Monday, July 22, 2013

PAS GALAKKAN POLITIK ADU DOMBA, FITNAH PADA RAMADAN YANG MULIA


“Benarkan Mohd Abiah penyokong kuat Idris? Mungkin Idris boleh menjawabnya namun adalah sesuatu yang tidak logic mengatakan orang ini sebagai penyokong kuat Idris kerana jika penyokong kuat, kenapa dia meninggalkan Idris yang berjuang untuk memenangkan Kuala Besut dengan majority 4,000 undi kepada Barisan Nasional (BN)?”

Hari ini Ramadan Hari ke 13.

Laman rasmi PAS menyiarkan sebuah berita bertajuk ‘Masanya Untuk Rakyat Kuala Besut Ajar Mad Said’

Laporan itu menyebut, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang akan berlangsung pada 24 Julai ini merupakan peluang terbaik bagi orang Umno khususnya penyokong Datuk Seri Idris Jusoh di Besut untuk ‘mengajar’ Datuk Seri Ahmad Said.

Memetik kononnya salah seorang penyokong kuat Idris, Mohd Abiah Awang dilaporkan berkata orang Umno di Besut masih ingat apa yang Ahmad Said buat pada 2008 sehingga Idris diketepikan dari menjawat jawatan Menteri Besar untuk penggal berikutnya.

“Orang sini ingat lagi, kita berlarok (konvoi) pergi ke Kuala Terengganu, pergi Putrajaya, pergi lapangan terbang, usung (bawa) sepanduk, rayu supaya Datuk Deris (Idris) kekal jadi MB. Tapi Mad Said (Ahmad Said) buat apa? Parut (luka) dalam hati ini belum sembuh lagi ni. Kita ingat apa dia buat.” 

Beliau mengemukakan pertanyaan itu ketika berceramah di pentas PAS di Kampung Seberang Barat malam semalam. 

Lantas kita tertanya-tanya, apakah lama rasmi PAS yang mendakwa ia parti Islam tetap bermain isu yang bersifat adu-domba? Apakah politik adu domba ini sebagai budaya yang digalakkan oleh Islam?

Persoalan kedua, benarkan Mohd Abiah penyokong kuat Idris? Mungkin Idris boleh menjawabnya namun adalah sesuatu yang tidak logic mengatakan orang ini sebagai penyokong kuat Idris kerana jika penyokong kuat, kenapa dia meninggalkan Idris yang berjuang untuk memenangkan Kuala Besut dengan majoritI 4,000 undi kepada Barisan Nasional (BN)?

Mohd Abiah menyeru pengundi Kuala Besut khususnya penyokong Idris Jusoh tidak harus menggadai perinsip perjuangan mereka dan harus mengembalikan maruah orang Kuala Besut yang telah dicalar oleh Ahmad Said sebelum ini.

Dulu Mad Said baru jadi MB, nak datang sini kena ada polis iring dia, sekali dengan ‘body guard’. Sekarang ini dia boleh datang lenggang sahaja macam dia dah lupa apa dia pernah buat kat kita. Kita kena berani tuntut kuasa kita. Inilah masanya. Kali ini kita pakat pangkah PAS belaka. Jangan malukan orang Kuala Besut. Biar berani gak kita,” katanya lagi.

Amat nyata Mohd Abiah ini sama sahaja dengan perangai dan langkah calon yang diketengahkan PAS, Endut@Azlan bin Yusof yang meninggalkan UMNO untuk dapatkan tempat dalam PAS.

Jika calon PAS, seorang usahawan dapat menjadi calon kerana kedudukan kewangannya, bagi Mohd Abiah, gara-gara kerana menghentam Ahmad Said dan ‘membela Idris’, dia dapat berceramah di pentas PAS (kononnya orang penting) tetapi kita yakin hanya untuk tempoh PRK ini sahaja.

Selepas ini dia akan dilupakan dan akan menyesal dengan perbuatan adu dombanya itu, selain sedikit sebanyak menjejaskan imej Idris kerana seolah-olah isu pelantikan Menteri Besar Terengganu terus menghantui Idris.

Malah jika dia insaf, dia wajar meminta maaf kepada Ahmad Said dan Idris sekali kerana ‘kenyataan politik bersifat adu domba’

Sedangkan hakikatnya kini Idris sudah menjadi Menteri dan pelantikan Ahmad Said bukan kerana ADUN Kijal itu ‘menikam belakang’ sebaliknya dipilih oleh Sultan Terengganu.

Amat nyata laman ini turut memainkan peranan untuk terus mempertikaikan perlantikan Menteri Besar yang dibuat oleh Sultan Terengganu pada 2008. Apa tujuan Mohd Abiah melakukan ini? Apakah Mohd Abiah ini bukan rakyat Terengganu dan bernaung di bawah kuasa Tuanku Mizan? Apa tujuan pemimpin PAS membenarkan kenyataan seperti ini disiarkan?


Pemimpin PAS dan Mohd Abiah jangan bermain api dengan keputusan Sultan Terengganu yang dijamin Perlembagaan Negeri. Perbuatan mempertikai keputusan yang dibuat berlandaskan perlembagaan adalah perbuatan khianat dan menentang perlembagaan.

Lebih malang, politik adu domba dan pembohongan ini dibuat pada Ramadan.

Mengenai apa yang dilakukan oleh Ahmad Said terhadap Idris, apakah Mohd Abiah ada bukti nyata dan tidak bersifat pertubuhan tanpa bukti yang menjurus kepada FITNAH?

Jika tuduhan tanpa bukti yang boleh menbawa kepada FITNAH, apakah PAS terus membenarkan politik seperti ini? 

Apakah PAS terus menggalakkan politik FITNAH PADA BULAN MULIA INI dan pemimpinya yang berjubah dan berketayap hanya berselindung di sebalik pakaian untuk terus membuat dosa?

Rakyat Kuala Besut sewajarnya sedar dan insaf bahawa politik ADU DOMBA DAN FITNAH membahayakan umat Islam.

Ia menggugat keamanan dan keharmonian seluruh penduduk di dalam DUN berkenaan.

Fikir, fikirkan dan tolaklah politik PAS yang boleh menyebabkan perpecahan umat Melayu dan Islam.

Friday, July 19, 2013

KEMPEN 16:16 - PAS AKUI TEWAS SEBELUM MEMASUKI GELANGGANG…TAKTIK KOTOR, CETUS HURU HARA!


“Ini hanya taktik kotor PAS yang mahu mengugat kestabilan politik yang telah dibentuk Kerajaan BN. PAS hanya mahu menimbulkan huru-hara dalam negeri jika keadaan politik tidak stabil...,PAS cuba menipu rakyat dengan cara mengadakan isu 16:16 semata-mata untuk menafikan kedudukan BN sebagai Kerajaan Negeri Terengganu yang telah dipilih oleh rakyat berdasarkan Perlembagaan Negara Malaysia,”
 - Datuk Seri Ahmad Said

Datuk Husam Musa mengakui jika kerusi Dewan Undangan (DUN) Terengganu jadi 16:16, ia tidak membawa apa-apa erti untuk PAS berkuasa.

Jadi? Apa tujuan PAS bertanding di Kuala Besut?

Sudah terlanjur menyertai PRK ini...tidak mahu beri kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN)?

Bagi BN, matlamatnya jelas, mahukan kemenangan untuk kembalikan kedudukan 17:15 selain meningkatkan majoritinya keada 4,000 undi.

Dengan kestabilan sedemikian, akan memudahkan perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang sudah dirancang, dilaksanakan dan input-input terbaru yang boleh dilaksanakan demi kesejahteraan penduduk Kuala Besut.

Pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, PAS meletakkan matlamat untuk mewujudkan situasi 'DUN tergantung' 16:16 iaitu BN dan pakatan pembangkang mempunyai bilangan kerusi sama banyak di DUN.

DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi yang menyaksikan BN menguasai 17 kerusi manakala pakatan pembangkang memiliki 15 kerusi (PAS 14, PKR satu) selePAS PRU-13 lalu.


Bagaikan TEWAS sebelum memasuki GELANGGANG, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa semalam mengakui PAS tidak akan berupaya membentuk kerajaan di Terengganu walaupun mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak dengan Barisan BN di dalam DUN.

Husam akui walaupun sasaran parti itu untuk mewujudkan 'DUN tergantung' 16:16 tidak akan menggugat penguasaan BN di negeri ini.

"Barisan Nasional tidak perlu bimbang, mereka tetap akan kekal berkuasa (di Terengganu)," katanya pada sidang media di markas parti itu di Kampung Baharu di Kuala Besut semalam.

Helah atau dalih baru PAS sebelas mengakui tidak akan mampu menumbangkan kerajaan BN Terengganu ialah, menerusi moto '16:16 Terengganu Baru' ialah memastikan rakyat di negeri ini mendapat lebih manfaat daripada kerajaan menerusi sistem politik baru.

"Apabila berlakunya jumlah kerusi sama banyak dalam DUN, kerajaan negeri tidak boleh membuat keputusan sesuka hati. BN perlu duduk berbincang bersama-sama PAS sebelum meluluskan sesuatu dalam DUN," katanya.

Selain itu Husam yang juga Pengarah Pilihan PAS bagi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut berkata, parti itu juga menyediakan pelan komprehensif jangka panjang meliputi aspek ekonomi dan pembangunan sosial di Terengganu.

"Rasuah dan politik wang yang hanya memberi manfaat kepada segelintir pihak akan berakhir. Rakyat akan diberi pembelaan yang sewajarnya..” katanya.

Rasuah, politik wang, penyalahgunaan kuasa mainan di bibir pemimpin PAS tanpa mencerminkan diri apakah mereka sebenarnya bersih.

Tanpa ada perancangan pembangunan khusus untuk Kuala Besut, PAS berjuang bagaikan tiada sasaran atau hala tuju. Yang penting bagi mereka yang menggelarkan ‘pemimpin Islam ini ialah’ kacau daun dan merosakkan perpaduan antara orang Melayu dan Islam di Kuala Besut melalui kempen mereka kononnya kerajaan yang dipilih majoriti rakyat pada pilihan raya umum lalu, sebagai zalim'.

Bagi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, strategi 16:16 parti itu ialah mencuba merampas kerusi tersebut dengan cara yang kotor dan langkah terdesak PAS untuk kembali berkuasa.

Malah, tidak wajar pemimpin Islam dalam PAS sewenang-wenangnya melakukan perbuatan dan kempen untuk menimbulkan ketidakstabilan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu yang diterajui BN yang dipimpin pemimpin Islam.

“Ini hanya taktik kotor PAS yang mahu mengugat kestabilan politik yang telah dibentuk Kerajaan BN. PAS hanya mahu menimbulkan huru-hara dalam negeri jika keadaan politik tidak stabil...,PAS cuba menipu rakyat dengan cara mengadakan isu 16:16 semata-mata untuk menafikan kedudukan BN sebagai Kerajaan Negeri Terengganu yang telah dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum yang lalu secara sah berdasarkan Perlembagaan Negara Malaysia,” katanya petang kelmarin.


Beliau menjelaskan : “Mengikut Undang-Undang Tubuh negeri Terengganu jika ditakdir pun kita (BN) kalah pilihan raya ini kita masih menjadi kerajaan dan pembangkang tetap jadi pembangkang…,” tegasnya.

Setelah mengetahui mereka tidak berpeluang, PAS mengatakan 16:16 penting untuk rakyat dan bakal memberi pulangan yang besar bukan sahaja kepada pengundi Kuala Besut malah rakyat Terengganu amnya.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, berpendapat kedudukan 16:16 itu akan menyeimbangkan kuasa kerajaan BN negeri ini dari melakukan sesuatu yang tidak menguntungkan rakyat.

Keadaan ini akan menamatkan penafian hak rakyat untuk menikmati kemewahan negeri ini seperti yang berlaku sekarang ini.

Agenda ini akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat di mana rakyat akan benar-benar menjadi tuan sekaligus menamatkan penindasan kepada rakyat," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS di Kg. Baharu semalam.


Ke situ pula cakap-cakap pemimpin PAS!

Mereka tidak habis-habis mencerca dan memburukkan kerajaan BN negeri dengan menyifatkannya ‘zalim dan menindas rakyat’.

Rakyat Kuala Besut bukan tidak tahu sikap pemimpin PAS yang hanya mendekati mereka ketika pilihan raya dan kerana itu terbukti sejak 2004, mereka menolak PAS dan majoriti besar pada pilihan raya lalu, iaitu 2,434 itu membuktikan segala-galanya.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar dan pada PRU13, Allahyarham Dr Rahman Mokhtar mendapat majoriti 2,434 undi menewaskan calon PAS, Napisah Ismail.

Benar seperti kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa usaha PAS mewujudkan pentadbiran kerajaan Terengganu yang tergantung menerusi kempen 16:16 tidak akan diterima rakyat.

Tindakan populis bagi meraih perhatian, Naib Presiden Umno itu berkata kempen PAS begitu jelas dan tidak rasional kerana setiap individu dan rakyat di sesuatu kawasan atau negeri tentunya tidak mahu melihat keadaan kucar kacir dalam pentadbiran kerajaan.

"Itu tindakan populis tetapi bagi mereka yang rasional kempen sebegitu adalah tidak masuk akal. Jika inginkan keadaan 16:16, bermakna mereka sengaja inginkan kerajaan tergantung dan visi sebegitu sebenarnya dibawa oleh mereka yang tidak memikirkan masa depan rakyat Terengganu sebagai keutamaan," katanya pada sidang media selepas menyerahkan kunci rumah kepada veteran angkatan tentera di Kampung Beris Pak Abu, Gong Kedak kelmarin.

Hishammuddin berkata selain cubaan menjadikan kerajaan tergantung, tujuan sebenar kempen itu adalah bagi membolehkan pembangkang melakukan fitnah berterusan ke atas apa sahaja bantuan dan perancangan yang dilakukan BN kepada rakyat.

Beliau yang pernah menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri sebelum diserahkan kepada Ahmad Said menegaskan : "Tidak ada pihak yang mahukan sesuatu keadaan yang tidak menentu.”

Kerana itulah semua pemimpin BN amat yakin masyarakat di Kuala Besut tidak akan terikut-ikut dengan kempen sebegitu.

Selain tidak masuk akal, rakyat Kuala Besut tidak akan membenarkan Terengganu berada dalam keadaan tidak stabil, politik yang ‘huru hara’ dan ‘tergantung’, gara-gara permainkan politik kotor oleh PAS.

Tuesday, July 16, 2013

PEMIMPIN PAS ‘CUCI TANGAN’, AHMAD SAID KENA CARI SEKURANG-KURANGNYA RM1,000 JUTA…ADILKAH?

 "Apakah pemimpin PAS tidak merasa BERDOSA dan MALU untuk bertemu rakyat dan pada ketika yang sama mendakwa pemimpin UMNO rasuah, melakukan salah laku, mementingkan kroni dan ‘baham balak’?"

 
Pemimpin PAS dan penyokong membantah tanpa melihat pemimpin mereka yang terpalit dengan 'baham duit balak..."

Bahagian Kedua – sambungan WAJAH HODOH PEMIMPIN PAS TERENGGANU : CUBA SELINDUNGKAN DOSA ‘BAHAM BALAK’…

Pemimpin PAS Terengganu sering mendabik dada kononnya mereka adalah pemimpin Islam yang bebas rasuah, salah laku dan mengamalkan ajaran Islam yang melebihi pemimpin UMNO.

