"Malaysia kini sudah menjadi penakut dalam isu-isu membabitkan nasib dan masa depan umat Islam...tidak ada haluan sendiri. Ucapan pada sidang antarabangsa sudah longlai dan kaku.Inikah ‘pejuang dan panglima’ negara Islam kini?
Orang Islam yang membunuh tidak kiralah kepada sesama
Islam atau ke atas penganut agama lain dihukum dan digelar dengan berbagai nama.
Ada menggelar pengganas, pelampau, pembunuh, malah
menyebut mereka sebagai ‘setan’.
Bagaimana dengan penganut agama Buddha yang membunuh beribu-ribu
rakyat beragama Islam di Myanmar, Thailand, China dan di beberapa negara lain?
Bagaimana dengan tindakan mereka membakar masjid dan
rumah kediaman umat Islam? Bukankah mereka juga setan?
Adakah ‘pelampau Islam’ membakar gereja, kuil atau rumah
ibadah lain sewenang-wenangnya seperti mana penganut Buddha membakar masjid?
Kita masih ingat bagaimana golongan muda di negara ini bersuara
mengenai isu masjid Babri di India dan beberapa tempat lain, termasuk isu
masjid Al-Aqsa. Namun kini? tanyalah diri sendiri.
Malah, perjuangan untuk Rohingya nampaknya banyak dilakukan oleh Barat, malah agensi berita Reuters - yang dilihat pro_Barat - pernah mengemukakan soalan, "Kenapa Tidak Ada Sesiapa Membantu Rohingya?"
Kita sedih dengan sikap negara-negara yang hanya
menghukum pelampau Islam tetapi memejamkan mata kepada keganasan terhadap orang
Islam, tidak kiralah di mana juga.
Kita juga kesal kerana negara kita – Malaysia – kini
sudah menjadi penakut dalam isu-isu membabitkan nasib dan masa depan umat Islam,
pada ketika pemimpin negara mengakui
mereka ‘pejuang dan panglima’ negara Islam.
Malaysia hanya meminta Pertubuhan Islam (OIC) bertindak dalam isu Rohingya tetapi tidak menjadi penggerak atau pembuka langkah sebaliknya hanya mahu
menjadi pengikut dan berlinadung di sebalik negara lain.
Kenapa terjadi begini? Apa posture dan strategi dasar luar kita?
Kita antara 34 negara Islam yang menyertai Arab Saudi untuk menentang keganasan Islam dan kerana itu mungkin kita dapat balasan ‘derma RM2.6
bilion’. Namun apa kesannya?
Siapa yang melakukan pengeboman kononnya menentang ‘keganasan
Islam’ di Syria? Ini jawapannya...
Kini seolah-olah negara tidak ada haluan sendiri dan ikut sahaja apa
yang berlaku. Ucapan pada sidang antarabangsa pun sudah longlai dan kaku!
Prioriti Perdana Menteri sendiri terhadap kedudukan kita dalam
Pertubuhan Bangsa Bersatu, OIC, ASEAN, G-15, Pertubuhan Negara Berkecuali
(NAM), APEC, ASEM pun sudah kabur.
Malah, dasar luar kita kini ibarat berada dalam jerebu
yang ‘tidak berupaya memandang jauh’.
Kenapa kita tiba-tiba menjadi begitu lemah di persada
antarabangsa berbanding kita juara ketika isu seperti Bosnia-Herzegovina suatu ketika dahulu?
Berita Harian 2 September 1992 |
Kenapa kita tidak lagi berjuang untuk memajukan ekonomi
negara Islam dan tidak lagi menjadi juara untuk pertubuhan ekonomi Islam seperti
ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri?
Apa jadi dan kesannya Forum Ekonomi Islam umpamanya perhimpunan WIEF ke 11 di Kuala
Lumpur pada tahun lalu. Apa kesannya mengenai usaha memperkukuhkan lembaga
kewangan Islam, pengembangan usaha mikro, kecil, dan menengah serta pembiayaan
syariah untuk industri kecil dan menengah di negara-negara Islam?
Juga sejak pengunduran Dr Mahathir, apa jadi dengan pergerakan
Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D8)? Cetusan kerajasama ini
dibangkitkan oleh Dr Necmettin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki pada satu seminar “Kerjasama
Dalam pembangunan” diadakan di Istanbul in pada Oktober 1996.
Kenapa dan apa masalah dengan Malaysia kini?
Kenapa kita lemah membuat pendirian mengenai nasib umat
Islam yang diserang bertalu-talu di Iraq, Syria, Lebanon, Libya, Yemen serta beberapa negara lain di Afrika,
sedangkan kita bukan sahaja membuktikan kita ‘juara negara Islam’ pada 1990-an -
bersuara menentang kezaliman Barat pada Perang Teluk misalnya?
Apa sudah jadi dengan dasar luar dan ‘diplomasi politik’
Malaysia di pertubuhan antarabangsa?
Apakah dengan dasar berkecuali bermakna kita boleh
berdiam diri? Istilah berkecuali dalam diplomasi antarabangsa ialah kita tidak
berpihak tetapi perjuangan menegakkan keadilan menjadi keutamaan perjuangan dan
dasar luar kita.
Kita juga sedih dengan peranan yang dimainkan oleh Pergerakan
Pemuda UMNO yang berlebih-lebihan dalam isu tertentu di Malaysia.
Di mana mereka dalam isu antarabangsa? Kenapa Pemuda UMNO
di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Mohd Najib Razak,Tan Sri Abdul
Rahim Thamby Chik, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz atau juga ketika Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi begitu vocal dalam isu
antarabangsa di era mereka?
