Friday, February 27, 2009

“SINGH IS KING” YANG CELAKA?

Kini selepas 24 jam berlalu, siapa yang CELAKA sebenarnya?

Dan bagaimana dengan mereka yang menyokong Karpal Singh, CELAKA jugakah mereka?
Ternyata sehingga ke saat ini, iaitu selepas 24 jam tempoh yang Pemuda UMNO berikan, Karpal Singh yang menganggap dirinya ‘Singh is King’ memang gagal mengemukakan bukti.

Semalam, Pemuda UMNO memberi tempoh 24 jam kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk mengemukakan bukti bahawa pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru bagi mengugutnya.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu perlu segera mengemukakan bukti terhadap tuduhan liar, gila dan berniat jahat yang dibuatnya jika tidak mahu dianggap sebagai seorang penipu yang ketandusan modal.

''Tuduhan beliau telah menimbulkan kemarahan seluruh 700,000 ahli pergerakan ini dan sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar bersama-sama 30 pemimpin pergerakan itu dari seluruh negara di lobi Parlimen hari ini.

Karpal ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semalam, mendakwa sepucuk surat beserta dua butir peluru telah diposkan oleh pergerakan itu ke alamat rumahnya di Jalan Utama, Pulau Pinang pada 19 Februari lalu.

Dalam ucapan itu, beliau juga mengungkapkan 'Pemuda UMNO celaka' bagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pergerakan tersebut membuat laporan polis dan menganjurkan demonstrasi sebagai membantah hasratnya untuk menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Pemuda UMNO mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan Karpal itu kerana ia celupar, kesat dan tidak mematuhi etika Parlimen dan mencabarnya untuk mengulangi apa yang telah disebutnya di luar Dewan.

Hari ini, Pemuda UMNO bertanya masyarakat Malaysia sleuruhnya: “Pernah kita maki dia Singh celaka. Bayangkan bagaimana orang Singh rasa Singh celaka.” Itulah kata-kata anggota Exco Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Beliau melahirkan rasa terguris hati dan marah anggota
Reezal Merican berkata Karpal tidak sepatutnya berselindung di sebalik undang-undang atau kekebalan sebagai wakil rakyat untuk menuduh dan menghina Pemuda Umno.


Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula berkata Pemuda Umno merasa kecewa dengan tindakan Karpal kerana sebagai seorang yang sudah lanjut usia, beliau sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada golongan muda.

“Tetapi sejak kebelakangan ini Karpal menunjukkan contoh yang kurang baik dan menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia,” katanya.

2 comments:

  1. Intelectual laziness that lead to interlectual failure.
    Tentang Karpal Singh, dia tahu undang-undang.Dia ialah senior lawyer di Malaysia.Pemuda UMNO jangan gertak dia.Dia pun dari segi undang-undang amat maklum tentang kesan dan akibat tindakan beliau.JADI..Pemuda UMNO jangan jadi lembu kerikil..Ikut bos suruh.Please guna otak dan akal secara kontruktif dan kritikus serta 'merdekakan minda'.
    rinkasnya macam ni,Kalau dipatut ular tedung,mangsa itu akan dirawat dengan bisa ular tedung.Barulah hilang bisanya. jangan bagi ubat penadol.Jahil ilmu namanya.Kalau karpal guna undang-undang kamu semua guna undang-undang lah.Jangan pula orang ajak main bola dipadang bola kamu pula nak guna gelanggang bola jaring.Kenapa kena pergi memekak kat Parlimen macam orang jakun.Tidak ada pendidikan.
    Saya yakin apa yang mereka buat kat parlimen itu bukan hendak bela sangat raja-raja.Bagi pendapat saya itu cuma 'political stunt'.Saya juga berkeyakinan kalau pemimpin UMNO yang kutuk raja-raja,mereka ini lah yang akan mendahului ikut sama memaki hamun raja.
    Sewaktu krisis perlembagaan sewaktu dahulu, Annuar Musa mendahului puak yang cuba menabal sultan kelantan yang baru.Aku pun binggung..Biasanya Majlis Pertabalan raja dibuat di Istana Balai Besar,tapi Annuar Musa menabal raja dipadang tempat orang berlumba kura-kura.Kemudian tempat itu selang beberapa hari disambar petir.Yang bersorak-sorai para lembu-lembu kerikil Pemuda UMNO lah.Hidung ditindik punggung dibantai..tuiiii....
    Melayu UMNO yang mengajar demikian.Ini lah 'interlectual standard'yang dibina(produk) dari tangan-tangan yang korup.

    ReplyDelete
  2. i)'Tuduhan beliau telah menimbulkan kemarahan seluruh 700,000 ahli pergerakan ini dan sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan," katanya.

    Betul ke angka merah itu? Kalau betul nak Tanya:
    1.Kenapa saluran 3 dan 4 seluruh Negara dalam PRU 2004 dan 2008 UMNO dan BN tewas?Teruk sekali.
    2.Ada ahli yang didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.
    3.Pemuda tidak ada kredibiliti.Layak dipanggil ‘ketua hantu’kerana mengimport ahli hantu dengan ramai sekali untuk melawan ketua bahagian.
    4.Pemuda UMNO kalau tidak mengambil tindakan segera dalam hal ‘hantu-hantu’ ini,memang layak dilebelkan ‘celaka’ sebab mereka boleh mencelakan Parti UMNO.
    5.Individu-individu yang mengimport ‘hantu’ dilindungi.

    Nak tahu lebih lanjut kebobrokan pemuda UMNO tanya ketua-ketua bahagian yang menjadi mangsa. Salah satu bahagian UMNO yang kena tempias ialah Tanah Merah. Bahagian Tanah Merah dah jadi macam GAZA.

    ii).Reezal Merican kata Karpal tidak sepatutnya berselindung di sebalik undang-undang atau kekebalan sebagai wakil rakyat untuk menuduh dan menghina Pemuda Umno.

    ~Undang-undang yang sama melindungi masyarakat termasuk Karpal dan Reezal.Takkan nak berlindung dibawah perlembagaan UMNO???
    ~YB Pemuda UMNO pun ada kekebalan juga.Kenapa tak lawan macam orang yang sama-sama ada kekebalan???
    ~Pemuda UMNO takut pada undang-undang sebab undang-undang Negara itu ‘blind’ tidak selektif seperti pengamal Perlembagaan UMNO.

    iii)Pemuda UMNO mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan Karpal itu kerana ia celupar, kesat dan tidak mematuhi etika Parlimen dan mencabarnya untuk mengulangi apa yang telah disebutnya di luar Dewan.

    ~Fasal perkataan ‘celaka’ is not a big issue. Berbanding dengan berpuluh-puluh isu yang sudah diulang tayang dan dibicarakan luar dewan oleh pimpinan pembakang berhubung dengan salahlaku dan korupsi pemimpin UMNO. Kenapa Pemuda diam dan tidak tunjuk garang?

    IQRA’ petikan dibawah ni:
    Remember the case of Education Minister in the 1960s, Abdul Rahman Talib, who failed to clear himself from an accusation of corruption – a small financial indiscretion that by today’s standards would be dismissed by the government as a non-issue – resigned from his job.
    The case was raised in Parliament by the then member for Ipoh, the late D. R. Seenivisagam. The minister challenged the opposition MP to repeat his allegations outside the House so that he could institute a legal suit to clear his name and defend his honour.
    DR (as the opposition member was affectionately known) repeated his allegations at the Chinese Assembly Hall. In the ensuing court case, the minister failed to clear his name and, as expected from an honorable person, resigned from his job – and bringing to a close a rather glorious political career.

    ReplyDelete