Jawab sajalah kalau tidak benar!Jangan bila orang tuduh kita, dengan mudah cepat melenting.
Mana perginya 200 cyber trooper yang bekerja untuk menyerang dan menjawab tuduhan pembangkang?
Blogger prokerajaan atau proUMNO – khususnya yang dapat habuan tu jawablah dengan apa cara sekali pun.
Bukankah ‘anda diupah’ untuk menjalankan kerja-kerja meletakkan Barisan Nasional, UMNO dan sesetengah pemimpin yang membayar anda untuk menepis tuduhan seperti ini?
Memanglah kerja penyokong pembangkang seperti Badrul Hisham Shaharin (Cik gu Bard) memburuk-burukkan pemimpin, khususnya Perdana Menteri dan isterinya.
Kalau dia memuji bukanlah namanya kerja untuk pembangkang.
Juga mereka yang dilantik sebagai pegawai media atau sangkut paut dengannya di Jabatan Perdana Menteri buatlah kerja dan berpakatlah dengan blogger ‘upahan BN dan UMNO’ berkenaan.
Kita tidak wajar terkejut, melenting atau resah dengan edaran sebanyak 25,000 buku 'kemewahan' Rosmah.
Menurut Malaysiakini, buku itu berkaitan dakwaan pemborosan isteri perdana menteri Rosmah Mansor akan diedarkan kepada orang ramai, terutamanya di kawasan pedalaman Melayu, kata penerbitnya NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Buku nipis 16 halaman bertajuk Penjelasan Isu Cincin: Imelda Rosmah Boros itu dilancarkan di Pejabat PKR di Rembau semalam.
Pengerusi NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu Badrul Hisham Shaharin berkata, buku itu menjelaskan urutan peristiwa berkaitan cincin RM24.45 juta yang memuatkan jawapan terhadap dakwaan beliau cuba memburukkan imej Rosmah.
Badrul Hisham juga menyenaraikan beberapa soalan yang didakwanya hanya Rosmah dan Jabatan Kastam Diraja dapat menjawabnya.
"Saya juga melampirkan bukti baru terhadap dakwaan saya berkenaan cincin tersebut dalam buki ini," Badrul Hisham yang juga bekas pengerusi Majlis Pimpinan Pusat PKR.
Amat jelas Cik gu Bard mahu Rosmah dan Jabatan Kastam Diraja menjawabnya. Jadi tuan badan sewajarnya menjawab segala itu walaupun sudah dijawab sebelum ini.
Tidak puas hati sama saja. Kita lihat banyak juga saman yang mengena.
Atau kalau terbukti khabar dan berita Cik gu Bad itu palsu, dakwa dan sumbat je kat mana-mana penjara.
Biar dia berehat dan menenangkan otaknya untuk memikirkan apa lagi ilham untuk ‘dakwaan serta fitnah’ selepas ini.