Friday, February 27, 2009

“SINGH IS KING” YANG CELAKA?

Kini selepas 24 jam berlalu, siapa yang CELAKA sebenarnya?

Dan bagaimana dengan mereka yang menyokong Karpal Singh, CELAKA jugakah mereka?
Ternyata sehingga ke saat ini, iaitu selepas 24 jam tempoh yang Pemuda UMNO berikan, Karpal Singh yang menganggap dirinya ‘Singh is King’ memang gagal mengemukakan bukti.

Semalam, Pemuda UMNO memberi tempoh 24 jam kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk mengemukakan bukti bahawa pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru bagi mengugutnya.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu perlu segera mengemukakan bukti terhadap tuduhan liar, gila dan berniat jahat yang dibuatnya jika tidak mahu dianggap sebagai seorang penipu yang ketandusan modal.

''Tuduhan beliau telah menimbulkan kemarahan seluruh 700,000 ahli pergerakan ini dan sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar bersama-sama 30 pemimpin pergerakan itu dari seluruh negara di lobi Parlimen hari ini.

Karpal ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semalam, mendakwa sepucuk surat beserta dua butir peluru telah diposkan oleh pergerakan itu ke alamat rumahnya di Jalan Utama, Pulau Pinang pada 19 Februari lalu.

Dalam ucapan itu, beliau juga mengungkapkan 'Pemuda UMNO celaka' bagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pergerakan tersebut membuat laporan polis dan menganjurkan demonstrasi sebagai membantah hasratnya untuk menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Pemuda UMNO mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan Karpal itu kerana ia celupar, kesat dan tidak mematuhi etika Parlimen dan mencabarnya untuk mengulangi apa yang telah disebutnya di luar Dewan.

Hari ini, Pemuda UMNO bertanya masyarakat Malaysia sleuruhnya: “Pernah kita maki dia Singh celaka. Bayangkan bagaimana orang Singh rasa Singh celaka.” Itulah kata-kata anggota Exco Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Beliau melahirkan rasa terguris hati dan marah anggota
Reezal Merican berkata Karpal tidak sepatutnya berselindung di sebalik undang-undang atau kekebalan sebagai wakil rakyat untuk menuduh dan menghina Pemuda Umno.


Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula berkata Pemuda Umno merasa kecewa dengan tindakan Karpal kerana sebagai seorang yang sudah lanjut usia, beliau sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada golongan muda.

“Tetapi sejak kebelakangan ini Karpal menunjukkan contoh yang kurang baik dan menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia,” katanya.

ANWAR : PEMUDA UMNO BIADAP, GANAS

Apa yang boleh diharapkan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dia akan tetap membela kawannya itu walaupun pergerakan yang pernah dipimpinnya disebut ‘CELAKA’.

Menurut Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, beliau kesal dan mengecam keras tindakan yang dilakukan oleh Pemuda Umno itu.

"Kami mengutuk keras tindakan biadap dan ganas seperti ini dan jika ia dibenarkan akan membahayakan keselamatan ahli Parlimen.

"Kita mahu tindakan segera dan jaminan daripada pihak polis dan kerajaan supaya kemuliaan dewan dan kebebasan ahli-ahli Parlimen terjamin," katanya ketika ditemui.

Dengan kata-kata Anwar itu, Pemuda UMNO kini selain “CELAKA’, juga BIADAP dan GANAS.

Renungkan sejenak.

Kenapa Pemuda UMNO marah.

Apakah Biadap dan Ganas hanya melalui perbuatan? Bagaimana jika ia dilakukan melalui mulut?
Bukankah pepatah Melayu ada mengatakan “Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan BINASA”.

Jelas, Anwar hanya melihat gelagat dan perbuatan sahaja sebagai Biadap dan Ganas tetapi sanggup pejam mata kepada kata-kata yang boleh mengguriskan perasaan dan mencabar kemarahan orang Melayu.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, tuduhan yang dilemparkan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu merupakan satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.

Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Anggota Parlimen Jerlun menganggap kenyataan bahawa "Singh is King" menunjukkan bahawa beliau sudah terlalu takbur sehingga menganggap dirinya seorang Raja mengatasi kedaulatan Raja-Raja Melayu yang sudah bertakhta sejak turun-temurun.

"Karpal nyata tidak langsung menghormati mahupun mengendahkan tatasusila mesyuarat dan kesopanan Dewan Rakyat.

"Meskipun akhirnya Karpal menarik balik kenyataan yang telah dibuat, saya menggesa beliau digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat untuk suatu tempoh yang dianggap wajar sebagai sempadan yang mesti diawasi oleh ahliahli Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat," katanya.

Khairy menegaskan: " Pemuda Umno hari ini mendesak kerajaan untuk bertindak cepat, manusia macam Karpal ini memang angkuh, memang ingat dia selalu betul dan dia tahu segalagalanya.

"Saya takut kalau kerajaan tidak ambil tindakan mengikut undang-undang kita tak dapat bendung kemarahan rakyat, kemarahan sebilangan besar daripada rakyat masyarakat Melayu terutamanya, dan seluruh ahli pergerakan Pemuda Umno Malaysia," tegasnya.

"Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang Ahli Parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran. Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda Umno, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam.

"Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan," katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Semalam, ketika membahaskan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan Yang diPertuan Agong, wakil rakyat Bukit Gelugor itu mendakwa Pemuda Umno yang mengirimkan dua butir peluru yang ditemui dalam satu sampul surat di kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Kami mahu mengingatkan Karpal bahawa bukan Pemuda Umno yang mainmain. Sebenarnya Karpal yang mainmain dengan sentimen rakyat dan bermain dengan api.

Sekiranya beliau tidak bertaubat dan berhenti, kemarahan yang masih membara ini akan menjadi lebih dahsyat,"ujar Khairy.

Kenyataan Khairy itu pada sebelah pagi tetapi pada kira-kira jam 3 petang, dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno Selangor 'menunjukkan fizikal kekuatan' dengan bergelut di bangunan Parlimen petang ini berhubung isu Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh mengeluarkan perkataan '’CELAKA” semalam.

Menurut mStar hari ini, insiden kira-kira pukul 3 petang tadi bermula apabila 13 ahli dari Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pintu masuk utama ke bangunan Parlimen.

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.

Karpal bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan meminta bantuan daripada pihak keselamatan berhampiran kawasan tersebut menolongnya.

Suasana kelam-kabut di kawasan Parlimen itu bertambah kecoh apabila Ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.
Namun salah seorang daripada Ketua Pemuda terbabit, Zulkarnain menarik baju ahli Parlimen Segambut itu.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara Parlimen.

Namun, keadaan panas semula apabila ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo keluar dari bangunan Parlimen dan mencabar Pemuda Umno berdepan dengannya.

Semalam, Karpal menarik balik perkataan "celaka" yang ditujukan kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

ISU TOL –NAJIB JUGA...?

Ada pelik sikit.

Sekarang Kabinet pun dah boleh main gear gostan. Macam filem P Ramlee jadinya.
Bukan apa, semalam Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini.

Ini kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Abdullah berkata walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang.

“Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata satu pendekatan baru akan dicari untuk menangani isu itu, termasuk peruntukan dalam pakej ransangan kedua yang akan dibentangkan di Parlimen 10 Mac.

Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed. semalam mengumumkan kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.

Apakah Ir. Mohd Zin membuat pengumuman berasaskan keputusan mesyuarat Kabinet beberapa minggu lepas dan tidak update dengan perkembangan semasa?

Kenyataan Perdana Menteri menggambarkan Menterinya membuat keputusan untuk mengumumkan kadar baru tol ini berasaskan keputusan Kabinet yang ‘sudah tidak boleh dipakai lagi’.

Silap? Kelemahan? Tak tahulah! Hanya Menteri yang tahu.

Dalam kenyataannya, Ir. Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.

"Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh," katanya.

Ir. Mohd Zin berkata, sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Menurut Ir. Mohd Zin lagi, kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan altenatif di kawasan berkenaan.

Kewujudan lebuhraya berkenaan juga, katanya, telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar.

Walau apa juga dikatakan oleh Ir. Mohd Zin, permintaan Perdana Menteri itu mempunyai makna tersendiri.

Pertama, apakah Menteri Kerjaraya tidak check dengan Abdullah sebelum mengumumkan kadar tol baru itu.

Kedua, apakah Abdullah tidak tahu mengenai tarikh pengumuman sehingga biarkan Menterinya membuat pengumuman dan kemudian minta Menteri timbang semula.

Ketiga, apakah ada permainan politik antara Perdana Menteri dan Menterinya untuk menunjukkan kedua-duanya prihatin kepada rakyat;

Keempat, apa jadi dengan Kabinet sekarang? Boleh main umum dan kemudian timbang semula?; dan

Kelima, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mendengar kajian semula itu akan berdepan dengan pelbagai desakan.

