undang- undang kerana secara jelas mereka cuba mencabar Kerajaan Negeri dengan terlibat kegiatan sedemikian.

“Meskipun kita telah berulang kali melaungkan amaran supaya tidak terlibat dengan demonstrasi haram dan bercanggah dengan undang-undang negara, tetapi masih ada yang tetap berdegil dan balasan kepada mereka yang terlibat adalah bakal berdepan dengan hukuman sewajarnya.

“Justeru, bagi mereka yang didapati bersalah, serta-merta pinjaman yang dibuat melalui Kerajaan Negeri akan ditarik.

Terserah kepada mereka bagaimana untuk meneruskan pengajian akibat tindakan kurang bijak mereka sendiri,” katanya.

Menurutnya, pihaknya kini sedang menunggu laporan lanjut berhubung penglibatan pelajar di negeri ini dalam perhimpunan Bersih yang mencetuskan huru-hara yang disertai parti pembangkang di ibu negara April lalu.


Teganuku kelmarin melaporkan, dua pelajar didapati terlibat dengan Perhimpunan Bersih 3.0, dan ternyata ketegasan Yayasan Terengganu (YT) menarik balik pinjaman ke atas sembilan pelajar yang menyertai perhimpunan haram di Mesir tahun lalu belum cukup memberi pengajaran berguna kepada yang lain.

Kesudahannya, pelajar yang sedang menuntut di Trefound Educare di sini itu, diberikan surat tunjuk sebab dan nasib mereka bakal diketahui sebaik mesyuarat lembaga pengarah berlangsung dalam masa terdekat.

Difahamkan, salah seorang pelajar berkenaan mempunyai pertalian keluarga dengan salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti pembangkang di negeri ini.

Menurut Timbalan Pengarahnya (Pendidikan), Mohd Razali Mahmud, pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan kedua-dua pelajar ‘degil’ itu berikutan rakaman yang diperoleh serta dimuat naik sendiri dalam laman sosial kepunyaan kedua-duanya.

“Kita kesal dan kecewa kerana masih ada pelajar tidak ambil iktibar terhadap tindakan kita (YT) menarik serta-merta pinjaman sembilan pelajar sebelum ini kerana kesalahan menyertai demonstrasi haram di luar negara.

“Selain itu, kita dalam proses mengumpul bukti kukuh untuk mengaitkan beberapa lagi pelajar kerana terdapat laporan ada antara pelajar di bawah tajaan dan pinjaman YT turut serta dalam demonstrasi yang disertai parti pembangkang,” katanya.

Masing-masing dua pelajar yang sedang menuntut di pusat latihan milik kerajaan negeri berasal dari Durian Burung, Kuala Terengganu dan Rhu Renggeh, Marang.

Mohd Razali berkata, sewajarnya pelajar menumpukan perhatian terhadap pelajaran untuk lulus dengan cemerlang, sekali gus berjaya memperoleh pekerjaan yang diimpikan, namun masih ada yang bertindak kurang bijak kerana taksub dengan parti politik tertentu.

“Kita harap lepas ini pelajar lebih berhati-hati dan memahami dengan jelas surat perjanjian yang ditandatangani ketika memohon pinjaman dan tajaan pendidikan kerana tindakan tegas akan diambil jika didapati terlibat dengan kegiatan menyalahi undang-undang,” katanya.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi: "Pihak penaja mengenakan syarat penajaan yang ketat bagi memastikan keputusan menaja pelajar adalah betul dan tepat di samping pelajar menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang." Sekiranya tiada tindakan diambil, pihak penaja tidak dapat mencapai objektif penajaan dan ia juga tidak adil bagi pelajar yang tidak mendapat penajaan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Kongres India Muslim Malaysia bahagian Pasir Gudang di Masai semalam.

Katanya kementeriannya tidak akan melindungi pelajar terbabit kerana mereka tertakluk kepada undang-undang negara walaupun bebas berpolitik di luar kampus selaras dengan Pindaan Akta Universiti Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012.

 "Apa jua tindakan mereka di luar kampus adalah di luar bidang kuasa kita," tegas Khaled.

