Monday, May 21, 2012

PAS PUN DAH MACAM2...TIDAK PAYAHLAH MUZAKARAH!

"Tidak payah (perlu) syarat-syarat, kita muzakarah kerana ingin mencari perpaduan di kalangan orang Islam, orang Melayu…(Syarat) itu, nak bagi alasan tak mahu bermuzakarah, tetapi bila (bergabung) dengan DAP (dalam Pakatan Rakyat (PR)), tidak ada syarat pula… 
– Tun Dr Mahathir Mohamad

Tiada siapa pun mengatakan muzakarah itu buruk atau merugikan. Dengan syarat Nik Aziz dan ‘bodoh sombong Mahfuz’ serta keegoan Mustapa Ali itu, baik UMNO dan BN lupakan terus soal muzakarah ini dan tumpukan kepada perjuangan menegakkan Islam seperti yang diamalkan sekarang.

Harussani....platform terbaik  menyelesaikan masalah!
Orang Islam dan bukan Islam di negara ini tahu sumbangan UMNO dan BN kerana UMNO tidak berdolak-dalik seperti sesetengah pemimin tinggi PAS yang hanya ‘menghadkan syurga untuk kalangan mereka sahaja’!

Memanglah muzakarah baik dan kita diwajibkan melakukannya tetapi berdepan dengan manusia ego, bodoh sombong, pentingkan perjuangan parti daripada agama dan sanggup bekerjasama dengan kafir harbi berbanding Islam, seruan akan menjadi sia-sia akhirnya.

Kelak mereka akan menempelak UMNO dan BN seperti yang selalu dilakukan mereka sejak 1980an.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sudah menjelaskan muzakarah adalah satu platform terbaik untuk meneliti dan menyelesaikan pelbagai masalah.

Malah menurutnya, muzakarah antara PAS dan UMNO perlu disegerakan dan tidak perlu ditangguhkan jika ia bertujuan demi kebaikan semua pihak terutama umat Islam

Sayangkan kafir harbi melebihi orang Islam UMNO...
“Jangan melengah-lengahkan sesuatu yang baik. Jika tidak, ia mungkin akan melahirkan keadaan lebih parah. Segerakan perkara ini dan jangan tunggu hingga selepas pilihan raya,” kata beliau yang pernah menggerakkan inisiatif kerjasama politik PAS-UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu.

Namun nampaknya PAS buat onar pula.

ketika dua pemimpin tertingginya, Datuk Mahfuz Omar dan Mustapa Ali menolak diadakan muzakarah, Datuk Ibrahim Tuan Man mahu diadakan selepas PRU13. Memburukkan suasana, Musyridul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat meletakkan ‘syarat gila babi’ yang memang melihat kepentingan politik semata-mata.

Benarlah kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa syarat yang diletakkan Pas untuk mengadakan muzakarah dengan Umno hanya alasan mahu menolak daripada merealisasikan cadangan pertemuan itu.

Tuan Ibrahim...lepas PRU13 lah...
"Tidak payah (perlu) syarat-syarat, kita muzakarah kerana ingin mencari perpaduan di kalangan orang Islam, orang Melayu. "(Syarat) itu, nak bagi alasan tak mahu bermuzakarah, tetapi bila (bergabung) dengan DAP (dalam Pakatan Rakyat (PR)), tidak ada syarat pula," kata beliau pada sidang media selepas menghadiri program perjumpaan bersama jentera pilihan raya Umno Kedah di Dewan Wawasan di Jitra, hari ini.

Pada ketika UMNO sudah lama menyatakan persetujuan untuk mengadakan muzakarah itu tetapi PAS sebaliknya meletakkan syarat tidak munasabah sehingga menggagalkan usaha tersebut. Berikutan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan,

Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta PAS tidak meletakkan syarat bagi muzakarah dengan UMNO, jika parti itu benar-benar ikhlas untuk berbincang.

Mustapa...jangan ada syaratlah!
 "Nak berbaik seperti mengadakan muzakarah ini lebih baik jangan adakan syarat. Sepatutnya tidak ada syarat yang boleh menjejaskan pertemuan ini. Ini perkara baik dan perlu disambut dengan tangan terbuka oleh semua pihak. Yang penting adalah untuk melihat perpaduan dapat dijalinkan dengan baik," katanya selepas merasmikan Seminar Kejururawatan sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat Negeri Kelantan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersetuju mengadakan muzakarah dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) termasuk UMNO, namun dengan syarat pokok persoalan muzakarah haruslah tertumpu mengapa menolak Islam.

Katanya, kedua-dua parti Melayu beragama Islam itu perlu duduk semeja membincangkan bagaimana untuk mengeratkan perpaduan dan memperteguhkan Islam itu.

"Kita harus terbuka untuk mengadakan muzakarah ini. Bagi UMNO, ini adalah untuk kebaikan negara akhirnya," kata Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Pada ketika Nik Aziz meletakkan pelbagai syarat, Musyridul Am PAS, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pertemuan tersebut hanya akan dilakukan selepas UMNO membetulkan sistem pilihan raya kerana beranggapan UMNO tidak ikhlas dalam pertemuan tersebut.

Dalam pada itu, penganalisis melihat PAS seperti menghidup dan mematikan peluang bermuzakarah kerana menyedari dan bimbang UMNO akan mendominasi sesi perbincangan itu nanti.

Pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, sebagai langkah untuk memastikan perbincangan kedua-dua parti itu tidak berlangsung, PAS dilihat mengambil pendekatan dengan meletakkan syarat ketat kepada UMNO sekiranya mahu bermuzakarah.

Menurutnya, tindakan PAS itu juga seolah-olah menggambarkan bahawa UMNO tersasar dari perjuangan Islam.

“Mereka tidak mahu berbaik-baik dengan UMNO sebab PAS menganggap mereka lebih kuat tanpa UMNO,” katanya.

Pensyarah Kanan Kajian Komunikasi, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir pula berkata, muzakarah antara PAS dengan UMNO seperti yang digembar-gemburkan itu tidak akan berlangsung sama sekali.

Ia kerana sifat keterbukaan PAS untuk bermuzakarah dengan UMNO itu sekadar gimik dan retorik politik semata-mata.