Kalau tidak dapat penuhi permintaan untuk turunkan tol, beliau akan jadi ‘belasahan’ tidak tentu pasal.

Apakah ada ‘udang di sebalik maggie’ dalam isu tol ini?

Menurut Abdullah, kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan. Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar,” katanya.

Tak payah ambil pembangkanglah, kerana penyokong kerajaan juga bantah kenaikan tol pada ketika ini.

Di Dewan Rakyat semalam, Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) menyifatkan kenaikan kadar tol pada masa kini tidak wajar.

"Baru-baru ini sudah diberitahu bahawa kerajaan akan beri keutamaan kepada rakyat dalam apa saja keputusan bila ada syarikat konsesi meminta kenaikan tol, tapi saya terkejut bila dapat maklumat harga tol akan dinaikkan bermula Ahad ini," katanya, lapor Bernama.

Puad berkata kerajaan seharusnya menangguhkan dahulu kenaikan kadar tol ini sehingga mini bajet dibentangkan pada 10 Mac ini.

Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) tidak menafikan merasai bebanan kenaikan tol biarpun memahami akan perjanjian yang dibuat kerajaan bersama syarikat konsesi lebuhraya.

"Dulu semasa jadi menteri tak pernah bayar tol, saya tak tahu berapa, tak pernah merasa. Tapi sekarang, saya tingggal di Shah Alam dan sering datang ke Kuala Lumpur dan melalui beberapa tol, saya sangat merasai beban tol itu. Kalau saya merasai, orang lain pun tentu merasai," katanya.

Azmi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, berkata beliau faham bahawa terdapat perjanjian kerajaan dengan syarikat konsesi yang mengizinkan kenaikan tol dibuat.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong turut melahirkan rasa terkilan dengan pengumuman kenaikan itu dan meminta kerajaan menelitinya semula.

"Kita masih ada mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini, saya harap perkara ini dikaji semula bagi meringankan beban pengguna jalan," katanya.

Wee turut merayu kepada Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang akan membentangkan mini bajet pada 10 Mac ini agar memikirkan semula kenaikan kadar tol itu.

Wednesday, February 25, 2009

PEMUDA UMNO CELAKA

Mana maruah dan keberanian Pemuda UMNO?

Mana pemimpin yang menghunus keris dan melaungkan “Hidup Melayu”?

Pengerusi DAP, Karpal Singh sudah melaungkan “Pemuda Umno ini celaka” dan apa pemimpin Pemuda UMNO mahu melakukan terhadapnya?

Menggelarkan dirinya Raja, “Singh is King”, Karpal kini berani merendahkan Pemuda UMNO ke darjat paling jijik pernah dibuat oleh seseorang pemimpin pembangkang.

Dua calon Ketua Pemuda UMNO – Khairy Jamaluddin dan Datuk Mukhriz Mahathir adalah dua anggota Dewan Rakyat di mana Karpal mengeluarkan kata-katanya.

Ketua Pemuda UMNO yang akan melepaskan jawatannya – Datuk Seri Hishamuddin Hussein juga Ahli Parlimen.

Sementara calon Naib Ketua – Datuk Razali Ibrahim juga adalah Ahli Parlimen. Setiausaha Kerja Pemuda UMNO juga anggota Dewan Rakyat.

Walaupun Karpal tarik balik itu setelah dipaksa.

Di mana pemimpin Pemuda ini mahu letak muka? Tidak malu?

Saya mahu lihat apa dibuat oleh Pemuda UMNO. Mungkinkah akan ada perhimpunan seperti pada 1988 di Stadium TPCA?

Hari ini di Dewan Rakyat, Pengerusi DAP Karpal Singh terpaksa menarik balik perkataan “celaka” yang ditujukan kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ketika membahaskan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan Yang di-Pertuan Agong hari ini, wakil rakyat Bukit Gelugor itu pada mulanya menyentuh mengenai 100 laporan polis yang dibuat terhadapnya selepas beliau membuat kenyataan mahu menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung krisis politik di Perak.

“Barangkali ini jadi satu rekod dalam dunia,” katanya.

Selain laporan polis terhadapnya itu, Karpal juga menerima ugutan apabila dua butir peluru ditemui dalam satu sampul surat di kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.

“Dua peluru Tuan Speaker. Dalam Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri, jika seseorang memiliki satu peluru dan didapati bersalah hukumannya mandatori maut. Saya mahu tahu di mana celaka Pemuda Umno ini mendapat dua peluru ini.”

Kata-kata Karpal itu menyebabkan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) segera bangun meminta supaya beliau menarik balik kenyataan itu dan menyatakan Karpal tidak boleh menyatakan sedemikian tanpa bukti.

“Pemuda Umno ini celaka. Jangan ganggu saya,” katanya meneruskan perbahasan sebelum keadaan menjadi riuh rendah, mendorong Wan Junaidi menegur Karpal agar tidak menggunakan perkataan itu lagi.

“Bukit Gelugor boleh teruskan ucapan tapi jangan cakap celaka. Ini sepatutnya tidak dipakai YB,” kata Wan Junaidi.

Karpal sekali lagi berkata beliau tidak mahu diganggu dan mengulangi kenyataan yang sama terhadap Pemuda Umno tetapi kemudiannya menarik balik perkataan itu selepas diarah oleh Wan Junaidi.

“Kalau Speaker tak suka saya boleh tarik balik, tak ada masalah. Sudah tarik balik. Saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Singh Is King,” kata Karpal mungkin merujuk kepada judul sebuah filem Hindi.

Tuesday, February 24, 2009

PERSAHABATAN SIBER TERPUTUS JUGA AKHIRNYA

Terima kasih Saudara Mohd Sayuti Omar (MSO) kerana membenarkan saya menempel alamat blog saya melalui LINK di blog saudara - MERAHTINTA (http://msomelayu.blogspot.com/) - selama kira-kira empat bulan.

Banyak faedahnya menumpang di blog saudara tetapi dari awal saya sudah menjangkakan apa akhirnya. Ini kerana sebelum saya ada juga blog lain yang menumpang dan terpaksa menerima nasib seperti saya.

Kelmarin saya melihat link itu (Hambali Latif) sudah tidak kelihatan lagi.

Saya faham, berapa lama saya harus bertenggek. Saya juga faham kenapa saudara terpaksa memansuhkan link berkenaan daripada blog saudara.

Di pihak saya, saya akan mengekalkan alamat MERAH TINTA di blog saya kerana bagi saya sekali bersahabat, akan bersahabat selama-lamanya.

Namun, jelas persahabatan siber antara saya dan Mohd Sayuti Omar ‘putus terpaksa’.

Cuma ada beberapa persoalan yang saya ingin kemukakan di sini yang rasanya tidak ada orang lain selain Mohd Sayuti Omar sendiri yang boleh menjawab.

1. Adakah Mohd Sayuti Omar sebagai ‘sahabat siber’ meletakkan kepentingan parti yang disokongnya – PAS – mengatasi segala-gala, termasuk persahabatan dengan saya apabila membersihkan alamat blog saya?

2. Apakah Mohd Sayuti Omar memang seorang yang suka melupakan kawan? Bukan orang tidak tahu bagaimana akrabnya Mohd Sayuti Omar dengan Datuk Husam Musa pada suatu ketika. Malah, dia banyak membantu Husam, termasuklah projek Kambing Jamnapari yang hebat diperkatakan pada 2007. Kenapakah Mohd Sayuti tinggalkan Husam, atau sebaliknya? Apakah kerana Husam tidak memberikan habuan untuknya?

3. Mohd Sayuti Omar juga sangat rapat dengan Datuk Ibrahim Ali. Dia ‘memperkenalkan’ Ibrahim kepada Husam yang kemudiannyan dikatakan bertanggungjawab memberikan kerusi Parlimen Pasir Mas kepada Ibrahim. Mungkin betul, mungkin silap pendapat saya ini. Persoalannya kenapa kini Mohd Sayuti Omar ‘membelasah Ibrahim secukup-cukupnya’?

Apakah beliau marah kerana tidak mendapat sebarang habuan daripada Ibrahim?
Saya tidak boleh memberikan apa-apa kepada beliau ketika menumpang meletakkan alamat blog selama empat bulan.

Kalau mengharapkan wang ringgit memang saya tidak ada. Yang ada hanyalah ‘persahabatan siber’ dan itupun sudah tidak wujud lagi selepas Mohd Sayuti Omar membersihkan alamat blog saya daripada blognya.

Apapun terima kasih di atas kebaikan saudara selama ini!

Monday, February 23, 2009

PPSMI – DAP DAN PKR BANTAH JUGA?

