Friday, January 31, 2014

BAHAS KALIMAH ALLAH - MASYARAKAT ISLAM, KRISTIAN PERLU FAHAM UNDANG-UNDANG


"Perkara berkaitan agama yang termasuk di bawah bidang kuasa negeri, perlu ditangani dengan paling sensitif agar sebarang tindakan yang diambil, tidak melukai perasaan mana-mana kaum di negara ini. Itulah sebabnya Kabinet menganjurkan penyelesaian 10 Perkara, yang membenarkan orang Kristian menggunakan 'Allah' dalam Bible Bahasa Malaysia. Ia juga membenarkan Bible dalam semua bahasa, bukan setakat diimport ke negara ini, malah dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak."

Bagi memelihara keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat, masyarakat Islam dan Kristian perlu berhenti daripada berbahas tentang isu kalimah Allah.

Ketika menyuarakan saranan itu, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah berkata ini kerana kebanyakan kumpulan Islam dan Kristian tidak memahami atau tidak mahir tentang undang-undang negeri dan persekutuan.

Menurutnya peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan membenarkan orang Islam menyebarkan ajaran agamanya kepada bukan Islam, manakala orang bukan Islam pula dibenarkan menyebarkan agama atau kepercayaannya kepada orang atau pengikut agama lain, kecuali kepada orang Islam.

Beliau berkata Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa setiap individu berhak menganut, mengamalkan dan menyebarkan agama atau kepercayaan masing-masing.

"Bagaimanapun, Perkara 11 (4) perlembagaan itu menyebut bahawa penyebaran agama orang bukan Islam dalam kalangan orang Islam adalah dilarang. "Ini bermakna, Perkara 11(4) memberi kuasa kepada negeri melalui badan perundangan negeri untuk menggubal undang-undang bagi mengawal penyebaran agama atau kepercayaan bukan Islam kepada orang Islam," katanya kepada Bernama di Menara Felda di Kuala Lumpur.

Mohd Noor berkata ini bererti sesebuah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menyekat penyebaran mana-mana agama, akidah, ideologi atau malah kepercayaan yang mengandungi walaupun sedikit ajaran bukan Islam dalam sebarang bentuk.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa Seksyen 9 (1) Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Dalam Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 melarang orang bukan Islam daripada menggunakan dalam penulisan atau ucapan, mana-mana daripada 25 perkataan yang terkandung dalam Bahagian 1 Jadual berkaitan agama bukan Islam.


"Seseorang bukan Islam didapati melakukan kesalahan sekiranya dia menggunakan perkataan Allah dan perkataan Arab lain seperti Firman Allah, Ulama, Hadith, Ibadah, Kaabah, Kadi, Ilahi, Wahyu, Mubaligh, Syariah, Qiblat, Haji, Mufti, Rasul, Iman, Dakwah, Injil, Salat, Khalifah, Wali, Fatwa, Imam, Nabi dan Sheikh," katanya.

Seksyen 9 (2) juga melarang orang bukan Islam daripada menggunakan 10 kalimah berasal daripada agama Islam seperti yang ditetapkan di dalam Bahagian II Jadual berkenaan, termasuk Alhamdulillah, Insya-Allah, Allahu Akbar, Astaghfirullahal Azim dan Masya Allah.

Di samping Seksyen 9, Mohd Noor berkata Enakmen Selangor itu juga mendapati adalah menjadi kesalahan bagi seseorang bukan Islam apabila di: mempengaruhi atau menghasut seseorang Islam supaya menukar agamanya (Seksyen 4); menyebabkan seseorang Islam bawah umur terpengaruh dengan agama bukan Islam (Seksyen 5).

Perbuatan lain yang menjadi kesalahan ialah: mengajak orang Islam mendengar ucapan tentang atau melihat pameran tentang sebarang perkara berkaitan agama bukan Islam (Seksyen 6); mengirim atau menyampaikan sebarang penerbitan berkaitan agama bukan Islam kepada seseorang Islam (Seksyen 7); dan menyebar di tempat awam sebarang penerbitan berkaitan agama bukan Islam kepada orang Islam (Seksyen 8).

Mohd Noor berkata setakat ini, 10 negeri meluluskan enakmen serupa yang mempunyai peruntukan hampir sama, kecuali dari segi hukuman, perkataan dan ungkapan.

Kata beliau Kelantan mengenakan hukuman paling berat, termasuk sebatan mandatori bagi semua kesalahan, manakala Enakmen Negeri Johor pula, walaupun tidak mengandungi sebarang Jadual, tetapi mengenakan larangan menyeluruh tentang penggunaan sebarang kalimah berasal daripada agama Islam.

"Dalam kata-kata lain, secara undang-undang, kalimah dan ungkapan tertentu ini menjadi milik eksklusif agama Islam. Tidak akan menjadi masalah sekiranya kalimah berkenaan tidak langsung digunakan oleh agama lain.

"Enakmen Selangor tidak menyebut tentang kesalahan syariah, tetapi kesalahan sivil, yang bermakna, sesuatu kes itu akan dibicarakan di mahkamah sivil, bukan di mahkamah syariah, yang bidang kuasanya hanya meliputi orang Islam," kata beliau.

Mohd Noor berkata perkara berkaitan agama yang termasuk di bawah bidang kuasa negeri, perlu ditangani dengan paling sensitif agar sebarang tindakan yang diambil, tidak melukai perasaan mana-mana kaum di negara ini.

"Itulah sebabnya Kabinet menganjurkan penyelesaian 10 Perkara, yang membenarkan orang Kristian menggunakan 'Allah' dalam Bible Bahasa Malaysia. Ia juga membenarkan Bible dalam semua bahasa, bukan setakat diimport ke negara ini, malah dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak," katanya.





Kontroversi berhubung kalimah Allah tercetus daripada keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009, yang mengekalkan hak gereja Katolik dari segi perlembagaan untuk menggunakan perkataan itu dalam seksyen bahasa Malaysia penerbitan majalah mingguannya, 'The Herald'.'


Isu ini timbul semula awal bulan ini apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Bible Society of Malaysia (BSM) dan merampas kira-kira 300 naskhah Bible dalam bahasa Melayu dan Iban serta menahan dua pegawai BSM.

Ketegangan, khususnya antara masyarakat Islam dan Kristian, reda apabila pada 14 Okt tahun lepas, Mahkamah Rayuan membuat keputusannya tentang penggunaan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Malaysia, 'The Herald'.

Keputusan itu dilihat sebagai melarang penggunaan kalimah Allah oleh semua orang bukan Islam.

Keputusan mengenai pertikaian undang-undang antara kerajaan dan Gereja Katolik masih tertangguh di Mahkamah Persekutuan, yang mendengar kes itu pada 5 Mac ini.

Sementara itu, Exco Pemua Umno dan cendekiawan Islam Dr Fathul Bari Mat menegaskan bahawa gerakan dakwah atau usaha menyebarkan ajaran Islam perlu mematuhi tiga kriteria iaitu Perlembagaan, hukum Islam dan sensitiviti masyarakat tempatan.

"Walaupun tiada siapa boleh disekat daripada menunaikan hak asasinya, mereka masih mempunyai pilihan. Bagi orang Islam, kami tidak mempunyai pilihan selain daripada menggunakan kalimah Allah, tapi bagi orang Kristian, mereka boleh memilih sama ada menggunakan 'Lord' atau God' atau 'Jesus' bagi merujuk kepada Tuhan mereka.

"Bagaimanapun, dalam kes ini, mereka bertegas untuk menggunakan kalimah Allah, yang telah mengelirukan umat Islam dan menimbulkan suasana sensitif serta tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam," katanya.

Beliau merujuk kepada keputusan Mahkamah Agung India yang mengekalkan larangan yang dikenakan kerajaan negeri Gujarat terhadap penyembelihan lembu pada 2005 dan berpendapat rakyat Malaysia juga perlu mengelak daripada melukai perasaan, kepercayaan dan amalan satu sama lain.

BUKAN, BUKAN, BUKAN…ANWAR GUNAKAN PLATFORM KEMPEN PRK UNTUK HODOHKAN NAJIB, BN & UMNO!

`
Ramai yang melihat hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai loncatan ke Putrajaya.

Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin menyifatkan keinginan Anwar bertanding di DUN Kajang sebagai usaha untuk mencapai matlamatnya menjadi perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah langkah untuk naik ke atas dan Anwar tidak akan berhenti pada tahap itu sahaja.
 
"Saya fikir itu bukan matlamatnya tetapi itu adalah tangga yang digunakan untuk mencapai matlamatnya (menjadi perdana menteri)," katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program 'Dalam Radar Khas' terbitan Bernama Radio24 di Wisma Bernama kelmarin.