Namun ternyata perisytiharan kononnya ‘mereka pemimpin terpilih dan terbaik’ terpalit dengan pelbagai dosa, rasuah dan salah laku.

Jika sebelum ini dalam ceramah pada Pilihan Raya Umum ke-13 mereka menuduh pemimpin UMNO Terengganu melakukan salah laku dengan mementingkan kroni, terjebak dengan rasuah dan ‘baham balak’, pada pilihan raya kecil Kuala Besut, irama itu tetap berkumandang.

Namun, apakah mereka melihat dan mencermin diri sendiri? Apa yang sudah dilakukan oleh Kerajaan PAS Terengganu ketika berkuasa antara 1999 hingga 2004?

Harapkan Ayah Chik?...mungkin banyak tidak tahu permainan di belakangnya.
Pemimpin PAS ketika itu dan masih hidup dan aktif berkempen ketika ini cuba menutup kelemahan diri, kemungkaran dan perbuatan salah laku, selain gagal mentadbir negeri dengan baik telah dengan sengaja membazirkan wang negeri.

Maksud di sini ialah dengan membatalkan konsesi dua syarikat balak menyebabkan mahkamah memutuskan Kerajaan Negeri (kini ditanggung bebannya oleh Kerajaan Barisan Nasional) supaya membayar balik tuntutan syarikat berkenaan yang melebihi RM1.5 bilion.

Adilkah perbuatan mereka itu? Selepas melakukan kesalahan, orang lain terpaksa menanggung kesilapan terbut. Bak kata sesetengah orang, “Orang lain BERAK, orang lain TUKANG CUCI”. Ternyata kini Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dibebankan dengan usaha mencari dana untuk membayar gantirugi yang dibenarkan mahkamah kepada dua syarikat konsesi iaitu Riyapadu Sdn Bhd dan sebuah lagi syarikat yang sedang melakukan perundingan jumlah sebenar yang perlu dibayar kepada mereka. 
 
Ahmad Said bersumpah dengan nama Allah tidak terbabit dengan rasuah balak pada satu majlis pada April 2013.

 Benar, setiap pihak yang mengambil alih kerajaan terpaksa menanggung secara ‘Lock, Stock & Barrel’.
 
Namun dalam konteks membabitkan ganti rugi melebihi RM1 bilion seperti ini ia sudah melampau dan tidak wajar Kerajaan PAS dibenarkan ‘cuci tangan’ begitu sahaja.

Rakyat Terengganu wajar mempersoalkan kredibiliti, integriti dan keikhlasan pemimpin PAS yang mentadbir Terengganu antara 1999 hingga 2004.

Kesan bukan dirasai ketika itu tetapi selepas 10 tahun kemudian. Apakah pemimpin PAS tidak merasa TIDAK BERDOSA dan TIDAK MALU untuk bertemu rakyat dan pada ketika yang sama mendakwa pemimpin UMNO rasuah, melakukan salah laku, mementingkan kroni dan ‘baham balak’?

Sedangkan mereka terlebih dahulu melakukan salah laku dan ‘baham duit balik’ walaupun dalam apa cara sekali pun!

Memang HODOH wajah pemimpin PAS yang berselindung di sebalik jubah, ketayap, berlagak alim dan sebagainya tetapi LEGASI RASUAH KEPIMPINAN PAS yang melekat di dahi mereka menceritakan segala-galanya.

Memang benar tidak semua pemimpin PAS berwajah demikian, namun PAS Terengganu perlu bertanggungjawab secara kolektif kerana mereka masih menerima pembesar Terengganu itu sebagai pemimpin mereka ketika ini.


Tidakkah mereka merasa simpati walau sedikit pun kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang terpaksa mencari dana – tidak kiralah sama ada daripada hasil balak, petroleum dan gas, cukai atau apa juga pendapatan negeri – untuk mengumpul dana sebanyak kira-kira RM1.5 bilion (RM1,500 juta) bagi membayar ganti rugi kepada dua syarikat berkenaan?

Malah, syarikat kedua selepas Riyapadu dikatakan bersedia untuk berunding, namun dengan jangkaan pendapatan mereka sebelum ini sebanyak RM2.1 bilion (RM2,100 juta), mereka akan berlembut atau menerima apa sahaja cadangan Kerajaan Negeri?

Kini syarat sudah diletakkan kepada Kerajaan Negeri agar proses rundingan berikut dipilih untuk tujuan ganti rugi, iaitu:

1. Terima jumlah ganti rugi yang ditetapkan oleh mahkamah;

2. Menerima jumlah gantirugi tetapi berunding untuk kedua-dua pihak berpuashati; dan

3. Menolak keputusan mahkamah dan merujuk kembali ke mahkamah untuk jumlah yang lebih rendah.


Walau apa juga keputusan, Ahmad Said berada pada kedudukan yang tersepit antara membelanjakan wang yang besar itu untuk pembangunan rakyat atau membayar ganti rugi kepada syarikat konsesi.

Pada ketika beliau dihempuk dengan masalah sedemikian, pemimpin PAS yang merasakan diri mereka TIDAK BERDOSA dan TERLEPAS DARIPADA PERBUATAN SALAH LAKU, terus menerus memperkecil dan mempertikaikan keikhlasan Ahmad Said mentadbir negeri

 Dengan pelbagai isu yang diketengahkan khususnya oleh pemimpin PAS yang dua tiga hari masuk PAS seperti isu Kedai Payang, pengambilan tanah untuk pembangunan serta beberapa perkara lain, mereka seakan tidak maklum bahawa ‘TAHI PENINGGALAN PEMIMPIN PAS’ belum dicuci. Mereka ini seperti MENGAMPUNKAN segala DOSA dan KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh pemimpin mereka sebelum ini sedangkan pemimpin berkenaan mengharapkan PAS kembali berkuasa agar segala dosa dan kemungkaran itu dapat diselindung atau disorokkan.

Logo syarikat yang menuntut ganti rugi,,,
Rakyat Terengganu, khususnya di Kuala Besut pada pilihan raya kecil ini sepatutnya diberitahu mengenai salah laku, mementingkan kroni dan perbuatan ‘baham balak’ ini. PAS tidak layak dipilih kerana pemimpinnya ‘BERMUKA DUA’ selain BERMUKA-MUKA di hadapan rakyat sedangkan di belakang, mereka memikul pelbagai perbuatan salah.

Mereka patut ditanya apakah wajar RM1.5 bilion itu ‘DIBUANGKAN KE LONGKANG’ begitu sahaja apabila gantirugi di bayar kepada dua syarikat konsesi berkenaan. Mereka juga wajar ditanya apakah PAS bertanggungjawab terhadap salah laku ini?

Jika mereka sedia bertanggungjawab, hakikatnya mereka sudah melakukan KESALAHAN BESAR tetapi setidak-tidaknya mengaku tetapi sekiranya TIDAK MENGAKU dan keputusan mahkamah ternyata BENAR SEMUANYA DAN TIADA YANG TIDAK BENAR, mereka adalah pemimpin MUNAFIK dan PERLU DITOLAK JAUH-JAUH.

Syarikat konsesi balak kedua ini sudah membayar sebahagian wang kepada kerajaan negeri dan individu tertentu walaupun tidak kesemua RM280 juta yang dituntut oleh kerajaan negeri.

Persoalannya, untuk apa dibelanjakan wang berkenaan dan individu mana yang mendapat untung daripada persetujuan konsesi ini?

Rakyat Terengganu mempunyai hak untuk bertanya dan mencari jawapan mengenai siapa pemimpin terbabit dan ke mana wang yang sudah dibayar itu dibelanjakan.