Saturday, October 29, 2011

3A + KALLANG MAMPU RANAPKAN BENTANG HOBEN JANG HOBEN...

http://teganuku.blogspot.com/

Serang habis-habisan sudah sebati dengan corak yang diamalkan jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim dan amat sesuai untuk pasukan Peteh.

Taktik itu pastinya akan diteruskan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 menentang Negeri Sembilan yang dikemudikan Shukor Adan malam ini.

Mengapa tidak?

Terengganu mempunyai penyerang tiga serangai iaitu 2 Abdul + 1A (Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahya dan Ashaari Shamsudin) selain tendangan berbisa Joseph Kallang Ti.

Selain itu jangan lupa dengan Ahmad Nordin Alias berusia 26 tahun yang menjaringkan gol kemenangan Terengganu ketika menentang Kelantan bagi membawa pulang Piala FA.

Malah seorang lagi pemain, iaitu Ismail Faruqi Asha'ri walaupun mungkin hanya menjadi pemain gantian juga amat berpotensi menghasilkan gol.

Pada ketika peminat bolasepak memperkatakan mengenai 'Tandukan Bersiri' Hairuddin Omar yang menjadi ketua peledak Negeri Sembilan selain pemain sayapnya Shahurain Abu Samah, pertahanan Hoben Jang Hoben ternyata begitu bimbang dengan empat pemain Terengganu yang mampu menjaringkan gol walau dari arah mana sekali pun.

Tonggak pertahanan Negeri Sembilan Norhafiz Zamani Misbah dengan gandingannya di benteng pertahanan Hoben Jang Hoben seperti Aidil Zafuan, Qhairul Anwar Roslani dan Irwan Fadli Idrus bbegitu bimbang dengan ancaman jentera serangan Terengganu yang dilihat antara yang paling ber bahaya pada saingan kali ini.

Malah Aidil Zafuan mahu merantai pergerakan dua penyerang Terengganu, Abdul Manaf t dan Abdul Hadi habis-habisan malam ini.

"Yang paling penting, pergerakan mereka berdua bersama dua lagi tonggak Terengganu, Ashaari (Samsudin) dan Joseph (Kalang Tie) perlu dirantai habis-habisan," kata Aidil.

Abdul Hadi yang baru semusim bersama Terengganu, muncul pemenang Kasut Emas Liga Super musim ini dengan 25 gol, manakala Ashaari Shamsuddin terbukti hebat apabila meraih gelaran yang sama musim lalu.

Abdul Manaf pula tidak boleh dipertikaikan apabila dua jaringannya di Shah Alam dan satu di Kuala Terengganu, sudah cukup untuk menamatkan 'Misi 33' Selangor pada peringkat separuh akhir.

Untuk rekod, Abdul Manaf setakat ini berjaya menjaringkan enam gol dalam saingan Piala Malaysia, 15 gol dalam Liga Super dan tujuh gol Piala FA.

Dengan Ashaari memiliki kemahiran menggelecek, Abdul Manaf bijak menghidu peluang dan Abdul Hadi tangkas di depan jaringan, ketiga-tiga pemain ini juga diharap mampu merobek pertahanan Negeri Sembilan sebelum membolosi kubu Farizal Marlias.

Ashaari yang lebih banyak beraksi di posisi sayap, dianggap sebagai 'arkitek' dalam pasukan Terengganu menerusi hantaran- hantaran tepat yang kerap dilakukannya.

Bagi Irfan, taktik menyerang membuahkan hasil pada saingan suku akhir menentang Kelantan dan separuh akhir menewaskan Selangor, seterusnya membawa pasukan Terengganu ke final.

“Corak menyerang akan digunakan pada 30 minit awal permainan walaupun saya sedar kedua-dua pasukan bakal beraksi sama pantas dalam perlawanan akhir ini, “katanya selepas sesi latihan di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam semalam.

Walaupun demikian, pertahanan Terengganu yang diketuai Marzuki Yusof tidak boleh alpa dengan kelincahan Hairuddin.

Pada edisi 2009, Hairuddin yang dipinjamkan ke Negeri Sembilan lantaran kelabnya ketika itu, T-Team tidak layak beraksi dalam kempen Piala Malaysia, berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan menarik, sekali gus mengecewakan Kelantan 3-1 di pentas final.