Malah Biro Antarabangsa Pemuda UMNO dipimpin oleh Nazri
Aziz dan Setiausahanya Mustapha Yaakob
dilihat biro yang sangat aktif dalam memperjuangkan isu antarabangsa dan
masyarakat antabangsa yang tertindas.
Malah mereka turut bersuara kekejaman yang dilakukan
terhadap masyarakat Islam di Asia Tengah, selain Asia Barat, di Balkan atau di
mana jua.
Juga ada gerakan mengutip derma untuk masyarakat
antarabangsa, bukan sahaja Islam di negara-negara yang rakyat mereka ditindas
oleh pemerintah. Kini? Pemuda UMNO hanya mengharampkan ‘derma’.
Persoalannya, kenapa Pemuda UMNO sekitar 1980-an dan
1990-an, berani membuat kenyataan dan membuat pelbagai gerakan?
Kenapa mereka berani bertindak menyokong masyarakat
antabangsa yang tertindas dan teraninaya?
Tetapi kenapa Pemuda UMNO kini membisu? Apakah kerana
pemimpin utama UMNO berdiam diri dengan menunjukkan sikap pengecut, mereka
turut menjadi ‘pengecut’?
Beraninya Pemuda UMNO pada 1980-an dan 1990-an kerana
ketua mereka juga berani?
Sekawan itek berenang mengikut ketua mereka, jika ketua
ke kiri, kekirilah mereka dan jika membelok ke kanan, ke kananlah mereka.
Itulah kekuatan Pemuda UMNO sebelum ini tetapi sekarang?
Mohd Fakhrulrazi |
Dalam isu Rohingya ini, kita menyokong penuh kenyataan Naib
Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar yang menyeru supaya
pertubuhan Buddha di Malaysia dapat
berperanan untuk menyampaikan mesej mahupun tekanan kepada pelampau Buddha di
Myanmar untuk menamatkan pembunuhan ke atas umat Islam.
"Saya percaya agama Buddha tidak bersetuju dengan
apa jua bentuk keganasan. Oleh itu, kita minta organisasi berkaitan Buddha di
negara ini berkongsi idea dan tampil berperanan. Penganut Buddha di Malaysia
contohnya tidak bersikap seperti mereka di Myanmar’ “ katanya.
Beliau yakin rakan-rakan Buddha di negara ini dalam
menyumbang idea dan peranan untuk menamatkan kezaliman dan pembunuhan terhadap
masyarakat Islam di Myanmar," tambahnya lagi.
Setidak-tidaknya Pemuda AMANAH mempunyai pendirian.
Pemimpin PAS dan pemudanya juga berani dengan mnghadirkan
diri diri dalam bantahan di Kedutaan Myanmar semalam.
Pemuda UMNO? Hanya sanggup ‘berperang’ dengan pemimpin
DAP dalam negara tetapi tidak dalam isu-isu antarabangsa yang lebih menyeluruh.
Bangkitlah dan lihatlah kepentingan yang lebih luas jika
kita mahu dihormati dan mendapat pengiktirafan rakyat.
Jangan berbangga dengan BAJU MERAH digunakan untuk
‘bertelagah’ sesama kita di dalam negara tetapi gunakan BAJU MERAH – warna kebanggaan UMNO itu - untuk perjuangan isu-isu global.
Kalaupun benci dan marah dengan Dr Mahathir baca dan
faham pendapat beliau bahawa:
1. 1. Beliau meramalkan Abad ked-21 adalah abad yang
penuh ceria generasi muda yang lebih beretika, berilmu dan memahami roh tamadun
dunia. Bagi generasi muda, kata Dr
Mahathir, mereka hendaklah berani merungkai ikatan budaya yang lapuk dan
sebaliknya mengamalkan nilai ilmu yang lebih tinggi dan bermanfaat kepada dunia
seluruhnya.
2. 2. Generasi muda abad ke-21 mesti memikirkan diri
mereka adalah rakyat dunia. Manfaatkan teori dunia tanpa sempadan (lihat
Kenichi Ohmae: Borderless World, 1989) dengan menghapuskan prejudis bangsa,
politik, ekonomi, agama dan pelbagai lagi.
3. 3. Generasi muda abad ke-21 mesti mengelakkan diri
dan menghalang berlakunya perperangan antara tamadun dunia. Zaman informasi dan
teknologi maklumat yang tinggi pada abad ke-21 itu perlu dimanfaatkan
secukupnya dan seadil-adilnya supaya tidak ada negara yang akan terpulau. Mereka
perlu membina kekuatan diri sendiri dan menjadikan tamadun dunia untuk satu
bangsa saja.
Semua ini boleh di dapati jika membaca buku A New Deal for Asia (1999) iaitu sanggahan kepada propaganda ahli sains
politik Amerika Syarikat, Samuel P Huntington melalui buku-bukunya, Clash of Civilisation (1993) dan Clash of Civilisation and Remaking of World
Order (1996).
Inilah yang dinamakan sebagai ‘point counter point’ atau ‘hujah
dengan hujah’ bukan jawapan merapu yang hanya untuk membela atau menyokong
seseorang. Jawapan Dr Mahatahir tidak menyokong sesiapa tetapi pendirian
intelektualnya.
Jadi kepada pemuda-pemuda di negara ini - masyarakat Islam
di negara-negara yang menindas mereka memerlukan sokongan dan perjuangan
kita untuk bersama mereka.
Dan golongan muda, tidak terkecuali Pemuda UMNO, mereka adalah
harapan kita dan harapan mereka!