Mereka wajar dibawa ke pengadilan rakyat kerana bertindak tidak profesional, mungkin janji, berunsur rasuah dan paling penting ada yang BUNCIT PERUT kerana 'baham duit pendahuluan berkenaan'.

Rakyat Terengganu boleh menilai perbuatan keji oleh pemimpin PAS ini dan memang mereka TIDAK LAYAK untuk dikembalikan sebagai pemimpin untuk memerintah Terengganu. Kita berharap tidak ada lagi kejadian seperti yang berlaku dengan dua syarikat konsesi balak ini kerana ternyata PAS yang mendakwa ia parti Islam sebenarnya TURUT TERPALIT DENGAN RASUAH, MEMENTINGKAN KRONI dan TIDAK AMANAH DALAM PERJANJIAN.


Apa jaminan kepada rakyat Terengganu jika PAS memerintah kerana ternyata mereka bukan sahaja BERBOHONG apabila BERJANJI DENGAN manifesto PILIHAN RAYA pun tidak dianggap sebagai suatu AKUJANJI.

Jika janji yang dibuat dengan menggunakan khidmat peguam dan ‘seal’ rasmi tidak dipatuhi, janji pilihan raya atau melalui ceramah-ceramah oleh PAS terhadap rakyat bagikan ‘kacang’ dan boleh didolak-daleh sewenang-wenangnya.

Yang pasti, tiada masa depan untuk rakyat Terengganu jika membenarkan PAS berkuasa.

Malah rakyat akan turut terpalit kerana memilih PARTI YANG KONONYA ISLAM tetapi penuh dengan rasuah, perbuatan salah laku, mementingkan kroni, selain TIDAK JUJUR dengan JANJI yang sudah dimeterai seperti terbukti dengan dua syarikat konsesi balak ini.

Monday, July 15, 2013

WAJAH HODOH PEMIMPIN PAS TERENGGANU : CUBA SELINDUNGKAN DOSA ‘BAHAM BALAK’…

Bahagian Pertama

Jika ada yang bertanya apakah PAS layak memerintah kembali Terengganu, jawapannya TIDAK!

Bukan sekadar gagal memanfaatkan dengan baik kuasa yang dianugerahkan Allah antara 1999 dan 2004 bagi memperkenalkan dasar-dasar yang membantu rakyat keluar daripada kemiskinan dan pembangunan berimbang, pemimpin PAS sehingga kini tetap terpalit dengan dosa-dosa di atas kegagalan mereka menguruskan harta negeri dengan baik.


Kita masih ingat dengan jelas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu apabila pemimpin PAS Terengganu merencanakan ‘projek memfitnah Ahmad Said’ dengan bantahan dan label kononnya ‘Ahmad Said Terbabit Rasuah Balak’.

Pemimpin dan penyokong PAS, termasuk yang beberapa hari berjinak-jinak dengan PAS cuba membalas dendam melalui strategi ‘pembunuhan karier’ Menteri Besar Terengganu itu apabila mengatakan Kerajaan Barisan Nasional Terengganu, khususnya Datuk Seri Ahmad Said melakukan rasuah dalam pemberian konsesi balak.

Berikutan itu Ahmad Said terpaksa bersumpah dengan nama Allah pada satu majlis integrity untuk membersihkan dirinya.

Sedangkan yang menuduh dan membuat fitnah tidak pun bersumpah dengan nama Allah bahawa tuduhan dan butiran tuduhan mereka itu 'Semuanya Benar Belaka dan Tiada Yang Tidak Benar’.

Akibatnya, penyokong dan sebahagian rakyat Terengganu teruja dengan taktik kotor PAS ini.

Kesan ini besar kepada sokongan rakyat khususnya di kawasan Kuala Terengganu kerana bantahan di buat di Kuala Terengganu dan kempen mengenai rasuah ini banyak berkisar di dalam Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi oleh PAS.

Namun di sebalik cuba menghodohkan orang lain, pemimpin PAS sebenarnya berwajah HODOH kerana berselindung di sebalik kemunafikan dan kejahatan yang mereka lakukan ketika memerintah berkaitan isu balak ini.

Kita tetap tidak boleh lupa mengenai skandal balak pemimpin PAS. Ada yang melalui cakap-cakap dan ada yang terang-terangan tidak terjawab sehingga kini.

Kini skandal balak akan terdedah lagi  yang dilakukan pemimpin PAS dan akan meletup tidak lama lagi.

Kerajaan PAS Terengganu (1999 hingga 2004) dan kemungkinan besar beberapa pemimpin PAS yang sering memperkecilkan pemimpin UMNO khususnya Ahmad Said sebenarnya terbabit dalam skandal yang menggemparkan.

Jangan haraplah mereka akan mengaku atau berusaha membersihkan dosa yang mereka lakukan sebaliknya akan menuding kepada kerajaan BN dengan pelbagai helah.

Harapkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berterus terang?

Dia lagilah mungkin akan menjawab tidak tahu apa-apa mengenai isu berkenaan kerana beberapa pemimpin PAS antara 1999 hingga 2004 dikatakan memiliki kuasa pentadbiran dalam soal kewangan, pelaburan atau juga konsesi balak lebih daripada Hadi.

Logo Syarikat yang membuat tuntutan kepada Kerajaan Terengganu
Kes terbaru yang akan meledak sebenarnya sudah berlarutan kira-kira 11 tahun membabitkan sebuah syarikat yang diberikan konsesi untuk mengeluarkan 1.2 juta metrik tan balak yang nilainya dianggarkan RM2.1 bilion (RM2,100 juta).

Menurut fakta, mahkamah memberikan kemenangan kepada syarikat konsesi tersebut untuk menuntut ganti rugi gara-gara kerajaan PAS menamatkan perjanjian sewenang-wenangnya.

Sedangkan, menurut sumber syarikat berkenaan, sejumlah wang sudah dibayar kepada kerajaan negeri dan mungkin individu tertentu.

Ini bermakna Kerajaan PAS Terengganu 1999-2004 adalah jenis yang ‘mungkir janji’ dan pemimpinnya ‘baham duit balak’.


Kita jangan lupa kepada kes Riyapadu Sdn Bhd (Riyapadu) - di mana kerajaan PAS juga ‘mungkir janji’. Berikutan ‘tindakan zalim dan tidak profesional’ kerajaan PAS, syarikat berkenaan turut dibebani hutang lebih RM8 juta dengan kontraktor dan pembeli balak selain kerugian bayaran premium dilakukan.

Menariknya syarikat Bumiputera berkenaan menang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 12 November 2010 lalu dan gara-gara perbuatan kerajaan PAS Terengganu, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Ahmad Said pula terpaksa menanggung beban sebanyak RM1 bilion berkenaan. Kalau satu syarikat mungkin kita boleh katakan sebagai terkhilaf.

Tetapi jika berlaku juga kepada syarikat lain, ia bukan terkhilaf tetapi sama ada sengaja melakukannya, tidak cekap atau mungkin juga TIDAK BERUPAYA untuk mentadbir.
Duit daripada hasil balak ialah harta rakyat yang sepatutnya dibelanjakan untuk kemajuan dan kepentingan rakyat.

Modus operandi yang dilakukan pemimpin PAS ketika itu ialah menawarkan tender terbuka untuk syarikat konsesi mendapatkan projek.

Bagaimanapun Kerajaan PAS ketika itu menetapkan bahawa syarikat yang mendapat konsesi perlu membayar RM280 juta kepada Kerajaan Negeri. Tidak kurang dan tidak lebih.

Difaham ada lapan atau sembilan syarikat berminat. Tetapi akhirnya sebuah sahaja syarikat ditawarkan atau berjaya mendapat konsesi.


Syarikat yang mendapat konsesi ini sebenarnya membeli sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham dengan keseluruhan kos termasuk modal dan perbelanjaan lain hampir RM60 juta demi mendapatkan konsesi bernilai RM2.1 bilion itu.

