Tuesday, October 18, 2011

GUAN ENG - BLOGGER PROUMNO BERSIFAT BINATANG


Anak saya resah gelisah dan mengalami trauma kerana pembohongan ini. Dia juga sudah tidak ke sekolah dua hari. Saya sedih kerana gagal melindungi anak saya daripada pemimpin dan blogger Umno yang bersifat binatang ini.

Demikian ujar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melalui Roketkini yang dipetik sahabat karibnya, Harakahdaily hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh meminta Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin partinya yang menyebarkan fitnah tidak bermaruah yang bertujuan menjatuhkan beliau.

“… Umno perlu bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan hidup anak saya dengan melakukan pembohongan yang keji dan tidak bertamadun itu, hanya kerana mahu menjatuhkan kerjaya politik saya,” katanya.

Kenyataan Guan Eng itu dibuat berkaitan anak lelakinya yang berusia 16 tahun didakwa meraba tetek seorang pelajar perempuan.

Menurut Guan Eng, anak lelakinya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee beliau sudah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

“Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011. Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee,” katanya.

Maknanya ditukarkan bukan kerana perbuatan meraba tetek pelajar perempaun itu. Guan Eng minta bukti!

Guan Eng kesal apabila Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut terlibat dalam fitnah yang memalukan itu. Dalam pautan twitter Khairy ada mesej yang berbunyi: “@PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.”

Menurut Guan Eng, Naib Pengerusi Umno Bahagian Bukit Gelugor, Dr Novandri Hasan Basri juga terlibat dalam penyebaran fitnah yang keji itu.

Kita tunggu apa reaksi blogger proUMNO yang dikatakan ‘bersifat binatang ‘ itu menyediakan bukti untuk menyanggah Guan Eng.

JANGAN MARAH, JAWAB DAN JAWABLAH SEPUAS-PUASNYA…

Jawab sajalah kalau tidak benar!

Jangan bila orang tuduh kita, dengan mudah cepat melenting.

Mana perginya 200 cyber trooper yang bekerja untuk menyerang dan menjawab tuduhan pembangkang?

Blogger prokerajaan atau proUMNO – khususnya yang dapat habuan tu jawablah dengan apa cara sekali pun.

Bukankah ‘anda diupah’ untuk menjalankan kerja-kerja meletakkan Barisan Nasional, UMNO dan sesetengah pemimpin yang membayar anda untuk menepis tuduhan seperti ini?
Memanglah kerja penyokong pembangkang seperti Badrul Hisham Shaharin (Cik gu Bard) memburuk-burukkan pemimpin, khususnya Perdana Menteri dan isterinya.

Kalau dia memuji bukanlah namanya kerja untuk pembangkang.

Juga mereka yang dilantik sebagai pegawai media atau sangkut paut dengannya di Jabatan Perdana Menteri buatlah kerja dan berpakatlah dengan blogger ‘upahan BN dan UMNO’ berkenaan.

Kita tidak wajar terkejut, melenting atau resah dengan edaran sebanyak 25,000 buku 'kemewahan' Rosmah.

Menurut Malaysiakini, buku itu berkaitan dakwaan pemborosan isteri perdana menteri Rosmah Mansor akan diedarkan kepada orang ramai, terutamanya di kawasan pedalaman Melayu, kata penerbitnya NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Buku nipis 16 halaman bertajuk Penjelasan Isu Cincin: Imelda Rosmah Boros itu dilancarkan di Pejabat PKR di Rembau semalam.

Pengerusi NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu Badrul Hisham Shaharin berkata, buku itu menjelaskan urutan peristiwa berkaitan cincin RM24.45 juta yang memuatkan jawapan terhadap dakwaan beliau cuba memburukkan imej Rosmah.

Badrul Hisham juga menyenaraikan beberapa soalan yang didakwanya hanya Rosmah dan Jabatan Kastam Diraja dapat menjawabnya.

"Saya juga melampirkan bukti baru terhadap dakwaan saya berkenaan cincin tersebut dalam buki ini," Badrul Hisham yang juga bekas pengerusi Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Amat jelas Cik gu Bard mahu Rosmah dan Jabatan Kastam Diraja menjawabnya. Jadi tuan badan sewajarnya menjawab segala itu walaupun sudah dijawab sebelum ini.

Tidak puas hati sama saja. Kita lihat banyak juga saman yang mengena.

Atau kalau terbukti khabar dan berita Cik gu Bad itu palsu, dakwa dan sumbat je kat mana-mana penjara.

Biar dia berehat dan menenangkan otaknya untuk memikirkan apa lagi ilham untuk ‘dakwaan serta fitnah’ selepas ini.