Wednesday, June 6, 2012

ANWAR BENGANG, MCCAIN PUJI NAJIB 'REFORMIS HEBAT'

 Senator Amerika Syarikat John McCain tidak puji reformasi pembangkang tetapi menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang "reformis yang hebat".

Selepas berjumpa dengan banyak tokoh di Malaysia, termasuk pembangkang, McCain tidak pun memuji ‘tokoh pembangkang’ yang dilihat rapat dengan Amerika Syarikat.

Sebaliknya senator yang berpengaruh di Amerika Syarikat itu tertarik dengan kepimpinan Najib.

Nak juga lihat berita ini disiarkan dalam portal Malaysiakini atau Malaysian Insider. Tetapi tidak ada pun. Tersangat faham sebab-sebabnya…

Harapkan Harakah? Hmm…yang hebat hanya pemimpin mereka sahajalah atau pemimpin DAP. Paling hebat di kalangan mereka adalah Ketua Pembangkang!


McCain yang mengadakan perjumpaan "yang mengesankan" dengan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila melawat Malaysia minggu lepas sambil menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang "reformis yang hebat".

"Saya mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Najib di Malaysia - seorang reformis hebat yang meningkatkan hubungan Amerika-Malaysia," tulis McCain dalam mesej tweeternya.

Kedua-dua senator itu berkata mereka tertarik dengan kemajuan Malaysia terutama dalam bidang keusahawanan dan amalan perdagangan bebas.

"Kami amat tertarik dengan keusahawanan, sistem harga bebas di sini dan proses ekonomi yang kami telah perhatikan dan kami amat bangga kerana berpeluang berada di sini,"

Semasa di sini, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Najib dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman selain berjumpa dengan pemimpin masyarakat perniagaan dan awam dan juga wakil parti-parti pembangkang bagi membincangkan pelbagai isu.

Pada sidang media 31 Mei lalu di Kuala Lumpur, McCain dan Lieberman memuji usaha Najib dalam memperkenalkan program transformasi turut mengakui Malaysia merupakan contoh sebuah negara Islam di mata dunia ekoran mengamalkan sistem demokrasi dan mempunyai kemajuan ekonomi yang menakjubkan.

Kedua-dua senator yang berpengaruh di Amerika Syarikat itu kagum dengan pentadbiran Najib dan membuat penilaian itu selepas berjumpa dengan beliau, beberapa pemimpin masyarakat dan ahli pembangkang.

"Dalam pandangan saya, Malaysia merupakan sebuah negara yang boleh menjadi contoh kepada seluruh dunia. Kami kagum dengan pembangunan ekonomi, politik dan sosial di negara ini," kata McCain.

Pada ketika Najib berusaha memperkenalkan pelbagai transformasi, pemimpin pembangkang yang dijaga dan dibela oleh Amerika Syarikat Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha menggagalkannya.

Hairan dengan sikap pembangkang, orang luar memuji Najib habis-habisan, pemimpin pembangkang mengutuk Najib seburuk-buruknya.

Apapun, pengiktirafan McCain ini penting untuk Najib dan Malaysia. Sebilangan besar rakyat Malaysia tetap menghargai pengiktiarafan ini dan akan menterjemahkannya kepada sokongan yang berterusan!