Ketika menyarung jersi Kelantan musim lalu pula, Hairuddin yang dikenali dengan gelaran 'Hai-O' tiba-tiba bertukar watak menjadi 'api dalam sekam' buat Negeri Sembilan apabila tandukannya berjaya menyamakan kedudukan buat The Red Warriors sebelum jaguh Pantai Timur itu menang 2-1.

Malah, Hairuddin belum kehilangan bisanya musim ini apabila dia berjaya menanduk masuk tiga lagi gol bagi membantu Negeri Sembi- lan mara ke final ketika menentang T-Team dan Felda United dalam aksi suku akhir dan separuh akhir sebelum ini.

Apapun, Terengganu tidak sanggup tunggu lebih lama dan dengan ‘pasukan emas’ edisi kedua selepas 2001, Terengganu mampu melakar sejarah malam ini untuk menambah satu lagi koleksi piala berprestij Liga Malaysia iaitu Piala Malaysia selepas Piala FA 2011.

Sunday, June 20, 2010

TERENGGANU KUASA BARU SUKAN NEGARA?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan trofi kepada ketua kontinjen Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim selepas Terengganu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia ke-13 pada majlis penutup sukan itu, di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka, 19 Jun. – Gambar Utusan

Kata orang menang di tempat sendiri adalah ‘jaguh kampung’.

Tetapi jika menang di gelanggang orang atau tempat lain, ia adalah kemenangan sebenar dan manis untuk diperkatakan .

Apa yang mahu dikatakan di sini ialah, Terengganu menjadi juara Sukan Malaysia (SUKMA) sekali lagi. Kali ini di Melaka pada Sukma XIII bukan di Kuala Terengganu seperti Sukma XII pada 2008.

Ternyata Terengganu bukan jaguh kampung dan kini ia menjadi kuasa baru sukan negara yang melahirkan banyak bakat muda.

Terengganu kini kilang melahirkan atlet muda bukan sekadar kanu dan basikal tetapi juga judo, olahraga serta angkat berat.

Selama ini apabila disebut sukan tempat, mata akan terpandang ke Sarawak, Wilayah Persekutuan, Johor atau Perak.

Namun tidak lagi kerana dengan semangat Terengganu Nelang, Terengganu mampu melakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Ia memenuhi harapan dan sasaran.

Malah, lebih manis, beberapa sukan baru yang diceburi Terengganu turut membawa keputusan yang cemerlang, walaupun dengan satu atau dua pingat emas.

Sukan judo misalnya memberikan kepuasan kepada Terengganu apabila ia mencatat lima emas, kima perak dan empat gangsa iaitu lebih daripada sasaran. Terengganu mensasarkan untuk menang tiga emas dan dua perak.

Mengejutkan kerana Terengganu memintas Johor dan penganjur, Melaka dari segi pungutan pingat untuk judo. “Kami terkejut dengan pencapaian ahli sukan kita”, tegas jurulatih judo Terengganu, Marjan Abdullah.

Selepas 33 jenis sukan dipertandingkan pada Sukma XIII, Terengganu diumumkan sebagai juara keseluruhan buat kali kedua berturut-turut selepas memungut 47 emas mengatasi saingan terdekat Selangor dan Wilayah Persekutuan apabila masing-masing memperoleh 43 emas.

Lebih 9,237 atlet dan pegawai daripada 15 pasukan termasuk Brunei sebagai jemputan berkampung di Melaka sepanjang temasya berlangsung menyaksikan rekod kejohanan dan kebangsaan dicipta oleh atlet muda negara.


ATLET olahraga Melaka, J. Karthik dan atlet renang Wilayah Persekutuan, Chan Kah Yan menunjukkan trofi yang mereka menangi selepas diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati Sukan Malaysia ke-13, di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka, 19 Jun. – Gambar Utusan

Sebanyak 10 rekod kebangsaan dan 90 rekod kejohanan dicipta pada temasya kali ini.

Sebaik obor kejohanan dipadamkan tepat pada pukul 11.00 malam disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berakhir sudah temasya sukan selama 14 hari selain meninggalkan banyak kenangan suka dukanya.