Kelmarin, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil Dun Kajang, sekiranya diadakan, selepas kerusi itu dikosongkan oleh wakil rakyat PKR sendiri Lee Chin Cheh.

Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS turut melahirkan rasa terkejut dan terkilan berhubung peletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah oleh bekas Adun Kajang Selangor, Lee Chin Cheh semalam.

Menurut Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan, tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, peletakan jawatan itu telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat Selangor seterusnya kepada kesepaduan PR Selangor.

"Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa dalam kalangan pemimpin PKR Selangor dan merosakkan imej baik kerajaan PR Selangor itu sendiri.

Kami menganggap peletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada PR dan membelakangkan semangat ‘syura’ dalam kalangan rakan komponen PR Selangor,” katanya.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, tindakan meletakan Anwar sebagai calon, adalah untuk merealisasikan agenda lebih besar.

Penganalisis itu tidak menolak dakwaan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Dun Kajang sebagai tangga Ketua Umum PKR itu menjadi Perdana Menteri.

“Kemasukan Anwar sebagai Adun Kajang adalah tangga mencapai cita-citanya jadi perdana menteri. Jika cita-cita Anwar mahu menjadi perdana menteri tercapai maka Azmin akan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor,” katanya semalam.

Jawapan saya kepada sebab dan kesan Anwar bertanding ialah berlainan dengan pendapat Dr Mahathir serta beberapa pemimpin UMNO yang mengatakan Anwar menggunakan PRK DUN Kajang sebagai alat untuknya melonjak lebih tinggi.

BUKAN, BUKAN, BUKAN! Kenapa BUKAN? 

1. Anwar mahu menggunakan KEMPEN PRK DUN Kajang sebagai platformnya MENGKRITIK KERAJAAN secara terbuka khususnya dalam isu kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, kenaikan tol, kenaikan tambang bas dan pakaian sekolah serta kepimpinan Perdana Menteri;

2. ‘Menghodohkan lagi Barisan Nasional (BN) dan UMNO dengan pelbagai isu semasa yang menyentuh hati dan naluri rakyat;

3. Mencipta isu yang boleh ‘memeningkan orang ramai’ umpamanya kononnya Dr Mahathir sedang berusaha menggulingkan Najib;

4. Menggembalikan semula isu lapuk kepada masyarakat seperti isu Altantuya, rasuah serta banyak lagi;

5. Mempersoalkan tindakan pemimpin UMNO dan yang bergerak melalui Perkasa dalam isu KALIMAH ALLAH di mana pendirian Najib dan Majlis Tertinggi dikatakan ‘ingkar perintah Yang Di-Pertuan Agong’; 

6. Akan terus menerus membuat tuduhan bahawa kerajaan gagal menangani segera kos sara hidup dan harga barang akan diperkatakan dengan bebas. 

Banyak lagi isu yang akan dimainkan Anwar dengan ‘bala tenteranya’ akan bercakap dengan satu nada.

Di manakah semua ini akan diperkatakan olh Anwar?

a. Di pentas ceramah; 

b. Di media sosial pembangkang dan propembangkang; 

c. Di laman web dan portal berita pembangkang, youtube dan apa juga medium milik mereka, termasuk radio internet dan tvPAS serta media parti lain.

d. Media antarabangsa yang banyak menyokong Anwar.

Berikutan ‘pendedahan Anwar’ itu, penyokong BN dan UMNO seperti biasa akan tertanya-tanya sesame sendiri apakah tuduhan-tuduhan itu benar.

Sedangkan keseluruhan pembangkang akan menyifatkannya benar belaka. Kesannya bukan sahaja penyokong pembangkang akan bertambah ‘yakin’ dengan Anwar, malah penyokong BN dan UMNO serta mereka di atas pagar akan menanyakan diri mereka dengan pelbagai soalan yang ditimbulkan Anwar.

Kesan daripada ini akan memberikan IMPAK jangka panjang kepada semua rakyat Malaysia dan ‘krisis keyakinan’ inilah yang cuba digerakkan oleh Anwar mulai PRK berkenaan.

Ingatlah  PRK DUN Kajang ini bukan membabitkan orang di Kajang, di Selangor atau di Malaysia sahaja. Juga penyokong Anwar bukan di Kajang, Selangor, Pulau Pinang sahaja.

Mungkin alasan bahawa kemasukan Anwar dalam Selangor adalah strategi bagi memudahkan PR memenangi PRU14. Sebelum ini dia ternyata gagal melakukannya di Pulau Pinang – negeri yang diterajui DAP.

Selangor merupakan negeri paling strategik dan mendapat perhatian masyarakat.

Jadi sebarang usaha Anwar memajukan Selangor seandainya beliau menang di Dun Kajang akan membuka mata masyarakat. Ini seterusnya membuka peluang besar kepada PR menguasai PRU14.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengakui walaupun langkah ini tidak popular tetapi ia sesuatu diperlukan PR untuk menjadikan Selangor sebagai kubu kuat dan dalam masa sama menjadi wadah PR menawan Putrajaya.

Anwar, kalaupun MUNGKIN KALAH pada PRK DUN Kajang ini, hakikatnya dia menang dalam konteks menyampaikan pendirian serta pendapatnya sebagai persediaan ke arah PRU 14.

Setidak-tidaknya Anwar sudah mula memalukan ‘gendang perang’ di PRK Dun Kajang.

Apakah peranan BN dan UMNO hanya menjawab dan cuba menjelaskan apa yang diperkatakan Anwar, sedangkan amat nyata BN dan UMNO dituduh gagal menangani beberapa masalah nasional. Dengan ‘modal politik’ yang Anwar ‘belanjakan’ untuk pengundi Kajang kelak, ia akan turut meresapi rakyat di negeri lain dan di luar negara.

Jangan memperkecilkan agenda Anwar ini!

Soal Anwar jadi MB tidak penting tetapi bagaimana dia ‘memporak-perandakan’ BN dan UMNO yang sewajarnya diambil kira.

Apakah BN dan UMNO bersedia berlawan dengan Anwar selain menepis dakwaan, pembohongan serta mainan politiknya?

Jangan sampai BN kalah dan Anwar pula sebagai orang yang memiliki ‘the last laugh’!

Tuesday, January 28, 2014

TAK DAPAT JADI PERDANA MENTERI, JADI MENTERI BESAR PUN CUKUPLAH....


 "Dakwaan itu (menjadi Menteri Besar) hanyalah spekulasi dan sudah diperkatakan sejak 2008 lagi..Saya selalunya bertemu dengan Tan Sri Khalid seminggu sekali, sama ada di pejabatnya, atau di rumah Menteri Besar, untuk perbincangan mengenai kedudukan Pakatan Rakyat dan perkara umum mengenai Selangor." 
- Datuk Seri Anwar Ibrahim

Mustahil Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim mahu meletakkan dirinya setaraf dengan Lim Guan Eng di Pulau Pinang atau Datuk Ahmad Yaakob di Kelantan.

Anwar tidak mungkin mahu menjadi menteri besar Selangor kerana kedudukannya sekarang sebagai pemimpin nasional.

Adalah sesuatu yang mustahil Anwar akan ‘menurunkan pangkat’ beliau sendiri daripada kedudukannya sekarang sebagai Ketua Pembangkang dengan menjadi Menteri Besar Selangor.

Namun beberapa rakab blogger mengusik…apasalahnya jika menjadi Perdana Menteri dah malap, Menteri Besar pun Menteri Besarlah!

Menurut seorang penganalisis, James Chin, cerita 'kurang senang' mengenai PKR itu berkaitan dengan pemilihan parti itu April depan.

Namun Anwar kini dikaitkan dengan pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang itu walaupun beliau menafikan mahu menjadi Menteri Besar Selangor.


Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam berkata tidak wajar seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri atau ADUN meletakkan jawatan tanpa alasan yang kukuh.

Tidak tahulah kalau-kalau ia dilakukan kerana ada sebab tersendiri.

Pilihan raya adalah untuk memilih wakil kepada rakyat, bukan kerana mahu menolong rakan atau sebagainya.

Meletak jawatan bermakna PRK  perlu diadakan dan pastinya membabitkan wang rakyat yang agak banyak.

Berikutan itu, jika dilakukan juga oleh seseorang ADUN, sewajarnya bukan sahaja ADUN berkenaan wajar ‘dicerca’ tetapi orang yang bertanding menggantikannya juga ‘patut dicerca’, apa lagi sekiranya PRK diadakan kerana ingin memberi ruang kepada rakan atau kawan dalam parti.

