Wednesday, December 16, 2009

PELAJARILAH BAHASA MANDARIN DEMI MASA DEPAN...

Alhamdulilah, akhirnya ada Perdana Menteri yang menganggap bahasa Mandarin penting.
Gesaan Najib supaya kaum Melayu perlu mempelajari bahasa Mandarin mungkin kali pertama terkeluar daripadamulut seorang Perdana Menteri, walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini sering menggalakkan rakyat mempelajari pelbagai bahasa.

Saya pernah menyuarakan pentingnya bahasa Mandarin dan sistem pengajaran Matematik dan Sains di sekolah Cina kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi pada satu pertemuan peribadi di Jalan Bellamy, kira-kira lima tahun lalu. Namun, selepas itu saya tidak nampak ada apa-apada dasar yang cuba diketengahkan.

Mungkin Abdullah merasakan ia tidak penting seperti apa yang Najib rasakan sekarang.
Bagi saya pula, apabila China muncul sebagai salah satu kuasa besar dalam ekonomi dunia pada awal kurun ke 21, saya dan isteri turut mengambil langkah persediaan dengan menghantar tiga anak saya ke sekolah rendah kebangsaan Cina.

Sebenarnya kesedaran ini datang lebih daripada isteri saya kerana beliau sanggup berhenti kerja kerana mahu tumpukan perhatian kepada tiga anak yang belajar di sekolah Cina.

Falsafah saya dan isteri saya mudah sahaja. Bapa saya seorang penanam padi dan penoreh getah yang tidak tahu membaca dan menulis menghantar saya memasuki remove class di Sekolah Menengah Tengku Mahmud Besut pada 1967.

Kenapa beliau berbuat demikian walaupun tidak pernah bersekolah? Kerana beliau sedar bahasa Inggeris penting.

Alhamdullilah, berkat usaha dan keinginan diri saya, saya berjaya juga akhirnya, kalaupun tidaklah secemerlang sesetengah kawan saya.

Jadi, apabila anak kami yang pertama memasuki sekolah Cina pada 2001, kami berdua penuh yakin mereka akan berjaya.

Najib berkata, anak bongsunya Norashman Razak yang ketika ini sedang belajar di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, juga mengambil kursus bahasa Mandarin.

Anaknya itu nanti hanya boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dalam masa empat tahun lagi. Namun, di rumah saya pula anak-anak kami kini berkomunikasi antara mereka kebanyakannya dalam bahasa Mandarin.

Bukan itu sahaja, anak-anak saya berkawan dengan rakannya yang kaum India dari sekolah yang sama turut berturut dalam bahasa Mandarin.

Saya bersetuju dengan Najib bahawa bahasa Cina patut dipelajari kerana kini menjadi bahasa yang cukup penting. Saya bersetuju dengan Najib mungkin sudah lewat bagi kita untuk mempelajari bahasa Mandarin, tetapi sangat berharap untuk melihat lebih ramai kaum Melayu mempelajari bahasa ini di masa hadapan. .

Saya mengalu-alukan langkah kerajaan menjamin kedudukan sekolah persendirian Cina di bawah undang-undang negara.

Ini membuktikan kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersifat liberal dan inklusif.

Menurut Perdana Menteri, beliau sendiri ketika menjadi Menteri Pendidikan dahulu telah memasukkan perenggan yang menjamin kewujudan sekolah persendirian Cina sewaktu penggubalan Akta Pendidikan 1996.

Kerana itu, kesemua sekolah menengah persendirian Cina yang berjumlah 60 buah hari ini tidak perlu bimbang atau khuatir kerana kewujudannya terjamin oleh kerajaan melalui Akta Pendidikan 1996.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan UMNO dan BN atau Perikatan dahulu sentiasa bersikap liberal dan inklusif dalam pertimbangan dasar-dasar yang perlu diterapkan," katanya.
Hakikatnyam hasil sikap liberal dan inklusif kerajaan maka Malaysia mengeluarkan paling ramai rakyat berpendidikan Cina selain negara China.

Malah katanya, walaupun terdapat orang Cina di negara lain sama ada minoriti kecil atau besar tetapi tidak bebas mengamalkan cara hidup mereka kerana dasar asimilasi yang diamalkan.

Di Malaysia pula, sejak merdeka, kita mempunyai persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum yang berasaskan bukan kepada dasar asimilasi tetapi integrasi, saling hormat antara satu sama lain dan membenarkan rakyat berbilang kaum mengamalkan cara hidup, budaya dan agama masing-masing.

ROSMAH TIDAK HERAN...

Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak risau dengan begitu banyak tuduhan jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak yang bersikap memusuhi beliau.

Bercakap di Singapura, Rosmah berkata sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna dan baik, begitu juga masa depan.

“Saya tidak punya masa untuk melayan mereka," katanya kepada media Malaysia di sidang akhbar di sini hari ini bila ditanya tentang perasaannya terhadap banyak tuduhan negatif yang tersebar dalam negara yang mengaitkan diri beliau.
Rosmah berkata beliau, malahan suaminya juga, tidak terjejas tumpuan atau terlalu mengambil kisah oleh dakwaan itu oleh kerana mereka fokus dalam kerja.

Rosmah berkata bila beliau bertemu dengan isteri-isteri pembesar asing, mereka memberitahunya mereka juga menjadi sasaran parti politik pembangkang.

“Jadi, isu ini adalah budaya universal, datang dari orang-orang yang tidak senang dengan kerajaan," kata Rosmah, dan menambah tuduhan itu lebih hebat bila pilihan raya semakin hampir.

Rosmah berada di Singapura untuk menghadiri Forum Pemimpin Wanita Asean di mana beliau menyampaikan ucaptama mengenai kepimpinan wanita dalam era baru.

ANWAR SEMAKIN TERSISIH

Ternyata Datuk Seri Ibrahim Anwar kini di situasi yang amat runcing apabila pentadbiran negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Australia kini semakin pudar untuk menyokong perjuangan Anwar.

Australia yang dahulu bertindak memberi sokongan kini mula tidak memandang Anwar dan Anwar mula menunjukkan belangnya dengan membalas layanan buruk ini dengan mengkritik pentadbiran negara itu.

Paling menarik apabila Amerika di bawah pentadbiran Barrack Hussein Obama kini seakan-akan lebih yakin dengan pentadbiran Malaysia sekarang di bawah Najib. Ini dibuktikan Pentadbiran Obama seiring menjemput Najib dan wakil kerajaan ke majlis mereka. Mereka seakan-akan tahu siapa yang sebenarnya mencemarkan demokrasi. Hanya Al Gore yang menjadi talian nyawa kepada Anwar tetapi rakannya itu kian mengikut rentak pentadbiran Obama.

Anwar mahu tidak mahu terpaksa mula melakukan bermacam perkara seperti memberi gambaran kepada rakyat Malaysia bahawa beliau masih diyakini masyarakat antarabangsa di blognya. Tapi itu semua hanya palsu, kebenarannya Anwar makin tersisih.

Disebabkan itu tidak hairan pelbagai anugerah dan pengiktirafan canangan yahudi diberikan kepada Anwar semata-mata mahu menyakinkan masyarakat antarabangsa bahawa beliau masih relevan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Tapi hari demi hari, Anwar kian tersisih daripada sokongan negara-negara besar. Pentadbiran Indonesia dan Thailand pun semakin menyisihkan Anwar. Seakan-akan mereka tahu IMF yang menyebabkan ekonomi mereka terjejas dan lambat pulih ada kaitan dengan Anwar. Presiden Indonesia dan Perdana Menteri Thailand lebih selesa berjabat tangan dengan Najib daripada memandang Anwar.

Kegagalan Anwar mula nampak apabila tarikh 16 September 2008 yang diisytiharkan sebagai tarikh keramat untuk menggulingkan kerajaan pilihan rakyat ternyata tidak terlaksana dan masyarakat antarabangsa mula dapat membaca tarikh itu hanya dipilih Anwar mengalihkan isu tuduhan kes liwat beliau.

Apatah lagi kelakuan Anwar itu hanya mencemarkan demokrasi. Hasil usaha keras Anwar itu ternyata berbaloi apabila masyarakat antarabangsa kini menggelarkan beliau sesumpah atau "the Chameleon". Satu gelaran yang mampu menggugat gelaran Tun yang diberikan kepada Dr Mahathir Mohamad.

Sepuluh tahun dahulu, Anwar ingin mencemarkan demokrasi dengan menganjurkan reformasi. Ratusan ribu rakyat tertipu dengan Anwar dan menyalahkan Tun Dr Mahathir.

Dan kini ratusan ribu telah hilang dan semalam hanya 30 orang masih menyokong beliau mungkin kerana terpaksa dan inginkan habuan.

Yang menyokong beliau pun dahulu terdiri daripada pelbagai warna kulit kini bertukar kepada hanya warna cerah sahaja. Kerana mereka yakin hanya Anwar sahaja mampu membawa impian mereka untuk menjadikan negara ini seperti Singapura.

Daripada : http://analisisringan.blogspot.com