Selepas itu, Ketua Menteri, Mohd. Ali Rustam menyerahkan bendera kejohanan kepada Perdana Menteri yang kemudiannya menyerahkannya kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob selaku tuan rumah temasya edisi ke-14.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, Menteri Besar Pahang dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Kemeriahan jelas terasa sehinggalah berakhir acara penutup yang penuh warna-warni disempurnakan oleh Najib. Sejurus Perdana Menteri mengumumkan majlis penutupan, bendera kejohanan mula diturunkan dan obor yang menyala sejak majlis pembukaan pada 12 Jun lalu dipadamkan.

Selepas Melaka, giliran Pahang pula akan menjadi tuan rumah temasya edisi ke-14 pada 2012.
Dengan lebih 9,237 atlet dan pegawai daripada 15 pasukan termasuk Brunei sebagai jemputan berkampung di Melaka sepanjang temasya berlangsung menyaksikan rekod kejohanan dan kebangsaan dicipta oleh atlet muda negara.

Slogan `Terengganu Nelang’ ternyata berjaya membawa atlit Terengganu ke puncak kejayaan. Secara mutlaknya, penamat Sukma Melaka merekodkan Terengganu sebagai juara keseluruhan dan membawa berita gembira buat sejuta rakyat Terengganu terutama Kerajaan Negeri yang sentiasa menyokong dan menjaga kebajikan atlit serta penggiat sukan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata kejayaan Terengganu membuktikan Terengganu sebagai kuasa baru sukan negara sebagaimana yang pernah diuar-uarkan dalam ketika menjadi tuan rumah Sukma ke-12 pada 2008 lalu.

Katanya, emas terakhir kontinjen Terengganu dipungut menerusi sukan teras dan paling dinanti-nantikan iaitu bola sepak apabila berjaya mengalahkan Selangor dengan 1-0.

“Pasukan bola sepak yang dibarisi pemain berpengalaman daripada persatuan bola sepak negeri, pasukan Terengganu dan T-Team mengesahkan kemenangan untuk edisi Sukma yang ketiga berturut-turut hasil kemenangan 1-0 ketika menentang Selangor malam semalam,” kata beliau ketika menjadi tamu khas Imbasan Sukma Ke-13 di TV1, petang semalam.

Katanya, kejayaan kontinjen Terengganu membolehkan janji Kerajaan Terengganu untuk menghadiahkan insentif kepada pemenang yang mampu mengekalkan kejuaraan dengan RM5,000 untuk pingat emas dan RM3,000 serta RM2,000 untuk pingat perak dan gangsa akan dikotakan.

“Kekalkan kejuaraan suatu yang tidak dapat dilupakan, kerana kita jangka Wilayah Persekutuan yang akan menggugat kedudukan kita, tetapi akhirnya Selangor akhirnya yang mencabar kita sebelum kekal sebagai juara.

Sebenarnya kekuatan Kontinjen Terengganu atas sokongan kerajaan negeri serta Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) yang menonjol dengan slogan `Terengganu Nelang’.

“Persediaan lebih awal termasuk bengkel sebelum bermulanya Sukma membuatkan atlit Terengganu lebih bersedia dan membuktikan mereka bukan jaguh kampung yang hanya berjaya di laman sendiri,” katanya.

Katanya, kontinjen Terengganu juga tidak menduga cabaran lapan pasukan teratas dalam Sukma kali ini dan tetap optimis untuk bersaing di tempat yang terbaik walaupun gagal menepati sasaran awal 66 emas akibat gagal dalam beberapa acara sasaran.

Pungutan emas terbanyak diraih menerusi acara kanu sebanyak 12 pingat emas diikuti basikal (8), olahraga (6 ); judo, pencak silat dan angkat berat masing-masing 5 emas. Manakala enam emas lagi masing-masing menerusi bola sepak, tinju, lawn bowls, sepak takraw, ragbi dan ekuestrian.

Sumber: Bernama, Utusan Malaysia & Teganukita

Tuesday, May 4, 2010

JAI, LANGKAH PERTAMA ANDA SUDAH SILAP...

(Tajuk asal: Jai, adillah dalam membuat ulasan)
Daripada www.teganuku.blogspot.com

Rakan saya di Berita Harian pada 1980-an, Jailani Harun pada 27 April 2010 meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak timbalannnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin supaya ada masa membaca entri di lamannya.

