Saturday, December 22, 2012

JENAYAH DI SELANGOR - DAP LINDUNGI PBT JADI ‘DURI DALAM DAGING’?

"Memang ada premis yang sudah diserbu tetapi masih menjalankan kegiatan perjudian kerana polis tidak mendapat kerjasama yang baik daripada 12 pihak PBT di negeri ini untuk menyita premis berkenaan...Kalau kerjasama yang baik diterima daripada PBT, kita yakin dapat melumpuhkan sepenuhnya aktiviti 1,577 premis judi."
 - Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah

Jika mahu dikatakan Kerajaan Negeri Selangor tidak kisah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melindungi penjenayah, ia mungkin suatu tuduhan berat.

Ini menimbulkan pertanyaan apakah ada kebenaran suara sebelum ini mengatakan kerajaan negeri tidak serius membenteras jenayah?

Apakah tuduhan itu berbentuk ‘kata-kata liar’ atau tanggapan semata-mata.


Menyedihkan ahbar berbahasa Cina melaporkan Exco Selangor, Ronnie Liu bagaikan menyalahkan polis apabila meminta polis dan agensi lain supaya lebih agresif.

Reaksinya,  Polis Selangor menyatakan kesalnya kerana dipersenda apabila ada pihak memperkecil atau menafikan usahanya mengekang kewujudan premis perjudian tidak berlesen ia memerlukan perhatian semua pihak.

Kenyataan itu membuka mata setiap daripada kita bahawa PBT Selangor menjadi faktor kernapa usaha membendung kegiatan jenayah di negeri itu tidak berjaya.

Apakah benar kata-kata bahawa DAP adalah di belakang kegiatan perjudian, rumah urut dan kegiatan jenayah lain dengan menggunakan PBT melindungi kegiatan mereka?


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, purata serbuan yang dilakukan dalam sehari adalah sebanyak 23 manakala jumlah serbuan yang dilakukan antara bulan Januari hingga November lalu ialah 7,809 operasi.

Tanggungjawab membanteras premis perjudian komputer bukan hanya terletak di bahu polis semata-mata sebaliknya memerlukan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan beberapa agensi penyedia perkhidmatan elektrik dan air.

Ronnie Liu..sering salahkan polis
"Sepanjang tempoh berkenaan, polis merampas 26,655 komputer yang digunakan untuk tujuan perjudian dan sebanyak 2,045 tangkapan dibuat.

"Memang ada premis yang sudah diserbu tetapi masih menjalankan kegiatan perjudian kerana polis tidak mendapat kerjasama yang baik daripada 12 pihak PBT di negeri ini untuk menyita premis berkenaan supaya tidak terus menjalankan kegiatan berkenaan.

"Kalau kerjasama yang baik diterima daripada PBT, kita yakin dapat melumpuhkan sepenuhnya aktiviti 1,577 premis judi selain membendung aktiviti tidak sihat daripada berleluasa di kalangan masyarakat," katanya pada sidang akhbar kelmarin.

Apa makna kata-kata Tun Hisan itu?

Ia memberikan gambaran bahawa sepatutnya PBT yang membantu polis sebaliknya ia menjadi ‘duri dalam daging’ kepada polis.

Apakah Ronny Liu yang sebelum ini banyak dikaitkan dengan jenayah hanya mahu melindungi pihak tertentu di Selangor dengan menyalahkan polis?
 
Lihat antara apa yang diperkatakan mengenai Ronnie Liu:



Laporan akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini menyebut kegiatan perjudian semakin berleluasa di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong.

Akhbar sama turut melaporkan kenyataan EXCO Selangor, Ronnie Liu, bahawa tidak banyak boleh dilakukan PBT bagi membendung kegiatan judi tanpa lesen di negeri itu dan meminta polis dan agensi lain supaya lebih agresif.

Tun Hisan berkata, daripada 541 permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memotong bekalan elektrik ke premis judi, hanya 85 dilakukan selepas mesyuarat antara polis, TNB dan Syarikat Bekalan Air Selangor bulan lalu.

Jelas daripada kenyataan polis bahawa kegiatan perjudian sukar dibanteras kerana polis tidak mendapat kerjasama yang baik daripada 12 pihak PBT di negeri ini untuk menyita premis berkenaan.