Wednesday, November 3, 2010

APABILA KAFIR MENGKAFIRKAN UMNO

"Yang kita sedihnya apabila Kit Siang menuduh orang Melayu parti UMNO kafir disambut dengan laungan takbir ‘Allahuakhbar’ oleh pemimpin PAS bersama penyokongnya yang dianggap menjual agama Islam kepada kaum lain. Inikah parti yang melaungkan perjuangan Islam yang patut kita sokong dan sudah jauh terpesong akidah sebenarnya?” - Datuk Seri Mohd Ali Rustam.


Ini bukan soal memainkan isu agama. Tetapi kalau pemimpin utama DAP menuduh UMNO kafir, apakah kita sebagai orang Islam hanya berdiam diri dan biarkan saja UMNO dicerca dan diperlakukan sedemikian?

Wajarlah orang Islam-UMNO hanya menerima sahaja kata-kata Lim Kit Siang tanpa berbuat apa-apa? Saya hanya menyangkal kata-kata Kit Siang bukan mengajak mengangkat senjata!

Pemimpin DAP kini seolah-olah ‘mendapat restu’ daripada PAS dan permulaannya dibuat oleh seorang pemimpin bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong PAS di Terengganu baru-baru ini.

Ucapan wakil DHPP iaitu Dr Chandra pada Ijtima’ PAS kali ke 14 di Batu Rakit, ternyata amat biadap sekali apabila dia telah mempertikaikan keimanan dan juga taraf keislaman ahli-ahli UMNO.

Wakil DHPP ini berhujah sambil memperalatkan surah al-Maidah yang menyebut tentang keadilan islam yang bersifat sejagat yang kononnya di amalkan dalam PAS sahaja. Kafir ini juga dengan berani telah menuduh bahawa UMNO lah parti yang merosakkan Islam didalam negara Malaysia.


Dr Chandra ini telah mewar-warkan pada Itjima’ tersebut bahawa UMNO menentang hukum hudud yang cuba dibawa PAS. Dan di sinilah dia mengeluarkan pandangan bahawa dari sudut pemahamannya bahawa UMNO itu sudah kafir dan murtad!

Seperti kata mykmu.net, mungkin inilah hasil “dakwah” PAS kepada bukan Islam tentang ukhwah Islamiyah. Dan dengan hasil didikan PAS ini menjadikan puak kafir semakin berani menyuarakan ketidak puasan hati mereka terhadap umat Islam lainnya. Apatah lagi terhadap bangsa melayu yang beragama Islam didalam UMNO yang telah lama dikafirkan oleh PAS.

Melihat ‘keberanian’ bukan Islam sedemikian mencaci UMNO, DAP juga semakin berani mencampuri urusan agama Islam dengan menuduh orang UMNO kafir.

Dalam usahanya menarik sokongan pengundi Melayu menyokong PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, DAP dalam ceramahnya di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Terah, berani melakukan provokasi sedemikian.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat ucapan menuduh UMNO kafir di hadapan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kita tidak hairan dengan Anwar kerana “banyak rentak politiknya dilihat semakin sumbang” tetapi yang memalu dan menyedihkan ialah Nik Aziz sanggup membiarkan orang kafir memperlekehkan dan memperkecilkan UMNO sewenang-wenangnya.

Jika demikian sikap Nik Aziz bolehkah kita katakan, dalam hati Nik Aziz sendiri, beliau pun menganggap UMNO sedemikian?

Yang kita sedihnya apabila Kit Siang menuduh orang Melayu parti UMNO kafir disambut dengan laungan takbir ‘Allahuakhbar’ oleh pemimpin PAS bersama penyokongnya yang dianggap menjual agama Islam kepada kaum lain. Inikah parti yang melaungkan perjuangan Islam yang patut kita sokong dan sudah jauh terpesong akidah sebenarnya?” demikian menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Berceramah kepada pengundi di peti undi Kampung Baru Hulu, Gua Musang petang kelmarin, Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka, berkata mungkin pengundi di DUN Galas baru sedar tindakan Kit Siang yang mengutuk orang beragama Islam.

Tahniah Datuk Seri Mohd Ali kerana menyatakan yang benar dan berani berdepan dengan PAS bukan seperti sesetengah pemimpin UMNO yang asyik ‘mahu menjaga hati bukan Islam’ walaupun mereka sudah melampau!

Namun menghairankan ialah bagaimana Nik Aziz dan pemimpin PAS melihat perbuatan itu halal dan apakah kata-kata nista dan provokasi ini akan dibiar dan terus dianggap halal di sisi perjuangan PAS demi kepentingan politik pembangkang?

Memualkan ialah gelagat pemimpin DAP mencampuri urusan agama Islam sejak bergabung dalam pakatan pembangkang ialah sikap PAS yang merest bukan Islam mengutuk orang Islam yang tidak sokong parti itu.

Bukan sahaja pengundi di DUN Galas tetapi seluruh umat Islam di Malaysia patut mengambil ingatan dengan sikap melampau DAP itu yang menuduh orang UMNO kafir dan perbuatan itu pula direstui PAS.

Semuanya ini berlaku kerana ajaran pemimpin PAS yang menjual agama dan tidak menghalang apabila bukan Islam menuduh orang Melayu tidak menyokong PAS sebagai kafir.

Pemuda UMNO Putrajaya semalam membuat laporan polis terhadap Lim Kit Siang atas dakwaan bahawa pemimpin DAP itu melakukan porovokasi dan membelakangkan perlembagaan dengan menuduh UMNO sebagai kafir.

Berikutan itu Naib ketua Pemuda Umno bahagian Putrajaya, Mohd Hisamudin Yahaya semalam membuat laporan polis berhubung kenyataan penasihat DAP itu. Laporan polisnya menyebut: "Kenyataan daripada dilihat begitu melampau yang menuduh orang UMNO kafir dan seolah-olah mendapat restu daripada pihak lain dalam pakatan pembangkang.

Tindakan ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana parti UMNO mewakili bangsa Melayu dan beragama Islam.

Jika PAS menggunakan Islam untuk meraih sokongan, DAP kini menggunakan Islam untuk mengkafirkan UMNO dan orang Islam dalam UMNO bagi membuktikan keserasian mereka dalam pakatan pembangkang.

Kita menunggu apa tindakan selanjutnya oleh pihak atau pihak berkuasa kerana Menteri Dalam Negeri baru-baru ini sekali lagi berjanji akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan agama untuk kepentingan peribadi kaum atau parti.

Lagipun kenyataan Kit Siang itu menyakit hati dan menyebabkan orang Islam marah!.