"Pemeriksaan lanjutan ke atas serpihan akan diteruskan supaya bukti lanjutan diperoleh yang mungkin memberi petunjuk baharu kepada maklumat lanjut lain selain mengkaji bagaimana insiden itu berlaku."
Akhirnya misi pencarian pesawat Malaysia Airlines
penerbangan MH370 yang hilang membuahkan hasil.
Malaysia semalam mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di
pulau Pemba, perairan Tanzania, Jun lalu, adalah milik syarikat penerbangan negara.
Ia disahkan oleh pakar dari Biro Keselamatan Pengangkutan
Australia (ATSB).
Sudah pasti penemuan ini melegakan banyak pihak selepas
banyak masa, tenaga dan perbelanjaan dikeluarkan bagi tujuan berkenaan.
Kos misi mencari dan siasatan ke atas pesawat Penerbangan
Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 itu dikatakan menjadi misi paling
mahal dalam sejarah penerbangan.
Menurut angka yang dianggarkan oleh Fairfax Media,
selepas empat minggu sahaja, ia sudahpun melepasi kos misi mencari pesawat Air
France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai
perbelanjaan mencecah $50 juta (RM164 juta).
Kos perbelanjaan tinggi ini melibatkan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan, Selat Melaka dan selepas itu hingga ke bahagian selatan Lautan Hindi.
Kos perbelanjaan tinggi ini melibatkan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan, Selat Melaka dan selepas itu hingga ke bahagian selatan Lautan Hindi.
Pencarian yang dipimpin Australia menggunakan peralatan
tidak berawak di dasar laut dan perlengkapan sonar untuk memeriksa kawasan seluas lebih 120,000 kilometer.
Pada
peringkat awal, sebanyak 26 buah negara antaranya Singapura, Indonesia, Vietnam
dan Amerika Syarikat mengerahkan aset ketenteraan mereka bagi membantu
menjalankan operasi mencari pesawat jenis Boeing 777 itu ketika mula-mula
berita kehilangannya tersebar luas.
Menurut jawapan bertulis di Parlimen, kerajaan
membelanjakan sebanyak RM231,452,287 setakat Oktober 2015 dalam operasi
pencarian pesawat MH370 itu.
Anggaran kos keseluruhan bagi misi pencarian itu mungkin
didedahkan selepas ini selain jumlah pampasan kepada penunpang dan anggota
kabin.
MAS dan kerajaan
juga kini boleh menarik nafas lega kerana pencarian yang sukar bermula ternyata
berbaloi.
Penemuan ini pastinya turut menggembirakan sebahagian
besar anggota keluarga mengatakan mereka tidak ingin pencarian dihentikan
sampai pesawat ditemukan.
Setelah pengesahan ini diumumkan, langkah seterusnya
ialah mengkaji bagaimana insiden itu berlaku.
Malaysia berharap
mendapat lebih maklumat berhubung serpihan berkenaan.
Serpihan kini
berada di Australia dan kerajaan
akan bawa pulang tetapi ia akan mengambil masa kerana perlu dianalisis
lebih mendalam di sana.
Misi mencari lebih dua tahun itu menghasilkan beberapa
penemuan serpihan pesawat Boeing 777 yang hilang pada Mac 2014 ketika membawa
239 penumpang dan anak kapal, tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur,
menuju ke Beijing, China.
Antara yang dikenalpasti, termasuk beberapa nombor
bahagian serta rupa bentuk fizikal, dimensi dan pembinaan disahkan serpihan
seksyen dalam pesawat bagi flaperon Boeing 777.
Pengesahan itu berdasarkan pemeriksaan dan analisis
menyeluruh, ATSB dengan persetujuan Pasukan Penyiasat Keselamatan MH370
mengenal pasti beberapa penemuan.
Pengesahan juga termasuk beberapa nombor bahagian serta
rupa bentuk fizikal, dimensi dan pembinaan disahkan serpihan seksyen dalam
pesawat bagi flaperon Boeing 777.
Beberapa serpihan pesawat yang dikaitkan dengan MH370
ditemui sejak tahun lalu, namun hanya bahagian flaperon yang ditemui di Pulau
Reunion, Perancis disahkan sebagai 100 milik pesawat malang itu.
Nombor siri dan tarikh pembuatan pada serpihan yang
ditemui sepadan dengan MH370. Ia dihantar ke Australia untuk dianalisis oleh ATSB.
Pengeluar bahagian pesawat dari Itali turut mengesahkan
semua nombor pada bahagian berkenaan mempunyai kaitan dengan nombor siri yang
sama bagi flaperon yang dihantar kepada Boeing sebagai nombor jajaran 404.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata
semalam tarikh yang dicap berkait dengan satu daripada bahagian menyatakan
bahawa pengeluaran adalah pada 23 Januari 2002, yang mana konsisten dengan
tarikh penghantaran bagi MH370 pada 31 Mei 2002.
Pengeluar turut
mengesahkan jajaran nombor pesawat 404 dihantar kepada Malaysia Airlines
dan didaftarkan sebagai 9M-MRO (MH370).
Pakar merumuskan yang serpihan iaitu flaperon luar adalah
berasal dari pesawat 9M-MRO, yang juga dikenali sebagai MH370," katanya.
"Sebagai tambahan kepada nombor bahagian Boeing,
semua penanda identifikasi mempunyai nombor 'OL' kedua yang mana ia adalah
pengenalpastian unik berkaitan pembinaan bahagian (pesawat)," katanya
dalam satu kenyataan.
Penyiasat sebelum ini mengesahkan sekeping serpihan yang
ditemui di Pulau Reunion, Perancis pada Julai 2015 sebagai sebahagian daripada
MH370.
Mereka juga sedang memeriksa beberapa serpihan lain yang
ditemui di Mozambique, Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues, sebuah wilayah di
Mauritius.
Tiong Lai berkata, pemeriksaan lanjutan ke atas serpihan
itu akan diteruskan supaya bukti lanjutan diperoleh yang mungkin memberi
petunjuk baharu kepada apa yang berlaku kepada MH370.