Menurut Dr Asri, “...pilihan raya kecil membabitkan wang rakyat yang agak banyak..kalau jadi tabiat wakil rakyat letak mudah-mudah maka banyaklah wang rakyat dibazirkan. “...kalau ada alasan kukuh seperti kesihatan bolehlah diterima tapi kalau sekadar nak beri ruang kawan-kawan maka itu satu pembaziran.. kenapa yang sepatutnya tidak bertanding dari awal?,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya. 

Media semalam melaporkan Adun Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan sebagai ADUN di kerusi itu.

Peletakan jawatan Chin Cheh sebagai anggota ADUN Kajang membuka persoalan sama ada tempat itu akan ditandingi oleh Ketua Umum PKR itu.

Anwar semalam menafikan beliau akan mengambil alih tempat Khalid sebagai Menteri Besar Selangor, seperti yang didakwa sebuah portal berita.

Anwar berkata, dakwaan itu hanyalah spekulasi dan sudah diperkatakan sejak 2008 lagi.

Menjawab soalan media mengenai pertemuannya dengan Khalid malam minggu lalu, Anwar menjelaskan, beliau sering mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu, bukan pada malam Ahad lalu sahaja.

“Saya selalunya bertemu dengan Tan Sri Khalid seminggu sekali, sama ada di pejabatnya, atau di rumah menteri besar, untuk perbincangan mengenai kedudukan Pakatan Rakyat dan perkara umum mengenai Selangor," katanya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut menafikan bahawa Anwar akan menggantikan tempat Abdul Khalid.

“Abdul Khalid akan tetap meneruskan tugasnya sebagai menteri besar,” kata Saifuddin.

Perletakan jawatan itu diumumkan speaker DUN Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok (hari ini).

Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan semalam.

Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri. Undang-undang menetapkan pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Yeoh yang juga ADUN DAP bagi kawasan Subang Jaya jari ini turut ditanya berhubung kemungkinan calon untuk kawasan itu.

“Saya tidak mahu cakap perihal calon dan saya tidak mahu mengulas khabar angin. Agak awal untuk membuat spekulasi. Sehingga hari ini kerusi ini kosong. Itu sahaja,” katanya.

Yeoh juga berkata, oleh kerana ia kerusi PKR, parti itu yang akan mengumumkannya. Bagaimanapun, cara yang dipilih oleh PKR itu masih memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.

Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad pula berkata, walaupun hanya mengetahui pengunduran itu melalui media, beliau difahamkan bahawa PKR akan meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berundur dan Anwar akan bertanding dalam pilihan raya kecil.

“Saya hanya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution kelmarin bahawa PKR akan meminta Tan Sri Khalid berundur dan Anwar akan bertanding pada satu pilihan raya kecil,” katanya 

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan atau persetujuan dibuat untuk menggantikan menteri besar Selangor dibuat.

“Tidak pernah dibincangkan,” katanya menjawab soalanMalaysiakini. Khalid memberikan pendapatnya bahawa pelantikan menteri besar di negeri itu perlu mendapat konsensus daripada tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat seterusnya mendapat perkenan sultan.

"Tak ada. Proses pelantikan MB perlu mendapat konsensus ketiga-tiga parti (dalam Pakatan Rakyat). Calon menteri besar dipilih dan dipersetujui ketiga-tiga parti.

"Mereka juga akan memberitahu kepada Tuanku Sultan dan perkenan Sultan. Jadi banyak tatacaranya," katanya bagi menjawab soalan pemberita di Kuala Lumpur semalam. Beliau ditanya sama ada peletakan jawatan ADUN Kajang itu sebagai usaha menyingkirkan beliau sebagai menteri besar.

Ditanya sama ada ura-ura Anwar bertanding di DUN Kajang dalam pilihan raya kecil dan menggantikan beliau, Khalid berkata: "Kita belum ada perbincangan lagi (mengenainya).

Perkara itu akan ditentukan oleh biro politik (PKR)," katanya sambil menjelaskan bahawa beliau "tidak terkejut" dengan usaha menggantikannya kerana sebelum ini ada "ura-ura" mengenainya.


Ditanya sama ada beliau bersetuju untuk melepaskan jawatan sekiranya PAS dan DAP bersetuju beliau berbuat demikian, Khalid berkata: "Ia boleh dilakukan dengan ketiga-tiga parti duduk bersama.

Kena ada perbincangan. Tapi sekarang tidak ada lagi".

Spekulasi itu timbul ekoran laporan The Star Online bahawa Anwar akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar.

Portal itu melaporkan bahawa Khalid bersetuju melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang Dewan Rakyat itu.

Susulan perletakan jawatan Chin Cheh dari PKR sebagai Adun Kajang, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan pihaknya tidak akan terburu-buru untuk mengambil sebarang tindakan susulan berhubung perkara itu.

Menurutnya, Adun tersebut mungkin akan berubah fikiran dalam hal tersebut (peletakan jawatan), namun pun begitu pihaknya tetap menunggu surat tersebut daripada Speaker Selangor, Hannah Yeoh.

“Tidak boleh terburu-buru, dia (Adun) tersebut mungkin merubah fikirannya malam ini. “…namupun begitu kita akan tetap menunggu surat peletakan tersebut…. baru kita akan buat tindakan lanjut. “…kita tengok surat itu, dan baru kita akan rujuk kepada Pegawai Undang-Undang SPR, untuk buat keputusan” katanya kepada Sinar Harian Online semalam.

Antara nama lain yang dipercayai bakal bertanding selain Anwar adalah Ahli Parlimen Pandan penggal pertama Rafizi Ramli.

Monday, January 27, 2014

TUDUNG & LOCENG - DUA ISU ROSAKKAN IMEJ PERGURUAN NEGARA


"Bagi Gagasan, walaupun permohonan maaf dikemukakan, ia tidak bermakna tindakan tatatertib dan disiplin tidak perlu diambil. Tindakan itu penting sebagai pengajaran dan ingatan agar ia tidak berulang di samping mengelak wujudnya budaya meminta maaf setelah kesalahan dilakukan dengan sengaja." 
- Setiausaha Agung Gagasan, Syed Anuar Syed Mohamad

Ketika Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serius melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, dua isu dikatakan boleh merosakkan imej perguruan negara.

Isu guru dipaksa membuka tudung ketika mengajar dan murid digantung loceng serta dipaksa makan rumput dengan gelaran lembu, jelas bercanggah dengan dasar murni berkenaan. Ironinya kedua-dua terjadi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina iaitu SJKC Khai Meng, Perak, dan SJKC Nan Ya, Teluk Senang di Johor yang berakhir dengan permohonan maaf yang pada pandangan Gagasan lebih kepada takut dikenakan tindakan lanjut.

Berikutan itu Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) mendedak KPM mengambil tindakan terhadap pelaku dalam dua isu yang merosakkan imej profesional perguruan negara.

Setiausaha Agungnya Syed Anuar Syed Mohamad (kiri) berkata ketika KPM serius melaksanakan isu guru dipaksa membuka tudung ketika mengajar dan murid digantung loceng serta dipaksa makan rumput dengan gelaran lembu, jelas bercanggah dengan dasar murni berkenaan.

Sambil melahirkan rasa kesal dan marah terhadap insiden itu, Syed Anuar berkata Gagasan mendesak KPM mengambil tindakan tatatertib dan disiplin terhadap kedua-dua pelaku kes berkenaan.

Bagi Gagasan, walaupun permohonan maaf dikemukakan, ia tidak bermakna tindakan tatatertib dan disiplin tidak perlu diambil.

Tindakan itu penting sebagai pengajaran dan ingatan agar ia tidak berulang di samping mengelak wujudnya budaya meminta maaf setelah kesalahan dilakukan dengan sengaja.

Syed Anuar menegaskan, dalam kes murid terbabit, Gagasan melahirkan rasa kesal dengan tindakan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang yang menganggap kes itu selesai setelah guru terbabit memohon maaf. 

Apakah cukup hanya dengan mengarahkan guru besar SJKC Khai Meng mengeluarkan surat amaran kepada guru terbabit. Gagasan bertegas bahawa permohonan maaf tidak memadai.

Ini melibatkan maruah dan ia telah meninggalkan kesan psikologi yang mendalam terhadap murid terlibat.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim. berkata semalam, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberi kaunseling, jika perlu, kepada dua murid dalam kes dihukum makan rumput.

"Pegawai JKM telahpun berjumpa kanak-kanak terbabit dan keluarga mereka pukul 11 pagi tadi untuk menyiasat perkara sebenar yang berlaku.