Tulis Jai (nama ringkas Jailani): “Its all about an Umno division in Terengganu. To be precise - Dungun. I also heard similar problems in some other divisions. If it goes unattended, Umno will forever be labeled as a party for the rich and famous and for those with political connection. I did my own investigation and found out that most of the allegations are true. If MB Terengganu Datuk Ahmad Said is to be dragged into this, I am willing to bear the consequences.”

Apa yang mahu dinyatakan oleh Jai? Baca petikan berikut: “Kebanyakan ketua bahagian Umno sudah diserap dengan kepercayaan bahawa sebagai ketua, merekalah yang layak menjadi Ahli Parlimen. Tidak kiralah berapa lama mereka memegang jawatan. Pada mereka, penjawat lain seperti timbalan ketua bahagian, setiausaha dan sebagainya tidak layak langsung ke Dewan Rakyat. Ketua Umno bahagian Dungun masih Datuk R. Dia pernah jadi Ahli Parlimen hanya sepenggal. Jika dia seorang MP yang bagus, berwibawa dan menyumbang kepada bahagiannya, dia seharusnya masih menjadi wakil rakyat hingga kini.”

Ada dua tiga perkara di sini patut diperbetulkan. Kata orang jika langkah pertama itu salah, lengkah seterusanya akan salah.

Begitulah juga dengan Jai. Dia memulakan kata-kata dengan andaian atau cakap-cakap orang lain, bukan daripada mulut Ketua Bahagian UMNO Dungun sendiri. Dalam ilmu kewartawanan, kita perlu mendengar kedua-dua belah pihak. Kalau sebelah sahaja, kita berkemungkinan mempunyai niat tidak baik atau sengaja cari pasal.

Jai seterus berkata: “Bagaimanapun, pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu, Ketua Perhubungan Umno negeri ketika itu, Idris Jusoh menggugurkannya. Sebaliknya, timbalan Dtk R iaitu Matulidi dipilih sebagai calon dan memenangi kerusi Parlimen berkenaan.”

Untuk makluman Jai yang berada di Kuala Lumpur dan tidak pernah turun pun ke Dungun, pengguguran Ketua Bahagian UMNO Dungun sebagai calon bukan kerana prestasinya. Tetapi kerana sebab-sebab lain yang hanya Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri ketika itu sahaja yang tahu. Ia lebih kepada strategi politik Datuk Seri Idris Jusoh sendiri. Sekali lagi Jai tersilap andaian yang menulis berasaskan fakta oleh sebelah pihak.

Saya harap Jai akan ketahui juga sebab-sebab pengguguran Ketua-Ketua UMNO Bahagian bertanding pada 2008 – termasuk Ketua UMNO Hulu Terengganu, Ketua UMNO Bahagian Setiu (tidak bertanding kerusi negeri tetapi kerusi Parlimen), Ketua UMNO Bahagian Marang, Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus (tidak bertanding kerusi negeri tetapi kerusi Parlimen) dan Datuk Ahmad Said sendiri sebagai ketua Bahagian UMNO Kemaman yang mulanya digugurkan.
Sementara di Kuala Terengganu, Ketua UMNOnya tidak bertanding.

Jadi siapakah Ketua UMNO yang bertanding pada pilihan raya 2008? Hanya Datuk Seri Idris Jusoh iaitu Ketua UMNO Besut. Apakah semua Ketua Bahagian yang digugurkan atau yang ditukarkan ke kerusi Parlimen tidak layak? Atau kerana sebab lain?

Jelas Jai mengangkat dan memuji Ahli Parlimen Dungun sekarang dengan merendahkan keupayaan dan jasa-jasa Ahli Parlimen Dungun sebelum ini. Kenapa Jai berbuat demikian? Kerana mahu membodek beliau sehingga meminta Perdana Menteri dan timbalannnya atau pembantunya menyampaikan apa yang ditulis oleh Jai?

Ketiga perkara yang Jai ramal kononnya Terengganu akan jatuh kepada pembangkang juga rasanya kurang tepat. Datang dan tinjau sendiri apa yang dilakukan oleh wakil rakyat Terengganu di semua DUN dan Bahagian.

