Friday, April 13, 2012

SAMPAI KE SUMPAH LAKNAT - PAS MENGAKU KALAH DENGAN AHMAD SAID

 

“Tunggu dia buatlah, dulu....Berapa ramai orang yang dah termakan kata-kata mereka. Merekalah yang sepatutnya sumpah dulu, kenapa kita pula. Macam Anwar Ibrahim, apabila dia dimalukan (kes liwat), sepatutnya dia yang perlu bersumpah. Pas perlu menyuruh Anwar dulu sumpah laknat, tapi dia (Pas) tak buat pun,” - Ahmad Said

Mudah saja bagi Ahmad Said (Datuk Seri Ahmad Said) iaitu pemimpin PAS bersumpah laknat terlebih dahulu bahawa mereka bukan pemimpin yang menyesat dan PAS pula bukan Parti Ajaran Sesat.

Jangan suruh orang sumpah tetapi sendiri enggan bersumpah bahawa selama ini merekalah yang menyesatkan orang Islam, bukan sahaja di Terengganu tetapi juga di negeri-negeri lain hingga ke Johor dan Kedah/Perlis.

Dalam kes dengan beliau, Ahmad Said menegaskan PAS sanggup meminta bersumpah laknat tetapi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi idola mereka – PAS tidak pun menyuruh Anwar bersumpah mengenai pelbagai tuduhan termasuk biseksual.

Dengan menimbulkan isu sumpah laknat yang dikaitkan dengan Pas Ajaran Sesat ini nampak sangat PAS kini kehabisan modal untuk menentang UMNO, khususnya Ahmad Said.


Hakikatnya, PAS sendiri bercelaru isu mubahalah ini. Lihat apa kata Flying Kick.

Ternyata PAS double-standard dalam menilai pemimpin Islam lain iaitu antara UMNO dan PKR hanya kerana PKR adalah sekutunya yang sama-sama berjuang untuk ke Putrajaya! “Kenapa saya pula kena sumpah laknat?

Mereka (Pas) yang sepatutnya sumpah dahulu. Setahu saya, sumpah laknat ini (dilakukan) jika kita buat sesuatu tetapi kita tidak mengaku,” tegas Ahmad Said semalam.

Ahmad Said yang tenang (tidak berang seperti dilaporkan Sinar Harian) menjawab soalan wartawan di Wisma Darul Iman semalam (gambar atas)  sambil menegaskan, Pas sepatutnya membuat sumpah laknat terlebih dahulu dan bukannya Umno.

“Tunggu dia buatlah, dulu (mereka) nak berdebat, (sekarang) kita ada orang yang dia nak berdebat. Berapa ramai orang yang dah termakan kata-kata mereka. Merekalah yang sepatutnya sumpah dulu, kenapa kita pula.

“Macam Anwar Ibrahim, apabila dia dimalukan (kes liwat), sepatutnya dia yang perlu bersumpah. Pas perlu menyuruh Anwar dulu sumpah laknat, tapi dia (Pas) tak buat pun,” katanya.

Pimpinan Pas Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik semalam pada satu siudang media di Kuala Terengganu tidak menolak kemungkinan mendesak Menteri Besar itu melakukan sumpah laknat kerana melabel parti itu sebagai Parti Ajaran Sesat (P:Pas).

Kata beliau, sumpah laknat dalam bentuk ‘mubahalah’ itu perlu dilakukan jika benar semua pihak mahu memastikan kebenaran berhubung dakwaan tersebut.

“Ini adalah salah satu kemungkinan untuk mengajak Ahmad Said melakukan sumpah laknat. Kita tidak mahu benda ini (tuduhan bahawa Pas ajaran sesat) kerana benda ini berat,” katanya kepada pemberita di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Beliau berkata demikian mengulas penganjuran Wacana ‘Pas: Parti Ajaran Sesat’ anjuran Badan Perhubungan Umno Terengganu, Khamis lalu.

Ahmad Sais berkata semaam,  pihaknya akan memperluaskan isu terbaru ini kerana seluruh negara termasuk satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, di sebalik mengatakan mahu Ahmad Said bersumpah, Abu Bakar yang juga ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat kemudian tidak menolak bahawa kemungkinan bersumpah laknat itu tidak berlaku kerana mubahalah adalah sesuatu yang berat.

Malah beliau memperlekehkan sumpah laknat dilakukan Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap majikannya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.