"Esok (hari ini) mereka akan berjumpa dengan pihak sekolah bagi tujuan sama," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan kepada 786 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pusa dan 250 murid Sekolah Kebangsaan Kalok, Betong, Sarawak semaalam.

Rohani, yang juga Anggota Parlimen Batang Lupar, berkata masyarakat perlu memahami amat penting menjaga kesejahteraan emosi dan tingkah laku kanak-kanak sekali gus menjejaskan pelajaran mereka. "Mungkin kerana kejadian ini juga boleh menyebabkan mereka tidak mahu datang ke sekolah kerana malu diejek kawan-kawan," katanya.

Sementara itu guru sekolah rendah di Sungkai, Perak, itu sudah ditukar ke sekolah lain.

Selain itu, guru tersebut akan diberi surat amaran yang tegas kerana bertindak keterlaluan mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata hasil siasatan oleh Jabatan Pendidikan Perak mendapati tindakan guru berkenaan memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid dengan sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan.

"Hal ini kerana murid berkenaan masih di peringkat sekolah rendah yang mana kaedah bimbingan adalah paling wajar dan sesuai," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Khair berkata isu murid tidak menyiapkan kerja sekolah bukan merupakan kesalahan disiplin kerana ia adalah sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan perlu ditangani menerusi bimbingan berterusan.

Syed Anuar selanjutnya berkata Gagasan juga mahu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil tindakan di bawah undang-undang berkaitan penderaan kanak-kanak terhadap guru terbabit. 

"Sepatutnya sebagai seorang guru yang diamanahkan mendidik, seharusnya tindakan yang lebih rasional diambil berdasarkan kesalahan yang dilakukan, bukannya secara emosional," katanya.

Sunday, January 26, 2014

KEMERDUAN AZAN PIKAT PENGANUT AGAMA LAIN PELUK ISLAM


Apakah ini puncanya mengapa orang bukan Islam, khususnya Cina DAP di Malaysia, khususnya di Selangor dan Pulau Pinang dan Cina PAP di Singapura tidak mahu diperdengarkan azan?

Baca di sini:

Kemerduan azan buka pintu hati Lucy peluk Islam


TIAP kali kedengaran azan Maghrib yang merdu berkumandang, hatinya jadi tenang. Segala perasaan celaru akibat tekanan kerja dan masalah lain entah bagaimana bertukar menjadi selesa.

Itu yang dirasai Lucy Embang selama tiga tahun lamanya, sekalipun ketika itu beliau belum memeluk Islam.

Ia antara faktor yang menggamit anak kelahiran Bintulu, Sarawak itu memeluk Islam apabila melafaz kalimah dua syahadah di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Lucy berbuat demikian dengan dipimpin Pegawai Pemudahcara dan Perhubungan dari Islamic Outreach ABIM (IOA), Khalid Abdul Samad dengan disaksikan ratusan jemaah seusai solat Jumaat. IOA ialah pertubuhan dakwah menerusi pelbagai program ilmu kepada masyarakat bukan Islam bagi meningkatkan kesedaran dan minat terhadap Islam.

Dan saat melafaz kalimah itu, perasaan diselubungi terharu yang mendalam apatah lagi kemasukannya dalam Islam disambut ratusan jemaah masjid sedangkan beliau hanya ‘insan biasa’.

“Sedih, terharu. Saya tak pernah rasa sebelum ini. Kita tahu kehadiran kita di sekeliling mereka walaupun tak kenal tapi mereka beri sokongan dan sambutan dan sokongan pada kita,” katanya kepada Selangor Kini.

Lucy atau nama Islamnya, Nurul Iman Jannah Abdullah tidak ditemani ahli keluarga sebaliknya hadir bersama keluarga angkat dan rakan-rakan karibnya sewaktu peristiwa bersejarah di dalam hidupnya itu.

Pun begitu, keluarganya yang masih Kristian tidak menyatakan bantahan keras terhadapnya, sekadar memberi peringatan terhadap langkahnya itu.

Nurul Iman pula – sekalipun sudah memeluk Islam tekad akan taat kepada ibu bapanya walaupun berlainan pegangan.

“Saya akan hormati mereka. Mereka tetap ibu bapa saya,” katanya yang mengakui keluarganya bukan pengamal Kristian yang kuat dan ia mungkin mendorongnya tercari-cari jalan yang satu.

“Di Sarawak, ada beragama Kristian, ada pengamal ajaran berunsur spiritual. Pesta Keamatan pun saya sambut, Hari Krismas pun saya sambut. Sekarang saya mahu jalan yang satu sahaja,” katanya.

Sebenarnya, sejak kecil lagi Nurul menunjukkan minat terhadap Islam dan adat Melayu apabila gemar berbaju kurung tapi hanya berpeluang sewaktu menuntut di sekolah menengah.

“Saya lihat kawan-kawan yang memakai baju kurung macam cantik tetapi ibu bapa melarang kerana kami bukan Islam.

Sampailah sekolah menengah, baru saya boleh rasa perasaannya memakai baju kurung itu. “Sekarang baru saya sedar, petunjuk awal saya memeluk Islam ada sewaktu kecil biarpun hanya setakat pakai uniform,” katanya yang berusia 24 tahun dan belum berumah tangga.

Beliau mula serius mendekati Islam ketika bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Damansara. Minat terhadap Islam membuatkannya sering bertanya kepada rakan-rakan sekerja beragama Islam bagi mendapatkan penjelasan.

“Penjelasan mereka sedikit sebanyak memberi saya pengetahuan,” katanya yang sentiasa bertanya sebarang kemusykilan mengenai Islam kepada mereka yang lebih tahu.

“Saya harap mereka akan menerima saya dengan hati yang terbuka,” katanya.

Friday, January 24, 2014

MURNINYA HATI DR MAHATHIR, TUN ABDULLAH MEMBENARKAN ANWAR MENIKAHKAN NURUL IZZAH & RAJA AHMAD


"Pernikahan mereka disempurnakan di atas airmata ramai orang, selain pengorbanan dan sumbangan besar beberapa pemimpin UMNO seperti Dr Mahathir dan Pak Lah dimaki hamun oleh Anwar dan anak perempuannya, Nurul Izzah!."

Pada ketika sebahagian isi kandungan perjanjian penyelesaian perceraian dipercayai di antara Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim tersebar luas di laman media sosial, Facebook hari ini, bekas Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Nordin mengambil pendirian bahawa ini soal peribadi mereka yang tidak sepatutnya digembar-gemburkan, apatah lagi dipolitikkan.

Malah, pendirian Zulkifli ini sewajarnya diikuti oleh pihak-pihak yang melihat ‘kejadian’ ini sebagai keuntungan politik dan sebagainya.

Pasangan Nurul Izzah dan Raja Ahmad dilihat sebagai idola di kalangan anak-anak muda yang melihat sebuah perkahwinan tokoh Reformasi yang hebat. Ini kerana sebelum ini Nurul Izzah dianggap sebagai Puteri Reformasi kerana menerjunkan diri bagi membela 'kezaliman dan ketidakadilan 'dilakukan ke atas bapaknya, Anwar Ibrahim dalam usia yang sangat muda.

Semalam (Khamis) Nurul Izzah disahkan memfail penceraian terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pemeriksaan rekod mahkamah oleh The Star Online mendapati kes perceraian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan suaminya itu wujud. Nurul Izzah, 33, membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya dengan Raja Ahmad Shahrir , 35, pada akhir Disember tahun lalu.

Apapun, dalam kenyataan media bersama semalam, Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Raja Salim meminta supaya mereka diberikan ruang peribadi untuk menyelesaikan isu itu.

"Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. Keluarga kami menjadi keutamaan," kata mereka pada Khamis.

Pertanyaan di sini ialah apabila terkena kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah, semua pihak diminta jangan ganggu.


Tetapi katakanlah ia berlaku kepada Naib Presiden UMNO atau mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN), maka sudah pasti blogger propembangkang akan memainkan isu seperti ini habis-habisan.

Selain itu mengejutkan ialah ada blogger propembangkang mengatakan media online milik kroni Umno-BN yang kemudian dipetik oleh protal berita kononnya mereka sedang menghadapi masalah rumah tangga.

Beberapa perkara ditimbulkan umpamanya menyifatkan perkara ini sebagai SUATU FITNAH selain cuba mengganggu urusan rumah tangga mereka yang sepatutnya tidak dilakukan.

Perkata kedua ialah laporan ini disifatkan blogger propembangkang sebagai LEBIH BERSIFAT MENCARI KEPENTINGAN POLITIK BAGI TAUKEH EDITOR AKHBAR.

