"Saya
akan pertimbangkan tindakan lanjut, tetapi pada peringkat ini saya minta
menteri (Zahid) untuk menarik balik (tuduhan itu)."
– Tian Chua, Ahli
Parlimen Batu
Siapa
cabar siapa. Siapa ingatkan siapa!
Dah
terbalik kot. Tidak pernah berlaku Menteri Dalam Negeri dicabar dan diminta
menarik balik kenyataan, selain mengugut untuk melakukan sesuatu tindakan.
Cabaran
itu membayangkan seolah-olah Menteri berkenaan yang juga Timbalan Perdana
Menteri melakukan pembohongan besar dan bersifat fitnah.
Kesombongan
Ahli Parlimen Batu Tian Chua (Chua Tian Chang) terserlah apabila meminta Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kenyataan yang menuduh dirinya sebagai
‘dalang’ pertemuan antara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan anak
perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III, Jacel H
Kiram.
Beliau selanjutnya
mengugut akan pertimbangkan tindakan lanjut, tetapi pada peringkat ini beliau
hanya mahu menteri (Dr Ahmad Zahid) untuk menarik balik (tuduhan itu).
Malah
dengan angkuhnya Tian Chua menyatakam beliau bersedia untuk dipanggil pihak
berkuasa untuk disiasat berhubung perjumpaan Nurul Izzah dengan anak perempuan
bekas ketua pengganas Sulu itu yang turut dihadiri beliau.
"Kita
tak ada pilihan kalau dipanggil, kita kena pergi dan beri kerjasama,"
katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
Tian Chua
mengakui mereka ke Manila bagi membawa isu hak asasi manusia dan isu kebebasan
bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tian Chua
membuat kenyataan itu gara-gara Dr Ahamad Zahid menuduh Chua mengaturkan
mesyuarat Nurul Izzah dengan Jacel
Timbalan
Perdana Menteri mengatakan Tian Chua adalah orang di belakang (pertemuan) yang
telah mengatur pertemuan itu.
“Tian Chua
orang yang bertanggungjawab menjalankan tindakan cara halus untuk menghubungkan
apa yang dipanggil 'Kesultanan Sulu' yang kononnya mahu tuntut semula wilayah
kesulatan itu hingga ke Sabah.”
Bagi Tian Chua,
tuduhan itu adalah liar dan tidak berasas.
Ahli
Parlimen Batu itu membidas pendedahan bahawa beliau menjadi dalang yang
mengaturkan pertemuan pemimpin parti itu dengan anak perempuan bekas ketua
pengganas, Jacel Kiram, baru-baru ini.
Selain
itu, Tian Chua juga berkata Dr Ahmad
Zahid sepatutnya menjawab tujuan sebenar pemimpin-pemimpin tertinggi Umno yang
didakwa kerap bertemu dengan Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III sebelum ini.
"Jika
Zahid menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara, sepatutnya dia
meminta pemerintah Filipina tangkap kumpulan Kiram dan hantar ke Malaysia untuk
menghadapi dakwaan," ujarnya.
Tian Chua turut
membela Nurul Izzah dengan mengatakan anak bekas Ketua Pembangkang, datuk Seri
Anwar Ibrahim itu tidak pernah merancang
melakukan pertemuan itu.
"YB
Izzah telah menyatakan kesal kerana tidak berhati-hati dan terlepas menyemak
senarai tetamu," katanya lagi.
Bagi Dr Ahmad Zahid, beliau tidak akan menarik balik dakwaan bahawa Ahli Parlimen Batu,
Tian Chua itu terlibat mengatur pertemuan dengan jurucakap tentera Sulu, Jacel
H Kiram di Manila baru-baru ini.
Menteri
Dalam negeri itu menegaskan polis akan mengambil keterangan daripada Naib
Presiden PKR itu.
"Tian
Chua jangan nafikan penglibatan beliau dalam penganjuran majlis di Manila dan
aturkan pertemuan dengan Jacel.
Dr Ahmad
Zahid tidak mahu Tian Chua menafikan perbuatannya melalui media sebaliknya menjawab
kepada polis apabila diminta beri kenyataan dan (buat) penafian di mahkamah
bahawa beliau tidak terlibat.
Menteri
Dalam Negeri berkata, hanya Tian Chua sahaja tahu apa yang berlaku kerana
beliau individu yang bertanggungjawab dalam penganjuran majlis tersebut.
Isu ini
jika tidak dilakukan dengan baik akan memberikan kemenangan moral kepada
pembangkang – PKR dan DAP – selain mengesahkan bahawa tindakan dua pemimpin
pembangkang itu betul.
Malah,
kemenangan di pihak Tian Chua akan meletakkan imej Timbalan Perdana Menteri dan
Menteri Dalam Negeri pada tahap yang memalukan kerajaan Barisan Nasional.
Jadi dalam
menggendalikan kes ini, polis dan pihak berwajib perlu menjamin imej kerajaan
dijaga dan dianggap di pihak yang memang.
Sebarang
unsur ‘kekalahan’ atau ‘kebenaran kata-kata Tian Chua bahawa Dr Ahmad Zahid
sememangnya membuat tuduhan liar dan tidak berasaskan’ akan meletakkan pemimpin
UMNO itu pada tahap yang begitu rendah.
Selain
itu, apa tindakan pihak berluasa terhadap kata-kata ugutan oleh Tian Chua yang
beliau akan melakukan ‘tindakan lanjut’ terhadap Dr Ahmad Zahid?