Wednesday, June 13, 2012

DAHLAH NIZAR…DAH MELUAT DENGAN TELATAH DAN KATA-KATA ENGKAU!!!

WWW1 di kereta nasional..
Selepas hampir sebulan baru sedar kesilapan dan mahu memohon maaf?

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kini disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan dakwaannya di twitter berhubung kejayaan Sultan Johor membuat bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 dengan harga RM520,000.

Sultan Johor Sultan Ibrahim memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000 dan kemudian Mohammad Nizar melalui twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

Malah dalam dia mengatakan mahu meminta maaf semalam, Nizar enggan memohon maaf kepada rakyat walaupun dititahkan Sultan Johor sedemikian.

Apakah hanya selepas 30,000 rakyat Johor menyatakan tata setia mereka dan Sultan Johor menitiskan air mata kerana sokongan itu, baru Nizar sedar bahawa rakyat Johor amat sayangkan sultannya?


Jenis manusia apa Nizar ini?

Kalaupun dia tidak sayangkan sultan engkau sendiri, janganlah nak buat hal dengan sultan di negeri lain. Respectlah instituisi di raja yang penting dalam pentadbiran dan politik negara ini sejak sebelum merdeka lagi.

Atau Nizar sudah takut apabila Polis Johor akan mengemukakan kertas siasatan mengenai kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu, kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata semalam , siasatan terhadap kenyataan Nizar menerusi Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Ibrahim itu hampir selesai.

Polis telah menerima 46 laporan daripada pelbagai pihak, kata Mohd Mokhtar kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran itu dengan bayaran RM520,000.

Dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara telah mengambil keterangan Nizar di Pejabat Pas Perak, di Ipoh pada 6 Jun lepas, dalam menjalankan siasatan mengikut Akta Hasutan.

Semalam Nizar menyatakan kesediaan untuk mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim bagi memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan menerusi Twitternya mengenai bidaan no pendaftaran WWW 1.

Nizar berkata pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi bagi mengadap Sultan Johor dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang melanda isu tersebut.

 "Tweet saya merupakan pandangan peribadi dan umum daripada seorang rakyat biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak...ini yang perlu diperjelas kepada Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur. Kata Nizar:

"Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri.”

Nizar buat macam tidak faham bahawa Sultan Johor yang begitu rapat dengan rakyatnya mahukan Nizar memohon ampun dengan rakyat bukan dirinya.

Apakah kedegilan dan keangkuhan Nizar ini membuatkan beliau wajar dihukum oleh rakyat, kalaupun bukan di Johor tetapi oleh rakyat Perak sendiri?