Memang berbaloi kerana Kerajaan Negeri hanya mahukan RM280 juta sahaja. Jika dihitung secara mudah, selepas ditolak modal membeli syarikat sebanyak RM60 juda dan kos membalak yang dianggarkan RM500 juta, syarikat masih membuat untung kira-kira RM360 juta.

Tetapi selepas membayar kepada Kerajaan Negeri dan individu tertentu sejumlah wang, syarikat berkenaan ditamatkan perjanjian.

Kes dibawa ke Mahkamah Tinggi dan akhirnya sekitar 2007, syarikat berkenaan mendapat perintah untuk menuntut kerugiannya daripada kerajaan negeri. Siapa memerintah pada 2007?

Jawabnya ialah Kerajaan BN dan difahamkan Menteri Besar ketika itu Datuk Seri Idris Jusoh tahu mengenai perkara ini, namun tiada apa-apa tindakan di buat


Ini bermakna selepas tiga tahun jatuhnya kerajaan PAS, beban yang dibuat oleh pemimpin PAS dan Kerajaan PAS terpaksa dipikul oleh Kerajaan BN.

Berapakah jumlah yang dibenarkan untuk dituntut kepada kerajaan negeri?

Mencecah RM2.1 bilion, iaitu sama dengan jumlah Bajet 2013 untuk perbelanjaan setahun bagi tujuan pembangunan negeri.

Pihak syarikat beberapa kali menghubungi kerajaan negeri dan difahamkan Kerajaan Negeri pimpinan Ahmad Said ketika ini terpaksa ‘menguruskan isu’ ini dengan baik kerana tempoh enam tahun selepas keputusan mahkamah semakin menghampiri.

Dengan kata lain, perundingan perlu dibuat dengan syarikat berkenaan untuk mengelakkan wang rakyat sebanyak RM2.1 bilion terpaksa dibayar kepada syarikat berkenaan.

Ini bermakna Ahmad Said terpaksa uruskan dua ‘beban yang ditinggalkan kerajaan PAS berkaitan balak’, iaitu dengan syarikat terbaru ini selepas dengan Riyapadu - sedangkan pemimpin PAS yang kini ‘kehilangan kerja selepas kalah pilihan raya umum 2004, 2008 dan 2013’ menuduh Kerajaan BN sekarang ‘baham balak’.

Bahagian Kedua – Pemimpin PAS Cuci Tangan, Ahmad Said Kena Cari Sekurang-Kurangnya RM800 Juta…Adilkah?

Sunday, July 14, 2013

FAKTOR HUSAM DI KUALA BESUT – MENJANAM DARIPADA MEMENANGKAN PAS…


"Selain tidak menilai sensitiviti bahawa calon yang ditonjolkan oleh PAS itu sebenarnya adalah bekas ahli UMNO, keputusan PAS Pusat sudah membelakangkan kehendak pengundi PAS di Kuala Besut…amat nyata sekali, PAS tidak menyandarkan harapannya kepada calon berpengalaman dan memang mempunyai pengaruh di Kuala Besut."
 

Dalam soal memilih calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, UMNO/Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan berbanding PAS.

Tidak usahlah kita mempertikaikan mengenai kelulusan.

Tidak guna mempunyai calon berkelayakan tinggi tetapi tidak mempedulikan rakyat. Lebih baik mempunyai calon berkelulusan sederhana tetapi ‘mesra rakyat’.

Tetapi UMNO/BN bernasib baik kerana sejak awal-awal lagi, bakal calon yang mahu diketengahkan adalah mereka yang amat berkelayakan, iaitu berlatarbelakangkan agama, birokrat serta profesional.

Namun tidak dengan PAS!

Mereka terkial-kial kononnya menunggu pengumuman UMNO/BN supaya ‘sesuai’ untuk dipadankan sebagai calon. Maksudnya kalau calon UMNO/BN berpendidikan agama, mereka akan meletakkan calon serupa.

Ternyata perkiraan PAS kali ini lain daripada yang diduga. Jika ia benar-benar mahukan kekuatan dan sokongan, sudah PAS ia meletakkan calon berpengalaman dan di kenali ramai.

Namun, kali ini PAS mungkin terdesak kerana wang. PAS melihat faktor ‘kebendaan dan dana’ melebihi perjuangan ‘sucinya’.

Selain tidak menilai sensitiviti bahawa calon yang ditonjolkan oleh PAS itu sebenarnya adalah bekas ahli UMNO, keputusan PAS Pusat sudah membelakangkan kehendak pengundi PAS di Kuala Besut.

Selain itu amat nyata sekali, PAS tidak menyandarkan harapannya kepada calon berpengalaman dan memang mempunyai pengaruh di Kuala Besut.

Mungkin kerana itu, tinjauan yang dibuat mendapati ada kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri yang tidak senang dengan keputusan PAS Pusat meletakkan Azlan Jusuh yang dikenali sebagai Che Long.

Memang Azlan anak tempatan, namun kalangan yang mengharapkan bekas ADUN PAS Kuala Besut (1999-2004) diberikan peluang semula, sangat kecewa.

Malah, Nik Zawawi Nik Salleh (kiri) dilihat tidak diiktiraf langsung sumbangan dan penglibatan beliau dalam memperkukuhkan PAS Kuala Besut selama ini. Bukan ‘kacang lupakan kulit tetapi kulit yang tinggalkan kacang’.

Pada PRU 1999, Nik Zawawi Nik Salleh mendapat 4,426 manakala tokoh UMNO Besut yang juga bekas Exco, Wan Zakaria Bin Abd Rahman dari BN mendapat 3,939.

Nik Zawawi mengalahkan calon BN dengan majoriti 487 undi. Akhirnya ada kalangan penyokong PAS beranggapan, UMNO/BN akan memang mudah, ….’kacang jer’ kata mereka.

Jika ingin disingkap sumbangan kedua-dua calon daripada PAS dan UMNO/BN kepada parti di kawasan Kuala Besut, biarpun Che Long adalah Bendahari PAS, kedua-duanya seimbang.

Jika calon UMNO/BN dilihat sebagai pegawai kerajaan yang pernah menabur bakti di kawasan itu, Che Long pula dikatakan tidak membantu dan bekerjasama kepada calon PAS pada PRU 13, Napisah Ismail – menyebabkan Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar menang selesa dengan 2,343 undi majoriti.

Bagi kalangan ahli PAS, ada menggelarkan Che Long sebagai ‘calon cari makan’ dan berdepan dengan kemungkinan sabotaj kumpulan yang mahukan Wan Zawawi serta muslimah PAS yang kecewa dengan tindakannya sebelum ini.

Malah, Che Long yang dikatakan rapat dan banyak membantu Naib Presiden PAS, Husam Musa terpilih kerana ‘wincable’ bukan faktor kemungkinan kemenangan atau winnable.

Kita tidak hairan beliau terpilih dan kita tidak hairan kenapa Husam dilantik sebagai Pengarah PRK Kuala Besut. Che Long menjalankan perniagaannya dan banyak tertumpu di Kota Bharu dan pastinya orang yang paling ‘berpengaruh di Kelantan’ sebelum ini, Husam mempunyai hubungan erat dengan beliau.

Bagi Che Long, politik perkara kedua kerana baginya perniagaannya lebih penting. Malah, dia mungkin tidak meyangka akan dipilih sebagai calon. Memandangkan Nik Zawawi adalah daripada kalangan ulama, Husam yang dikenali daripada kumpulan Erdogan tidak akan memilih bekas ADUN Kuala Besut itu.

Soal pengaruh, pengalaman dan sokongan tidak dihiraukan oleh Husam. Yang penting ialah PAS perlu bergerak dan berbelanja untuk PRK ini. Siapa yang akan membantu PAS pada PRK ini?

