Apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan,
antara perkara yang dijanji ialah untuk mengkaji sama ada ia mematuhui hukum syara
atau sebaliknya.
Menurut rekod kerajaan, ada sebanyak 200,000 syarikat
daripada 430,000 syarikat yang mendaftar GST di seluruh negara.
Apa yang jelas kini ialah kerajaan hanya mementingkan soal
duit masuk kantong mereka semata-mata apabila menekankan berapa banyak yang berjaya
dan akan dikutip, selain tindakan terhadap
mereka yang ingkar.
Janji lain seperti harga barangan akan menjadi lebih
murah, rakyat akan mendapat pulangan setimpal dan hasil untuk membangunkan
negara, atau kadar GST akan diilai semula tidak lagi diperkatakan dalam menilai
dan mengkaji tuntutan rakyat.
Kerajaan mengatakan apa yang dilaksanakan melalui GST
ketika ini akan kekal kerana ia menjadi pendapatan penting kerajaan sebagai
pengganti kepada hasil gas dan petroleum akibat kejatuhan harga bahan itu di
pasaran dunia.
Dengan kata lain, rakyat dan syarikat kini menjadi
penyelamat kepada kerajaan untuk mendapatkan hasil sedangkan sumbangan baik
daripada hasil itu kepada rakyat tidak diperincikan.
Apakah langkah ini wajar dan bertepatan dengan tuntutan
agama?
Bagaimana dengan janji untuk mengkajinya kedudukan enam
parameter syarak yang perlu dirujuk dalam pelaksanaan GST?
Enam perkara itu membabitkan:
1.
Komitmen kerajaan dalam melaksanakan
syariat Islam;
2.
Sumber kewangan;
3.
Cukai yang dikutip hanya untuk memenuhi
Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
4.
Bebanan cukai dikutip secara adil;
5.
Cukai dibelanjakan untuk maslahah ummah
dan bukan untuk maksiat; serta
6.
Agihan cukai perlu bertepatan dengan
ijithad ulama semasa dan setempat.
Sejauh ini ulama
memberikan pendapat yang berbeza semasa perbincangan yang dibuat mengenai
pelaksanaan cukai itu, sama ada haram atau harus. Bagaimanapun selepas perbincangan
tersebut, ulama sebulat suara menyatakan pelaksanaan GST harus dilaksanakan
tetapi dengan berpandukan enam syarak yang ditetapkan.
Harapkan ulama PAS untuk memperkatakan isu GST? Pendirian
mereka semakin tidak jelas walaupun mulanya menentang tetapi malah ada
mengatakan mereka menyokong pelaksanaan GST walaupun tahu keadaan ketika ini
sangat terkesan kepada rakyat.
Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula
1 April 2015 terus diperkatakan rakyat biasa dan akan menjadi salah satu isu dalam pilihan raya akan datang.
Yang pasti, rakyat ternyata tidak berpuas hati dengan pelaksanaan dan
pengagihannya.
Banyak pendapat diluahkan, malah ada mengatakan GST zalim
dan menekan rakyat. Di pihak kerajaan, ia baik untuk mereka dan pendapatan negara.
Yang pasti, berkaitan GST dan hubungannya dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, tempoh selama setahun
diberikan dalam pelaksanaan GST agar
dikaji - apakah ia mematuhi hukum syarak
yang ditetapkan - sudah matang tempohnya.
Namun sehingga kini kajian mengenai kedudukannya dari segi syarak dan
apakah adil untuk masyarakat, berlalu begitu sahaja.
Di mana ciri-ciri Wasatiyyah yang menekankan
kesederhanaan dalam perlaksanaan GST ini?
Tidakkah kesederhanaan ini bermaksud tidak menekan rakyat
dan tidak pula membelanjakan pendapatan untuk tujuan lain tetapi dikembalikan
hasilnya untuk kesejahteraan dan kebaikan rakyat?
Dengan kata lain, kalau terdesak mahu melaksanakannya
biarlah kadarnya bersesuaian dan hasilnya dipulangkan kepada rakyat dengan
seadil-adilnya.
Menjawab soalan di Dewan Rakyat pada 19 Oktober 2016, Menteri
Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kutipan oleh Jabatan Kastam
Diraja Malaysia (JKDM dari Januari hingga Oktober 2016 ialah RM29.34 bilion.
Johari...kutipan GST meningkat |
Ia meningkat sebanyak RM1.41 bilion berbanding sembilan
bulan tahun lalu yang berjaya meraih RM27.93 bilion.
Katanya, walaupun kerajaan menetapkan kadar GST sebanyak
enam peratus, namun jumlah barangan dan perkhidmatan yang efektif dikenakan cukai
tersebut hanya pada kadar 3.6 peratus.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pula kelmarin
berkata pihaknya menyasarkan kutipan tambahan lebih RM3 bilion melalui
pendekatan operasi Strategi Lautan Biru Kastam (Ops CBOS) yang lebih bersifat
pematuhan pendidikan pada tahun hadapan.
Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan
Pematuhan), Datuk T. Subromaniam berkata, sasaran itu berdasarkan kutipan
tambahan RM1 bilion yang berjaya dikutip dalam tempoh empat bulan selepas Ops
CBOS dilaksanakan.
Menurutnya pendekatakan yang dilaksanakan sebelum ini
lebih kepada bentuk penguatkuasaan yang dilihat kurang berkesan. Kerana itu
strategi diubah yang lebih bersifat mesra pelanggan dan berteraskan pendidikan
dalam usaha memberi tunjuk ajar kepada peniaga yang masih keliru dan kurang
faham tentang GST.
Walaupun sudah dilaksanakan lebih 18 bulan, masih ramai
peniaga tidak faham mengenai GSTselain ada da juga yang tidak membayar GST
dengan betul, malah ada yang mengikrarkan GST lebih rendah daripada kadar
ditetapkan, selain yang mengutip tetapi tidak membayar kepada JKDM.
Sejak GST dilaksanakan sebanyak 4,000 kertas siasatan
dibuka dengan 400 syarikat sudah didakwa di mahkamah membabitkan kesalahan
seperti tidak menghantar penyata GST, menghantar penyata tetapi tidak membayar,
tidak mendaftar GST dan penipuan GST.
Melalui usaha ini, JKDM yakin dapat mencapai sasaran
kutipan GST yang ditetapkan kerajaan sebanyak RM40 bilion pada tahun 2017 iaitu
peningkatan RM1 bilion berbanding sasaran pada tahun ini sebanyak RM39
bilion.
Bolehkah dipericikan di mana wang yang dikutip sejauh ini
akan datang iaitu RM40 bilion dibelanjakan? Jangan hanya sebit BR1M dan
pembangunan melalui duit GST.
Mufti Perak....Harussani |
Ini kerana GST yang dikutip adalah melalui tabungan
khusus, bukan pendapatan bercampur dan mudah untuk dijelaskan ke mana ia
disalurkan.
Bolehkah kerajaan menyatakannya dengan telus?
Apakah benar ia akan digunakan untuk membayar hutang
kerajaan daripada cukai yang dikenakan terhadap rakyat dan syarikat-syarikat di
negara ini?
Wajahkah ia dibelanjakan bagi tujuan berkenaan? Juga
benarkah ia juga digunakan untuk menampung pembayaran hutang 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) seperti yang didakwa?
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus
Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin, pada 20 April 2015 berkata pada ketika itu,
terlalu awal untuk membuat sebarang tafsiran berhubung sistem percukaian yang
mula dikuatkuasa pada awal April tahun
lalu.
Kita bersetuju memang ia terlalu awal pada ketika itu.
Namun kini? Kenapa jawatankuasa itu masih membisu?.
Jawatankuasa itu sebelum ini mengatakan pihaknya memberi
masa sekurang-kurangnya setahun untuk melihat sama ada pelaksanaan GST ini
mengikut hukum syarak atau tidak.
Kini tempoh setahun sudah melepasi waktunya dan apakah
majlis itu kini sudah bersedia menilainya?
Sewajarnya dalam menyokong kerajaan dalam berbagai
polimik, alim ulama termasuk mufti-mufti, termasuk Mufti Perak,Tan Sri Hurussani
Zakaria atau Mufti Pahang, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang lantang dan sering menyokong
kerajaan’ turut memperkatakan isu yang dilihat ‘menekan rakyat’ ini.
Mereka yang arif mengenai agama sewajarnya melihat
masalah rakyat sebagai keutamaan, selain isu-isu seperti tempat duduk
berasingan dalam bas atau isu mengejar Pokemon.
Mufti Pahang...Dr Abdul Rahman |
Alim ulama berperanan untuk memperkatakan isu masyarakat,
bukan sahaja dalam isu ibadah, kepercayaan, soal salah laku dan sebagainya yang membabitkan fardu ain tetapi juga dalam konteks GST yang rata-ratanya
dirasai sangat menyusahkan rakyat. Apalagi kini dalam kedudukan harga barangan yang
semakin naik, selain kejatuhan nilai ringgit yang menyebabkan harga barangan keperluan meningkat dan menggugat kehidupan harian
rakyat Malaysia?
Apakah ulama Malaysia hanya layak bercakap soal fardu ain dan tidak fardu
kifayah yang ada kena mengena dengan kehidupan seharian majoriti rakyat biasa
berbanding mempertahankan pendapat dan pendirian orang politik dan pemimpin
kerajaan semata-mata?
Yang diharapkan, seperti janji Abdul Shukor sebelum ini, pertimbangan hukum yang akan dibuat oleh
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ialah ia tidak memihak kepada mana-mana parti
politik.
Malah, keputusan hendaklah dibuat selepas mengambil kira
laporan intensif yang disediakan penyelidik di kalangan pakar syariah dan
ekonomi dari universiti tempatan.