
Namun yang saya dapat maklumat, mereka bagaikan tidak diendah. Faham-fahamlah!
Ada yang mengatakan UMNO atau pemimpin kerajaan kini begitu ‘selesa’ dengan kedudukan mereka seolah-olah tidak akan kalah.
Pilihan raya seperti permainan bolasepak. Apa sahaja akan berlaku dan masa-masa kecederaan amat penting untuk menjaga gawang daripada dibolosi.
Kebimbangan saya bukan kerana saya tidak diendahkan atau dipandang sebelh mata tetapi isu-isu yang dibangkitkan blogger propembangkang kadang kala sukar untuk ditepis.
Maklumat tidak ada dan kadangkala terlalu bersifat peribadi.

Contoh berikut ini hanya ‘tuan badan’ sahaja boleh menafikannya.
Baca dan teliti!
Anak gadis Najib belanja RM195,000 dari sumber sahih
Berita mengenai anak gadis Perdana Menteri yang berbelanja sebanyak RM195,000 di sebuah gedung membeli belah terkemuka di Australia, adalah daripada sumber yang sahih. Keratan akhbar West Australian bertajuk “Delegates go shopping and sightseeing‘ itu diperoleh menerusi satu kiriman email oleh satu sumber yang dipercayai kepada Keadilan Daily.
Sumber itu memperoleh keratan berkenaan daripada seorang ahli politik Australia, yang enggan dinamakan atas sebab-sebab politik.
Bagaimanapun, laporan berita dari akhbar bercetak West Australian itu tidak disiarkan di dalam akhbar dalam talian mereka. Ekoran itu, keratan berita itu kini turut tersebar di internet dan dimuatkan di blog dan dalam laman sosial seperti Facebook.
Nilai wang yang dibelanjakan anak gadis Najib bagaimanapun dianggarkan sebanyak RM195,000 mengikut kadar tukaran semasa dan bukan RM180,000 seperti dilaporkan pada awalnya.
Semalam, Keadilan Daily menyiarkan berita anak perempuan Datuk Seri Najib Razak membelanjakan kira-kira RM180,000 atau A$60000 untuk barangan jenama di David Jones- sebuah gedung terkemuka di negara itu.
Memetik keratan akhbar Australia itu, seorang wanita Pertama yang tidak dinamakan turut membelanjakan A$150,000 (RM487,000) bagi membeli mutiara.
Kesempatan membeli belah itu diambil ketika Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Perth untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), minggu lalu.
Antara yang turut serta dalam delegasi berkenaan ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan Presiden PPP, Datuk M Kayveas.
Ekoran daripada itu, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sebelum ini dikatakan membeli cincin berlian berharga RM24 juta, terus menerima kritikan.
Dipetik dari tranungkite.net/v11/