Tidak ada sesiapa lagi kerana PKR dan DAP hanya menjadi ‘nasi tambah’ sahaja. PASlah yang perlu mengeluarkan duit dari poketnya.

Kalau letak Ustaz Zawawi, sudah PASti kontong tidak penuh tetapi dengan meletakkan Che Long, dia perlu bekerjasama rapat dengan Husam untuk menjamin kemenangan.

Jika kalah, Husam juga akan terkial-kial pada pemilihan Parti PAS nanti. Kalau menang, Husam akan kembali naik tocang selePAS digugurkan daripada Exco Kerajaan Kelantan.

Menghairankan apabila Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Wahid Endut mengatakan PAS Terengganu bersetuju menyerahkan kepada Husam untuk mengepalai jentera PAS bagi PRK Kuala Besut setelah pengumuman dibuat mengatakan Timbalan Pesuruhjaya PAS, Satiful Bahri Mamat sepatutnya mengetuainya.


Malah, Satiful dan pembantunya Hanafiah Mat seolah-olah diketepikan dan cita-cita dua pemimpin PAS ini untuk menunjukkan kebolehan 'tergolek di tepi jalan'. Belum berjuang sudah dikantoikan!

Berlainan dengan UMNO/BN, awal-awal sudah diumumkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin iaitu Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO dilantik sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Idris Jusoh, iaitu Ketua Bahagian UMNO Besut sebagai timbalannya.

Ternyata bahawa dalam PRK Kuala Besut ini, PAS tersilap memilih calon, selain terpaksa melantik pula Husam yang dilihat politiknya semakin menjunam, yang banyak membawa kelebihan kepada UMNO/BN. PRK ini juga menjelaskan lagi peranan kroni dalam PAS apabila Che Long mendapat tempat berbanding Wan Zawawi yang dilihat mampu memberikan saingan lebih sengit kepada calon UMNO/BN.

Kita tidak dapat meramalkan sejauh mana ‘kepentingan kroni’ akan berterusan dalam parti itu tetapi yang nyata melalui PRK Kuala Besut ini, sesiapa yang ada ‘cable’ dengan pemimpin PAS Pusat berpeluang menjadi calon. Faktor kedua ialah dia mesti loaded kerana PAS dalam keadaan tertentu terdesak untuk menubuhkan tabung khususnya untuk PRK.

Tidak hairanlah jika PAS - sambil berkempen – sempat mengumpul dana untuk PRK walaupun hakikatnya bagi PRK ini, Che Long mampu untuk menyediakan peruntukan selepas mendapat ruang dan peluang berniaga di Kelantan yang berkemungkinan besar melalui bantuan dan pertolongan Husam.

Jika pemimpin PAS mengatakan PKR Kuala Besut adalah ‘talian hayat UMNO/BN Terengganu’, di pihak Husam, PRK Kuala Besut adalah ‘talian hayat karier politiknya’.

Sejauh ini perananya dilihat ‘menjahanamkan politik PAS Kuala Besut’ dan PAS yang dijangka tewas terus akan menjadi mala petaka kepada karier politiknya yang kini sedang menjunam selepas kalah di Parlimen Putrajaya dan terpelanting daripada barisan Exco Kerajaan PAS Kelantan.

PERANGI ‘16:16’ DI PRK KUALA BESUT – SLOGAN BN SEPATUTYA ‘MAJORITI 4,000’


"Kebimbangan Muhyiddin dan pemimpin BN lain ada kewajarannya jika kedudukan 16:16 dan pastinya rakyat Kuala Besut perlu sedar pujukan pembangkang itu akan hanya meletakkan kerajaan Terengganu tidak stabil, sekali gus mengundang pelbagai masalah."

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mahu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) mengatur segera gerak kerja sesuai dengan Ramadan.

Selain itu, katanya, gerak kerja itu perlu menghormati pandangan dan sensitiviti pengundi.

Namun, di sebalik itu, apakan gerak kerja ittu berfokus dan mempunyai  slogan untuk kempen BN di PRK Kuala Besut ini?

Apakah ‘Gelombang Biru Semakin Biru Di Kuala Besut’ cukup ‘umphh’?

Saya fikir tidak!

Semua pihak dalaam BN mengharapkan rakyat Kuala Besut tidak terpedaya dengan pujukan pembangkang mahu menjadikan kerusi pembangkang 16-16 dengan BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Muhyiddin berkata, 17,683 pemilih berdaftar di kawasan itu seharusnya memilih jalan paling mudah bagi mengelakkan ia terjadi, iaitu dengan memilih calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, dan menolak calon PAS, Endot@Azlan Yusof, 48.

Jadi, untuk menjuruskan pemikiran pengundi di PRK ini, selain menyesuaikan dengan gerak kerja yang mahukan kemenangan bergaya, UMNO dan BN perlu menanam ingatan dan dibenak setiap pengundi dengan slogan ‘Majoriti 4,000’. Dengan slogan sedemikian, pekerja parti digerak dan ditanamkan dengan semangat ‘Majoriti 4,000’ sementara pengundi pula dikerah untuk menjamin sasaran majoriti 4,000 itu dicapai dengan jayanya. 

Lupakan soal pujukan "16:16”. Sebaliknya, semua jentera BN perlu tumpukan kepada slogan ‘Majoriti 4,000’ kerana kalau tidak dapat mencapai angka berkenaan pun, kemenangan yang dicapai akan memberikan makna yang besar kepada BN Negeri dan BN Pusat.

Muhyiddin sudah menyatakan dengan jelas bahawa menjelang jam 5 petang 24 Julai ini, beliau mahu melihat undian diberikan rakyat bakal menjawab keadaan politik semasa dan berharap ia memberikan kestabilan kepada Terengganu.

“Saya tahu ramai rakyat hendak elakkan keadaan 16-16. Jawapannya mudah, pilihlah BN. Jika tidak pilih BN, akan ada kesan lain dari aspek perlembagaan negeri, kedudukan Raja dan pilihan raya negeri yang baru. “Jika itu berlaku rakyat terpaksa keluar semula untuk mengundi. Keadaan menjadi tidak stabil. Rakyat perlu beri jawapan, jangan pilih PAS,” katanya pada sidang media selepas majlis penamaan calon PRK DUN Kuala Besut di Kompleks Rakan Muda Besut, pagi Jumaat lalu.

Namun, dengan meminta pengundi memberikan undi untuk mengelakkan kedudukan 16:16 memerlukan satu slogan atau moto khusus.

Penggerak parti, mereka yang terbabit dengan kempen untuk BN perlu menanamkan segera slogan ‘Majoriti 4,000’ agar semua gerakan parti dan kempen ditujukan keepada sasaran dan matlamat itu.

Pada setiap sesi sama ada ceramah, penerangan atau apa juga gerak kerja parti, laungan ialah “Majoriti 4,000’. BN ada jentera dan kekuatan untuk mencapai sasaran itu.

 Malah dengan majoriti pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, iaitu sebanyak 2,434, tidak mustahil untuk BN menggerakkan seluruh jenteranya yang berada di Kuala Besut untuk sasaran majority 4,000 undi itu. Pertambahan yang diperlukan cuma 1,566 undi sahaja dan dengan ‘bala tentera’ BN yang berada di Kuala Besut, angka itu tidak mustahil dicapai. 

Kebimbangan Muhyiddin dan pemimpin BN lain ada kewajarannya jika kedudukan 16:16 dan pastinya rakyat Kuala Besut perlu sedar pujukan pembangkang itu akan hanya meletakkan kerajaan Terengganu tidak stabil, sekali gus mengundang pelbagai masalah.

Untuk membantu Tengku Zaihan mempertahan kerusi berkenaan di sebalik tenaga mudanya yang diperlukan, rakyat Kuala Besut perlu memberikan kemenangan selesa kepada BN.