Sebenarnya isu melindungi atau untuk kepentingan Bahasa Melayu tidak besar.
Ia lebih kepada rangkaian politik tajaan pembangkang dengan puak-puak yang nampak diperalatkan.

Jelas sekali bantahan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) tidak mungkin menjadi ‘isu negara’ kalau ntidak kerana ada pihak yang ‘menyalakan api bantahan’.

Pengakuan bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin bahawa ada tindakan saman dilakukan oleh anaknya terhadap Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pendidikan kerana telah melanggar Perlembagaan negara yang memelihara Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, mula ‘menyelakkan rahsia’ matlamat sebenar.

Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar Jamaluddin, 10 dinyatakan oleh bapanya pernah menyaman kerajaan pada tahun 2006 beserta beberapa pelajar sekolah yang lain kerana melaksanakan dasar yang menyebabkan sebilangan besar pelajar khususnya kaum Melayu tercicir dalam mencapai kejayaan di kedua-dua mata pelajaran itu.

Saman ini pun dilakukan hanya selepas tiga tahun PPSMI dilaksanakan. Ini bermakna anak Mohammad Nizar belum menduduki peperiksaan dan belum pasti keberkesanan yang sebenar.
Perkara mengenai saman oleh anaknya dinyatakan Nizar dalam ceramahnya di Felcra Kg Serigala, dekat Slim River malam semalam.

"Kita dalam Pakatan Rakyat sudah lama membantah PPSMI dan memperjuangkan bahasa rasmi yang juga ingin dilenyapkan oleh Umno seperti mana yang berlaku ke atas tulisan jawi.
"Anak saya dan beberapa yang lain telah bertindak menyaman kerajaan kerana mencabuli perlembagaan negara yang melindungi bahasa ibunda," katanya yang turut dibantu dan diwakili oleh tujuh peguam antaranya Hanipa Maidin dan Amiruddin.

Menurut laporan laman web rasmi sebuah parti pembangkang, Lajnah Pendidikan PAS Pusat akan turut menganjurkan 'Himpunan dan Ikrar : Mansuhkan PPSMI' hari ini, 23 Februari 2009 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor jam 9.00 malam.

Program ini akan dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat antaranya, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi GMP, Dato' Hassan Ahmad, Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid; Penggiat Teater, Che Shamsudin Othman (Dinsman), Ahmad Lutfi Othman dan Wakil-Wakil NGO.
PPSMI dianggap pembangkang membawa kesan yang negatif ke atas pencapaian keputusan peperiksaan pelajar-pelajar Melayu khususnya di luar bandar.

Persoalannya, benarkah Pakatan Rakyat menentang PPSMI?

Mana wakil DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang lain? Apakah mereka turut menentang kerajaan kerana mahu ‘mengagungkan Bahasa Melayu”?

Kenapa nampak majlis ini diwakili Melayu sahaja?

Apakah isu PPSMI ini hanya membabitkan kepentingan pelajar Melayu sahaja?

Ada beberapa perkara di sini yang saya rasa Kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran perlu berterus terang melalui kajian menyeluruh dan tidak membiarkan bantahan menjadi ‘politik’.

1. Apakah kelemahan diakibatkan oleh kegagalan guru-guru yang mengajar dua subjek dalam Bahasa Inggeris;

2. Apakah persediaan Kementerian Pelajaran melatih guru-guru bagi mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris?

3. Apa persediaan ibu bapa untuk menerima pengajaran PPSMI?

4. Benarkah ‘bala’ PPSMI hanya jatuh kepada pelajar Melayu?; dan

5. Benarkah benar keputusan PPSMI semakin meningkat dan menyeluruh untuk bandar dan luar bandar?

Hakikatnya, saya tidak nampak begini:

1. Masalah hanya bagi sekolah di luar bandar;

2. Masalah hanya bagi sekolah yang tidak mempunyai guru berkelayakan; dan

3. Masalah hanya bagi ibu bapa yang tidak menyokong usaha ‘menerapkan’ satu lagi bahasa tambahan untuk anak-anak.

Jawapan kepada semua ini saya tidak pasti.

Hanya satu yang pasti, anak saya yang mengambil mata pelajaran sains dan matematik pada peperiksaan UPSR 2008 mendapat A bagi kedua-dua mata pelajaran berkenaan dengan pengantar bahasa Inggeris dan Cina.

Kenapa sekolah Cina tidak bising?

Kerana itu apabila memikirkan wujud bantahan dan kebanyakannya di kalangan orang Melayu, sementara Gapena pula membuat laporan polis, tertanya saya kepada diri sendiri, kenapa orang Melayu menolak dan tidak bersedia?

Dan malang sekali, kemarahan diluahkan melalui saluran pembangkang, bukan seperti bantahan-bantahan mengenai bahasa yang dilakukan pada 1960an dan 1970an melalui badan-badan yang memperjuangkan bahasa.

Kerajaan dan Kementerian Pelajaran jangan menyalahkan pembangkang kerana terbabit dalam isu ini kerana mereka akan menggunakan apa juga saluran untuk mendapatkan kuasa.

Yang penting, umumkan kedudukan sebenar dan buatlah kajian menyeluruh agar pihak yang menentang dapat diredakan.

Soal pembangkang untuk ‘tumpang sekaki’ tidak boleh apa-apa. Itu kerja dia.
Yang penting apa juga kebaikan untuk anak-anak dan generasi kita perlu diteruskan. Atau jika benar merugikan, hentikan!

Sunday, February 22, 2009

APABILA PKR KENA SERANG

(Sembang Ahad)

Majlis makan malam ulang tahun pertama kemenangan Pakatan Rakyat, yang sepatutnya diadakan dalam suasana kemesraan dan ceria bertukar menjadi medan melepaskan geram dan kemarahan.

Pemimpin utama mereka ‘naik angin’ dan padang berdepan dengan bangunan Amcorp Mall, Petaling Jaya, malam semalam menjadi medan ceramah ‘mempertahankan diri’ dan ‘silat-menyilat’.

Seronok melihat air muka pemimpin PKR yang selama ini hidung tinggi dan melihat orang lain sahaja yang salah.

Suasan ini menunjukkan kini Pakatan Rakyat khususnya PKR mulai merasan bahan ‘serangan’ dan terpaksa mempertahankan diri.


Jika sebelum ini PKR juara membuat serangan terhadap UMNO dan BN, ia kini bagaikan sudah terhimpit ke dinding.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar, beliau bersama dengan pemimpin Pakatan Rakyat tidak akan menyerah kalah dengan serangan dan gangguan daripada kerajaan BN.

"Kamu boleh mengganggu kami, tetapi tidak sesekali untuk kami mengaku kalah," katanya disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.

Jelas apabila mula terkena batang hidung sendiri, pemimpin Pakatan Rakyat yang ‘disanjung’, Anwar jadi ‘hilang akal’ dan marah-marah.

Kerana tidak ada modal mempertahankan diri Anwar membuat kenyataanb: “Mereka merompak wang anda. Mereka rampas tanah anda. Mereka mencuri kontrak-kontrak. Tetapi apabila kita beri lembu kepada orang miskin, mereka mahu mendakwa kita.”

Itulah kata-kata dengan nada marah pada majlis makan malam berkenaan. Kenapa jadi marah?

Mana senyum Anwar yang sering berucap buat kelakar sambil menyindir dan menjatuhkan air muka dan maruah pemimpin UMNO dan BN?

Kenapa tiba-tiba jadi takut dan begitu defensif?

Siasat pun tidak boleh? Apakah pemimpin PKR ‘malaikat’ yang tidak pernah melakukan walau setitik kesilapan?

Apakah pemimpin UMNO sahaja yang berdosa dan buat perkara jahat dan maksiat?

Anwar marah kerana SPRM segera mengambil tindakan terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa menyalahgunakan kuasanya menggunakan wang kerajaan untuk penyelenggaraan kereta miliknya selain menggunakan wang kerajaan Selangor untuk membeli 46 ekor lembu untuk diserahkan kepada penduduk di Bandar Tun Razak.

Pengerusi SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan semalam mendakwa suruhanjaya itu, mempunyai bukti yang kukuh bahawa menteri besar Selangor menyelewang wang kerajaan negeri.

Mengulas dakwaan tersebut, Khalid menyifatkan BN cemburu dan dengki dengan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang mentadbir dengan baik dengan program merakyatkan ekonomi rakyat.

"Pentadbiran PR lebih baik BN yang sudah memerintah negara selama 51 tahun. Kita bekerja dengan baik daripada meraka (BN). Kita lebih baik daripada mereka," katanya.

Katanya, BN hanya bermimpi untuk menguasai Selangor kerana mimpi mereka itu "hanya satu igauan atau tinggal mimpi sahaja".

"Apa ingat rakyat ini lembu?" kata Anwar - yang memakai baju batik merah - dengan nada marah pada ,majlis makan malam semalam.