Kata penulis blog propebangkang itu, sepatutnya editor akhbar tahu tanggungjawab sosialnya dan menjaga maruah orang lain. Apa lagi kalau editor itu seorang beragama Islam yang membenci kepada fitnah dan tahu implikasi perceraian dan hukum nikah dan cerai tidak akan melaporkan hatta ianya ada asas.

Soalnya apakah ini fitnah dan perbuatan menganggu urusan rumah tangga orang lain?


Sedangkan hari ini, isi kandungan perjanjian antara pasangan itu dimuatnaik oleh seorang pengguna di laman tersebut menunjukkan ia menyerupai draf surat oleh pejabat peguam.

Antara yang terkandung dalam perjanjian tersebut adalah mengenai persetujuan kedua-dua belah menyelesaikan isu perceraian, tuntutan selepas perceraian dan hadhanah anak-anak mereka secara damai. 

Menurut surat perjanjian itu, mereka juga bersetuju kes tersebut diselesaikan tanpa membabitkan sebarang perbicaraan di mahkamah.

Dalam pada itu, pasangan tersebut juga didakwa telah membuat satu perjanjian mengenai beberapa perkara lain di mana ia akan berkuatkuasa dari tarikh perjanjian penyelesaian itu ditandatangani.

Bagaimanapun, kesahihan mengenai surat perjanjian itu belum dapat dipastikan.

Zulkifli melalui blognya merayu semua pihak: “Berilah mereka ruang dan peluang untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi menyelamatkan perkahwinan mereka, juag demi anak-anak mereka yang masih kecil. Nasihat saya kepada Izzah dan Syahrir, berusahalah mencari jalan perdamaian. Carilah kesepakatan. Ingatlah perceraian adalah suatu keharusan yang paling dibenci Allah.”

“Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kamu berdua,” tegas Zulkifli.

Tenang rasanya dada membaca ulasan Zulkifli ini selain mengetahui beberapa perkara umpamanya bagaimana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) membenarkan Anwar keluar dari Penjara Sungai Buloh untuk menikahkan anaknya.


Kita yakin Tun Abdullah tidak membuat keputusan sendiri. Beliau pastinya memaklumkan kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi kebenaran itu.

Tidakkah ini menggambarkan betapa mulianya hati dan pendirian Dr Mahathir dan Pak Lah yang memberikan ruang agar anak ‘musuh politik’ mereka (Anwar) ‘mendirikan masjid’?

Kerana itu kita tidak faham apabila Dr Mahathir digelarkan sebagai MAHAFIRUN dan MAHAZALIM serta cerca yang lain.

Hebat sungguh perkahwinan ini.

Ia bukan berkaitan isu kahwin lari. Cumanya terpaksa menghadapi pelbagai kerenah untuk mendapatkan kebenaran Menteri Dalam Negeri supaya Anwar dibenarkan pulang menikahi anaknya pada 09 Mei 2003 di rumah Anwar di No. 8, Jalan Setiamurni 2, Bukit Damansara.

Waktu itu Izzah baru berumur 23 tahun. Baru sahaja lepas belajar di Universiti Teknologi Petronas Sri Manjung. Syahrir, kerabat di raja Johor baru berumur 24 tahun.

“Saya pada masa itu masih peguam Anwar, dan beliau masa itu masih merengkok di Penjara Sg. Buloh menjalani hukuman penjara 6 tahun atas sabitan kesalahan salahguna kuasa berkaitan kes meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar,” kata Zulkifli.

Bekas peguam Anwar itu bagaimanapun meendedahkan bahawa beliau mendengar pelbagai cerita mengenai sebab permohonan perceraian itu difailkan oleh Izzah.

“Saya percaya tentu ada sebab yang serius untuk menyebabkan perkara ini berlaku. Namun saya berdoa dan berharap Syahrir dan Izzah akan berusaha keras untuk menyelamatkan perkahwinan mereka yang sudah berusia 10 tahun itu,” tegas Zulkifli.

Nasihatnya lagi, kalau boleh, kenangkan betapa susah payahnya beliau dan beberapa pihak yang lain semua masa itu untuk mengurus perkahwinan mereka berdua.

Yang pasti, pernikahan mereka disempurnakan di atas air mata ramai orang, selain pengorbanan dan sumbangan besar beberapa pemimpin UMNO yang turut dimaki hamun oleh Anwar dan anak perempuannya, Nurul Izzah!.

Thursday, January 23, 2014

KENAPA NURUL IZZAH TUNTUT CERAI DARIPADA SUAMINYA?


Gempar desas-desus di laman sosial media mengenai Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang didakwa menuntut cerai daripada suaminya Raja Ahmad Sharir Iskandar Raja Salim, pada hujung tahun lalu, meletup hari ini.

Nurul Izzah adalah anak sulung kepada ketua pembangkang itu dikatakan telah membuat permohonan cerai secara fasakh menerusi satu tuntutan di sebuah mahkamah syariah hujung tahun lepas.

Nurul Izzah, 33, dan pasangannya telah mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang berusia tujuh dan empat tahun.

Majlis perkahwinan mereka diadakan di kediaman Anwar di Bukit Damansara. Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata berusia tujuh dan empat tahun.

Kedua-duanya difahamkan membuat kenyataan bersama dan sedih dengan gangguan peribadi ini ketika gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan mereka.



Laporan The Star Online, rekod Mahkamah Syariah, Jalan Duta telah menunjukkan bahawa kes penceraian itu wujud dan tuntutan itu telah dilakukan pada Disember.

"Raja Ahmad Shahrir telah menerima petisyen itu pada 16 Januari lalu.

"Beliau telah minta penangguhan prosiding itu untuk melakukan persediaan itu," lapor The Star Online.

Dalam pada itu, laporan tersebut juga menyatakan pegawai mahkamah itu telah mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun sehingga kini belum jelas kenapa Nurul Izzah menuntut cerai, walaupun banyak spekulasi dibuat oleh blog.

Raja Ahmad dilaporkan meminta prosiding berkenaan ditangguhkan selama dua minggu bagi membolehkan pihaknya menyedikan dokumen berkaitan.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada wujud pihak ketiga disebalik keretakan hubungan pasangan berkenaan.

Pegawai mahkamah mengesahkan kes perceraiaan anak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berada dalam sistem mahkamah.

Difahamkan kes itu ditetapkan untuk sebutan di hadapan hakim, Ab Malek Awang.

Bagi Nurul Izzah pula yang menjawab pertanyaan di laman Twitternya daripada seorang pengikutnya, Nurul Izzah menafikan perkara tersebut. "Tidak," tulisnya.


Sebelum ini, perkara yang mengaitkan Nurul Izzah dengan isu penceraian dengan pasangannya itu telah tercetus beberapa tahun lalu yang turut disebarkan oleh blogger.

Ada blogger bertanyakan apakah gambar lelaki mirip Elvis Presley didakwa ada hubungan dengan Nurul Izzah?



ANWAR GALAKKAN PEMIMPIN MUDA PKR JADI 'KURANG AJAR'?


Semakin jelas bahawa Parti Keadilan Rakyat memang parti yang mengajar anak muda menjadi ‘kurang ajar.’

Tidak kiralah sama ada dia Melayu, Cina atau India – modus operandinya sama – cakap dan buatlah apa cara sekali pun asalkan boleh memalu dan mengaibkan pemimpin UMNO dan BN.

Tujuannya ialah dengan cara mempersenda dan memperlekehkan pemimpin UMNO dan BN, rakyat akan dapat diyakinkan bahawa mereka lemah.

Sedangkan pemimpin PKR sendiri yang mengajar anak muda menjadi ‘kurang ajar’ belum pernah menduduki takhta pentadbiran.Bagi mereka yang penting ialah menunjukkan kepada rakyat pemimpin UMNO lemah dan pemimpin pembangkang lebih berkarisma.

Sedangkan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sekadar nombor dua dalam kepimpinan negara ketika kepimpinan Tun DR Mahathir Mohamad tetapi GAGAL.


Semalam, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, mempertahankan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon yang menyumbat kangkung ke mulut patung menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah, beliau turut yakin insiden itu tidak akan mencetuskan ketegangan kaum seperti tragedi 13 Mei 1969. Anwar mempertahankan perbuatan ‘kurang ajar’ itu dengan berkata, tindakan Lee itu bukan bertujuan menghina perdana menteri, oleh itu beliau tidak perlu memohon maaf.

"Saya menafikan ia bertujuan menyakiti atau menghina perdana menteri. Beliau hanya nak sampaikan mesej tentang derita yang dilalui rakyat pada hari ini" katanya pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, semalam.