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan iaitu, ‘Majoriti 4,000’. Tidak boleh kurang daripada itu!

Tengku Zaihan menjalankan kerja ditinggalkan bekas ADUN, Dr A Rahman Mokhtar dan pastinya dengan pencapaian undi sedemikian akan memudahkan untuk beliau kerja dengan baik.

Dengan majoriti lebih besar, UMNO dan BN Besut, Terenganu dan Pusat bukan sahaja membuktikan ia tetap menjadi pilihan rakyat malah bersedia untuk menghadapi mana-mana PRK selepas ini!

Sunday, July 7, 2013

ROGOL & MINUMAN KERAS DI SUKMA KE-16 - LAIN DIHARAPKAN, LAIN YANG BERLAKU...


"Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas perjalanan Sukan Malaysia, sudah tentu saya merasa amat sedih dan dukacita kerana kejadian ini telah mencacatkan temasya ini yang telah berlangsung dengan baik sekali tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar. Ini adalah kali pertama insiden ini berlaku dalam sejarah pengelolaan Sukan Malaysia bermula pada tahun 1986 yang lalu.”
 – Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Kejadian memalukan di Sukma 2013 iaitu kejadian rogol bergilir-gilir oleh atlet terhadap atlet atau pegawai pengiring bolajaring wanita sangat-sangat jijik dan memalukan.

Kes mungkin berpunca daripada pesta 'mabuk-mabuk' dan menghairankan bagaimana minuman keras sewenang-wenangnya dibawa masuk ke kem Sukma di Universiti Putra Malaysia itu.

Kes seumpama itu kali pertama berlaku dalam sejarah temasya Sukma dan ia mencemarkan imej Sukma.

Sudah tentu Majlis Sukan Negara (MSN), selaku penganjur temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16, pastinya terpaksa menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes rogol ini.

Media melaporkan seorang atlet bola baling telah membuat laporan polis mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di Perkampungan Sukan Sukma 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lepas.

Atlet atau pengiring bolang baling wanita berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Rabu lalu.

Laporan sama turut menyebut, sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan meneguk minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.

Etika apakah yang dipraktikkan oleh kesemua mereka?

Selepas itu, mangsa dikatakan dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan kolej oleh beberapa atlet lelaki berkenaan.

Mangsa sedar kira-kira jam 4 pagi dan mendapati dirinya dalam keadaan bogel serta dihimpit oleh seorang lelaki. Lelaki itu serta rakannya bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Mangsa kemudiannya membuat laporan berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, sebelum tiga atlet lelaki itu ditahan polis di perkampungan sukan berkenaan pada petang Jumaat lalu.

Tiga lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. Ketiga-tiga atlet berusia 18 hingga 19 tahun terbabit kini direman seminggu bermula tangkapan

"Kita tak boleh dedahkan apa-apa lagi kerana siasatan sedang dijalankan menjurus pelbagai aspek mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan kerana merogol," katanya, hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata, polis memandang serius perkara tersebut kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.


"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong menjelaskan, pihaknya mendapat kerjasama polis dan UPM dalam memastikan kawalan keselamatan terjamin di Perkampungan Sukan. Pegawai keselamatan hanya mengawal di persekitaran kawasan Perkampungan Sukan dan tidak melakukan pemeriksaan dari bilik ke bilik atlet.

"Saya pun baru diberitahu mengenai perkara itu pagi ini. Mengikut laporan (sebuah akhbar tempatan), ia sudah menjadi kes polis, jadi kita serahkan kepada polis untuk lakukan siasatan.

Kita mempunyai hampir 4,000 atlet di Perkampungan Sukan, tidak mungkin kita memeriksa setiap bilik. Kita juga mengadakan pengasingan blok mengikut jantina bagi tujuan keselamatan," katanya.

Bagi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, beliau mencadangkan supaya ketiga-tiga atlet yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang pegawai pengiring atlet bola baling wanita dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2013 digantung dahulu sementara siasatan dijalankan.

Khairy berkata, meskipun kes ini telah dilaporkan kepada polis dan ia adalah di bawah siasatan polis sekarang ini, namun disebabkan atlet itu merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), tindakan awal perlu diambil terhadap atlet tersebut.

“Oleh kerana atlet ini merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab MSWP, saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, untuk mengambil tindakan awal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Khairy turut meluahkan rasa terkilan dengan insiden terbabit apabila beberapa atlet dan pegawai daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telah membawa masuk minuman keras ke dalam UPM yang menjadi perkampungan Sukan Malaysia.

“Mereka telah minum minuman tersebut di Gelanggang bola keranjang Kolej Kedua UPM. Saya memandang serius perkara ini," katanya.

Khairy turut mengarahkan agar MSN membuat satu "post-mortem" segera supaya kejadian tersebut tidak berulang pada mana-mana temasya kebangsaan akan datang.

"Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas perjalanan Sukan Malaysia, sudah tentu saya merasa amat sedih dan dukacita kerana kejadian ini telah mencacatkan temasya ini yang telah berlangsung dengan baik sekali tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar.

“Ini adalah kali pertama insiden ini berlaku dalam sejarah pengelolaan Sukan Malaysia bermula pada tahun 1986 yang lalu,” jelas beliau.

Khairy turut menjelaskan, Jawatankuasa Pengelola sememangnya mengadakan kawalan yang begitu ketat di tempat penginapan peserta.

Malah katanya, kerjasama daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut digunakan untuk menjaga aspek ini termasuk Unit Keselamatan UPM.

“Prosedur penempatan adalah mengikut prosedur UPM sendiri dan mereka amat ketat dalam mengawal penempatan terutama dalam memisahkan blok asrama lelaki dan wanita.

"Pengawal dan anggota polis sentiasa membuat rondaan kawasan terutama di sebelah malam tetapi ia tidak meliputi dalam kawasan asrama kerana menjadi tanggungjawab anggota kontinjen sendiri.

Bagi Khairy, pegawai-pegawai terdiri daripada pengurus, penolong pengurus, jurulatih dan sebagainya bertanggung jawab penuh kepada anggota pasukan mereka termasuk hal-hal keselamatan dan disiplin

Apakah atlet dan mangsa rogol sahaja wajar dipersalahkan dan pihak lain cuci tangan?

Sumber – Bernama & Sinar Harian

Friday, July 5, 2013

SURAT ORANG POLITIK PAS KEPADA BAKAL ORANG POLITIK UMNO!


(PRK Kuala Besut 1)

Membaca surat terbuka seorang kawan baik Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zulhaiza Ismail, iaitu Dr Azman Ibrahim yang juga AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, yang berupa nasihat, saya kagumi dengan nasihat-nasihat yang dilontarkan.

Namun di sebalik kekaguman itu, saya tertanya-tanya apakah sipengirim mempraktikkan apa yang disarankan? Selain itu apakah sipengirim pernah menasihati rakan-rakannya mempraktikkan apa yang diperkatakan oleh beliau kerana banyak perkara yang disebut dalam surat itu bagai ‘menepuk air di dulang, terpecik ke muka sendiri’.

Apapun, apakah surat ini merupakan kebimbangan atau usaha mencegah Nik Zulhaiza agar menarik diri awal-awal.

Apakah surat ini satu strategi dan usaha PAS yang takut dengan kehadiran Nik Zulhaiza jika dipilih sebagai calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut?

Strategi PAS ini hanya berkesan jika Nik Zulhaiza menolak untuk dicalonkan atau tidak terpilih?

Yang pasti, sekiranya beliau tetap mahu bertanding, surat ini akan memakan diri PAS.