Persoalannya, apabila SPRM mahu menyiasat kes ini bermakna ia tidak mahu rakyat jadi lembu dan terima sahaja apa yang diberikan oleh Kerajaan Selangor. Jika ada unsur salahguna kuasa atau rasuah, rakyat perlu dielakkan menerima habuan sedemikian di masa hadapan.

Lantas Anwar mendakwa tiada siasatan lanjutan terhadap penerimaan komisen pembelian kapal selam yang didakwanya membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan siasatan terhadap bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Bukan sekadar itu saja, malah Anwar turut menempelak Umno dan BN yang menjuarai untuk bercakap soal moral.

"Poorah!... Bagi wakil rakyat yang menipu rakyat, ingat hari ini kamu selamat, (suatu hari) nanti rakyat akan tanam dan kuburkan kamu," katanya

Bukan itu sahaja, Anwar, Khalid dan Tian Chua juga menyalahkan BN kerana isu gambar bogel Elizabeth Wong.
Hmm...apabila meneliti kesemua ini, amat jelas, banyak perkara yang perlu dijawab boleh PKR yang selama ini mendakwa merekalah pemimpin bersih, parti bersih dan adil untuk semua.
Tetapi jelas kini, apabila berkuasa mereka jadi pelahap malah mementing penyokong sendiri sahaja.

Malah, dalam banyak perkara, kepentingan siapakah PKR jaga?

Juga siapa sebenarnya yang dapat untung daripada kerajaan PKR Selangor?

Apabila marah dan menuduh BN mahu menjatuhkannya dan kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya PKR , demi kepentingan siapa Anwar cuba pertahankan?

Nota- terima kasih kepada Malaysiakini kerana gambar-gambarnya.

Saturday, February 21, 2009

BERAPA DAN SIAPA DALAM PAS REMBAT DUIT IBRAHIM

(Isu Sabtu)

Rahsia antara PAS Kelantan dan Datuk Ibrahim Ali dijangka meletup tidak lama lagi.
Sebelum pilihan raya umum lalu, banyak pihak bercakap mengenai adanya ‘ permainan duit antara PAS dan Ibrahim’.

Jumlahnya tidak diketahui. Malah siapa yang terima duit Ibrahim juga tidak diketahui.
Tetapi cakap-cakap mengatakan Ibrahim menaja semua tiga calon PAS yang bertanding di dalam Parlimen Pasir Mas.

Parlimen Pasir Mas mempunyai 3DUN membabitkan Pengkalan Pasir, Tendong serta Chetok.
Apabila PAS mula tidak berpuas hati dengan kelantangan anggota Parlimen Pasir Mas Ibrahim yang sering mengkritik parti itu meminta, beliau secara rasmi semalam dimainta meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi.

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum 2008, anggota Parlimen Bebas itu tidak sepatutnya sering menghentam PAS seolah-olah beliau sahaja yang betul.

“Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Persoalannya bukan sekadar meletak jawatan. Ia tidak habis di sini sahaja.

Ia akan berlegar lebih jauh.

Ibrahim dikatakan dipersetujui bertanding di Parlimen Pasir Mas untuk beliau tidak kacau tiga kerusi DUN.

Hakikatnya, sebelum pilihan raya umum Mac tahun lalu, PAS sangat bimbang ia akan tumbang.
Kerana itu, untuk menjamin tiga kerusi itu dapat kepadanya, PAS tidak kisah Ibrahim bertanding.

Lagipun ketika itu Ibrahim ‘marah sangat’ dengan UMNO dan kehadiran Ibrahim di pihak pembangkang dialu-alukan sebagai kemenangan moral.

Ibrahim tidak datang bersendirian. Dia membawa bayang kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong beliau dan PAS supaya menang di Kelantan.

Selain itu Ibrahim dikatakan turut membawa sekendung wang untuk membantu PAS menang di tiga-tiga DUN yang dipertandingkan.

Tidakkah ini namanya ‘rasuah politik’ ?

Ini kerana Ibrahim dibenarkan bertanding dengan dua sebab – membawa sekendung wang dan menang kerusi Parlimen atas tiket bebas dengan PAS berharap Ibrahim akan masuk PAS.

Namun Ibrahim jelas tidak akan masuk PAS selagi ada orang seperti Datuk Husam Musa kerana dia tahu apa ‘mainan’ Husam dalam PAS. Ibrahim hanya ‘tunduk’ kepada Nik Aziz – orang lain dia tidak peduli!

Saya Nampak di sini PAS akan berdepan dengan masalah.

Bagaimana PAS mahu mengatakan ia parti bersih dan tidak terpalit dengan permainan politik wang kalau kedua-dua pihak mula melondehkan rahsia masing-masing.

Saya fikir Ibrahim ada kelebihan kerana saya dapat tahu ada ‘orang besar dalam PAS’ yang ambil duit Ibrahim dan tiga calon DUN PAS boleh dikatakan tidak terbabit langsung.

Menurut ramalan Ibrahim membelanjakanb RM3 juta untuk mendapatkan kerusi Parlimen berkenaan.

Namun saya tidak yakin sejumlah. Apapun, walaupun RM1 jika ia boleh menjadi rasuah politik, ia tetap berdosa dan akan memalukan PAS.

Selain itu, apakah Ibrahim bersedia untuk meletakkan jawatan dan mengadakan pilihan raya Parlimen baru di Pasir Mas.

Kali ini kalau ada pilihan raya saya fikir eloklah letak Abang Pi (Hanafi Mamat) bertanding untuk kerusi Parlimen kerana beliau telah membuktikan peranannya yang berkesan sebagai wakil rakyat BN di Pangkalan Pasir sebelum kalah pada kerusi DUN Mac 2008.

Semua janji dan manifesto yang dijanjikan ketika pilihan raya kecil Pengakalan Pasir sudah ditunaikan dan ini membuktikan BN serius.

Mungkin rakyat Pasir Mas pilih PAS dan Ibrahim sebagai Ahli Parlimen (Bebas) kerana tidak tahu permainan ‘politik wang’ dan kalau ada pilihan raya kecil lagi, pilihlah calon yang mewakili parti yang bertanding secara bersih bukan seperti PAS yang terpalit dengan mainan politik wang.

TERUSKAN DENGAN AGENDA MELAYU, DATUK

Macam mana orang PAS tak marah. Dahlah bertanding atas tiket PAS, pemimpin pembangkang kena belasah.

Bak kata amirhamzah54 (batu pahat), nasib baik ada Berahim.

Inilah wajah sebenar Datuk Ibrahim Ali, kalau tak betul dia kata tak betul. Tentu rakan saya, Mohd Sayuti Omar (MSO) marah dengan saya kerana puji Ibrahim. MSO marah betul dengan Ibrahim.

Tidak diketahui puncanya, dulu bercium molot, seperti juga hubungannya dengan Datuk Husam Musa, kini sudah ‘tawar’.

Tidak apalah, dalam politik memang sukar untuk 100 peratus orang puji kita.

Teruskanlah dengan agenda Melayu, Datuk.

Baca posting berikut yang saya petik dari http://lawi-ayam.blogspot.com untuk ketahui kepada pembangkang, khususn ya PAS marah sangat.

BELASAH JANGAN TAK BELASAH

“Inilah Wira” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang menjaga hal Parlimen kepada Datuk Ibrahim Ali semalam.
Apa yang wiranya? Dah jemu dan muak dengan sikap pemimpin pembangkang, khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam yang cakap tak serupa bikin, sentiasa menangguk di air keruh dan anggap diri mereka sahaja betul dan bersih, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu 'meledak' di Dewan Rakyat, petang Khamis.

Suatu ketika Ahli Parlimen Pasir Mas itu sudah membuka songkok dan menghempasnya ke atas seolah-olah geram kerana terus diganggu pembangkang ketika berbahas. Menurut Agendadaily. ledakan perasaan beliau bukan sahaja meletuskan perang mulut dengan ahli parlimen pembangkang tetapi sebahagian besar daripada mereka termasuk Ketua Pembangkang angkat kaki kerana ada antara mereka panas telinga dan merah muka.

Masakan mereka tidak angkat punggung kerana Ibrahim ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang diPertuan Agong menyindir dan membalun kaw-kaw anggota Parlimen yang bersikap hipokrit serta sanggup mempolitikkan masa depan anak bangsa untuk kepentingan sendiri. Pemimpin ini katanya tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya mereka perjuangkan ketika berkuasa sebaliknya menghentam kerajaan apabila berada di luar kerajaan.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan pemimpin demikian adalah munafik kerana hanya bersetuju perkara yang menguntungkan mereka sahaja. "Kenapa kita nak rosakkan semua orang dan kata kita saja yang betul, kita sahaja yang bersih sedangkan kita adalah pembohong besar," tegas beliau ketika Dewan masih sepi tanpa seorangpun ahli parlimen bangun mencelah atau minta laluan bercakap.