Menurutnya, kejadian itu berkait rapat dengan masalah ekonomi dan kenaikan harga barang yang perlu dihadapi rakyat pada hari ini. Pada 15 Januari lalu, Lee mengetuai 'flash mob' kangkung di Pulau Pinang dan bertindak menyumbat sayur itu ke dalam mulut patung menyerupai Najib.


Tindakan tersebut turut membangkitkan kemarahan Umno Pulau Pinang yang kemudiannya mengadakan demonstrasi di negeri itu serta mengancam akan melakukan rusuhan kaum kedua.

Pada Selasa, Lee menegaskan beliau tidak akan memohon maaf atas perbuatannya menyuapkan kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri sebagaimana digesa Penasihat DAP Lim Kit Siang. 

Beliau sekali lagi mengulangi tindakan itu merupakan cara untuk menagih keprihatinan Najib supaya memahami kesusahan rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga barang dan tidak bertujuan menghina sesiapa.

“Saya tidak akan tunduk kepada kenyataan perkauman dan keganasan Umno. Mereka adalah pencetus kepada apa yang berlaku baru-baru ini," kata Lee.

Tuesday, January 21, 2014

BENARKAH DAKWAAN NURUL IZZAH BAHAWA PM "MENDIAMKAN DIRI'?


Saya tertarik dengan surat anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah (Ahli Parlimen Lembah Pantai) yang bertanyakan Perdana Menteri mengenai beberapa perkara:

1. Soal kecelaruan kenyataan Menteri-Menteri dan PM sendiri (saya rasa dimaksudkan dengan ‘kangkong’): Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pernah berkata, “jika harga ayam mahal, jangan makan ayam”. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar juga pernah berkata, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. “Bagi mereka yang fikirkan ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut.”

2. Soal kedudukan inflasi: Laporan media arus perdana mengatakan kadar inflasi di Malaysia sudah mencapai kemuncaknya pada 2.9 peratus pada November 2013. Rakyat negara ini sudah lali dengan berita ini. Tetapi, tugas kerajaan bukan sahaja untuk mengawal kadar inflasi ini, tetapi juga untuk memberi penerangan kepada rakyat apakah makna inflasi ini, bagaimanakah kadar inflasi ini dikira dan seterusnya, apakah kesan-kesannya kepada rakyat. Mengikut perkiraan pakar ekonomi, kadar inflasi yang sebenar di Malaysia berada pada kira-kira 8 peratus.

3. Soal upah: Pada ketika ini pekerja Malaysia cuma menikmati 28 peratus daripada KDNK, berbanding keuntungan perniagaan pada 67.1 peratus. Bandingkan dengan negara jiran kita, Singapura yang pada 1997 mempunyai pecahan gaji berbanding KDNK sebanyak 42 peratus. Nampaknya pecahan ini amat tidak seimbang. Jika kita bandingkan dengan beberapa negara maju lain, pecahan ini lebih besar, contohnya pekerja-pekerja di Jepun menikmati gaji dan upah sebanyak 52 peratus daripada KDNK keseluruhan.

4.  Memainkan isu perkauman dan agama untuk ‘kemenangan politik: Isu-isu seperti hak keistimewaan orang Melayu dan isu-isu keagamaan sudah menjadi permainan ahli-ahli politik yang tidak peduli akan hak-hak kemanusiaan sejagat. Nurul Izzah  amat bimbang anak-anak Malaysia akan terpengaruh dengan sikap perkauman yang melampau, sehinggakan ada semakin berani guna kata-kata kesat atau berbaur ugutan ke atas bangsa-bangsa lain.

Apapun, ada persoalan bermain di benak fikiran saya:

1. Keberanian Nurul Izzah – Berapa ramai ahli dan pemimpin UMNO berani menyatakan pandangan mereka kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak?

2. Keberanian Nurul Izzah- Apakah kerana dia di luar UMNO? Kalau dia dalam UMNO beranikah dia?

3. Apakah benar Najib ‘berdiam diri’? Bagaimana kenyataan-kenyataannya sebelum ini yang tegas mengenai pembelaan kerajaan terhadap rakyat yang sedang berdepan dengan tekaan kenaikan harga barang dan kos hidup yang tinggi?

Baca sepenuhnya surat Nurul Izzah di sini yang saya petik dari blog ohsedapnya:

Surat Nurul Izzah Kepada PM - "Jangan Mendiamkan Diri..."



"Tidak boleh berdiam diri berkenaan isu-isu yang menggugat ketenteraman dan kesejahteraan hidup rakyat. Apakah dengan mendiamkan diri membolehkan Datuk Seri meninggalkan warisan yang lebih bermakna yang Datuk Seri sendiri inginkan?"

21 Januari 2014

SAYA harap Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Saya mendoakan Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada ALLAH SWT.

Ingin saya sampaikan bahawa saya memahami keadaan Datuk Seri yang mungkin tersasul semasa memberikan ucapan di Kemaman tempoh hari.

Saya akui, saya juga tertawa kecil, tapi dalam masa sama, saya sedar kita semua manusia, tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, Datuk Seri perlu sedar, apa yang Datuk Seri katakan itu cumalah salah satu daripada banyak kenyataan yang keluar daripada mulut Menteri Kabinet Malaysia kebelakangan ini.

Dulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pernah berkata, “jika harga ayam mahal, jangan makan ayam”.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar juga pernah berkata, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi.

“Bagi mereka yang fikirkan ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut.

"Datuk Seri, cuba tanyakan soalan ini dengan ikhlas kepada diri Datuk Seri sendiri, adakah ini kenyataan daripada mereka yang prihatin dengan masalah rakyat?

Laporan media arus perdana mengatakan kadar inflasi di Malaysia sudah mencapai kemuncaknya pada 2.9 peratus pada November 2013.

Rakyat negara ini sudah lali dengan berita ini. Tetapi, tugas kerajaan bukan sahaja untuk mengawal kadar inflasi ini, tetapi juga untuk memberi penerangan kepada rakyat apakah makna inflasi ini, bagaimanakah kadar inflasi ini dikira dan seterusnya, apakah kesan-kesannya kepada rakyat.

Sebagai ahli ekonomi, saya percaya Datuk Seri tahu akan kepentingan Indeks Harga Konsumer (CPI) kepada penentuan kadar inflasi ini.

Rakyat marhaen dapat melihat harga barang semakin meningkat dari hari ke hari, tapi perkara ini tidak langsung dicerminkan dalam kadar inflasi.

Mengikut perkiraan pakar ekonomi, kadar inflasi yang sebenar di Malaysia berada pada kira-kira 8 peratus. 

Dalam soal gaji dan upah, pekerja Malaysia juga jelas terseksa dengan kadar gaji rendah.

Pada ketika ini pekerja Malaysia cuma menikmati 28 peratus daripada KDNK, berbanding keuntungan perniagaan pada 67.1 peratus.

Bandingkan dengan negara jiran kita, Singapura yang pada 1997 mempunyai pecahan gaji berbanding KDNK sebanyak 42 peratus.

Nampaknya pecahan ini amat tidak seimbang. Jika kita bandingkan dengan beberapa negara maju lain, pecahan ini lebih besar, contohnya pekerja-pekerja di Jepun menikmati gaji dan upah sebanyak 52 peratus daripada KDNK keseluruhan.

Datuk Seri, saya pelawa Datuk Seri sendiri turun melihat sendiri keadaan rakyat.

Baru-baru ini, saya ternampak sebuah iklan jawatan kosong di sebuah restoran makanan segara yang popular, menawarkan gaji RM900 sebulan.

Saya ingin tanya, bagaimanakah seseorang itu boleh hidup di kawasan Lembah Kelang dengan gaji RM900 sahaja?

Pada hemat saya komen tentang kangkung tempoh hari melihatkan betapa Datuk Seri dan Kabinet Datuk Seri terputus daripada realiti kehidupan rakyat marhaen.

Masalah pendapatan ini juga membawa kepada suatu masalah yang lebih besar.

Orang miskin nampaknya tidak ada ruang untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan, kerana pendidikan yang berkualiti tiada dalam jangkauan mereka.

Saya fikir, sekiranya mahukan Malaysia yang terus-menerus mengeluarkan sumber manusia berkualiti secara mampan, isu pendidikan perlu diberi perhatian secara serius, bukan sekadar penukaran kosmetik.

Datuk Seri, saya juga amat bimbang sekali dengan retorik perkauman serta sentimen kebencian yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini

Isu-isu seperti hak keistimewaan orang Melayu dan isu-isu keagamaan sudah menjadi permainan ahli-ahli politik yang tidak peduli akan hak-hak kemanusiaan sejagat.

