Wednesday, June 15, 2011

UMNO JANGAN JADI MUKA TEMBOK & TIDAK BERMARUAH

Sudah-sudahlah. Berpada-padalah memujuk PAS untuk bekerjasama.

Kadang-kadang Nampak sangat sesetengah pemimpin UMNO ini jenis muka tembuk dan ‘pelahap’ menagih sokongan PAS untuk terus memerintah.

Susah banyak kali pemimpin PAS yang berpengaruh mengatakanmereka dah jemu dengan ajakan UMNO.

Bukan itu sahaja. Ada yang peril, menghina dan tidak kurang pula yang mempersendakan UMNO.

Semalam Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengatakan Pas tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan Umno walaupun atas nama perpaduan Melayu.

Kenapa atau apa sebabnya? Mad Sabu kata PAS serik dengan permainan parti itu,

"Kita tidak mahu kejadian tahun 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu,” katanya.

Kenyataan ini ada unsur tidak baik kepada UMNO sedangkan ketika kesepakatan dibuat, PAS amat bersetuju dengan gabungan itu walaupun ada kalangan pemimpin UMNO yang kurang senang.

Malah lebih jauh, Mad Sabu menghina UMNO dengan mengatakan: “Pemimpin Umno sekarang cuba berbaik dengan PAS...bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah di Kompleks Pas Kedah DI Alor Setar malam kelmarin.

Teliti baik-baik kata ini.

Pertama, UMNO berniat baik menghulurkan tangan persahabatan (silaturahim). Dengan kata lain, UMNO yang mahu memulakan persahabatan sehttp://www.blogger.com/img/blank.giflepas berlakunya pertelingkahan.

Di sini membuktikan UMNO lebih Islamik kerana mnghulurkan tangan terlebih dahulu pada ketika PAS bukan sahaja enggan menghulur tangan tetapilebih rela berbaik-baik dengan kafir harbi.

Kedua, apabila Mad Sabu mengatakan ‘…ku tampar tangan mereka’. Ia membuktikan pemimpin PAS bukan sahaja enggan bersahabat tetapi juga menolaknya dengan kasar.

Menampar tangan yang dihulur adalah perbuatan yang langsung bertentangan dengan ajaran Islam.

Jadi jika ada lagi pemimpin UMNO yang terhegeh-hegeh, menghormati PAS berlebih-lebihn dan ‘gila talak’, baik dengan pemimpin ini pun kita tolak.

UMNO sebuah parti yang jauh lebih berjasa daripada PAS, parti yang tidak menimbulkan kacau bilau serta mendatangkan masalah kepada rakyat dan negara.

UMNO mempunyai rekod yang boleh dibanggakan dan boleh diibaratkan bumi degan langit berbanding PAS dalam memperjuang dan mempertahankan maruah Negara.

PAS bukan sahaja ‘hilang arah pejuangannya’ ketika ini tetapi sudah sanggup bersekongkol dengan puak-puak yang sedang menjual dan menjahanamkan Negara.

Sedarlah pemimpin UMNO, sejak pilihan raya 1982, kita mampu berdiri sendiri dan susah senang penyokong dan ahli UMNO juga yang bersimpati dengan perjuangan UMNO melakukan apa sahaja untuk menjamin UMNO di tampuk kuasa.

Jangan jadi manusia yang ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’ dengan muka tembok yang rela dicaci, diludah dan dihina sedemikian rupa.

Lupakan PAS kerana UMNO adalah parti berjasa dan bermaruah!