Kekecohan mula tercetus apabila Ibrahim menggunakan perkataan 'bangsa asing' yang dikatakan tidak tahu menggunakan perkataan sesuai terhadap Raja-Raja Melayu. Ahli Parlimen PKR Padang Serai N.Gobalakrishnan kemudian meminta beliau menarik balik perkataan bangsa asing itu kerana menyifatkan ia merujuk kepada bangsa yang ada di dalam negara ini selain ia kurang sopan. Ibrahim bagaimanapun enggan menarik balik perkataan itu kerana ia merujuk kepada bangsa asing di luar negara menyebabkan Gobalakrishnan pula menuduh Ibrahim, munafik.

Keadaan itu mencetuskan pertikaman lidah antara mereka berdua dengan Ibrahim antara lain kedengaran mengeluarkan perkataan 'bangsat' dan 'jangan kurang ajar'. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menenangkan keadaan tetapi tidak diendahkan oleh kedua-dua anggota Parlimen tersebut.

Keadaan bertambah panas apabila kedua-dua mereka saling mempertahankan diri dan akhirnya kerana tidak tahan lagi, Gobalakrishnan keluar Dewan sambil menuturkan kata-kata yang tidak jelas didengar..
Menyedari beliau mengeluarkan kata-kata kasar, Ibrahim kemudian meminta maaf kepada Dr Wan Junaidi dan menarik balik semua perkataan yang tidak sesuai disebut.

Katanya, Gobalakrishnan sengaja membuat provokasi terhadapnya tanpa mengikut peraturan, tidak menghormati Tuan Yang Dipertua...menuduh, menuding dan mengeluarkan katakata kesat sambil keluar dari Dewan. Belumpun reda, Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad pula masuk campur dan cuba bertikam lidah dengan Ibrahim malah satu ketika Ahli Parlimen Pasir Mas itu sudah membuka songkok dan menghempasnya ke atas seolah-olah geram kerana terus diganggu pembangkang ketika berbahas.

Khalid cuba mempertikaikan sikap Ibrahim seolah-olah hanya beliau pemimpin yang memperjuangkan hak dan institusi Raja-Raja Melayu dan terus keluar Dewan.
Isu yang dibangkitkan Ibrahim itu bagaimanapun mendapat sokongan Ahli Parlimen kerajaan termasuk Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Mohamed Aziz dari Sri Gading. Malah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut bangga dengan ketegasan Ibrahim mempertahankan hak Raja-Raja Melayu di negara ini. Mohamed Aziz berkata, Pasir Mas bercakap soal kedaulatan Raja-Raja Melayu dan semua pihak patut mendengar.

"Kenapa Padang Serai (Gobalakrshnan) nak marah. Apakah berdosa orang Melayu nak bela Raja-Raja?..Syabas Pasir Mas," katanya. Ketika ini sebahagian besar ahli parlimen pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar Dewan. Ahli Parlimen Pasir Mas itu kemudian meneruskan perbahasan tanpa gangguan.

Terdahulu, sebelum kekecohan itu Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan hasrat Pengerusi DAP Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak perlu.
Beliau juga menyelar Anwar kerana menuduh BN mengugut dan menculik wakil rakyat PKR di Perak yang sudah lompat jadi wakil rakyat Bebas.

"Mereka tak ingatkah mereka kejar Ahli Parlimen BN sampai ke Taiwan kerana mahu 30 orang lompat ikut mereka," kata Ibrahim.
Menurut Ibrahim, kerana beliau wakil rakyat Bebas, pembangkang tidak kejarnya. "Tapi kalau mereka dapat 29 orang, mereka kena kejar saya. Tapi bagi saya, ini boleh kalau dia (Anwar) jadi timbalan dan saya Perdana Menteri," katanya berseloroh.

(Posted by lawiayam at 12:32 PM)

Friday, February 20, 2009

TIAN CHUA - KENAPA MARAH?

Apa hal dengan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua mahu marah-marah bila ditanya soalan apakah dia juga boyfriend Elizabeth Wong Keat Ping?

Agendadaily semalam bertanyakan Ahli Parlimen Batu itu ‘betulkah YB bekas teman lelaki Elizabeth?’

Jawapan spontan Tian Chua ialah “... if you ask me again, I smash your head “

Yang nyata isu penyebaran gambar bogel Elizabeth iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, semakin hangat apabila beberapa blog mula menyiarkan pelbagai berita mengenai kehidupan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Menurut Agendadaily, ini termasuklah dakwaan yang menyebut Elizabeth memang suka bertukar-tukar teman lelaki.

Tidak terlepas, ada blog mendakwa Ketua Penerangan PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua adalah bekas teman lelaki Elizabeth.

Bagi Elizabeth pula, kehidupan peribadinya bukan untuk tatapan awam kerana beliau tidak melanggar sebarang undang-undang atau menyusahkan sesiapa.

Beliau juga meminta pihak media serta penyokongnya supaya membiarkan beliau mendapatkan ketenangan jiwa dan memberinya sedikit ruang.

"Saya meminta pihak media supaya jangan mengganggu saya, ahli keluarga saya dan rakan-rakan saya. Janganlah terus menerus memalukan saya dan keluarga saya agar kami juga berpeluang hidup seperti rakyat biasa yang lain," katanya.

Bagi mendapatkan penjelasan beliau, Agendadaily telah menemui Tian Chua di lobi Parlimen hari Khamis. Apa yang mengejutkan apabila soalan tersebut diajukan kepadanya, Tian Chua yang biasanya 'mesra media' terus mengancam "If you ask me again, I smash your head".

Lebih lanjut lagi, beliau turut mengugut akan menyaman Agendadaily sekiranya menyiarkan laporan yang menyebut beliau bekas teman lelaki Elizabeth. Serentak dengan itu beliau meminta wartawan Agendadaily beredar daripada sisinya.

Kalau bukan kenapa sedemikian sikap Tian Chua?

Tian Chua yang dikenali mesra dengan wartawan dan mudah berbicara kenapa berubah sikap?
Persoalan lain ialah benarkah Tian Chua bermain ‘asmara’ dengan Elizabeth ketika di Taiwan?

Jawab jangan tak jawab.

Ada pendapat mengatakan Tian Chua mulai malu untuk mengakui dia intim dengan Elizabeth kerana ‘bekas teman wanitanya’ itu rupanya mempunyai ramai teman lelaki lain’.

Ini termasuk bekas teman lelaki wakil rakyat itu yang dikenali sebagai ‘Hilmi’ yang turut mengaitkan Elizabeth dalam laman blognya merakamkan penghargaannya kepada lelaki berusia 32 tahun itu.

Kini polis tidak menolak kemungkinan bekas teman lelaki adalah suspek utama yang disyaki merakamkan gambar ahli politik wanita itu dalam keadaan bogel.

Teman lelaki Elizabeth itu yang kini dicari bagi memberi keterangannya kepada polis adalah individu yang dipercayai bertanggungjawab mengambil gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu.

Menurut sumber, ini kerana wakil rakyat tersebut mengenali individu yang rapat dengannya termasuk berada di rumah ketika beliau sedang tidur.

Pada ketika yang sama, Elizabeth yang juga Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam berlepas ke luar negara bagi mencari ketenangan jiwa berikutan kontroversi berhubung pengedaran gambar separuh bogelnya.

Dalam kenyataan satu halaman yang diedarkan sebelum berlepas ke destinasi tidak disebut itu, Elizabeth juga menegaskan beliau bertekad mahu melepaskan jawatan Exco Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan.

"Saya sudah maklumkan kepada pemimpin parti yang saya bertekad untuk melepaskan semua jawatan saya, sebagai Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan. Saya berterima kasih atas keprihatinan dan sokongan barisan kepemimpinan parti.

"Saya berharap mereka memahami kesukaran yang saya hadapi. Saya tidak pernah terasa keseorangan, serba salah dan terhina. Saya perlu berehat dan mencari ketenangan jiwa, jauh daripada peristiwa mencabar yang berlaku terhadap saya," katanya.

Sambil menyifatkan kejadian yang menimpa dirinya itu sebagai episod paling hitam dalam hidupnya, Wong, 37, berkata di sebalik tawarannya untuk meletak jawatan, pihak media dan pengendali laman web terus mengganggu kehidupan peribadinya.

Malah, katanya, beliau dimaklumkan oleh beberapa media yang mereka akan terus menyiarkan lebih banyak gambar grafik lucah dan berita sensasi mengenai kehidupan peribadinya.

Menurutnya, beliau juga diberitahu akan ada serangan terbaru dengan lebih banyak foto dan video akan disiar serta diedarkan bagi memalu dan menjatuhkannya.

