Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas |
“Tidak benar Dr Mahathir yang mulakan tindakan memecat atau mahukan Salleh dipecat. Beliau hanya menurut titah Agong ketika itu."
- TAN SRI ABU TALIB OTHMAN
Ada
pendapat mempertikaikan kenapa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
mengambil masa yang lama (lebih 30 tahun) untuk menjelaskan isu pemecatan Ketua
Hakim Negara pada 1988.
Perkara
ini sering ditimbulkan oleh pihak yang cuba mencemarkan nama dan imej Dr Mahathir selain melihat isu pemecatan Ketua Hakim Negara ketika itu sebagai kes besar yang
boleh menggugat kredibiliti bekas Perdana Menteri 22 tahun itu.
Namun,
better late than never adalah
kata-kata terbaik mengenai penjelasan Dr Mahathir yang dibuat baru-baru ini.
Apa lagi,
apabila bekas Peguam Negara mengakui Tun Salleh Abbas dipecat atas titah Yang
di-Pertuan Agong.
Keesan segera ialah Dr Mahathir ternyata tidak berbohong dan
di pihak yang benar.
Beliau
juga tidak membuat keputusan itu di atas kepentingan peribadi atau kerana demi
mempertahankan kedudukannya kerana tergugat oleh sesuatu perkara atau sebab..
Fakta juga ialah Yang di-Pertuan Agong dan Dr Mahathir bersetuju untuk
diambil tindakan terhadap Ketua Hakim Negara. Sementara dokumen yang perlu
untuk menubuhkan tribunal disediakan oleh Pejabat Peguam Negara ketika itu.
Fakta juga ialah penggunaan nama
Dr Mahathir untuk menubuhkan tribunal ialah kerana komunikasi dengan pihak
istana diuruskan pejabat perdana menteri.
Amat nyata penggunaan nama Perdana Menteri pada 1988 iti bukan bertujuan
untuk ganggu Yang di-Pertuan Agong walaupun Perdana Menteri perlu
memainkan perananya dalam menubuhkan
tribunal.
Tan Sri Abu Talib Othman |
Menghairankan
ialah ada sesetengah pihak, termasuk yang mengakui pakar perlembagaan mempolitikkan isu
ini. Mereka menjadikan isu pemecatan
Ketua Hakim Negara ini sesuatu yang bertujuan lebih kepada serangan peribadi.
Kebetulan pada ketika ini Dr Mahathir sedang mengetuai Pakatan Harapan
(PH) untuk menentang Barisan Nasional dan Perdana Menteri.
Ternyata isu ini digunakan untuk memperlekehkan Dr Mahathir, apa lagi
beliau kini disebut-sebut akan menjadi Perdana Menteri daripada PH , jika
Barisan Nasional (BN) ditumbangkan.
Serangan dan usaha untuk memperlekehkan Dr Mahathir itu semakin ketara
akhir-akhir ini tetapi ia tidak ke mana.
Masyarakat juga ‘tidak termakan’ umpan BN kerana ternyata pnjelasan
bekas Peguam Negara membersihkan imej Dr Mhathir dan rakyat yakin Dr Mahathir
di pihak yang benar.
Walaupun tahu tidak akan berjaya, isu terus diratib sepanjang masa
naamun hakikatnya, seperti kata Abu Talib Othman, isu ini sudah
diselesaikan pada tahun 1988.
Yang menariknya, akan akan tetap ada bekas pegawai tinggi kerajaan yang sanggup
menyanggah segala tuduhan dan fitnah kepada bekas Perdana Menteri itu dalam apa
juga perkara.
Mereka
yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Dr Mahathir, tahu dan faham setiap
langkah yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu.
Yang
penting, mereka (bekas pegawai tinggi kerajan) adalah mereka jenis penjawat
awaam yang bertanggungjawab dan faham dengan tugas mereka.
Terbukti
mereka bukan yang jenis menurut ‘perintah membuta tuli’ dan ikut telunjuk
Perdana Menteri kerana jawatan dan ‘dedak’..
Juga, hakikat yang ditunjukkan oleh Abu Talib
ialah, dalam pemecatan Salleh atau Ketua
Hakim Negara, Perdana Menteri mahupun Yang di-Pertuan Agong tidak boleh
melakukan tindakan pemecatan itu.
Daripada
penjelasan Abu Talib, walaupun beliau menganggap perkara itu sebagai sejarah, perkara
pemecatan Ketua Hakim Negara pada 1988 iyu akan tetap akan dipolitikkan dan dijadikan isu
peribadi.
“Tidak
benar Dr Mahathir yang mulakan tindakan memecat atau mahukan Salleh dipecat. Beliau hanya menurut titah Agong ketika itu.
"Saya
bukan mahu pertahankan Dr Mahathir namun itulah fakta. Saya tidak bermain
politik tetapi menggunakan fakta," tambah bekas peguam negara itu semalam.
