Sunday, March 4, 2012

KEMELUT PAS KEDAH BELUM SELESAI WALAUPUN DENGAN KEHADIRAN ABDUL HADI?


(TERBARU) Presiden PAS Abdul Hadi sudah pulang dari luar negara dan turut menghadiri perbincangan bagi menyelesaikan isu kemelut di Kedah.

Persoalannya, apakah benar-benar sudah selesai atau masih ada perkara yang belum beres? Jelas PAS Pusat tidak dapat membuat keputusan muktamad bagi menyelesaikan krisis dalaman parti itu di Kedah selepas mesyuarat mulai pukul 9 malam semalam ditangguh kira-kira pukul 12 tengah malam.

Sinar Harian Online menyebut memetik Salahuddin, krisis sudah selesai dan Utusan Malaysia Online pula  menyebut, "PAS Pusat masih belum dapat membuat keputusan muktamad bagi menyelesaikan krisis dalaman parti itu di negeri ini selepas mesyuarat mulai pukul 9 malam semalam ditangguh kira-kira pukul 12 tengah malam."

Soalnya, kenapa mahu tungguh sehingga pagi atau tengah hari ini mahu dimaklumkan? Selalunya kalau menangguh pengumuman itu pasti ada masalah. Kalau selesai kenapa tidak boleh mengumumkannya?

PAS sudah tentu tidak mahu ada spekulasi berbagai dan jika benar kemelut selesai kenapa mahu ambil masa sampai setengah hari mahu umumkannya? Perlukan proses tolak ansur lagi?

Apakah PAS Pusat mematuhi Dewan Ulama PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS Kedah yang mahu mana-mana pemimpin yang seleweng perlu diganti?

Pendirian itu dikeluarkan menjelang pertemuan antara ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Kedah di Alor Setar malam semalam.

Dalam kenyataan bersama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib dan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Mohamad Abdullah menegaskan, pihaknya sama sekali tidak akan menyokong sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kedah.

“Dewan Ulama PAS Kedah sentiasa istiqamah untuk mempertahankan kerajaan PAS negeri Kedah bersama-sama dengan ahli dan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia,” kata kenyataan itu.

Persoalannya siapa menyeleweng?

Rasanya untuk menutup keaiban dan menyatakan kemelut ini selesai, PAS Pusat akan mengatakan isu menyeleweng tidak timbul.

Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub berkata, pihak yang bertelagah iaitu Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi  (gambar kanan) telah mengemukakan pandangan dan hujah masing masing berhubung isu yang timbul.

Akhirnya, SIAPA YANG MENANG?

Phahrolrazi  yang  tiba pada pukul 8.50 malam dan ketika disapa media dan ditanya harapannya, beliau berkata: ''Saya yakin boleh menang.''

Azizan pula  tiba 30 minit kemudian dan Abdul Hadi terakhir memasuki Seri Mentaloon kira kira pukul 9.50 malam sebelum pintu pagar ditutup petugas keselamatan.

Boleh menang apa? Pecat Azizan?

Jika pertemuan semalam juga tiada kata putus alamatnya adalah yang akan terkorban atau dikorbankan.

Pastinya PAS mahu melakukannya bagai ‘menarik rambut dalam tepung…” tetapi songkok atau kopiah siapa akan terbang.

Sebelum ini pada mesyuarat di Ibu pejabat Parti malam kelmarin, ketiadaan Abdul Hadi mendapat reaksi dan pertanyaan serius daripada blogger Anuarisme, Mohd Sayuti Omar melalui blognya:

Saya tidak faham sepenting mana forum itu perlu dihadiri Abdul Hadi (Presiden PAS) berbanding pulang untuk melihat kemelut PAS Kedah yang agak mencemaskan.

Apakah beliau mempunyai ilmu makrifah yang bleh memantau perkembangan parti dari luar negara? Menyelesaikan masalah parti secara spritual, misalnya berdoa di kejauhan? 

Sayuti atau MSO yang dikenali rapat dengan Anwar dan Musyridul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mempersoalkan ketiadaan Abdul Hadi dalam negera ketika Jawatakuasa Kerja PAS Pusat membincangkankemelut politik di Kedah.

Khabarnya Hadi berada di Vienna Australia kerana menghadiri forum dunia. Timbalan Presiden Mohd Sabu mempengerusikan mesyuarat itu dan gagal menyelesaikan kemelut hinggalah dibawa ke mesyuarat malam kelmarin.

Semalam, Jawatankuasa PAS Pusat yang turut disertai Abdul hadi meneruskan perbincangan bagi mendapatkan jalan penyelesaian muktamad dalam tempoh terdekat.

Namun jelas kemelut itu masih samar penyelesaiannya walaupun dengan kehadiran Abdul Hadi.

Keputusannya dikatakan akan dimuktamadkan selewat-lewatnya pagi atau tengah hari ini.

Pengumuman mengenainya sama ada akan di buat di sini (Alor Setar) atau di Kuala Lumpur," kata Salehuddin kepada pemberita selePAS mesyuarat dihentikan seketika di Kediaman Rasmi Menteri Besar Seri Mentaloon di Alor Setar tengah malam semalam.

Banyak persoalan sebenarnya apabila pertemuan tertutup yang turut dihadiri Presiden PAS itu dan beberapa ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang merupakan kali kedua bagi membincangkan isu tersebut selepas mesyuarat khas PAS di Kuala Lumpur kelmarin nampak gayanya sukar mencari jalan penyelesaian.


Pertemuan itu dikawal ketat apabila beberapa petugas keselamatan menyaring kemasukan semua individu di pintu pagar Seri Mentaloon Alor Setar itu.

GURU TERPAKSA BERPURA-PURA SOKONG BARISAN NASIONAL?

Di Terengganu, guru menerima laptop daripada Kerajaan Negeri untuk membantu mempertingkatkan mutu pengajaran. Apakah pemberian ini RASUAH dan untuk menagih sokongan kepada BN?

Benarkah warga pendidik di negara ini ‘dipaksa’ atau ‘terpaksa berbohong’ menyokong Barisan Nasional (BN)?

Apakah sikap ‘bohong paksa’ ini menjadi amalan harian warga pendidik di negara ini?

Sebuah blog menyokong pembangkang mengatakan warga pendidik melakukan perbuatan berbohong bimbang dikenakan tindakan disiplin.

Apakah begitu kejam kerajaan BN hingga terpaksa melakukan sedemikian?

Benarkah kalau tidak sokong kerajaan akan dihantar mengajar di Sabah?

Atau apakah blog ini sengaja mahu menjatuhkan maruah warga pendidik yang ikhlas berbakti dan berterima kasih kepada kerajaan dengan mengatakan seperti ini?

Ramaikah warga pendidik yang mengamalkan SIKAP DAN AMALAN BERBOHONG  dan sebaliknya di sekolah mengajar anak-anak kita supaya TIDAK BERBOHONG.

Kata blog berkenaan, apabila ditanya "bilakah tarikh PRU13?", tidak ada seorang pun di Malaysia yang mampu menjawab atau mengagak dengan tepat.

Tidak kiralah pakar politik, penganalisis hebat, dukun, bomoh mahupun ahli nujum.

Baca seterusnya...