Wong bagaimanapun menegaskan, komitmennya terhadap perjuangan PKR tidak pernah luntur dan akan terus kekal sebagai ahli parti bagi meneruskan perjuangan bersama parti ke arah sebuah masyarakat yang adil.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ketika mengulas mengenai laporan blog-blog berkenaan, berkata, jika benar Elizabeth mempunyai kehidupan sosial yang begitu, beliau mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima perletakan jawatan ADUN Bukit Lanjan berkenaan.

KAMALIA NAIB KETUA WANITA UMNO

Tahniah Datuk Kamalia Ibrahim.

Ketentuan Allah mengatasi segala-galanya. Menang percuma, percumalah. Menang juga!
Kamilia menang apabila Shahrizat sah tidak tanding Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO.
Sah sudah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hanya akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

Perkembangan terbaru menunjukkan Shahrizat menolak untuk bertanding jawatan Naib Ketua dan ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti Mac ini.

Ini bererti, perebutan jawatan nombor satu dalam pergerakan itu akan menyaksikan pertarungan sengit antara Shahrizat dan Tan Sri Rafidah Aziz yang menyandang jawatan tersebut.

Menurut Utusan Malaysia hari ini, Jurucakap Pejabat Setiausaha Agung UMNO mengesahkan keputusan Shahrizat untuk bertanding jawatan nombor satu pergerakan itu.

Katanya, borang pengesahan penerimaan dan penolakan jawatan yang dikembalikan oleh Shahrizat baru-baru ini menunjukkan beliau menolak untuk bertanding jawatan Naib Ketua dan ahli MT .

“Perkara ini dapat disahkan daripada jawapan beliau melalui borang pengesahan penerimaan dan penolakan pencalonan jawatan bagi tempoh tiga tahun (2008–2011) yang dipulangkan baru-baru ini,” katanya.

MEROYAN ATAU KOMIDI?

Dah macam-macam gila di Perak sekarang. Gila dimaksudkan ialah gila bertindak, gila kuasa dan gila meroyan mahu berkuasa kembali.

Ia berkaitan kes penggantungan Menteri Besar dan nggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN Perak daripada menghadiri persidangan.

Pensyarah undang-undang Profesor Dr Aziz Bari menyatakan bahawa Speaker DUN Perak, V Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat keputusan tersebut.

Ini bermakna sungguhpun Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak berpuas hati dengan penggantungan dan melarang beliau dan enam Exco daripada menghadiri sesi DUN, namun tindakan itu dibuat mengikut peruntukan kuasa yang ada.

Selain Dr Zambry yang digantung 18 bulan, ahli Exco turut digantung selama 12 bulan. Mereka ialah Hamidah Osman (Sungai Rapat), Datuk Ramly Zahari (Manong), Dr Mah Hang Soon (Chenderiang), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) and Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik)

"Speaker ialah ketua Dewan...pada asasnya. Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel,"," katanya " katanya dalam sebuah laman web.

Abdul Aziz berpendapat di peringkat persekutuan, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini pernah beberapa kali membuat keputusan yang dianggap 'tidak munasabah, menolak usul, menggantung Ahli Parlimen dan sebagainya'.

"Kali ini giliran BN pula merasa," katanya.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sivakumar silap apabila mengumumkan keputusan jawatankuasa itu menggantung Menteri Besar dan enam exco kerajaan negeri.

Beliau berkata Sivakumar sepatutnya merahsiakan perkara itu sehingga DUN bersidang.
Beliau juga berkata jumlah keahlian jawatankuasa itu adalah tidak tepat.

"Ia lima berbanding satu selepas 8 Mac. Tetapi pada 2009, ia berbeza. Sekurang-kurangnya ia sepatutnya empat berbanding dua, bagi menggambarkan jumlah wakil daripada parti yang menguasai DUN sekarang," katanya.

Yang menarik Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berkata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu mendapat kelulusan DUN terlebih dahulu sebelum menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN.

Beliau berkata Speaker V. Sivakumar sepatutnya memanggil persidangan DUN bagi membolehkan keputusan menggantung itu dibahas dan kemudian dibuat undian.

"Mengikut perlembagaan negeri Perak, apabila DUN tidak bersidang, Speaker boleh merujuk sebarang aduan kepada jawatankuasa hak dan kebebasan yang diketuainya.

"Sekiranya beliau mendapati ada kes prima facie, sebarang dapatan dan keputusan mesti dirujuk kepada DUN. Ini pada pandangan saya, bermakna Speaker perlu merujuk perkara ini kepada DUN untuk dibahas dan diluluskan," katanya.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, kes ini adalah seperti ketika beliau digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 2004, setelah dituduh cuba menyeleweng fakta kepada Dewan, apabila berkata Anggota Parlimen mesti mengangkat tangan kanan ketika mengangkat sumpah jawatan.

"Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat kemudiannya membuat keputusan menggantung saya selama enam bulan. Ini dilakukan selepas perkara itu dikemukakan kepada Dewan Rakyat, dibahas dan dibuat keputusan," katanya.

Sementara dalam laporam New Straits Times kelmarin, seorang profesoir undang-undang dan peguam terkenal memberikan pandangan berikut:

“KUALA LUMPUR: Datuk Dr Zambry Abdul Kadir is still the menteri besar of Perak and he and his executive council can carry out their duties as normal as the legality of their suspension from the state assembly is suspect.

Law professor Dr Shad Faruqi Saleem said Perak legislative assembly Speaker V. Sivakumar has no power to suspend the menteri besar and his six executive councillors.

He said the assembly had to sit and approve the suspension of any member.

"The assembly acts on the recommendation of the Privileges Committee," he said when commenting on the 18-month suspension of Zambry (Pangkor).
Shad said he doubted the speaker could suspend the seven for such a long period.

He said based on British parliamentary procedure, the speaker could only suspend members of the house for the day on grounds of misbehaviour and general indiscipline.

Lawyer Datuk Muhammad Shafee Abdullah agreed that the position of Zambry and his exco was not affected by the suspension.

"The legislative assembly will only convene in April and they could continue with their job," he said.

Shafee described the speaker's action as disrespect to the sultan as it was a "back door (way) of disobeying the royal command".

He said it was arguably sub judice because there was a pending court action which was substantially on the same issue.

Shafee said the summons against the menteri besar and the executive councillors was not in accordance with the basic tenets of natural justice and rule of fairness.

He said the summons was vague and it appeared that there was no offence committed as their appointments had the blessing and consent of the sultan.”

Bekas Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Abdullah Abdul Wahab berkata, sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, yang merupakan sebahagian daripada proses dewan, perlu mendapat persetujuan anggota dewan.

"Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang ditubuhkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri hanya boleh membuat syor kepada persidangan dewan, dan adalah hak anggota dewan untuk menerima atau menolak syor yang dibuat itu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, jika anggota dewan menerima syor tersebut, 'barulah hukuman dijatuhkan mengikut peraturan yang ditetapkan' yang disokong oleh anggota dewan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, pula menyifatkan tindakan Sivakumar, melarang Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dan anggota Exconya daripada menghadiri sesi Dewan sebagai satu komidi.

Beliau berkata, perlakuan Speaker itu juga mempersendakan Dewan berkenaan.

"Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu. "Ini benar-benar kelakar dan satu persendaan dalam seluruh episod," kata Nazri pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen semalam.

RAJA MENGELUARKAN MELAYU DARIPADA HINDU!

Saya tertarik dengan ulasan amirhamzah64 terhadap posting saya bertajuk “TAK ACI MACAM NI...HAKIM NI TAK BOLEH” dengan menurunkan bahan sejarah untuk kita sama-sama renungi dan fahami.

Terima kasih amirhamzah64. Saya juga muatkan di sini puisi bertajuk Kingdom of Purplaya oleh Cecil Rajendra.

Oleh amirhamzah64

(February 19, 2009 11:31 PM)

Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong. Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000 tahun dan Perak Woman yang berusia 8,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong.

Gangga Negara (abad ke-2-11) dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysia dengan Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Penyelidik percaya bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025 dan 1026.

Kejatuhan Sultan Mahmud Shah dan Melaka pada 1511 di tangan Portugis telah menyebabkan baginda berkubu di Bentan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan Tengku Alauddin Riayat Shah.

Muzaffar Shah seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Alauddin Riayat Shah menjadi sultan Johor yang pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga". Oleh itu kesultanan Perak hari ini mempunyai jurai keturunan dengan kesultanan Melaka.

Hari ini, negeri yang mempunyai sejarah tertua di Malaysia sedang dilanda gelombang dan badai. Sultan yang mempunyai jurai keturunan daripada kesultanan Melaka itu sedang dihina dan diinjak oleh segelintir orang Melayu dan penduduk yang asalnya bukannya penduduk asal negara ini.