Sebenarnya, prosedur untuk memecat Ketua Hakim
Negara termaktub dalam Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan, yang
menyatakan tribunal mesti ditubuhkan untuk menyiasat sama ada terdapat kes
salah laku atau ketidakupayaan dari kelemahan badan atau minda atau sebarang
sebab lain sebelum menjalankan penyingkiran.
Tribunal itu terdiri daripada enam ahli yang
dipengerusikan oleh hakim Mahkamah Agung dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun
Hamid Omar yang memecat Salleh.
Pada tahun yang sama, Perlembagaan Persekutuan
digubal untuk membuang terma "kuasa kehakiman" daripada Perkara 121
(1) Perlembagaan Persekutuan, yang mengamalkan kehakiman ke Parlimen.
Peristiwa ini seperti digambarkan oleh Abu Talib, ia sebagai keadaan yang mencabar
banyak pihak ketika itu – yang tersangat jelas ialah kaitannya dengan Yang di-Pertuan
Agong ketika itu, iaitu Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Melalui
pencerahan oleh bekas Peguam Negara itu, jelas menggambarkan bahawa apa sahaja
helah dan cobaan untuk mengenakan Dr Mahathir akibat pemecatan Ketua Hakim itu,
tidak pernah akan berlaku selagi bekas
Perdana Menteri memperkata dan megambil langkah yang betul dan benar,
Datuk Seri Azalina Othman Said mempersoalkan kenapa begitu lama Tun Dr Mahathir menjelaskan isu pemecatan Ketua Hakim Negara pada 1988. |
Bekas
peguam negara itu menegaskan Dr Mahathir tidak memulakan tindakan untuk memecat
Salleh pada 1988, sebaliknya ia hanya mengikut titah Yang di-Pertuan Agong,
Kenyataan
Abu Talib itu amat nyata menyerlahkan fakta bahawa badan kehakiman tidak
boleh dipersalahkan dalam krisis kehakiman pada 1988.
Penjelasan
Abu Talib yang berkhidmat sebagai peguam negara antara 1980 dan 1993 mengesahkan
bahawa Salleh ada menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu
mewakili badan kehakiman, meluahkan kekecewaan terhadap dakwaan yang dibuat
oleh Dr Mahathir terhadap badan kehakiman.
Laporan
juga aad menyebut bahawa Majlis Peguam turut mempersoalkan pemecatan itu dan
menyifatkan ia sebagai tidak berperlembagaan.
Yang
di-Pertuan Agong dikatakan murka dengan surat Salleh yang mengadu mengenai
kritikan yang ditimbulkan oleh badan kehakiman oleh eksekutif.
Sebagai
Peguam Negara, Abu Talib nasihatkan Dr Mahathir dan mengingatkan beliau sumpah
yang dilafazkan sebagai Perdana Menteri bahawa beliau perlu mempertahankan
perlembagaan.
Dr
Mahathir kemudian meminta Peguam Negara itu supaya memberitahu Yang di-Pertuan
Agong.
Abu
Talib menghadap Yang di-Pertuan Agong di
Johor dan baginda mnitahkan agar tindakantetap itu diambil. Abu Talib turut
mengingatkan Baginda bahawa Perdana Menteri mahu pun Yang di=Pertuan Agong
tidak boleh memecat Ketua Hakim Negara.
Malah,
Abu Talib turut meperingatkan Yang di-Pertuan Agong berhubung sumpahnya, bahawa
Baginda mesti melindungi dan mempertahanan perlembagaan.
Baginda
kemudian merujuk surat Salleh kepada Perdana Menteri dan menitahkan tindakan
sewajarnya perlu diambil berhubung aduan itu.
Abu Talib - Yang di-Pertuan Agong murka... |
Selain
mempertahankan tindakan Dr Mahathir, Abu Talib menunjukkan kepada masyarakat
Malaysia betapa ketika pentadbiran Dr Mahathir, kuasa eksekutif dan kehakiman
itu ‘terpisah’ dan sesuatu tindakan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
Pertanyaan
dan pengajaran daripada isu ini ialah apakah pemecatan terhadap Peguam Negara,
Tan Sri Ghani Patail oleh kerajaan sebelum
ini dengan ‘cara yang dilihat amat mudah’ itu dilakukan menepati proses seperti
dalam kes pemecatan Ketua Hakim Negara pada1988 itu?
Juga,
peranan Perdana Menteri dan Peguam Negara ditunjukkan dengan jelas mengenai apa
kuasa yang ada pada mereka dan apakah tindakan itu perlu dilakukan menurut prosedur
pentadbiran sebuah negara demokrasi berparlimen?
Pemisahan
antara badan kehakiman dan eksekutif adalah antara perjuangan PH bagi berdepan
dengan pilihan raya umum ke-14.
Selain
mmperbetulkan penradbiran negara yang dilihat terumbaang-ambing, Ia agar sebarang
proses pelantikan atau pemecatan akan berlaku mengikut proses yang betul.
Seebarang
tindakan yang dibuat hendaklah bukan
mengikut ‘selera seseorang’ atau demi kepentingan kedudukan orang yang berkuasa
semata-mata.