Mereka sudah turun padang dan melakukan ‘Juara Rakyat’ sebelum pun menjadi agenda UMNO Pusat. Mereka duduk dalam kawasan dan menjadi juara rakyat sepanjang masa.

Mereka tidak perlu menganjurkan ‘Juara Rakyat’ sebagai program tahunan atau sekali sekala tetapi setiap minggu ada sahaja program membantu rakyat. Turunlah Jai ke Terengganu jika tidak percaya.

Kerana itu saya rasa ia hanya membuang masa sahaja kerana perkara yang diperkatakan oleh Jai tiada asas.

Mungkin Jai menulis dari Menara KL atau KLCC atau juga salah satu kopitiam di Bangsar. Mangharapkan habuan daripada seseorang dengan ‘mengutuk’ seseorang lain ialah kerja hina pada profesion kewartawanan.

Jai juga jangan jadi juara untuk melaga-laga ahli politik Terengganu. Tidak ada gunanya, esok kalau mereka berbaik semula, mana Jai nak letakkan muka? Politik ialah game of impossible. Hari ini bermusuh esok berkawan.

Jai, kembalilah ke pangkal jalan! Lebih amat memalukan lagi jika bukan Jai sahaja terbabit dalam penulisan sebaliknya jika Ahli Parlimen Dungun juga terbabit sama.

Baca tulisan Jai sepenuhnya:

Umno President, please look into this!

http://justread-whatever.blogspot.com

I hope Prime Minister and Umno President Datuk Seri Najib Tun Razak and his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin got the time to read this. At least, their aides would alert them on this. Its all about an Umno division in Terengganu. To be precise - Dungun. I also heard similar problems in some other divisions. If it goes unattended, Umno will forever be labeled as a party for the rich and famous and for those with political connection. I did my own investigation and found out that most of the allegations are true. If MB Terengganu Datuk Ahmad Said is to be dragged into this, I am willing to bear the consequences. The compilation of complaints via SMS and conversation lead to this summary:

Kebanyakan ketua bahagian Umno sudah diserap dengan kepercayaan bahawa sebagai ketua, merekalah yang layak menjadi Ahli Parlimen. Tidak kiralah berapa lama mereka memegang jawatan. Pada mereka, penjawat lain seperti timbalan ketua bahagian, setiausaha dan sebagainya tidak layak langsung ke Dewan Rakyat.

Ketua Umno bahagian Dungun masih Datuk R. Dia pernah jadi Ahli Parlimen hanya sepenggal. Jika dia seorang MP yang bagus, berwibawa dan menyumbang kepada bahagiannya, dia seharusnya masih menjadi wakil rakyat hingga kini. Bagaimanapun, pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu, Ketua Perhubungan Umno negeri ketika itu, Idris Jusoh menggugurkannya. Sebaliknya, timbalan Dtk R iaitu Matulidi dipilih sebagai calon dan memenangi kerusi Parlimen berkenaan.

Dua tahun selepas menjadi Ahli Parlimen, Matulidi menghadapi pelbagai masalah, Kebanyakan usahanya di Dungun tidak mendapat sokongan ketua bahagian. Malah dalam banyak kes, penduduk Dungun dihasut agar jangan menyertai mana-mana projek yang diatur oleh Matulidi. Khabarnya, ketua bahagian seorang yang berduit dan mempunyai hubungan rapat dengan Menteri Besar Terengganu. Jadi, apa juga karenahnya di Dungun tidak diendahkan oleh Badan Perhubungan Negeri. Apatah lagi tidak ada siapa pun yang berani campur tangan atau menegurnya.

Matulidi seorang yang berwawasan tinggi, mahu memajukan kawasannya, ingin melihat rakyatnya meningkatkan taraf hidup, mengurangkan kemiskinan, mengatasi masalah ibu tunggal dan mencari jalan membantu menghuraikan masalah generasi kedua Felda.

Beliau sudah pun menemui Timbalan Perdana Menteri bagi memohon apa saja projek yang boleh dibawa ke Dungun, umpamanya hospital, jalan kampung, projek ekopelancongan di pinggir Sungai Dungun serta projek memperdalamkan muara Dungun, membina benteng penahan ombak dan mewujudkan industri perkapalan kecil di sana.