Saya ingin mengingatkan kepada Orang Melayu, Walaupun DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong itu adalah pelindung kepada semua rakyat Malaysia dan Raja-Raja Melayu di negeri-negeri itu adalah pelindung kepada seluruh rakyatnya tetapi bukan Melayu memang tidak akan faham tentang sejarah bangsa kita.

Sebab itu lahirlah sebuah puisi baru-baru ini, bertajuk Kingdom of Purplaya dikarang oleh orang yang bernama Cecil Rajendra dan diterbitkan dalam majalah Aliran, menghina orang Melayu dengan berkata bahawa orang Melayu yang berada di negara yang disebut `Tanah Melayu' itu bukan penduduk asal kawasan ini. Orang Melayu adalah kaum pendatang. Mereka datang merantau dari kawasan-kawasan lain, terutama dari Sumatera, lalu mendakwa inilah `tanah asal' mereka. Maka dikatakan bahawa orang Melayu itu mula menuntut hak sebagai kaum bumiputera Persekutuan Tanah Melayu, lalu akhirnya mereka menggubal perlembagaan yang menetapkan beberapa hak mereka.

Menurut puisi itu, orang Melayu menetapkan, dalam perlembagaan itu bahawa raja di negara ini ialah raja Melayu, agama rasminya ialah agama Islam, bahasa rasminya ialah bahasa Melayu. Selain ini, orang Melayu yang dianggap kaum pendatang ini, menuntut hak-hak istimewa yang lain lagi, misalnya dalam bidang pendidikan, dalam bidang ekonomi, dalam bidang pentadbiran, dan sebagainya (dipetik daripada rencana DATUK DR. HASSAN AHMAD,Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan)

Bagi orang Melayu, Sultan-sultan Melayu adalah pelindung kepada orang Melayu.TITAH Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika merasmikan sidang Parlimen bagi penggal kedua kelmarin supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan wajar mendapat perhatian semua pihak.

Yang di-Pertuan Agong antara lain menekankan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tubuh dan tertinggi di negara ini yang telah dipersetujui oleh semua pihak semasa negara mencapai kemerdekaan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah turut melahirkan rasa kecewa kerana sikap biadab sesetengah pihak terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Walaupun kenyataan itu bersifat peribadi dan tidak mewakili mana-mana sultan negeri lain, namun ia sudah cukup untuk melambangkan betapa tercalarnya peranan sultan Melayu pada pandangan masyarakat.

Sememangnya pihak istana mempunyai sebab untuk berasa kecewa dengan sikap pakatan pembangkang mencabar Sultan Perak sehingga tergamak menyaman baginda tidak bertindak demokratik.

Akhir sekali, sewaktu saya masih bersekolah, cikgu sejarah saya pernah berkata, apakah sumbangan terbesar Raja-Raja Melayu kepada orang Melayu. Katanya' Jikalau Parameswara tidak memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah", Melayu pada hari ini masih lagi berugama Hindu. Sebelumnya Parameswara beragama Hindu.

Ini kerana pada masa itu orang Melayu menganggap Raja itu Bayangan Tuhan, dipercayai memiliki kesaktian, bertujuan memperkuatkan status / kedudukan raja, mitos dan lagenda memperkuatkan kedudukan raja, bertujuan untuk membezakan kedudukan raja dengan golongan yang diperintah, konsep orde kosmos/ menjadi raja terulung dan berkuasa terhadap seluruh alam semesta.Sebab itulah jika seorang Raja itu memeluk Islam maka sudah diwajibkan seluruh rakyat jelata mengikutnya.

Apa pun jua tujuannya, Raja-Raja Melayu telah memberikan jasa terbesar kepada Melayu iaitu dengan memilih ISLAM itu sebagai agama baginda.- (www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com)

Kingdom of Purplaya

By: Cecil Rajendra

The Kingdom of Purplaya
is located somewhere in Asia
slightly north of the Equator.

Its people are of mixed origins:
some Indonesians, some Chinese
some Indians, some Portuguese ...

Most Purplayans were immigrants
from the neighbouring countries;
only a handful are pure indigenes

who live up in the mountains
and are hunters & fruit gatherers
but not land-owners - just tenants.

These natives - true sons of the soil -
have been made marginal
by usurpers who stole their mantle

claiming that they are the original
god-chosen people of Purplaya and all
others, including indigenes, are mere aliens.

To ensure their privileges in perpetuity
this 'purple' bunch of pretenders
(With aid of their colonial masters)

drew up a farcical Constitution
which ensured that King & President
would always be of their persuasion.

They implemented a quota system
to reserve places for their children
in school, college & university;

stuffed ranks of Police & Army
with officers of their nomination
to protect their pockets & property;

and legislated that any question
of their special powers & position
would invite a charge of treason.

These self-anointed 'purple people'
now enjoy licences unlimited
for they are the only ones free

to libel enemies in their papers
burn effigies on street-corners
while other citizens of the country

face torture & imprisonment
if they criticise the government
or organise any kind of rally

Still, this apartheid autocracy
- the world's last bastion
of institutionalised racism -

harbours pretensions extraordinary
and lays claim to be
the only true surviving democracy!

Thursday, February 19, 2009

TAK ACI MACAM NI...HAKIM NI TAK BOLEH

Saya turut terima sms yang mesejnya memerlukan tindakan segera SEMUA BLOGGER yang prihatin terhadap proses keadilan dan keutuhan Institusi Raja-Raja Melayu.

Ia ada kaitan seperti berita menarik daripada http://www.mykmu.net/ ini.

Menurut SMS tersebut, kes petisyen saman bekas MB Perak, Dato Seri Ir. Muhammad Nizar terhadap kerajaan baru Perak akan didengari oleh Hakim Yang Arif Tuan Mohamad Ariff bin Mohd Yusoff.

Secara tidak langsung, petisyen saman ini mempunyai implikasi terhadap keutuhan Institusi Raja dengan mempersoalkan kebijaksanaan keputusan DYMM Sultan Perak.

Hakim Tuan Arif ini dikatakan oleh SMS sebagai pernah menjadi Penasihat Undang-Undang PAS dan merupakan leading council dalam kes petition pilihanraya di Kangar, Perlis di satu masa.

Menurut satu lagi sumber maklumat, Hakim tersebut pernah bertanding di bawah kerusi PAS di Selangor lima tahun lepas. [Terkini 11:00 AM 18/2/09] Maklumat Utusan Malaysia bertarikh Mac 12hb, 2004 menunjukkan beliau bertanding di kerusi DUN Kota Damansara. Beliau (4,827 undi) kalah kepada Dato Mohd Mokhtar Dahlan (12,926 undi).

Barisan peguam PAS yang terlibat dalam petisyen Pilihan Raya N.06 Kubu Gajah dan P.67 Kuala Kangsar pada Jun 2008. Hakim Tuan Arif adalah yang ketiga dari kanan di barisan hadapan.

Ihsan dari blog Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Kelantan
Ini mengkhuatirkan jika benar kerana keadilan boleh dikompromi. Semua blogger dipohon membantu memainkan peranan untuk menyiasat dan mendedahkan sebarang maklumat supaya memastikan proses keadilan dan keutuhan Perlembagaan tidak dicemari.

Sebagaimana yang diketahui semua, Ir. Mohd Nizar telah memfailkan petition saman di Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lepas, Februari 13hb, 2009. Dari laporan berita, saman petition ini telah meletakkan Dato Dr Zambry Kadir sebagai defenden utama.

Penamaan Dr Zambry dilihat oleh penganalisa undang-undang sebagai anih kerana dia tidak terlibat dengan keputusan mengubahkan kerajaan negeri.
Ir. Mohd Nizar telah dihentikan atas kuasa dan keputusan DYMM Sultan Perak dan tentu sekali defenden yang sepatutnya adalah Tuanku Sultan Perak.

Berdasarkan rencana yang telah disiarkan dalam blog ini sini, perkara ini perlu dipandang dengan berat kerana mereka tidak mempunyai asas untuk mempersoalkan keputusan Tuanku Sultan.

Petisyen saman sepatutnya dibuang kerana ia mempertikaikan kuasa prerogatif Raja dalam membuat keputusan dan jika dilayani, boleh membawa impak terhadap integriti Institusi Raja-Raja Melayu.

Tindakan Ir. Mohd Nizar ini hanya merupakan wayang politik Anwar yang mungkin merancang untuk menimbulkan keraguan rakyat terhadap sistem kehakiman dan ini adalah satu kesalahan menghina mahkamah.

Sekiranya bekas Penasihat Undang-Undang PAS telah dijadualkan untuk mendengar petition ini, ia menimbulkan kemungkinan proses keadilan akan dicemari dan keputusan berat sebelah mungkin berlaku. Jika benar Hakim Tuan Ariff mempunyai hubungan dengan PAS, ia sepatutnya mengundurkan diri dari kes ini.

