"Pada kebiasaannya, saya tidak fikir mereka akan mengundi menolak bajet. Tetapi berdasarkan isu-isu substantif dan jika mereka berfikiran perlu bagi menentang perdana menteri tetapi bukan bajet, maka mereka berhak melakukannya."
- Tengku Razaleigh Hamzah
"Nak boikot bajet, boikotlah...tetapi saya penuh yakin kita akan dapat sokongan yang mantap daripada semua anggota Parlimen BN untuk luluskan bajet yang akan dibentangkan itu."
Demikian
kata Menteri Belia dan
Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam.
Persoalannya,
Bajet 2016 hanya akan dibentangkan esok. Kita belum tahu ia baik atau tidak
untuk rakyat dan negara.
Tiba-tiba
timbul perkataan boikot dan usul tolak Bajet 2016.
Pertanyaan
asas ialah apakah boikot atau mengundi tolak Bajet 2016 kerana ia tidak baik
untuk rakyat dan negara atau kerana tidak suka kepada orang yang membentangkan
bajet berkenaan?
Atau
dengan kata lain, menolak Perdana Menteri!
Untuk
berjaya menolak usul itu perlu mempunyai 112 undi daripada 222 ahli parlimen.
Walaupun dengan sokongan PAS, pembangkang hanya boleh mengumpul 88 undi.
Selepas penggantungan penasihat DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Dewan Rakyat semalam, bilangan undi menurun ke 87
Selepas penggantungan penasihat DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Dewan Rakyat semalam, bilangan undi menurun ke 87
Nasib usul
sememangnya bergantung kepada ahli Parlimen BN.
Hari ini juga,
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr WanAzizah Wan Ismail mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Usul itu dikemukakan pada pukul 1 tengah hari tadi di pejabat Speaker Dewan
Rakyat.
Walaupun usul itu diterima oleh pejabat Pandikar, keputusan belum dibuat
sama ada ia akan dimasukkan ke dalam kertas perintah persidangan kali ini yang
akan membincangkan tentang Bajet 2016.
Walaupun dengan sokongan PAS, pembangkang hanya boleh mendapat 88 undi. Oleh itu, keputusan akhir mengenai usul itu bergantung kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional.
"Anda perlu tunggu dan lihat," kata Dr Wan Azizah, yang juga Presiden PKR di lobi Parlimen ketika ditanya sama ada mana-mana Ahli Parlimen kerajaan akan menyokong usul itu.
Walaupun dengan sokongan PAS, pembangkang hanya boleh mendapat 88 undi. Oleh itu, keputusan akhir mengenai usul itu bergantung kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional.
"Anda perlu tunggu dan lihat," kata Dr Wan Azizah, yang juga Presiden PKR di lobi Parlimen ketika ditanya sama ada mana-mana Ahli Parlimen kerajaan akan menyokong usul itu.
Menteri
Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pula mendedahkan, pertemuan
rahsia antara pemimpin pembangkang dan ahli Parlimen BN yang tidak dinamakan
telah diadakan berhubung undi tidak percaya.
Mohamed Azmin berkata, ia
merupakan sebahagian daripada 'strategi' untuk mendapatkan jumlah
mencukupi untuk undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau ditanya jika pembangkang mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana ahli Parlimen BN untuk menyokong usul itu, selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini Khamis.
Apabila ditanya sama ada terdapat 'pertemuan' yang diadakan untuk tujuan itu, Azmin berkata,'Ya, pertemuan. Itu banyak, anda tahu. Bagaimanapun, Azmin tidak mendedahkan berapa ramai ahli parlimen pembangkang dan BN menyokong usul itu.
Beliau ditanya jika pembangkang mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana ahli Parlimen BN untuk menyokong usul itu, selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini Khamis.
Apabila ditanya sama ada terdapat 'pertemuan' yang diadakan untuk tujuan itu, Azmin berkata,'Ya, pertemuan. Itu banyak, anda tahu. Bagaimanapun, Azmin tidak mendedahkan berapa ramai ahli parlimen pembangkang dan BN menyokong usul itu.
Veteran
Umno Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata Ahli Parlimen Barisan Nasional
(BN) mempunyai hak untuk mengundi usul undi tidak percaya terhadap Perdana
Menteri.