Belum pun apa-apa, sudah timbul dakyah di Dungun bahawa Ahli Parlimen ini ingin membawa projek yang menyusahkan rakyat, kononnya semua projek ini akan disertai oleh orang luar dan bukannya penduduk tempatan. Ketua bahagian, khabarnya, berkuasa penuh melulus akan menolak semua projek berkenaan sebagai kapasitinya sebagai seorang ketua.

Ketua ini juga rapat dengan pihak berkuasa tempatan. Tidak hairanlah tiba-tiba sewa Pusat Khidmat Ahli Parlimen yang disewa dari Majlis Perbandaran Dungun dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM3,000 sebulan. Di samping itu, ada ura-ura untuk menaikkan kadar sewa kedai dan pejabat di bawah PBT sebanyak 50 peratus. Ini semua akan dipersalahkan kepada Ahli Parlimen dengan harapan kebencian rakyat terhadapnya akan meningkat.

If this is what Umno is today, the next PRU will definitely see Terengganu fall to the Opposition again. Until such complication is addressed, Umno Terengganu which still have chronic problems since PRU12 will forever remain as a burden to its President. It may look petty but if it goes without any action taken, more scabs will grow and Umno will be seen as a party for those with muscles. In the end? I believe Umno needs more than just a good clean up.

Friday, April 9, 2010

DIN ADAM…KENAPA MELATAH?

(Khamis, 2010 April 08)

Oleh Zamzuri Damanhuri

SAYA membaca ‘posting’ Hambali Abd Latiff dalam blognya http://hambali1.blogspot.com terbaru bertajuk DIN ADAM UGUR SAYA… ekoran terbitnya buku KEMELUT POLITIK TERENGGANU.

Kenapa melatah? Dalam politik Terengganu terkini, Din Adam sepatutnya sedar kekecohan yang menyebabkan timbul kemelut berpunca dari dia dan kawan-kawannya yang digelar 10 Budak Hitam.

Mustahil Din Adam lupa bagaimana dia mendedahkan segala dakwaan dan fitnahnya terhadap YAB Datuk Ahmad Said di depan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, di Pejabat Menteri Dalam Negeri, ketika pertemuan semua ADUN BN Terengganu dengan Hishammuddin.

Ketika upacara memalukan YAB Datuk Ahmad Said dibuat oleh Din Adam, bossnya, Datuk Seri Idris Jusoh ada sama.

Ada Datuk Ahmad Said menjawab segala tuduhan dan fitnah Din ketika itu? Din sepatutnya sedar, ketika dia buat perkara-perkara buruk yang boleh menyebabkan Datuk Ahmad Said malu, jatuh air muka dan tersinggung, tidak pula Datuk Ahmad Said menyerang Din Adam macam mana Din Adam menyerang Hambali Abd Latiff.

Sepatutnya, Din mentelaah buku KEMELUT POLITIK TERENGGANU itu secara berhati-hati dan buat pertimbangan…apakah benar apa yang ditulis di dalam buku itu atau semuanya tidak benar sama sekali.

Betul ke dakwaan sesetengah pihak, Din Adam antara orang yang awal ditawarkan jawatan Exco oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tetapi Din menolaknya. Dia bukan menjawab perlawaan itu terus kepada Datuk Ahmad Said sebaliknya mengirim pesan menolak perlawaan itu melalui pihak ketiga.

Bukankan ini perbuatan seorang yang biadap? Datuk Ahmad Said dilantik menjadi MB Terengganu bukan atas kehendak dirinya tetapi atas rasa tanggungjawabnya kepada Negeri Terengganu dan orang-orang Melayu dan seluruh rakyat Terengganu yang memerlukan pemimpin yang mesra rakyat, mudah didekati dan mengambil berat masalah kemiskinan rakyat jelata.

Seperti yang diucapnya berkali-kali, beliau juga berasal dari keluarga miskin yang tentunya dapat merasai erti kemiskinan yang sebenarnya.

Din Adam sepatunya turut melayari blog budaknya, Abd Mubin Ismail di http://jaranganakmelayu.blogspot.com yang terus menerus menulis untuk mengutuk, menghina, mengejek dan memperendah-rendah kepimpinan YAB Datuk Ahmad Said. Pernah kita dengar cerita ada mana-mana wakil rakyat (ADUN) yang dikatakan bersama-sama Datuk Ahmad Said pergi menggugut Abd Mubin Ismail, budak Din Adam ini?