Keadaannya kini seolah-olah apa sekali keputusan mahkamah, Pakatan Rakyat akan mencemarkan proses keadilan dan mahu mempolitikkan keadaan untuk membina saham politik. Perkara ini perlu dilihat dengan serius sekali.

Para blogger boleh membantu untuk mewar-warkan perkara ini dengan membincang dan mendedahkan maklumat-maklumat untuk menghalang sebarang usaha untuk menghalang proses keadilan dijalankan dengan lancar. - http://anotherbrickinwall.blogspot.com

Wednesday, February 18, 2009

KENAPA ELIZABETH TAK TAHAN-TAHAN?

Saya tabik dengan ‘keberanian’ anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong yang menawarkan diri untuk meletak jawatan.

Nak kata “Berani buat, berani tanggung” tak betul sebab tak kanlah Elizabeth nak sebar gambar sendiri.

Atau ada mainan tertentu PKR dan Elizabeth? (sila rujuk “UMNO kena main” dalam www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com)

Wakil rakyat berusia 37 tahun itu mahu mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan berikutan kontroversi penyebaran gambar bogelnya.

Dalam UMNO mungkin tidak akan ada wakil rakyat yang berani meletakkan jawatan kalaupun ada kes seperti ini. Contohnya sebelum ini ada beberapa kes membabitkan wakil rakyat dan walaupun tidak bogel tetapi nampak ‘intim’.

Malah ada wakil rakyat yang turut terpalit dengan isu berkaitan seks tetapi boleh buat muka tebal sahaja.

Cuma apa yang menjadi persoalan dalam konteks Elizabeth ini ialah kenapa dia tidak tertahan-tahan lagi mahu letak jawatan kalau tidak bersalah dan terasa dianianya?

Sebenarnya sebelum ini pun ada cerita menarik mengenai Elizabeth iaitu berkaitan pemergian kumpulan Pakatan Rakyat ke Taiwan bulan September tahun lalu.

Pada 12 September lalu, lima anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Ketua Publisitinya, Tian Chua, berlepas ke Taipei, Taiwan dalam usaha 'menemui' anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dalam rangka lawatan mempelajari kemajuan pertanian di sana.

Ini ekoran keputusan 49 anggota BN untuk ke Taiwan selama seminggu bagi mempelajari kemajuan pertanian di sana yang dijadual berakhir pada 19 September, iaitu tiga hari selepas tarikh 16 September, di mana Anwar telah mengisytiharkan untuk membentuk kerajaan baru Persekutuan.

Anggota lain dalam lawatan itu ialah Elizabeth, anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga Timbalan Ketua Biro Pilihan Raya, anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution yang juga Pengarah Strategik Parti serta anggota Majlis Tertinggi, Low Chee Cheong.

Keesokan harinya (13 September 2008), ahli-ahli Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berkata mereka tidak berjumpa atau terserempak dengan mana-mana pemimpin pakatan pembangkang termasuk Tian Chua di Taiwan.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz. berkata, ahli-ahli BNBBC yang mengikuti rombongan teknologi pertanian di Taiwan sibuk dengan aktiviti harian sehingga tiada masa terluang untuk berjumpa dengan sesiapa.

Beberapa blog memaparkan cerita di sebalik pemergian kumpulan PKR itu, termasuklah kononnya Elizabeth ‘bermain cinta’ di sana. Dengan siapa? Tidak pastilah.

Cuba cari kembali arkib berita mengenai lawatan itu. Siapa yang dimaksudkan ‘bermain cinta dengan Elizabeth’.

Betul atau tidak hanya Elizabeth sahaja yang tahu. Namun yang sah, misi itu gagal menemui wakil rakyat BN.

Cumanya dalam isu Elizabeth yang terbaru ini – mengenai gambar bogelnya - saya pelik sedikit dengan PAS Selangor.

Pertama, hal peribadi Elizabeth itu sekonyong-konyong dikaitkan dengan UMNO dan kedua, PAS tidak berani berterus terang bahawa PAS menolak pemimpin ‘rendah moral’.
Persoalannya, apakah kalau ada pemimpin PAS, PKR atau DAP yang rendah moral ia disebabkan oleh UMNO?

Cubalah rasional sedikit. Apakah kes-kes rendah moral membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat yang bersilih ganti sejak beberapa bulan lalu ada kaitan dengan UMNO?

Hari ini Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh yang memberi sokongan kepada Elizabeth berkata Barisan Nasional dan Umno tidak mampu untuk menerima kekalahan di mana-mana (dalam pilihanraya) dan menggunakan cara ‘kotor’ untuk bekuasa.

"Mereka tidak bersedia menerima kekalahan dan cuba dengan pelbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat," katanya.

Apa hal pulak si Nuridah ini. Sebaik-baiknya daripada mengatakan UMNO sebagai punca, cubalah perjelaskan apa jadi dengan wakil rakyat wanitanya yang dituduh berkhalwat.
Laporan polis sudah dibuat dan apa statusnya sekarang?

Baik wanita mahupun pemimpin atasan PAS di Selangor sama sahaja, sama sahaja.
Jelas ia boleh berkompromi dengan kes-kes rendah moral yang melanda pemimpin sama ada dalam PAS atau Pakatan Rakyat sendiri.

Pada ketika PAS Selangor menekankan perlunya seorang pemimpin memiliki akhlak dan keperibadian yang baik sehingga boleh menjadi contoh dan ikutan kepada rakyat jelata, ia tidak membuat pendirian mengenai ‘perbuatan dank elakuan Elizabeth sendiri’

Dalam satu kenyataan hari ini, PAS Selangor hanya mengutuk penyebaran gambar bogel Elizabeth yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan serta mengalu-alukan siasatan polis terhadapnya.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

PAS Selangor dengan berlapik berkata, sekiranya siasatan mendapati "ada masalah kesalahan moral berlaku di pihak Elizabeth", tindakan yang bersesuaian perlu diambil terhadapnya "demi menjaga integriti dan nama baik Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor".

"PAS Selangor berpendapat bahawa seorang pemimpin perlulah memiliki akhlak dan keperibadian yang baik sehingga boleh menjadi contoh dan ikutan kepada rakyat jelata.

"Oleh yang demikian, PAS Selangor menyeru kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya supaya sentiasa menjaga akhlak dan tingkah laku mereka dengan baik, agar dapat menghindarkan diri dari krisis moral yang boleh mengancam kestabilan Pakatan Rakyat di negeri Selangor," tambah kenyataan tersebut.

Elizabeth iaitu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri semalam menyifatkan penyebaran gambar bogel beliau dalam Internet sebagai satu bentuk pencabulan maruah dan pelanggaran ruang peribadinya.

Wakil rakyat Parti KeAdilan Rakyat (PKR) itu menyifatkan serangan berniat jahat itu bertujuan memalu, mencemarkan nama baik serta pencabulan maruah beliau.

"Penyebaran dan penerbitan foto atau video ini adalah satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya.

"Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya. Saya adalah mangsa dalam insiden ini," kata Elizabeth.
OKlah dalam konteks peribadi. Tetapi Elkizabeth adalah pemimpin rakyat. Dan satu lagi, kalau tidak bersalah, kenapa mahu melepaskan jawatan?

Benar juga kata Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempersoalkan tindakan Elizabeth mahu meletakan jawatan.

Beliau hairan dengan tindakan wakil rakyat itu untuk melepaskan kedua-dua jawatan yang disandangnya sedangkan Wong telah mengatakan beliau tidak bersalah dan dianiaya.

"Kalau tidak bersalah dan dianiaya, kenapa hendak letak jawatan? Biarlah polis siasat dahulu," katanya semalam.

Liow yang juga Menteri Kesihatan mengulas mengenai tindakan Wong yang menawarkan diri meletak jawatan dan juga mengosongkan kerusi DUN Bukit Lanjan selepas gambar bogelnya tersebar di internet menggesa PKR memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu termasuk mengaitkannya dengan agenda politik parti-parti tertentu kerana terdapat pelbagai kemungkinan mengenainya.

Katanya, polis perlu segera menyiasat kes itu dan memberi gambaran sebenar supaya masyarakat umum tidak membuat pelbagai andaian sehingga menjadi keliru.

Dalam kes Elizabeth ini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong, yang berhasrat untuk meletakkan jawatan, supaya bercuti buat sementara waktu.

"Saya beritahu Eli (Elizabeth) yang kita bersedia mempertahankan nama baik dia. Beliau adalah tokoh penting di Selangor dan rekod kerja yang baik sebagai wakil rakyat dan sebagai Exco Kerajaan Negeri," kata Anwar.

Lihat, sudah ada jaminan akan ada orang yang akan pertahankan nama baiknya.