Tuesday, May 24, 2016

SKANDAL 1MDB – BSI BANK SINGAPURA DIARAH TUTUP, AG SWITZERLAND MULA PENDAKWAAN


Perkembangan menarik berlaku di Singapura dan Switzerland mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini.

Ini bermakna bahawa pihak tertentu di luar negara sedang melakukan tindakan serius pada ketika di dalam negara, isu 1MDB ini sebagai perkara ringan yang bukan menjadi perhatian penting.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini mengambil tindakan nekad supaya BSI Bank (Switzerland) yang dikaitkan dengan skandal !MDB ditutup.

BSI Bank yang beroperasi sejak 1873 dan beribu pejabat di Switzerland, turut disiasat berhubung urusannya dengan  1MDB yang disyaki ‘melakukan pengubahan wang haram dan enam kakitangannya disiasat’.

Laporan Straits Times Singapura hari ini menyebut kakitangan BSI Bank, yang beroperasi di di Singapura sejak 2005, sebagai bank perdagangan -  mendapat perhatian dunia selepas pegawainya dikaitkan dengan 1MDB dalam kes pengubahan wang haram melalui SRC International – turut disiasat.


Laporan itu tidak menyatakan secara khusus sama ada jika BSI Bank diarahkan ditutup kerana  urusannya dengan 1MDB tetapi bekas ahli bank berkenaan telah didakwa sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap 1MDB.

Berkaitan dengan isu ini, Peguam Negara Switzerland hari ini turut membuka pendakwaan jenayah terhadap Bank BSI SA dalam hubungannya dengan siasatan terhadap skandal 1MDB.

Laporan itu menyebut: “The decision to open proceedings against the Swiss parent of BSI Bank in Singapore is based on information revealed by the criminal proceedings in the 1MDB case and on issues raised in the Swiss Financial Market Supervisory Authority (FINMA) decision of May 23, 2016.

The OAG suspects deficiencies in the internal organisation of the BSI SA bank. It is believed that due to these deficiencies, the bank was unable to prevent the commission of offences currently under investigation in the criminal proceedings relating to Malaysian state fund 1Malaysia Development Bhd (1MDB).”

Pada 20 Mei  lalu, The Edge Singapura melaporkan mahkamah Singapura di maklumkan bahawa bekas pegawai bank BSI Singapura Yeo Jiawei cuba menyembunyikan jejaknya dengan mengarahkan yang lain memadamkan e-mel dan menjadikan diri mereka tidak boleh diperolehi apabila pihak berkuasa mahu menyoal-siasat mereka.

Peguamcara II republik itu, Kwek Mean Luck berkata pada 19 Mei ketika memohon tambahan reman dua hingga tiga minggu lagi ke atas Yeo yang ditahan berhubung siasatan ke atas bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Menurut akhbar itu, Kwek dilaporkan berkata Yeo yang disiasat sejak setahun lalu disyaki memainkan peranan penting di dalam kes itu sejak tiga tahun lalu. Yeo berdepan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram dan penyelewengan yang berkaitan dengan SRC.


Bloomberg turut melaporkan pada 16 dan 17 Mei bahawa Bank Switzerland itu yang terlibat dalam siasatan global 1MDB, BSI SA, dikatakan akan menyiasat kakitangannya dan urusniaga yang dilakukan melibatkan dana pelaburan Malaysia itu.

Siasatan BSI Bank yang sedang berjalan dilaporkan berlaku ekoran pihak berkuasa peringkat antarabangsa menyemak dakwaan 1MDB digunakan untuk menyalurkan dana kepada individu berkaitan politik.

Menurut laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB, sebelum ini bank Switzerland itu telah memperkenalkan 1MDB kepada dana Cayman Islands yang menerima pelaburan sebanyak AS$2.32 bilion.

BSI sebagai bank saudagar adalah bank yang terbabit dalam urusniaga dengan syarikat dan bukannya individu ataupun orang perseorangan.

Tindakan seumpama itu belum pernah diambil oleh pihak berkuasa Singapura sejak tempoh 32 tahun.

Menurut laporan Reuters, bank pusat Singapura menarik semula status bank saudagar yang diberikan kepada bank Switzerland di kota raya itu.

“Ini adalah kali pertama Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menarik semula kelulusan kepada bank saudagar sejak tahun 1984, apabila Jardine Fleming (Singapore) Pte Ltd ditutup untuk kesilapan serius dalam kerja penasihat," dipetik laporan itu.

Dalam kenyataan MAS hari ini, Selasa (24 Mei), pihaknya turut menyerahkan notis untuk mengenakan denda bernilai sehingga  S$13.3 juta untuk 41 kes pelanggar MAS Notice 1014 - Prevention of Money Laundering and Countering the Financing of Terrorism.

Pelanggaran itu termasuk gagal untuk membuat kajian due diligence ke atas akaun berisiko tinggi pelanggan untuk memantau transaksi pelanggan yang disyaki berasaskan akaun yang sedag beroperasi.

Selain itu MAS turut merujuk enam nama anggota pengurusan tinggi dan kakitangan BSI Bank kepada pendakwa raya.sama ada mereka melakukan kesalahan jenayah atau sebaliknya. Mereka adalah:

- Mr Hans Peter Brunner, former CEO

- Mr Raj Sriram, former Deputy CEO

- Mr Kevin Michael Swampillai, head of wealth management services

- Mr Yak Yew Chee, former senior private banker

- Mr Yeo Jiawei, former wealth planner and

- Ms Seah Yew Foong Yvonne, former senior private banker

Alasan-alasan yang diberikan termasuk "pelanggaran serius atas keperluan anti pengubahan wang haram, pengawasan operasi pengurusan bank yang lemah dan salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangan bank.”

Pasukan pendakwaan Singapura akan menilai sama ada mereka telah melakukan sebarang  kesalahan.

Sementara itu, Channel News Asia melaporkan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura memberi jaminan bahawa ia akan memastikan bank berkenaan ditutup dengan cara yang teratur.

"Pelanggan BSI Bank diberi jaminan bahawa bank itu masih mampu bayar dan mempunyai aset melebihi liabiliti dan komitmennya.

"Ia juga mempunyai sokongan penuh daripada bank induknya, BSI SA, di Switzerland.

"Pihak Berkuasa Kewangan Singapura sedang bekerjasama rapat dengan Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland (Finma), pengawal selia BSI SA untuk menyelaras penutupan teratur BSI Bank di Singapura," petik laporan itu.