Sebagai seorang yang waras, sesiapa sahaja yang membaca tulisan Abdul Mubin Ismail akan dapat merasakan bahawa ‘budak ini kurang seposen, seringgit’ tetapi dia bebas terus menyerang kepimpinan Datuk Ahmad Said.

Sebagai salah seorang penulis yang menyumbang tulisan ke blog http://citra-bangsa.blogspot.com, saya juga sependapat dengan Saudara Hambali Abd Latiff yang berasa bangga apabila tulisan saya juga antara tulisan yang diambil oleh Saudara Zainal Yusof untuk dimasukkan ke dalam buku KEMELUT POLITIK TERENGGANU.

Saya juga difahamkan, buku KEMELUT POLITIK TERENGGANU terpaksa diulang cetak dalam tempoh sebulan berada di pasaran kerana laris jualannya.

Kepada Saudara Zainal Yusof, saya mengharapkan saudara tampil memperkenalkan diri kepada Din Adam yang tidak senang duduk dan tidak lena tidurnya sejak buku ini menemui pembaca di Terengganu.

Cerita Din Adam tidak mengiktiraf YAB Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu, sekaligus tidak menerima perlantikan DYMM Sultan Terengganu memang menjadi cerita besar di Terengganu suatu ketika dahulu.

Ada juga cerita dari mulut ke mulut yang didengar, pihak Istana Terengganu sudah bersedia menerima semula bintang ‘Dato’ yang Din terima jika Din sudah tidak mahu lagi mengikhtiraf Istana Terengganu dan kuasa yang ada di dalam isu perlantikan Menteri Besar.

Walaupun Din kini sudah tidak berjawatan di dalam Umno Bahagian Dungun, khabarnya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tetap mahu melantiknya menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri.

Suatu ketika dahulu, heboh cerita Din Adam akan dilantik menjadi Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu menggantikan Datuk Dr. Rosli Mat Hassan.

Nasib baiklah doa ahli-ahli Umno Terengganu supaya perkara perlantikan Din Adam itu tidak terjadi kerana Din adalah orang yang kalah jawatan Ketua Bahagian di tangan Datuk Dr. Rosli.

Din juga diceritakan oleh mereka yang mengenalinya di Bukit Besi bercita-cita mahu menjadi MB Terengganu. Apabila dia menolak jawatan Exco yang ditawarkan oleh YAB Datuk Ahmad Said, dia merasakan dia adalah layak untuk jawatan MB dan bukan Exco.

Dulu, ketika bumbung stadium runtuh ada cerita mengatakan SPRM berminat untuk berjumpa dengan tiga orang penting dalam era kepimpinan Idris Jusoh. Antara nama yang disebut-sebut oleh media itu ialah Din Adam.

Sejauh mana kebenaran cerita itu, tidak pula diketahui tetapi apabila Din Adam sudah mula menyerang Hambali Abd Latiff ketika sidang DUN awal April lalu, membuktikan Din ini jenis gedebe juga.

Agaknya Idris Jusoh memang suka berkawan dengan ‘gedebe’ hingga ada ‘gedebe’ yang berseluar pendek mengiringi Idris ke Dewan Undangan Negeri tahun lalu, ketika heboh cerita pemboikotan sidang DUN.

Saya akan menulis lagi selepas ini walaupun terpaksa berdepan dengan ugutan kerana saya juga seperti Hambali Abd Latiff, tidak akan berganjak dari mempertahankan kebenaran walaupun digelar penulis upahan dan sebagainya.

Memetik kata-kata Zainal Yusof dalam tulisannya, yang menyerang Datuk Ahmad Said tidak pula digelar ada penaja di belakangnya tetapi yang mempertahankan Datuk Ahmad Said pula digelar dan diserang habis-habisan.

Hairan dunia ini…mengkritik kerajaan dianggap hero, mempertahankan kerajaan dianggap pengampu!

Tunggu apa komen Abdul Mubin Ismail, budak yang pernah menjadi PA Din Adam.

DICATAT OLEH CITRA-BANGSA DI 10:00 0 ULASAN