Baca dulu surat yang dimaksudkan:

Surat Terbuka Untuk Bakal Calon PRK N01 Kuala Besut
Wednesday, 03 July 2013
Written By Dr Azman Ibrahim

Sahabatku Ustaz Nik Zulhaiza yang dihormati,
Pilihanraya Kecil Kuala Besut adalah suatu catatan sejarah penting bagi Negeri Terengganu khususnya dan politik Malaysia amnya. Di saat margin perbezaan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu terlalu hampir, takdir Allah mengatasi segalanya.
Semoga Allah mengampuni arwah yang telah pergi dan kita yang tinggal perlu terus menggalas tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah.

Sahabatku,
Melihat laporan media, nama saudara antara yang tersenarai sebagai bakal calon mewakili BN dalam PRK nanti, tentunya saya sebagai sahabat yang paling awal akan mengutuskan ucapan tahniah. Tentunya kenangan kita bersama di Sekolah Menengah Agama Maarif, Kampung Raja sekitar tahun 1988-1989 dulu masih segar diingatan.
Tinggal bersama di Asrama Yayasan Terengganu, bersama bermandi peluh mewakili sekolah dalam pasukan bolasepak, bersama mewakili sekolah dalam ‘musabaqah’, saudara sebagai qari, saya sebagai pemidato. Kebolehan saudara dalam mengalunkan ayat-ayat suci al Quran sangat saya hormati. Walaupun kita sekarang berbeza lapangan, saudara sebagai Qadhi, saya sebagai pengamal perubatan tetapi saya yakin, kita sama-sama bekerja untuk meninggikan syariat Allah yang tertulis di dalam al Quran tersebut. Al Quran ini jugalah yang diletakkan oleh parti dokongan saya, PAS! sebagai sumber rujukan tertinggi.

 Sahabatku Nik Zulhaiza,
Sejujurnya, saya tidak memaklumi sekiranya saudara ada memegang apa-apa posisi jawatan di dalam Umno walaupun saudara tentunya memaklumi bahawa saya adalah salah seorang pimpinan PAS Terengganu yang pernah bertanding mewakili parti di dalam Pilihanraya Umum. Perbezaan pandangan politik ini diharap tidak menghalang kita untuk kekal saling menghormati dan menghargai.

Sahabatku,
Sebagai Qadhi, sahabat tentu lebih memaklumi bahawa menjadi calon pilihanraya untuk memikul amanah kepimpinan adalah suatu ‘tragedi’ bagi mereka yang memaklumi beratnya persoalan yang akan ditanggung di hadapan Allah di ‘yaumul hisab’ nanti. Kerana itulah, ucapan tahniah saya sekiranya saudara dipilih adalah bersyarat supaya saudara memikirkan sehalusnya beberapa perkara berikut;

Yang pertama, saya memberikan pesanan kepada saudara supaya bertaqwa kepada Allah kerana ketaqwaan kepadanya akan memberikan jalan keluar bagi setiap masalah yang kita hadapi.

Yang kedua, saya mengingatkan diri saya dan saudara bahawa dengan amanah kepimpinan yang dipegang, kita wajib untuk kita menyebarkan kebaikan dengan semampunya dan mencegah kemungkaran dengan sehabis daya. Apatah lagi apabila kita adalah sebahagian dari kerajaan yang memerintah.


Yang ketiga, sekiranya kita tidak mampu melakukan kebaikan, hendaklah kita memberikan pertunjuk dan membantu orang lain yang ingin melakukan kebaikan. Jangan sekali-kali dengan kuasa yang kita ada, kita menjadi penghalang kepada orang lain yang ingin melakukan kebaikan. 

Yang keempat, keharmonian masyarakat perlu dipelihara dan jangan sekali-kali sebagai pemimpin kita menjadi pencetus suasana tidak sihat dalam masyarakat. Hendaklah berusaha keras untuk menolak apa sahaja yang tidak membawa kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain.

Yang kelima, memikul amanah kepimpinan bermakna memikul tugas khilafah di atas muka bumi. Khalifah bermakna penganti. Menganti dengan makna kita perlu mentadbir muka bumi ini sebagaimana yang dikehendaki oleh tuan punya bumi ini, Allah!

Yang keenam, berhati-hatilah dengan kenikmatan duniawi yang selalu akan datang mengiringi ‘anugerah’ jawatan dan kepimpinan. Akibat buruknya telah banyak merosakkan ramai manusia dan keperibadian insan.

Akhir sekali, saya berdoa semoga Allah melimpahkan rahmat kepada saudara dan keluarga. Ingatlah misi utama sebagai pemimpin adalah untuk menjaga kemurnian agama dan memimpin dunia dengannya. Islam adalah agama yang memiliki batasan-batasannya, ketentuan-ketentuan. Sesiapa yang dapat melaksanakan dengan sempurna maka sempurnalah imannya dan sesiapa yang belum dapat melaksanakan dengan baik, belum sempurnalah imannya.

Dr Azman Ibrahim AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.
Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI)

Sebenarnya PAS masih boleh menggunakan surat ini sebagai strategi untuk ‘membunuh watak’ Nik Zulhaiza.

Mereka boleh berkempen kononnya nasihat sudah diberikan tetapi sebagai ‘orang beragama’, Nik Zulhaiza akan dikatakan mementingkan jawatan daripada ilmu yang ada pada dirinya.

Penceramah PAS dan aktivis mereka akan mengatakan walaupun dinasihati oleh rakan baiknya yang sama bersekolah dan sebagainya, Nik Zulhaiza tetap mahu berdampingan dengan UMNO yang dianggap sebagai parti secular yang bukan menunjukkan ‘jalan ke syurga’!

Pas tetap boleh cuba membunuh karier politik awal Nik Zulhaiza dengan mengatakan beliau membelakangkan ilmu agamanya demi jawatan yang mementingkan keuntungan dunia dan usaha membantu pentadbiran Kerajaan Terengganu dalam konteks Islam tidak akan ke mana-mana.

Bijak strategi ini dan pemimpin UMNO wajar memeranginya dengan mengalu-alukan kehadiran Nik Zulhaiza demi imej dan kekuatan parti bekenaan.

Nik Zulhaiza ketika dihubungi Sinar Harian kelmarin berkata, sebagai kakitangan awam berkhidmat dengan kerajaan, beliau akur apa sahaja keputusan dibuat pucuk pimpinan.

"Jika saya diberi mandat untuk bertanding, saya akur dengan keputusan itu tetapi ia bukanlah matlamat asal saya. Apa yang penting, pengetahuan dan pengalaman yang ada pada saya dapat dicurahkan kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di tempat sendiri," katanya.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Syariah Setiu, Besut dan Kuala Terengganu sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Agama Daerah Besut sebelum bertukar ke Dungun.

Selain beliau, nama lain disebut-sebut ialah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Besut, Zahanapi Sagaf dari Kampung Pangkalan Sentul, Mukim Bukit Puteri, Kuala Besut.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun itu dikatakan antara calon selain muka baru anak veteran Umno Kuala Besut iaitu bekas Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang kini jurutera JPS di Putrajaya.

Beliau yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, USM dikatakan antara nama yang disenarai pendek dan dihantar untuk pemilihan pucuk pimpinan parti. Tengku Zaihan adalah anak jati Kampung Seri Seratus, Mukim Kuala Besut sebelum ini dikatakan mesra Umno dan mempunyai ciri menjadi pemimpin.

Tidak terkecuali, pensyarah Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan, Mohamad Mat Kadir dari Kampung Alor Peroi, Mukim Kuala Besut. Walaupun tidak mempunyai jawatan dalam parti tetapi golongan veteran menyukainya.

Ternyata Nik Zulhaiza tidak menolak jika dicalonkan, malah beliau bersedia untuk menyumbangkan bakti melalui UMNO dan BN.

Apakah dengan jawapan itu PAS akan berhenti memujuknya?

Kita tunggu apa pula strategi PAS Besut selepas ini….