Wednesday, May 29, 2013

SUDAH-SUDAHLAH. 'ANWAR SPRING' TIDAK AKAN KE MANA-MANA HANYA CELARUKAN RAKYAT!


"Saya tidak perlu memberikan amaran tetapi cuma menasihatkan mereka supaya jangan lakukan provokasi kepada pihak polis dengan menggunakan kaedah Arab Spring, Bulldozer Revolution atau Colour Revolution yang acuannya dari luar negara untuk diaplikasikan di dalam negara kita."
 - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Biarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meroyan seorang diri melalui himpunan 'Blackout 505' yang ditajanya.

Walaupun siri yang diadakan semakin kurang sambutan,Anwar tetap menyatakan akan terus mengadakan himpunan tersebut di seluruh negara. Ketiadaan pemimpin tertinggi DAP dan PAS dalam himpunan tersebut, membuktikan himpunan itu adalah suatu agenda peribadi.

Himpunan itu dilihat tidak akan memberi manfaat kepada DAP kerana mereka paling berjaya dalam pakatan selePAS PRU13 yang lalu.

Sementara PAS pula tidak mahu diheret sama dalam agenda peribadi yang tidak menguntungkan itu.

Dalam perhimpunan tersebut, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak hadir.

Selain itu, pemimpin pakatan pembangkang seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali serta PAS sendiri sudah menerima keputusan itu dan menolak perhimpunan jalanan yang sedang digerakkan oleh aktivis-aktivis propembangkang.


Sinar Harian kelmarin (27 Mei 2013) melaporkan, penganalisis politik menyifatkan sambutan kepada siri himpunan Blackout 505 semakin merosot apabila kehadiran penyokong didakwa berkurangan, berbanding dengan yang pertama diadakan di Stadium Kelana Jaya 8 Mei lalu.

Pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hasan berpendapat, sambutan itu berkurangan kerana himpunan tersebut sudah tidak relevan, memandangkan pihak yang tidak berpuas hati sudah boleh kemukakan petisyen untuk dakwaan salah laku pilihan raya.

Menurutnya, peserta pada akhirnya akan sedar bahawa mereka dipergunakan pihak tertentu untuk tujuan politik.

Jika diteruskan juga, apa yang tinggal hanyalah penyokong tegar yang memang mahu kerajaan rasa tergugat dengan semangat yang ditunjukkan mereka. Perhimpunan, jika benar berjuang untuk keadilan, seharusnya semakin mendapat sokongan tapi himpunan Black 505 pula dilihat sebaliknya,” katanya.

Sebaliknya Anwar bertegas himpunan ini akan berterusan sehingga tidak ada lagi penipuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Anwar yang juga ketua umum PKR mendakwa, himpunan tersebut masih mendapat permintaan daripada rakyat untuk diadakan di beberapa bandar lain.


"Ia juga diminta untuk diadakan di beberapa bandar lain," katanya. Hujahnya, rakyat masih menuntut supaya tindakan diambil terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bersekongkol merompak kemenangan Pakatan Rakyat (PR).

"Tidak, kami tak akan berhenti, 'Blackout 505' belum sampai ke Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya, kelmarin.

Di Kelantan, pemimpin PAS senada dengan beberapa pemimpin parti itu menolak usaha pihak tertentu yang 'cuba' menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan cara keganasan dan demonstrasi jalanan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata semalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan secara "Arab Spring" itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara.


"Kita di Kelantan sendiri pun tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan bagi PAS Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu.

Nik Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan itu, berkata jika perhimpunan itu dilakukan secara aman untuk mengkritik kerajaan ia tidaklah menjadi kesalahan bagi pengikut parti itu berkumpul menzahirkan bantahan itu.

PAS Pusat turut berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata PAS berpendirian begitu kerana di negara ini masih terdapat prosedur lain terutamanya melalui mahkamah atau petisyen untuk mencabar keputusan PRU13 itu. 


Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz turut menolak usaha seumpama itu dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula menyifatkan siri perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai Anwar Spring dan bukannya Malaysia Spring seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau menasihatkan semua pihak supaya menerima keputusan pilihan raya lalu dan tidak lagi menyertai sebarang perhimpunan haram yang membantah keputusan PRU-13.

"Saya tidak perlu memberikan amaran tetapi cuma menasihatkan mereka supaya jangan lakukan provokasi kepada pihak polis dengan menggunakan kaedah Arab Spring, Bulldozer Revolution atau Colour Revolution yang acuannya dari luar negara untuk diaplikasikan di dalam negara kita.

"Ramai yang katakan ini adalah Malaysia Spring, tetapi sebenarnya adalah Anwar Spring sebab beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mahu menonjolkan diri. "Saya fikir ini Anwar Spring. Biarlah dia jadi 'spring' kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pembangkang hanya menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) 133 kerusi pada pilihan raya lalu," katanya.

Semalam, pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Kuala Lumpur  Ahmad Zahid berkata, perhimpunan haram itu sengaja dilakukan sebagai provokasi terhadap PASukan polis serta menarik perhatian media asing.

"Mereka tahu Akta Perhimpunan Aman tetapi masih cuba menunjukkan kepada dunia, Malaysia tidak aman dan sebagainya. Walaupun perhimpunan itu dibolehkan tetapi perlu dilakukan dengan beradab dan rasional," ujarnya.

Anwar sepatutnya sedar bahawa apa juga gerakannya melalui perhimpunan ini tidak akan mendatangkan apa-apa kesan. Lagipun seperti di tegaskan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada 19 Mei 2013 lalu bahawa pemimpin politik perlu menghormati pilihan rakyat.

Malah beliau dan PAS menyatakan pendirian tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro-PR untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.

Ahmad yang juga Adun PASir Pekan mengatan dengan teas bahawa "Ini masa untuk bekerja demi kebaikan rakyat," bukan mengucar-kacirkan rakyat.