Wednesday, May 16, 2012

HANYA ‘TOK GURU’ HAJI HADI ADDIN, PEMIMPIN UMNO TERENGGANU TIDAK ISLAMIK!!! (BHG AKHIR)

Berat Sama Dipikul...Falsafah Kerjasama Kepimpinan UMNO/BN di Marang...
Pada 9 Mei lalu dan semalam, Rakyat Malaysia menyiarkan Bahagian Pertama dan Kedua Rencana Tiga Siri Mengenai 'Sumbangan' Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang.


Hadi sudah menjadi ADUN lebih 30 tahun dan Ahli Parlimen berbelas tahun, bertukar ganti dengan Datuk Abdul Rahman Bakar. Akhir-akhir ini banyak contoh dan kejadian yang mencabar Hadi, apakah beliau MENGAMALKAN ADDIN SEPERTI YANG BELIAU GEMBAR GEMBURKKAN? Apakah beliau prihatin terhadap pengundinya? Lihat projek-projek di bawah ini. Apakan ini daya usaha Hadi? Bahagian Akhir: Ahmad Said Jugak!!!

Addin yang dilaung-laungkan Hadi, walaupun mengancam kestabilan negara...
 Bahagian Akhir


11. Marang jelapang padi kedua Terengganu

Daerah Marang bakal dijadikan jelapang padi kedua Terengganu kerana kawasan itu sesuai untuk diusahakan dengan tanaman itu namun pada masa yang sama dibiarkan oleh pemiliknya. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Asha'ari Idris yakin bekalan padi untuk menampung keperluan di Terengganu akan mencukupi sekiranya kesemua kawasan itu diusahakan.

Katanya kawasan pengeluaran padi yang paling luas setakat ini di Terengganu ialah di Jelapang, Setiu yang melibatkan kawasan lebih 100 hektar dan kos kemudahan asas hampir RM50 juta.

Terengganu memerlukan kawasan seluas 24,000 hektar pada tahun 2020 bagi tanaman padi untuk menampung keperluan dalam negeri.

Kerajaan BN Jugak!!!
 

Penduduk Marang terutama Rhu Rendang perlu berubah supaya zaman kegemilangan ketika Datuk Abdul Rahman Bakar dari Barisan Nasional (BN) menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal(1999-2008), pelbagai projek Kerajaan Pusat dapat dijayakan dan dilaksanakan dengan lancar.

Sepanjang 1999-2004 pelbagai projek Kerajaan Pusat berjaya dilaksanakan di Marang termasuk Bangunan Mara, jeti pendaratan ikan, projek mendalamkan muara sungai Marang, Institut Latihan Perindustrian, Institut Latihan Belia, bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Marang dan Institut Latihan FRU. 

Secara umumnya, Daerah Marang dan Pusat Bandar Marang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang merupakan antara bandar yang paling ketinggalan di segi pembangunan sejak 30 tahun lalu.


Puncanya mudah. Ia berada di bawah pemerintahan pembangkang. “Rhu Rendang antara kawasan yang paling ketinggalan dalam arus pembangunan dan segala yang dikecapi hari ini merupakan `ehsan’ daripada Kerajaan Pusat. Peruntukan dari aspek bantuan dan menyediakan kemudahan yang disediakan kerajaan negeri kepada rakyat mungkin sama sebagaimana kawasan lain, tetapi banyak pembangunan yang mahu dilaksanakan Kerajaan Pusat seperti Kolej Matrikulasi yang diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU )Ke-12, terbengkalai selepas Parlimen Marang jatuh ke tangan Pas,” kata Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Haji Nik Dir Nik Wan Ku.

Proses menyalurkan peruntukan bagi membangunkan kolej berkenaan yang dikatakan sudah mempunyai kontraktor itu terbantut apabila Marang yang sebelum ini di bawah Kerajaan Barisan Nasional beralih kepada Pas selepas PRU 12.

Selain Kolej Matrikulasi, Pusat Kesihatan Marang, Pejabat Pelajaran Daerah Marang, Pejabat Gunasama Persekutuan, Mahkamah Majistret, Pejabat Pendaftaran Negara, Sekolah Menengah Sains dan Mini Stadium yang mana semuanya sudah ditentukan kawasan bagi pembangunan projek oleh Kerajaan Pusat itu gagal diteruskan. “Inilah akibatnya apabila penduduk Marang sendiri yang menggadai kawasan mereka kepada pembangkang pada PRU 12 yang lalu."

Pendek kata semua pejabat kerajaan dan agensi berkenaan sudah ada peruntukan dan tanah masing-masing, serta hanya menunggu untuk dibangunkan sahaja. Tetapi malang sekali, peranan wakil di peringkat Parlimen gagal meneruskan kesinambungan perjuangan membangunkan Marang serta Rhu Rendang sendiri,” ujarnya.