Ahli
Parlimen Gua Musang itu juga antara salah seorang pengkritik Najib, malah
tampil bersama-sama pada sidang media bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua
lagi peminpin Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang
disingkirkan daripada Kabinet 12 Oktober lalu.
Kumpulan
itu berkumpul untuk menentang pendakwaan terhadap bekas Naib Ketua Umno Batu
Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, di bawah
Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma) 2012.
Ketika
diminta berkongsi pandangan, Razaleigh penyokong BN dilihat tidak mungkin akan
mengundi usul tidak percaya terhadap Bajet 2016.
"Pada kebiasaannya, saya tidak fikir mereka akan mengundi menolak bajet. Tetapi berdasarkan isu-isu substantif dan jika mereka berfikiran perlu bagi menentang perdana menteri tetapi bukan bajet, maka mereka berhak melakukannya," kata ahli Parlimen Gua Musang ini kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.
Bagaimanapun, Razaleigh tersipu apabila ditanya kecenderungannya terhadap usul itu.
"Dengar dulu, apa kata mereka. Kita datang ke Parlimen dengan fikiran terbuka dan lihat hujah yang mahu mereka bentangkan," katanya.
Beliau berkata pembangkang mempunyai hak untuk usul itu jika mereka mempunyai angka.
Bagi Khairy, tindakan Ahli Parlimen mengundi
menolak Bajet 2016 di Dewan Rakyat adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab
kerana ia memberi kesan kepada jentera pentadbiran awam.
Ini kerana
selain pengurusan penyampaian
perkhidmatan kepada rakyat terpaksa dihentikan, tindakan itu memberi risiko
kepada penjawat awam dalam aspek pembayaran gaji.
Mereka
perlu ingat bahawa perbelanjaan kerajaan adalah berdasarkan Akta Parlimen yang
memerlukan kelulusan Parlimen sebelum peruntukan dalam bajet yang dibentangkan
itu dapat dibelanjakan.
"Jadi,
jangan kita mengambil risiko untuk memboikot...nak tewaskan Rang Undang-Undang
Perbekalan kerana ia adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.
Khairy,
yang juga ketua Pemuda Umno dan pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN),
mengulas gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar ahli
Parlimen tidak menyokong Bajet 2016 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat esok (23 Oktober 2015).
Susulan
itu, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen
Barisan Nasional (BNBBC) mendedahkan, terdapat beberapa Ahli Parlimen Barisan
Nasional (BN) yang tidak akan menyokong Bajet 2016.
Namun TanSri Shahrir Samad yakin parti pemerintah masih memiliki sokongan majoriti dan
terselamat dalam pengundian.
Tambahnya,
suspek ahli Parlimen yang tidak akan
menyokong Bajet 2016 sudah dikenalpasti, namun beliau tidak akan
mendedahkannya.
Shahrir turut
menafikan ahli Parlimen yang dikenalpasti itu terdiri daripada 20 wakil rakyat
yang sebelum ini didakwa akan menyokong undi tidak percaya terhadap Najib pada
sidang kali ini.
"Ia
bukan 20 nama seperti yang dikatakan sebelum ini," katanya.
Ditanya
siapa mereka, Shahrir berkata: "Ia suspek yang sama, saya rasa kamu pun
tahu. Mungkin terdapat yang tidak akan mengundi nanti semasa bajet."
Namun,
ahli Parlimen Johor Baru itu yakin majoriti masih akan mengundi menyokong bajet
yang bakal dibentangkan, kerana memiliki disiplin dan tidak terperangkap dengan
permainan pembangkang.
"Disiplin
parti sangat konsisten, menunjukkan prestasi baik dan memperbaiki perbahasan mereka.
Saya rasa tidak ada sebab untuk mereka tidak mengundi menyokong bajet
nanti," katanya.
Malah,
kebanyakan ahli Parlimen BN juga terlibat sama dalam persediaan Bajet 2016 dan
mustahil mereka bermain politik, kata Shahrir.
"Saya
yakin ahli Parlimen kami tidak berhasrat untuk bermain politik," katanya.
Melihat
kepada jumlah bilangan Ahli Parlmen yang diperlukan, rasanya usaha untuk
memboikot atau tidak meluluskan Bajet 2016, tidak akan ke mana-mana.
Akan
kecundang lagikah niat dan tindakan pihak-pihak yang mahukan Perdana Menteri
berundur?