Saya amat bimbang anak-anak Malaysia akan terpengaruh dengan sikap perkauman yang melampau, sehinggakan ada semakin berani guna kata-kata kesat atau berbaur ugutan ke atas bangsa-bangsa lain. Justeru, Datuk Seri perlu menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia.

Tidak boleh berdiam diri berkenaan isu-isu yang menggugat ketenteraman dan kesejahteraan hidup rakyat.

Apakah dengan mendiamkan diri membolehkan Datuk Seri meninggalkan warisan yang lebih bermakna yang Datuk Seri sendiri inginkan?

Pilihan di tangan Datuk Seri. Tepuk dada, tanya selera.

Nurul Izzah Anwar

Monday, January 20, 2014

AHMAD SAID KE ANTARTIKA - MEREALISASIKAN STESEN KAJIAN SAINS KHUTUB BERSKALA BESAR


"Penglibatan kerajaan Terengganu dalam misi ini menggambarkan sokongan padu terhadap usaha yang dijalankan di peringkat Pusat dan global dan lebih penting untuk melahirkan kumpulan penyelidik yang berwibawa dan dihormati...Memorandum Persefahaman antara INACH dan YPASM membuka laluan kerjasama ke arah menubuhkan sebuah stesen kendalian bersama Malaysia-Chile di Antartika."

What business does the Terengganu Menteri Besar have in Antarctica which justifies a jolly cruise to the Antartica?

Ini pertanyaan Tony Phua. Apa pula yang mengatakan : ‘Ahmad Said Tukar Bidang Baru’, ada mengatakan ‘Mat Said Belanja Jutaan Ringgit Berlayar ke Antartika, Rakyat Makan Kangkung’, "Mungkin Ahmad Said Akan Bawa Balik Seekor Beruang ‘Polar’?" dan ramai mengatakan lawatan itu hanya ‘membazir’.

Tony turut mempersoalkan lawatan kerja Menteri Besar Terengganu itu dan menganggapnya suatu pembaziran besar.

Menurutnya, ia ia tidak bertepatan dengan keadaan rakyat yang sering diingatkan untuk mengikat perut selain mempersoalkan rasional di sebalik lawatan 15 hari itu.

Katannya: “Beliau bukan Menteri Sains dan Teknologi atau Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Ahmad tidak boleh berkata tujuan ke sana untuk misi pelaburan asing atau menarik pelancong melainkan hanya melihat penguin di sana.

Ahmad juga tidak boleh memberi alasan meragukan seperti mana bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo ke Disneyland bagi mengkaji taman tema dengan mengunjungi Mickey Mouse dan rakan-rakan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Batu Burok yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata Ahmad Said tiada hak menyalahgunakan wang rakyat dengan alasan ianya “lawatan saintifik” kerana Terengganu merupakan antara negeri termiskin dan ramai di kalangan rakyatnya yang hidup dalam serba kedaifan.

"Beliau seharusnya mengenepikan kesombongan dan keangkuhan sebagai menteri besar yang berkuasa sebelum rakyat Terengganu menurunkan beliau dengan kuasa rakyat.

“Saya menggesa Ahmad segera membatalkan ekspedisi ke Antartika dan kembali memberi tumpuan kepada kemelut rakyat yang berdepan dengan kenaikan kos hidup,” katanya dalam satu kenyataan.

Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) Ahmad Amzad Hashim berkata, Ahmad Said bukan saintis yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat, penglibatan ‘orang politik’ akan merencatkan kelancaran misi yang dianggap besar oleh kerajaan itu.

“Saya rasa kalau betul pun ekspedisi ini nak dibuat, hantar saja ahli-ahli sains dan mesti dibiayai oleh Kementerian yang berkenaan."

Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempersoalkan peranan Menteri Besar Terengganu itu dalam mengetuai delegasi Malaysia ke Antartika.

Ketua Pemuda PSM Edwin Michael berkata Terengganu berdepan dengan pelbagai isu alam sekitar, seperti hakisan pantai dari Besut hingga ke Kemaman dan pembalakan haram

 Selain itu, katanya, rakyat Malaysia berdepan dengan peningkatan kos sara hidup dan hutang negara, sedangkan manfaat daripada lawatannya nampaknya "meragukan" .

Kenyataan-kenyataan di atas adalah sebahagian yang menentang pemergian Ahmad Said ke Antartika.

Walaupun pelbagai kritikan, sindirian dan kata-kata nista terhadapnya, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sudah berlepas dari KLIA kira-kira jam 10.40 malam kelmarin (18 Januari 2014) bagi mengetuai lawatan ke Antartika anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM).

Dalam kenyataannya Rabu lalu, menteri besar itu sudah menegaskan bahawa lawatan kerja selama 15 hari bertujuan membuka laluan untuk membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).

Chile akan menjadi tuan rumah kepada delegasi Malaysia yang akan dibawa melawat stesen penyelidikan yang dikendalikan oleh INACH di Antartika.

Kesediaan dan sokongan Kerajaan Negeri Terengganu kepada penyelidikan di Antartika besar maknanya dari segi penyelidikan untuk mengesan dan memantau fenomena alam sekitar di peringkat global seperti penipisan ozon atmosfera, pemanasan global serta perubahan paras laut.

Malah penyelidikan yang amat rapat dengan kehidupan kita seharian - tidak kiralah sama ada di Terengganu atau Malaysia amnya - adalah sesuatu yang amat dibanggakan.

Kesediaan Kerajaan Terengganu melalui kepimpinan Ahmad Said membuka mata banyak pihak kerana Terengganu kini bersama-sama kerajaan.


Malaysia dan rakyat negara ini untuk membongkar misteri saintifik yang tersembunyi di benua sejuk itu. Ia bukan sahaja akan mambawa kebaikan kepada negara tetapi dengan keyakinan Kerajaan Negeri melalui Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  untuk menyertai penyelidikan ini membawa suatu era baru dalam bidang akademik dan saintifik di Terengganu.

Kita berharap dengan lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kira-kira 10 hari ke Antartika itu akan memberikan kefahaman saintifik yang berguna kepada beliau.

Pepatah Inggeris mengatakan ‘seeing is believing’ pastinya akan memberikan suatu pendedahan dan kefahaman yang lebih mendalam kepada Ahmad Said.

Pemergiannya ditemani bekas Naib Canselor UMT, Profesor Aziz Deraman dan pastinya akan memudahkan
Menteri Besar untuk mengetahui dengan lebih jelas isu berkaitan Antartika ini.

Mungkin perjalanan agak jauh iaitu Kuala Lumpur – Amsterdam – Santiago (Chile) – Antartika kemudian kembali. Namun kita yakin ia akan mendatangkan manfaat kepada Menteri Besar dan rakyat Terengganu yang jelas akan lebih dekat dengan misteri saintifik di Antartika itu.


Lebih memudahkan usaha ini kerana pada Oktober tahun 2011, Malaysia menandatangani Antarctic Treaty System (ATS) 1959 dan menjadi ahli Madrid Protocol yang memberi rangka kerja bagi pengurusan dan pentadbiran Antartika serta kerjasama antara semua pihak dan ahli ATS.

Penyertaan Malaysia dalam ATS 1959 itu memberi peluang yang sangat luas kepada saintis negara ini untuk menyertai komuniti penyelidikan antarabangsa dalam sains Antartika melalui Badan Bertindak Antartika dan Pusat Penyelidikan Antartika Nasional bertempat di Universiti Malaya sebagai pusat rujukan penyelidikan saintis Malaysia.

Sejak ia dimulakan pada 1999 hingga kini lebih 31 projek penyelidikan dalam beberapa bidang termasuk sains atmosfera, polar mikrobiologi, ekologi, remote sensing, geo sains, dasar dan pengurusan Antartika berjaya dilaksanakan oleh penyelidik negara.

Manakala sebanyak 151 penerbitan saintifik telah dihasilkan dan 105 graduan dan graduan lanjutan telah mendapat latihan dalam program ini. Mungkin ramai daripada belum faham dan mengerti kenapa penyelidikan di Antartika itu penting dan kaitan dengan kehidupan kita seharian, tidak kiranya sama ada di Malaysia atau Terengganu khususnya.

Sedangkan, benua Antartika di Khutub Selatan merupakan makmal asli yang penting dan membolehkan penyelidik untuk mengesan dan memantau fenomena alam sekitar di peringkat global seperti penipisan ozon atmosfera, pemanasan global serta perubahan paras laut.