Perkara-perkara yang disebut di atas hanya beberapa contoh tidak termasuk pemberian BR1M, e-Book kepada pelajar sekolah rendah, bantuan Dana Remaja, Bantuan Hari Raya, Bantuan One-Off untuk ke IPTA dan IPTS, dana untuk warga emas, Bantuan Penyakit Kronik dan banyak lagilah…

Persoalan ialah apakah dengan kedudukannya sebagai Presiden PAS dan dianggap ‘Tok Guru’ oleh pengikutnya, Hadi tidak perlu melihat ‘masalah rakyat yang dianggap hanya perkara kecil’ sedangkan isu Islam dan kerjasama dalam pakatan rakyat lebih besar?

Siapa melihat masalah belia dalam konteks sukan, pembelajaran, keusahawanan dan aktiviti roada lain kalau bukan pemimpin UMNO dan BN seperti Senator Datuk Abdul Rahman Bakar (kiri), Datuk Yahya Khatib Mohamad, ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah, Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Bukit Payong, Zaidi Muda dan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku?

Malah, perbahasan Hadi pada Sidang Dewan Undangan Negeri  yang lebih bersifat ‘ceramah’ tidak pun menimbulkan isu rakyat dan pembangunan di Marang.

Apakah Hadi meletakkan dirinya sebagai orang yang hanya layak untuk berbahas mengenai isu-isu agama semata-mata?

Tidakkah Hadi merasa berdosa membiarkan rakyat di Marang lebih bergantung kepada kerajaan BN dalam mendapatkan sokongan, bantuan atau apa sahaja keperluan mereka kerana Hadi meletakkan kefahaman bahawa memang kerajaan perlu mengambil tahu semua masalah rakyat?

Jadi jika demikian, untuk apa Hadi mahu terus menjadi Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang?

Makan Gaji Buta dan mengharapkan kerajaan BN Terengganu dan Pusat ‘mencuci segala kekotoran kelembapan pembangunan dan masalah rakyat di Marang?

Ternyata PAS mempunyai Presiden, Ahli Parlimen di Marang yang juga ADUN Rhu Rendang yang hanya bijak bercakap tetapi TIDAK MENGOTAKAN KATA-KATANYA BAGI MENGAMALKAN ADDIN YANG diperjuangkannya! Inikah jenis wakil rakyat atau pemimpin Islam yang wajar diagung-agung dan disanjung?

Kerana itu, BN Marang kini begitu bersemangat dan penuh yakin untuk menang semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung daripada parti PAS selain kerusi Parlimen Marang yang kini disandang Abdul Hadi.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad (kanan), berkata dalam usaha merampas semula DUN Bukit Payung dan Parlimen Marang, dua kerusi DUN iaitu DUN Pengkalan Berangan dan DUN Alor Limbat, yang kini disandang BN tidak mempunyai masalah untuk dipertahankan.

Katanya, jika BN berjaya mempertahankan Pengkalan Berangan dan Alur Limbat selain, merampas kembali DUN Bukit Payung, selain mengurangkan majoriti di DUN Rhu Rendang yang kini disandang Abdul Hadi, tidak mustahil Parlimen Marang juga akan kembali bersama BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

PEMBANTAH 'SAMSENG TAHI KUCING' SEBENARNYA PENGECUT...POLIS BURU 115 HARI INI

Jangan kasi peluang!

Mereka BERANI BUAT KACAU dan sanggup ingkar perintah polis!

Mereka menunjuk berani dengan lagak ‘samseng tahi kucing ’ tetapi rupa-rupanya pengecut habis. Diminta beri keterangan lari menyorok!


Berikutan itu polis akan memburu 115 pembantah yang belum menyerah diri. Menurut polis, hanya 26 daripada 141 individu yang dikehendaki polis kerana dipercayai terlibat dalam perhimpunan pada 28 April di ibu negara telah menyerah diri.

Jumlah itu ialah sehingga pukul 7 malam semalam dan tempoh menyerah diri yang diberikan polis akan tamat tengah malam tadi.

Pada 28 April lepas, segelintir peserta perhimpunan bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Berikutan rusuhan itu, polis menyiarkan gambar peserta berkenaan melalui media dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin berkata polis akan membuat tangkapan dari rumah ke rumah terhadap peserta perhimpunan yang enggan menyerah diri mulai Rabu ini setelah tempoh seminggu diberikan untuk mereka.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan perhimpunan itu dijalankan di Dataran Merdeka dan memberikan tempat lain sebagai pilihan kerana dataran hanya sesuai untuk acara rasmi peringkat nasional.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa berkata: "Kesemua mereka (yang menyerah diri) dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka dirakam.”