Tuesday, August 14, 2012

PEMIMPIN, KRONI PAS TERENGGANU ' BAHANG TANAH', RAKYAT LAPAR TANAH...


 "Kerajaan BN membahagikan lot-lot tapak rumah dan pertanian kepada semua rakyat yang layak...ada beberapa wakil rakyat dan Exco yang diberi tanah tetapi berdasarkan peraturan dan mereka menang layak mendapat tanah. Kerajaan BN tidak menyorok pembahagian tanah kepada wakil rakyat, tetapi Pas berselindung di sebalik nama syarikat dan koperasi." 
- Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

Satu perkara ‘bijak’ dilakukan kepimpinan PAS Terengganu yang sukar diketahui rakyat ialah berkaitan tanah yang diagihkan kepada kroni untuk mendapatkan sokongan terus peniaga, pelabur dan koperasi.

Pada ketika mereka menjerit mengatakan rakyat dahagakan tanah dan kerajaan Barisan Nasional (BN) zalim kerana tidak membahagikan tanah dengan betul, kroni PAS kaya raya dan kenyang kerana ‘bahang tanah’ (ambil tanah) berkomersil ringgi.

Pendedahan oleh ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah pada persidangan Dewan Undangan Negeri bahawa kawasan komersial lot PT3378 berkeluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja mengejutkan.

Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu, Hussin Ismail.

Setelah BN mengambil alih tampuk pentadbiran Terengganu pada 2004, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).

Kiralah sendiri berapa untung yang sibuat oleh mereka ini? Bukankah RM 7,721200?

Selain itu, pemimpin PAS Terengganu berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431.

Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (ADUN Pas Kuala Besut) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Mahyuddin Abd Rashid.

Kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).

Selain itu, Persatuan Khairunisa’ (milik isteri wakil rakyat Pas) membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok. Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam.

Sementara tanah pertanian di Durian Mentangau, Dungun diluluskan kepada syarikat milik ADUN Pas Ladang, Dr.Sulaiman Abdullah seluas 50 hektar.

Juga, tanah seluas 10,000 ekar diluluskan oleh pemimpin PAS ketika memerintah kepada North East Plantation (NEP) yang dipegerusikan Datuk Hishamuddin Yahya yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan Pengerusi Harakah.

Rakyat Terengganu mendapat geran tanah melalui Kerajaan BN.
 Jadi natijahnya, pemimpin PAS kaya raya sementara rakyat diperbodohkan oleh PAS dan rakyat kemudian dibodoh dan diracuni fikirkan mereka kononnya kerajaan BN zalim kerana tidak membahagikan tanah kepada rakyat.

Sedangkam kedudukan yang sebenar ialah Kerajaan BN membahagikan lot-lot tapak rumah dan pertanian kepada semua rakyat yang layak.

Memang ada beberapa wakil rakyat dan Exco yang diberi tanah (semasa pemerintahan BN) tetapi berdasarkan peraturan dan mereka menang layak mendapat tanah.

Satu lagi kenyataan ialah Kerajaan BN tidak menyorok pembahagian tanah kepada wakil rakyat, tetapi Pas tidak berbuat demikian, sebaliknya berselindung di sebalik nama syarikat dan koperasi.

Jadi benarlah apa yang dikatakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di luar sidang DUN semalam bahawa tanah bernilai tinggi terutama di beberapa kawasan di bandar raya Kuala Terengganu diagihkan kepada syarikat kroni pemimpin Pas ketika parti itu memerintah negeri ini dari 1999 hingga 2004.

Ahmad Said menegaskan, pemimpinj PAS berselindung di sebalik syarikat dan koperasi dalam mengagih-agihkan tanah yang menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian besar.

"Banyak kawasan tanah di bandar Kuala Terengganu yang mempunyai nilai komersial tinggi dan boleh dibangunkan dengan pelbagai projek, kita simpan bagi kegunaan masa depan.

Bagaimanapun, tanah-tanah tersebut telah diagih-agihkan kepada kroni-kroni pemimpin Pas yang berselindung di sebalik nama syarikat dan koperasi sewaktu mereka memerintah," katanya pada sidang akhbar selepas sidang Dewan Undangan Negeri, di Kuala Terengganu.

Kita menunggu penafian pemimpin PAS yang ternyata tidak langsung memikirkan kepentingan masa depan negeri tetapi membolot apa sahaja yang ada. Pada mereka kekayaan segera tanpa menilai kesan masa depan dan rakyat yang dahagakan tanah membuktikan kerakusanm, tamak dan ‘lupa daratan’ apabila mendapat kuasa.

Apakah pemimpin dan parti yang mendakwa Islam wajar diberikan peluang untuk menang lagi di Terengganu?

Apakah rakyat mahu jenis pemimpin yang suka ‘bahang tanah’ seperti ini dan membiarkan mereka lapar tanah?

Jawapannya, TIDAK!

Rakyat memerlukan pemimpin nyang meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya dan tanah sebagai keperluan hak asasi hendaklah diagih-agihkan seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri hari ini.