Untuk lebih meyakinkan bahawa usaha penyelidikan ini memang sesuatu yang akan membawa kebaikan kepada kehidupan manusia khususnya dalam hubungan antara Tropika dan Antartika, inisiatif menubuhkan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia (ASM) Dr Ahmad Ibrahim berkata pada 5 Julai 2012, sebuah yayasan akan ditubuhkan bagi mengumpul dana bagi membantu saintis tempatan menjalankan penyelidikan berskala besar di benua Antartika.

Yayasan itu yang dinamakan 'Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan' yang merupakan kerjasama antara kerajaan dengan ASM akan mengumpul dana bagi membina fasiliti penyelidikan negara di Antartika yang akan digunakan saintis tempatan. berkata saintis

Malaysia telah mula menjalankan penyelidikan di Antartika sejak 1999, tetapi terpaksa menumpang fasiliti dan kelengkapan penyelidikan di Pangkalan Scott yang dikendalikan oleh New Zeland.

"Kita telah menyertai Triti Antartika pada 2011 dan kita memerlukan pusat penyelidikan sendiri agar dapat memudahkan saintis negara menjalankan kajian dan penyelidikan khusus untuk kepentingan sains negara," katanya selepas ditemu bual dalam rancangan terbitan Radio 24 di Kuala Lumpur. Katanya sejak 1999 hingga 2010, 62 ekspedisi saintifik telah dilakukan melibatkan 60 penyelidik.



Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 19 Julai 2012  melancarkan yayasan berkenaan di UMT yang turut dihadiri Ahmad Said serta bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili (Dr Maximus kini Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ). Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Pada majlis pelancaran yayasan berkenaan, Sultan Mizan turut berkenan menyampaikan Anugerah Penyelidikan Antartika Sultan Mizan kepada tiga orang penyelidik iaitu Dr. Wan Mohd Rauhan Wan Hussin (UMT); Dr Chong Chur Wie (Internasional Medical Universiti) dan Abiramy a/p Krishnan (UMT).

Sultan Mizan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah meluluskan penubuhan yayasan berkenaan selain menghargai sokongan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkenaan.

Sultan Terengganu menyatakan kegembiraannya kerana yayasan itu dapat dilancarkan setelah genap tujuh bulan selepas lawatan Baginda ke Antartika iaitu pada November 2011.

Ini membuktikan bahawa wujudnya komitmen serta sokongan ikhlas daripada kerajaan terhadap program penyelidikan Antartika oleh rakyat Malaysia sambil menggesa sektor swasta dan pihak-pihak tertentu menyokong dan bekerjasama dengan yayasan itu dalam usaha untuk meningkatkan penyertaan Malaysia dalam penyelidikan saintifik di Antartika.

Bagi Sultan Terengganu, kewujudan yayasan ini akan memberi ruang bagi pembiayaan penyelidikan di Antartika di samping menyediakan peluang untuk menjalankan penyelidikan saitifik yang bermanfaat kepada manusia.

Malah dalam titahnya, Sultan Mizan berharap lebih ramai lagi terutama penyelidik muda menyertai usaha ini. Lebih menggembirakan apabila yayasan berkenaan turut menerima suntikan dana lebih RM12 juta bagi membiayai penyelidikan Antartika serta aktiviti yayasan itu.


Kerajaan Malaysia telah menyumbangkan RM10 juta dan dana sepadan dengan jumlah maksimum sebanyak RM500,000 setiap tahun manakala kerajaan Terengganu sebanyak RM2 juta dan selebihnya daripada Universiti Teknologi Malaysia (UMT) RM100,000 dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) RM50,000. 

Pembabitan UMT dan kesediaan kerajaan Terengganu menaja penyelidikan di Antartika ini adalah era baru bagi negeri ini kerana ia akan mengembang dan mempertingkatkan lagi penyelidikan sains di Antartika serta pembangunan sains global di negara ini.

Keputusan UMT itu sangat dialu-alukan lebih-lebih lagi bersedia menubuhkan unit penyelidikan Tropika-Antartika di bawah Institut Oseanografi dan Sekitaran atau INOS.

Sejauh ini UMT sentiasa memberi perhatian yang serius terhadap pembangunan penyelidikan bagi menyokong perkembangan akademik yang mapan.

Dengan penubuhan INOS oleh UMT itu, ia akan memudahkan kerja menyelaras program penyelidikan melibatkan perbandingan dan interaksi antara tropika dan Antartika.

Selain itu, penubuhan INOS secara tidak langsung menunjukkan komitmen tinggi daripada penyelidik tempatan dan Terengganu dalam menjayakan program berkaitan Antartika selaras dengan pelbagai usaha termasuk Kerajaan Pusat dalam bidang ini.

Malah dengan komitmen dan sokongan kerajaan negeri terhadap penyelidikan sains di Antartika, kita yakin hasil penyelidikan melalui YPASM dan UMT akan menghasilkan pengetahuan baru selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi masyarakat berilmu.

Sultan Terengganu sendiri menyatakan bangganya kerana yayasan ini adalah yang pertama seumpamanya ditubuhkan di negara ini bagi membantu aktiviti-aktiviti penyelidikan sains kutub.

Dr. Maximus turut menyarankan kerajaan-kerajaan negeri,sektor swasta dan individu untuk tampil kehadapan dan bekerjasama dengan yayasan ini bagi menjamin penyelidikian melibatkan perbandingan dan interaksi antara tropika dan Antartika dijayakan dengan jaya dan berkesan.

Amat nyata, saranan Menteri berkenaan diberikan perhatian mendalam apabila lawatan kerja Menteri Besar dan rombongannya itu menjurus kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang dapat menyumbang kepada penyelidikan perubahan cuaca dunia yang semakin tidak menentu.

"Lawatan yang bersifat eksplorasi saintifik itu merupakan susulan daripada lawatan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin ke Antartika pada Oktober 2011 yang mahu melihat lebih banyak universiti tempatan melibatkan diri dalam penyelidikan di benua sejuk itu," kata kenyataan Pejabat Menteri Besar, Rabu (16 Januari 2014) lalu.

Kenyataan itu berkata UMT yang akan mengikuti ekslorasi itu telah meletakkan seorang penyelidik di sebuah stesen di Antartika yang dikendalikan Korea Selatan selama tiga bulan.

Ahmad Said turut memberitahu sidang media pada Rabu lalu, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menyediakan platform kepada saintis dan penyelidik untuk menjalin kerjasama strategik dengan Chile. 

Penglibatan kerajaan Terengganu dalam misi itu menggambarkan sokongan padu terhadap usaha yang dijalankan di peringkat pusat dan global dan lebih penting ia merupakan usaha untuk melahirkan kumpulan penyelidik yang berwibawa dan dihormati.

Menteri Besar dijangka menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara INACH dan YPASM bagi membuka laluan kerjasama dalam bidang penyelidikan di benua itu.

Dengan termeterai memorandum persefahaman itu, diharapkan akan menjadi kenyataan ke arah menubuhkan sebuah stesen kendalian bersama Malaysia-Chile di Antartika.

Ia akan membolehkan lebih ramai pertukaran pelajar dan kakitangan akedemik terlibat dalam penyelidikan di sana," katanya.

Memanglah sesuatu yang di luar jangkawan minda ramai, akan menimbulkan pelbagai pertanyaan. Lebih buruk jika pemimpin pembangkang cuba spin isu ini tetapi menunjukkan 'kurangnya pengetahuan mereka' mengenai isu Antartika ini.

Namun sekiranya apa yang dilakukan itu akan mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada rakyat, selain untuk tujuan akademik dan penyelidikan sains, negeri Terengganu dan Malaysia amnya, ia sepatutnya disokong.

Tidak wajar kita menghentam secara melulu mengenai tujuan sebenar ekspedisi Menteri Besar Terengganu itu yang kadangkala menyebabkan kita pula tertanya-tanya, “apakah sesetengah pemimpin dan rakyat kita tidak boleh menerima sesuatu perubahan atau pembaharuan?”

Tidakkah usaha ke Antartika ini membawa Terengganu ke suatu bentuk transformasi pemikiran dan akademik yang menjangkau pemikiran kita, lebih-lebih Antartika yang sering terlindung daripada pemandangan kita, walaupun kita melihat sebuah 'globe'?

Memanglah perbelanjaan untuk ekspedisi dan penyelidikan mahal tetapi sekiranya ia menyumbang kepada kebaikan akademik, penyelidikan dan negara, ia bukan lagi berbentuk  'pengembaraan menjejak seekor peguin atau beruang Polar' sebaliknya menjadi sumbangan besar Terengganu kepada penyelidikan saintifik yang begitu penting kepada alam dan manusia!